KENGKAWAN

Saturday, December 31, 2005

live life to the fullest



Friday, 30 Dec 05

Tak cukup tidur tp pepagi buta lagi adik lelaki aku yg no.3 dah buat aksi WWF semata-mata nak paksa aku bangun dari katil..*yawn*.. ngantuk toksah citer arr.. ditambah plak dgn mood aku yg tak berapa baik dari mlm td..*malas nak ingat*.. Kalau tak fikirkan tentang misi aku utk hari ni, kompem sampai tengahari aku melingkar atas katil lagi.

Oh ye lupa plak nk explain ttg misi aku nih. Ekceli, aku diarahkan oleh boss (nenek aku la), utk membuat 1000 pcs muffin utk diberikan pada tetamu yg dtg kenduri nanti. Yelah, zaman skrg manader guna telur lagi. Kut ader pun, bunga telur tu juz perhiasan kat pelamin je. So, pagi nih bermula lah proses menyiapkan muffin seperti yg diarahkan. Memula tu, ramai jugak yg menolong aku kat dapur. Tapi bila dah tengahari, sorang demi sorang hilang.. last-last, tinggal aku sorang..*bengang*.. Ikutkan tader lah susah mana nak buat muffin tu. Juz adun marjerin, gula, telur pastu campur dgn tepung yg dah diayak dgn baking powder & bubuh coklat cip.. then bakar dlm oven – settle. Tapi, bila dah kena buat sengsorang sampai ke petang, pancit lah macik. Part yg sadis sekali, bila mission accomplished, nenek & mak sedara aku boleh tanya.. “eh, Along berdiri lelama ni, kaki kaki tak sakit ke?”.. *isk*.. baru sedar ke? Nih yg rasa nak merajuk nih. Tapi tader lah, tak sakit pun. Iron lady kan..*perasan*.. (nnt aku letak resipi muffin & pics kat fotopages ek)

Hm, bercakap ttg kaki aku nih, arituh, masa nak balik Melaka, bapak punyerlah mengamuk. Puncanya? First, sebab aku lewat bagi tau dia pasal insiden nih. Second, sbb bapak salah faham - dia ingat kaki aku patah. Third, dia bengang sbb aku ambil mudah perkara nih (coz aku tak suka balut kaki aku - rimas) Rerupanya, bapak takut aku jadi mcm cousin lelaki aku yg kena kanser tulang sbb tak rawat kaki dia dgn betul (hish, apa lah bapak nih - mintak dijauhkan!)

Anyways, lepas settle kan everything bout muffin, aku pi tolong mak sedara aku hias dulang hantaran utk pengantin & souvenirs utk org yg dtg marhaban utk majlis bercukur nanti. Masa tengah khusyuk peratikan hasil seni gubahan depa, baru aku perasan kat dalam bilik tu juz ada orang tetua je. Hati dah tak sedap duduk situ lelama. Baru aku nak melangkah keluar, pakcik aku block jalan la pulak..

Makcik: “eh mak (referred to nenek aku lah), ada dua jenis alas dulang nih. Kaler peach nih siapa punya?”

Nenek: “alah, mak sajer beli dua jenis, manalah tau cucu mak nak kawen nanti, boleh lah guna”

Aku: *gulp* – ah sudah.. *bebuat sibuk belek digicam*

Mak Lang: “ha’ah, bila lagi Along? Cuba kau tengok bapak sedara ngan mak sedara kau nih, semua dah dua kali kawen.. kau tak lepas-lepas jugak”

Aku: *buat pekak sambil snap pics*


Hm, kelakar pun ada. Btul cakap Mak Lang aku tu. Memang semua adik bradik ayah aku kawen 2 kali (maksud aku, bercerai then kawen lain lah). Even ayah aku pun kawen 2 kali aper (tp different kes la kan). Lagipun kenduri kahwin utk Pak Usu nih pun, kira yg kali kedua utk dia (even aku pun ‘berpartner’ utk kali kedua - *lol*).. Hm nih la masalahnya bila jadi cucu sulung. Segala-galanya di-point-kan kat aku.

Pakcik Wan: “Along? dengar tak?”

Aku: *senyum*

Nenek: “aku nih bukan aper Wan, sementara mata nih belum tertutup, teringin benor nak nengok cucu aku sanding.. hm.. ntah bila lah..”

Sayu je tengok nenek melangkah keluar bilik pengantin sambil ckp camtu..*sighs*.. Aku tau kenapa semua org galak tanya soalan tu.. mana taknya, adik lelaki aku yg no.2, dah bertunang. Kalau takde aral, tahun depan depa kawen. Adik lelaki aku yg no.3 plak, siap bawak balik gelpren sekampus dia. Adik pompuan aku yg no.4 pun dah kenalkan boypren dia kat pemily.. even adik lelaki aku yg no.5 (yang baru 20 tahun) nih pun dah pandai kenalkan gelpren dia kat nenek..*peh berasap paler aku*.. nasib baik adik-adik yg lain bawah umur lagik. Hm.. obvious kan.. aku sorang je yg tak penah bawak balik seiapa. Mmg terasa sangat lah bila sesumer adik aku bawak balik ‘bakal menantu’ semata-mata nak menolong majlis nih nanti, ..tapi aku?..*hurm*

ah, cut! Esok ada urusan yg lebih penting lagi. Kena bangun pepagi sebab nak siapkan kek pulak. Pastu nak siapkan bunga rampai & sirih junjung (no, of coz lah bukan aku yg gubah sirih junjung tu. Aku tukang petik daun sirih je).. Later ok..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...