KENGKAWAN

Thursday, April 06, 2006

XPDC Gunung Kinabalu



30 March 2006

Bangun pukul 5.45 pagi..*peh*.. dah lewat giler siot. Janji dgn bro Syam nak jumpa pukul 6.00 pagi..*mampus*.. Kelam kabut aku bangun capai towel. Lebih mengharukan, aku tak pack baju lagi!! Giler kan? Ekceli, malam tu aku balik umah pukul 2.00 pagi. Duk dengar probs demi probs sampai ‘hang’ paler nih. Nyaris aku nak kansel trip ke Sabah. Kalau tak kenangkan tiket filght aku yg paling mahal compare dgn org len kompem aku tak pegi (buat hal la - lagi 2 hari nak fly baru beli tiket - sah giler).. balik dari melepak, aku plan nak packing se-slow.. tapi mata dah berat.. aper lagi, blasah tido je (padan muka, bangun lambat)

Pukul 6.15 pagi - Syam sampai.. Aku tau dia bengang sbb aku lambat - tp, as usual, dia buat muka kewl (sory bro). Memula tu, kitaorg cadang nak naik shuttle bas (is it skyway bas?) kat KL Sentral. Tapi jalan jammed plak. Mail dah tiga pat kali called - risau kami tak sampai. Yang lelain sure ingat kami akan terlepas flight. Tp, alhamdullilah.. lepas membazirkan pitih kat ERL Express & ulat-ulat yg menunggu mangsa kat KLIA, kami berjaya sampai Tesco on taim.. eh silap.. LCCT lah..*syukur*.. Kat sini, aku berkenalan dgn 3 org rakan sepergunungan yg baru: Fazi, Chua & Rock Kapak. Turut ada kat situ: Mail, Ijai & Atan.. almost terlupa, Pok Yie & Kak Mai dah bertolak sehari lebih awal (merasa korang check-in kat hotel bawah airport KK tu ek)… Oh yer, fyi, team pompuan only me & Kak Mai je.. the rest sumernya pria-pria kesepian.. *mbwahaha*

Our flight departed as scheduled – nasib baik tak delay. Kalau tak, berbahang la Pok Yie & Kak Mai tunggu kitaorg. Aku konpius gak, naper derang tanak pi jenjalan area KK dulu? Adakah sebab derang tak reti berbahasa Sabah?..*hrmm*.. Anyway, masa dalam flight, aku terober aktif.. berceloteh non-stop.. jalan sini sana.. duduk dimana-mana..

Arrived KK (ntah pukul berapa).. Sory, macik tak catat timer. Aku nampak Pok Yie tengah melepak kat tingkat atas. Kak Mai plak, lepak sengsorang kat seat bawah. Memasing buat muka sposen tapi agak ceria bila nampak muka kami. Aku tak pasti derang dah mandi ke belum.. dengar cerita, hotel yg derang check-in tu juz ada kipas ngan karpet je.. tapi taperlah, janji tader bau.. *gegelak*

Mmg stylo btul la ketibaan kitaorg.. memasing dgn beg besor tersandang kat blakang..*peh*.. berat plak, toksah citer. Ntah haper yg dibubuh dlm tu gamaknya. Nak kater bawak sleeping bag, ration, laptop, priuk blanga.. takder la plak.

Dari airport, kami amik cab ke KK town. Lunch beramai-ramai kat restoran mamak bebtul depan Wisma Merdeka (aku tak makan taim nih, coz pegi carik stoking tebal).

Lepas sesi memenuhkan perut, kami chartered satu van pegi Mesilau. Perjalanan ke Mesilau ambik masa baper jam ntah (ex-squeeze me for not jot down the time – kalau nak ketepatan masa pi la tanya Chua ngan Fazi). Lewat petang baru sampai destinasi. Mersilau mmg superb. Memula tu, aku bayangkan hostel yg bakal kami obenite nih ala-ala petaling street punyer lodge.. rupanya..*peh*.. dasat.. dasat.. cun seyy! Even masa kak Mai, Atan, Syam, Mail & Ijai ajak balik bilik berehat, aku still tak berganjak dari lobby Mesilau. Sambung lepak dgn Rock Kapak, Pok Yie, Fazi & Chua. Borak punyerlah lama.. kat luar dah gelap giler sedangkan jam baru pukul 6.00 ptg.. terlupa plak perbezaan masa antara Sabah & Semenanjung.. Dalam pukul 8.00 lebih, baru lah geng yg lain keluar bilik - sambung lagi sesi makan + borak + bergambo. Masa nih, kami berkenalan dgn sorang trekker solo, mr Wong - dia nak join kami mendaki sampai ke puncak. Maka bertambahlah group kami jadi 11 org… Lepas penat tergelak, aku gerak masuk bilik ditemani oleh Pok Yie & Rock Kapak. Part yg sadis tu, ntah cemana kami tak jumpa hostel.. abis sumer resthouse kat Mesilau tu kami rayap.. *malu*.. Chua & Fazi bantai gelakkan kami.. nasib baik Godongs yg lain tataw.. kaber.. kaber..


31 March 2006

Pepagi buta aku ngan kak Mai dah bangun mandi.. yg lelain.. ntah lah, aku tak sure derang mandi ke idak. Maklum lah air sejuk yg amat.. water heater plak tak bleh pakai. Aku tak bawak banyak barang. Syam suruh kami tinggalkan beg kat Mesilau. So, kami juz bwk bebarang penting je (glove, jaket, snow cap, stoking).

Lepas srapan, kami berkumpul kat pintu masuk trek - settlekan bayaran utk guide. Gerak dalam pukul 9.45 pagi (agak lewat jugak lah - our guide, Kounjin & Rowdy sibuk membebel ttg kelewatan kami)..

Quote by Rowdy: “Masa berjalan nanti jangan rehat lama sgt, nanti jadi malas.. bila dah malas, lama-lama jadi pemalas!”

Syam lead pendakian dari Mesilau.. Aku starting je dah semput.. Ekceli trek taderlah susah mana pun. Maybe sbb cuaca terlalu sejuk.. ada probs nak control pernafasan – sesilap boleh pancit woo. As usual, aku kalau mendaki nih, suka duduk blakang orang yg jalan laju. Baru terbakar semangat. View sepanjang jalan mmg the very der.. lah.. penuh dgn bonsai kiri kanan..

Baru 2 km mendaki, aku, Syam, Pok Yie & Mail dah jauh tinggalkan group kami kat blakang. Mana taknya, memasing main kejar-kejar dalam hutan tu. Masa sampai kat km 4.5, kitaorg lepak jap.. cadang tu nak tunggu group kat blakang.. tapi tunggu punya tunggu.. cuaca lak makin sejuk.. perut kebulur lak tu. So, Syam cadangkan kami teruskan pendakian pelan-pelan. Hoping dat kitaorg akan dpt jumpa derang kat persimpangan mersilau – timpohon.

Yang macik hangin tu, masa on d way ke simpang trail tu, Syam dgn Mail dah jauh hilang ke depan. Tinggal aku ngan Pok Yie je. Mcm org bengong kitaorg duk lepak kat simpang trail tunggu derang. Bertambah haru bila dua-dua walkie talkie ada kat Syam & Mail.. (nak cakap sebelah menyebelah pun guna woki toki haper??).. len kali bagi lah woki toki tu kat sweeper..*blasah kang*..

Kami berempat sampai ke Laban Rata dalam pukul 2.50 ptg. Pegi mencekik kat café hostel tu kejap, pastu terus check-in. Tak jadi tunggu group yg lain coz tak tahan sejuk / lapar / hujan lagi. Kata guide, kami tak leh terus panjat puncak Kinabalu coz kabus terlalu banyak. Taim yg senuai utk naik ke puncak ialah pada pukul 2.00 pagi. So, tunggu je lah..

Pukul 4.00 ptg, kak Mai sampai secara solo..*caiyok*.. selamber je dia blasah jalan sengsorang tinggalkan group yg lain. Pastu, Chua ngan Fazi pulak sampai secara berduet.. then lewat petang, dalam pukul 6.30, baru nampak muka Ijai, Rock Kapak, Atan, mr Wong dgn 2 org guide kami.

Cuaca mlm tu tak begitu mem-best-kan. Sejuk & terlalu byk kabus. Nasib baik dlm bilik ada heater. Haa.. talking abt heater nih, pun ada stori gak.. masa memula masuk bilik, aku pegi pasang heater tu dgn tahap kepanasan yg maksimum.. kengkononya nak cecepat panas lah.. skali aku terlupa nk adjust balik suis dia.. huh, mrasalah memasing jadi ayam panggang mlm tu..*gegelak*.. panas sampai tak boleh tido sey!

Mlm tu, aku tido-tido ayam sambil layan blues sengsorang..


1 April 2006

Tepat pukul 1.00 pagi, aku dah terjaga. Terdengar bunyik org ketuk pintu. Bangun, pastu bersiap pakai baju sampai tiga pat lapis, glove, snowcap etc.. Memasing sumer kemain excited nak tawan puncak Kinabalu. Senang je nak kejut derang bangun tido.. asal panggil nama je, sumer dah terjaga. Kalau kat rumah lah, aku kompem sumer liat bangun.. sesilap aribulan, kena penyepak kalau kejut taim-taim camtu.

Lepas srapan ala-kadar (ramai tak mkn apa pe pun), around 2.45 pagi kami start mendaki. Skali lagi, bro Syam lead the team. Aku, Fazi, kak Mai & Chua follow blakang. Baru jalan 200 meter, baru aku prasan juz tinggal aku bertiga dgn Syam & Fazi je kat depan.. kak Mai ngan Chua tertinggal jauh. Kami teruskan jugak perjalanan. Hoping dat we wud meet them at Sayat-Sayat.

Duno la how to describe.. lepas je laluan kat Gunting Langadan, aku lalu kat kawasan berbatu.. curam siot.. kena pakai tali. Sesaper yg gayat, renti kan lah niat nak panjat tetempat camnih. Sesekali aku toleh kat blakang..*peh*.. sayup. Tapi sib baik gelap.. juz nampak sinaran lampu picit pendaki yg lain je.

Kat Sayat-Sayat, bekalan air habis (Fazi sorang je yg bwk air), aku tadah air gunung kat tepi checkpoint SS dlm botol – pastu terus shoot naik atas. Oh yer, taim kat CP nih, Pok Yie dah berjaya memintas kitaorg.

Perjalanan lepas tu, mmg mencabar sket coz angin kuat. Sejuk toksah citer lah. Ikutkan, kaki aku mmg dah nak cramp sbb tak tahan sejuk. Nasib baik mental aku kuat lagi.. aku gagahkan jugak melangkah.. slow je aku jalan.. breathing kena control.. maklumlah, aku ada asthma.. silap langkah kang, naya.

Lagi 20 meter nak reach puncak aku dah menggigil. Mana taknya, kasut aku basah terjatuh dlm air bertakung – beku hujung kaki. Terpaksa menyorok blakang batu elak angin. Taim nih rasa nak menangis pun ada. Lepas rilek dalam 5 minit, aku gerak naik atas. Dengar suara Syam ngan Fazi kat atas tu. Diaorg pun menyorok celah batu. Aku perati keliling.. juz ada pat lima org kat puncak – yg lelain belum sampai. Alhamdullilah.. tepat pukul 5.30 pagi, kami berjaya tawan puncak gunung yg tertnggi di Asia Tenggara..*takbir*..

Lepas snappy-snappy & makan cekelat yg keras cam batu, kami gerak turun.. taim tu baru aku tau, sorang group kami, Rock Kapak, tak lepas ke puncak.. dia kena syndrome AMS (Acute Mountain Sickness)..*kesian*.. Taim nak turun mmg best.. view dari atas tu.. *oh la la*..

Dalam pukul 8.00 lebih aku, Mail, Syam, kak Mai, Pok Yie sampai Laban Rata. Kami sempat tido skejap sementara nak tunggu check-out pukul 10 pagi.

Quotes Klakar:

Atan:
wei korang nampak tak spender aku kaler coklat?
Pok Yie
:
ntah.. aku main pakai je.. mana aku tau saper punyer
Kak Mai
:
eh, sejak bila Atan pakai spender?

*siut je.. aku gelak tak hengat donia*

Taim nak turun plak, kami ikut Timpohon, memasing pepakat turun sambil berlari..*pergh*.. tercengang orang tengok tahap ke-aktif-an group kami.

Quotes unknown Trekker:

Unknwon Trekker (1):
Korang nih turun lelaju kalau pe’ot kat bawah padan muka
Ijai
: Kitaorg ni tak boleh jalan se-slow bang.. nanti pewai.

*peh..ayat tak hengat*

Unknwon Trekker (2): Group korang ke yg turun berlari tadi? Memula tadi ada sorang lelaki ngan perempuan berlumba-lumba lari turun.. pastu ada sorang lelaki lari turun sambil pasang lagu kekuat..

*hins..hins..hins*… (kembang lobang idung)


Mcm biasa, sepanjang jalan turun gunung, mulut aku tak benti berceloteh sampai Pok Yie sergah suruh diam.. *wkakaka*.. (bengang je member)

Lepas semua org sampai kat Timpohon Gate, kami pegi dapatkan sijil... gi makan.. pastu dapatkan transport ke Poring Hot Spring. By time sampai sana, hari dah malam. Check-in, then membuta zZzz..


2 April 2006

Sesubuh gaban, aku dgn kak Mai dah bangun.. tak sesabar nak beremdam dalam kolam air panas. Best giler.. esp bila kaki dah lenguh mendaki.

Tengahari plak, sementara nak menunggu transport ke KK, kami pegi trekking ke canopy walkway. Memang dasar tak reti penat la bebudak nih.

Bila derang ajak pegi kawasan air terjun, aku mmg surrender awal-awal. No, bukan sbb penat.. dressing tak sesuwei mahh.. mender tak plan.. kalau tau dari awal, kompem aku tukar baju ngan kasut.. nih, dah pakai lelawa ajak masuk hutan, apa citer??

Petang tu, kami pegi pusat kraftangan Nabalu. Rambang mata tengok bebarang kat situ. Aku tak berminat kat t-shirt or aksesori lain.. yg aku suka tengok tu, bab home décor.. peh.. aku suka giler bab nak hias rumah nih.. biarpun aku menyewa sengsorang, aku tetap nak hias rumah tu selawa mungkin.

Malam, kami Check-in kat Trekkers Lodge. Lepas letak beg, kami pegi round satu Bandar KK.. go food hunting.. sight seeing.. and not to forget.. pasar Kampung Air.. kat sini penuh dgn peniaga yg jual pearl…*menarik*..

Balik bilik, aku sempat surf net.. pastu pinjam novel kat kaunter – masuk bilik, layan blues


3 April 2006


Rasa tak berapa sihat pagi nih. Perut rasa semacam. Chua lagi teruk. Ntah berapa kali dia termuntah dlm toilet. Maybe sbb rendang ayam yg dia makan semlm.. kebetulan plak aku ada share lauk tu dgn dia.. *abes lah*..

Masa on d way nak ke jeti, perut semakin meragam.. tp aku control.. tanak la susahkan kengkawan len.. even taim tu lutut pun dah rasa longgar.. paler dah weng.. mmg dah pewai giler

Sampai je Manukan, aku jalan stret je atas pelantar tu pegi cari tempat duduk.. yg aku ingat, bebudak nih bising pasal entrance fee.. pastu aku tak ingat apa dah.. sedar-sedar je aku dah terbaring atas tempat duduk.. siku aku sakit.. dengar suara bising suruh aku relax.. gerakkan jari.. ntahapehaper lagi… berpinar dunia aku sekejap.

Rupanya aku pingsan.. *isk*.. malu giler. Dunno la saper yg angkat aku.. tak bother nak tanya pun.. segan siot.. Derang plak, tak habis-habis perli aku.. siap buat gaya aku jatuh pingsan lagi.. rasa nak je aku blasah sesekor.. sib baik aku tak sihat... taper, kasi can.

Sepanjang kat Manukan aku spent masa dgn tidur atas bangku.. Chua pun sama.. (senasib la kita). Dats why tak byk snap pics kat Pulau yg cun nih.

Petang tu, balik KK, kunci bilik tertinggal kat saper ntah.. nasib baik bilik sebelah bukak. Aku blasah je tido atas katil Atan.. siap selimut lagi – demam babe! (sory brader, wa lanyak lu punya katil)

Malam, lepas mandi baru rasa okeh sikit.. derang ajak keluar dinner kat tepi laut gegamai. Kenangkan mlm tu last aku kat KK, aku ikut je walopung tahap kesihatan tak berapa mengizinkan.

4 April 2006

Arinih aku bangun dgn penuh bersemangat. Tahap kesihatan semakin baik. Lepas siap packing barang, aku dgn kak Mai turun breakfast.. sempat gak surf net pepagi buta camtu.

Planning, visit pasar Filipino – beli souvenir.

Lepas settle sumer, kami gerak ke airport. Flight pukul 2.05 ptg. Alhamdullilah, tader delay.. so, kami sampai KL on taim.

So, dats it.. our expedition to mnt Kinabalu n trip to KK - tak sempat nk karang maa.. keje banyakkkk..

p/s: ekceli, citer nih versi utk memember gunung aku.. nk tukar versi 'senget' rasa cam tader masa.. blasah yg nih je lah ek.. pics? carik lah.

4 comments:

zaffey said...

tahniah.. tahniah.. berjaya menawan puncak kinabalu! yearghh!! :D tepukk tepukkk tepukkk ahakss

amizgig said...

zaffey:
thank you so much!..*smiles big*

Anonymous said...

congratulation n celebration!...
peh...tahniah ye ad. he he he.best tgk gambau2 tu_sidian

amizgig said...

dian:
macih..macih..macih

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...