KENGKAWAN

Monday, February 27, 2006

XPDC Gunung Nuang


Kinda bz today.. anyways juz nak list-kan memender penting during our trip to Gunung Nuang.

  • Gunung Nuang tak lah tersenarai dalam G7. Tapi dia tersenarai dalam top 10 gunung yg paling susah di daki di Malaysia nih (tahap kesukaran Kinabalu pun tak seteruk Nuang ok) - hard core lah kiranya nih. Perjalanan mendaki ambil masa lebih kurang 8-10 jam. 2 jam lalu ikut trek 4wd utk ke Kem Lolo (laluan nih mmg pressure giler coz sentiasa menaik bukit je - longgar lutut) - then another 3 jam lebih utk ke Kem Pacat (note: trek yg menaik all the time ok - letih) - pastu 2 jam lagi utk ke Puncak Pengasih (kat sini, mmg mencabar sebab panjat sambil merangkak) - dan sejam lebih untuk ke Puncak Nuang (nih lagi giler sbb terpaksa jadi spiderman - trek menegak sey!!!).

  • Biasanya mereka yg mendaki Nuang, akan camping kat bawah dulu (samada campsite Lolo or Pacat coz tak larat nak terus ke puncak. kalau ada pun yg shoot ke puncak, sure tak berani bawak beg / barang yg berat).. tapi kami the Godongs (dengan beg yg berat lebih 15 kilogram setiap orang) dgn jaya nya mendaki terus ke puncak!..*peh*
  • Beg aku je dah 16 kg - beg yg kedua terberat selepas Syam (20 kg). Terkejut bebudak lelaki kat situ tgk aku bawak beg lebih berat dari derang (saper kata pompuan tak kuat kan?). Semua bekalan makanan utk derang, aku yg pikul sampai ke Kem Pacat. Pastu, baru keluar agih-agih kan pada derang coz trek semakin mencabar (takut aku tak terlarat nak memanjat)
  • Sabtu (25 February), kami start mendaki, pukul 2.10 petang. Ramai jugak yg dtg camping (20 student dari MMU, satu bas dari SIRIM & almost 20 org staff Perkeso) - tapi semua camping kat Lolo.
  • Kami sampai campsite Lolo almost pukul 3.30 ptg - lelepak dgn bebudak MMU (cuci mata tgk derang mandi).. pastu baru gerak naik.
  • Masa on the way ke Kem Pacat, aku jalan slow & terpaksa berhenti byk kali (beg berat lah).. Arrived kat Pacat around 6.30 pm. Pok Yie suruh aku keluarkan semua bekalan makanan utk kurangkan berat beg. Dia bawak separuh.. aku bawak lagi separuh. Masa kat sini, bekalan air habis. Terpaksa turun ke kawasan yg curam giler utk dapatkan air. Aku nak ikut turun, tapi derang tak bagi.. trek bahaya, jauh & susah giler katanya (note: kat kem Pacat nih sumber air yg terakhir - kat puncak takder air). Pukul 8.45 mlm (lepas dinner) baru sambung pendakian.
  • Trek untuk sampai ke Puncak Pengasih mmg mencabar sangat - kami terpaksa mendaki sambil merangkak.. banyak pacat pulak tu..*eiyy*.. ntah berapa kali aku suruh org sebelah aku buangkan pacat yg memanjat lengan & kaki aku..*gelinya*.. Trek kat sini semakin sukar - kabus tebal. Kami terpaksa jalan perlahan sbb tak nmpk trek. Arrived puncak Pengasih dalam pukul 10 mlm.
  • Trek menuju ke puncak Nuang lepas tu laaaaggii susah. Terpaksa jadi spiderman pulak..*seriyes*.. tegak 90 darjah sey! Merasalah aku memanjat menggunakan segala-mala skill yg ada.. alhamdullilah, tepat pukul 11.30 mlm kami selamat sampai puncak - setup khemah.. makan.. then.. zZzz.
  • Pukul 5.00 pagi aku terjaga.. hujan lebat tetiba.. angin pulak macam ribut.. habis separuh dari sleeping bag kami basah kena tempias. Nasib baik kalis air.. tapi sejuk la jugak..*brrr*..
  • Ahad (yesterday lah), masa tengah lepakking kat puncak, ramai jugak lah group MMU & Perkeso sampai ke puncak (tapi derang tak bwk beg). Lepas derang turun, baru kami start packing barang - ready utk turun pulak.
  • On the way nak turun, kami terserempak dgn 5 org group Perkeso (sorang pompuan, 5 lelaki), terkandas kat Puncak Pengasih coz sorang pompuan tu terlalu penat. Lama jugak derang stucked kat situ - 4 jam! Kesian, tapi takkan nak dukung..*giler*.. trek curam maa.. bahaya. Kami suruh derang jalan pepelan.. pastu kami terus shoot ke kem Pacat - prepare ubat utk derang.
  • Arrived kem Pacat dekat nak pukul 7.00 malam. Aku suggested kitaorg masak utk group Perkeso sementara nak tunggu derang turun. Tapi bekalan air pulak tinggal sikit. Bebudak lelaki tu sumer surrender - derang tanak turun amik air.. Hm, tak boleh nak salahkan derang jugak, yelah, memasing penat.. lutut dah cramped.. last-last, Syam volunteer nak pegi sorang.. Peh, kagum aku dgn dia nih. Nasib baik dia lelaki.. kalau pompuan.. dah lama aku 'lamar' buat bini..*hua hua hua*.. Ntah camner, bila tengok Syam bersemangat nak turun cari air, aku meng-offer-kan diri sendiri ikut Syam. Terkejut giler the Godongs bila dengar aku cakap camtu. Ramai yg tak bagi aku pegi.. tapi aku tak boleh biarkan Syam pegi sorang (NO, its not becoz aku nak tunjuk aku nih 'bagus' ke haper.. juz dat aku rasa bertanggungjawab sbb aku yg suggestkan xpdc Nuang nih).. Taim tu dah nak maghrib, jalan pun dah samar-samar. Aku terpaksa berlari ikut Syam turun bawah (nak cecepat sampai ke punca air sebelum gelap). Masa nak naik atas balik, hari dah gelap. Tekanan sey, nak panjat atas balik - no wonder lah derang tanak turun. Tak sampai 20 minit, aku dgn Syam dah sampai kat camsite. Pok Yie dgn Mail siap tepuk tangan.. derang cakap, belum penah derang tgk pompuan sanggup turun amik air kat bawah tu..*bangga tak?*.. hehe.
  • Masa tengah masak nasik, group dari Perkeso tu sampai.. pompuan tu siap jalan bertongkat - tak larat sangat nampaknya. Kami suruh derang rehat sekejap sementara kami prepare makanan.. tapi bebudak lelaki dlm group derang nak cepat turun ke campsite Lolo. Kekawan derang dah lama tunggu katanya.. Since derang berkeras nak turun, kami tak terkata apa lah.. Kesian gak tengok pompuan tu. Sudahnya kami sendiri yg makan (hurm, penat je aku turun bawah carik air - geram nih). Dekat dua jam jugak lah kami lepak situ.. siap duduk beborak depan unggun api sambil pekena teh 'O lagik..
  • Tepat pukul 10 malam, kami gerak turun. Part yg buat aku geleng kepala tu, masa half way jalan, kami terserempak lagi dgn group Perkeso nih..*ya Tuhan*.. Kesian sey aku tengok pompuan tu terkial-kial berjalan. Ingatkan dah sampai bawah - rupanya tersangkut lagi (tu lah, degil bebudak nih - kan ke elok rehat dgn kitaorg tadi). Sampai tahap nih mmg kami tak boleh buat apa dah.. satu choice je.. kitaorg turun bawah panggil renjer tolong. Kami planned nak tunggu derang kat Lolo & masak sekali lagi utk derang. Kami dah sesama sepakat nak amik cuti esok (hari nih lah).. semata-mata nak make sure derang 'selamat' (baik hati kan Godongs nih?)
  • Kami sampai Kem Lolo dalam pukul 11 malam tadi.. yang pelik tu, punyerlah ramai group Perkeso kat campsite tu.. tapi ampeh tak guna sesekor (nih yg buat aku maghah). Derang sedar yg 5 org group derang dah almost 10 jam tak balik kem... taaaappii still tak buat report or cari inisiatif nak cari gegamai ke haper.. ada ke boleh tunggu camtu je. Bila tanya dah buat report ke belum, sorang mamat nih (ketua derang kut), cakap.. "kami baru nak pegi buat report"... (paler otak lah). Dekat tengah malam baru nak buat report?..*budus*..
  • Lepas kena sound dgn Syam & Pok Yie (plus, suruh derang prepare makanan utk group yg sakit tu), kami terus perjalanan balik. Pukul 1.30 pagi baru sampai kat kawasan luar hutan.. Mandi sekejap kat bilik air yg ada kat bawah tu, salin baju.. pukul 2.15 pagi gerak balik KL.
  • Still, dugaan tak berhenti setakat tu.. on the way nak balik, tayar van kami pancit kat Hulu Langat.. merasa lah duduk kat tepi jalan sampai siap tukar tayar. Arrived rumah pukul 5.30 pagi tadi.. mengantuk giler siut..
  • Masuk opis lambat sejam arinih.. ada few things nak kena settle.. jap lagi nak balik umah .. nak qada' tidur..

So dats it - sekian journey aku ke gunung Nuang semalam.. Mcm mana pun, aku puas hati coz dapat pengiktirafan dari the Godongs.. they said I can be a gud leader!.. (kembang-kempis hidung makcik).. *hehe*

.....more pics pls klik at aD's Collection

6 comments:

andihateuso_kal said...

cik aD: nak tanya soalan yg terkeluar tajuk ni. nak minta tlg u bg direction mcmana nak ke tmpat/location gath p.d yg u buat dulu, boleh tak? already suggest tmpat tu to my boss, tp tak tau location...gegegegege... pls..pls..pls...

amizgig said...

Kal: nama tempat tu Blue Lagoon.. once u sampai Teluk Kemang, juz drive straight je sampai jumpa sign board tempat tu (sebelah kanan).. =)

andihateuso_kal said...

thanks. ur the bestest~!

to aD: "livin right, looking gud, stayin kul"

Anonymous said...

i'm not that adventure lah.. just go through your journey's article... guess that I couldn't agree more with the Godongs.. u can be a gud leader :) enjoy life!! -d'Greatest

amizgig said...

d`Greatest:
thanks.. ;)

Ijam Alcapone said...

Mcm kenal je baju askar tu.. mael ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...