KENGKAWAN

Monday, May 08, 2006

XPDC Gunung Datuk



5 May

ekceli xpdc nih mmg tak dirancang pun. ntah camner masa nak masuk zohor (jumaat rituh), aku surf net skejap. cari port gunung yg dekat-dekat (senang nk bajet masa) - so, jumpa site gunung datuk, negri semilan (nampak mcm ok). then call bro syam.

aku: minggu ni apa plan?
syam: tader plan, naper?
aku: trek kat datuk ok tak?
syam: boleh tahan la.. lebih kurang trek nuang gak
aku: plan nk ke sana mlm ni.
syam: haa? dgn saper?
aku: solo kut

terkejut member.. *gegelak*.. well dat wuz my earlier plan la - naik gunung datuk secara solo. kononnya, nak buat day-pack je (means: ikut je group memana naik atas, pastu turun on d same day).. anyway, alhamdulillah bro syam, pok yie & nik setuju nk ikut xpdc aku nih.. kansel day-pack.. kemsait kat puncak la jawabnya.

bertolak dari KL dlm pukul 11.00 mlm (aku bantai membuta sepanjang jalan). sedar-sedar je dah sampai Ampangan. supper kat depan Giant. aku tak makan pun.. mata dah mengantuk tahap gaban. masa tengah lelepak tu, aku tanya bro syam, siapa yg bwk periuk / kuali. dia mcm blur.. (haa sudah..).. kompem dia tak bawak. bengang jugak. tapi tak boleh salahkan dia. biasanya, bab-bab bawak peralatan masak + stove nih keje pak mail (tp, dia tak ikut trip nih). nak tanak terpaksalah tunggu kedai bukak - beli periuk.. *sighed*

memandangkan taim tu jam baru pukul 1.00 pagi, tokei kedai makan tu pun dah kekemas kerusi meja (mcm nak bagi signal.. "dah mkn tu ko tak rereti nak berambus".. kat kitaorg).. nik suggested lepak kat tanjung tuan. again, aku bantai tido like nobody business (so dem tired maa). kali nih sedar-sedar je, masa kena tahan polis.. *blur*.. ada road block rupanya. sementara nak tunggu pacik polis tu cek IC memasing, aku sempat keluarkan kemera.. feeling ala-ala gerak khas gitu.. sampai salah sorang godongs cakap, aku nih jenis muka tak makan saman.. boleh tukar situasi yg seriyes jadi kelakar.. mana taknya, tergelak-gelak pacik polis tu tgk perangai aku. sempat gak la borak-borak tentang trek ke gunung datuk dgn derang.

lepas penat peposing, kami continue ke tanjung tuan. sampai je tepi laut, aku terus bwk keluar sleeping bag - naik atas meja kat tepi pantai, pastu aper lagi, berselubung la jawabnya. syok giler tido dlm sleeping bag kat tepi laut. mampus tak heran dgn bunyik ombak ke etc.. *giggles*

6 May

pukul 6.00 pagi, semua dah bangun. gerak ke pekan rembau. pegi ngeteh & pekena roti canai. pastu, pegi beli periuk. nasib baik ada orang jual periuk pepagi buta camtu. lepas sumer ready, kami terus ke kawasan hutan lipur gunung datuk.

arrived kat pejabat renjer dalam pukul 8.00 pagi. salin baju + register nama + bayar fee utk tapak khemah. masa tengah agih-agih kan ration, baru aku teringat yg aku terlupa bwk bawang & garam.. *isk*.. (maklumlah, dah tua). try gak tanya pacik kat kedai bawah tu.. dia pun tader jual garam.. *alermak*.. tawar lah lauk kita. then masa nak start trekking, pacik kedai tu panggil aku. sanggup dia pegi pejabat renjer tu semata-mata nak carikan garam utk aku..*peh*.. senyum je godongs tengok aku.. muka org cepat sayang katanya.. (eleh jeles la tu)

trek ke puncak, starting tu boleh tahan la jugak.. mencanak tingginya.. ada la setengah jam duk layan trek yg curam nih. lepas sampai je kat kawasan first take five.. trek dah jadi senang sikit.. view sepanjang jalan, kira ok la.. mcm hutan yg lain gak.. cuma kenkadang terjumpa dgn batu-batu besar.. not to mention la bab pacat yg berdiri tegak tunggu mangsa kat cecelah daun..*eiy*.. (alhamdullilah, kali nih sekor pacat pun tak gigit macik)

anggaran masa utk naik gunung datuk, 2 jam.. TAPI, kami berjaya naik dalam masa 1 jam 15 minit..*grin*.. ingatkan nak re-rilek skejap. tp, cuaca mcm nak hujan je.. plus, kabus datang tiba-tiba - sejuk sey.. *brr*.. terpaksa pasang khemah dgn fly cecepat.. oh ye, lupa nk cerita, masa aku sampai kat puncak, aku dengar orang azan.. student kolej dari melaka yg azan.. merdu suara dia.. syahdu je aku rasa..

nasib baik tu tak jadi hujan.. dapat jugak la aku tgk view sunset.. *syukur*.. petang tu aku turun dari puncak ke kemsait sengsorang (note: nak naik puncak, kena panjat kawasan batu besar - kemsait kitaorg bwh kawasan berbatu nih). hm, penin gak paler aku memikirkan camner nak masak dlm keadaan darurat air kurang (kat puncak tader punca air) + bebahan masak tak cukup. last-last, aku blasah je.. ntah haper nama resipi pun aku tataw. tapi marbeles.. *chett*.. (masuk bakul angkat sendrik)..

mlm tu hujan lebat giler.. kesian nik.. kena sembahyang secara duduk dlm khemah (next taim kena beli khemah yg tinggi sket).. takde xtvt yg boleh dibuat mlm tu. rasanya ni kali kedua aku camping dlm keadaan hujan yg lebat.. bezanya, cuma kemsait kali nih tak dilanda banjir.. tu je.

7 May

seawal 6.30 pagi aku dah terjaga. angin kuat giler.. aku gagah kan jugak keluar dari khemah. lepas cuci muka & buat apa yg patut, aku panjat batu besar - naik puncak sengsorang. view taim tu mmg superb.. *subhanallah*.. lepas amik gambar, aku menyorok celah batu - tahan sejuk. taim tu baru lah godongs yg lain join lepak kat puncak.

lepas sarapan, kami explore gua kat bawah puncak gunung gegamai. takderlah besar sangat gua nih.. tapi, menarik jugak la view dia.

dalam pukul 10.00 pagi, semakin ramai pendaki dari group lain yg sampai kat puncak (mostly chinese).. kami start packing, then gerak turun. sempat gak lah mandi sungai kat kaki gunung sebelum bertolak ke KL.. and as ussual, aku jadi sleeping beauty all the way balik (prasannyer macik nih).. singgah kat hentian nilai kejap (weh, nasi lemak kat sini mmg power - try arr).. then balik umah.


5 comments:

Anonymous said...

alamak beshnyer..weekend nie xder projek ker?nk gak join ngan my wife la..th uhsan ne la..mcm syok jek out door activities nie..per2 hal kollin2 la 0123310051..kalu x cr jek kat fs k..taking care my sweet frenz

amizgig said...

anonymous:
thanks.. hey, do join us anytime.. btw, minggu nih ada xpdc gunung ulu jerneh kat taiping, perak.. lets panjat gunung wesak nih!

CAPRICIOUSLADY said...

Cantik ler scenery....tapi if i nak join pun, kena biasakan diri dulu ler kan? dia tak bley main panjat jer kan..Mesti kena fit..kalau tak pancit tgh mendaki..I camping biasa2 ni tau la Ad. Nak gak rasa panjat gunung...tgk best jer..Camner nak join eh..

Anonymous said...

terliur la tgk lauk2 tu... lapooo! sayo tu yg tak tahan! ;) (teringat ayam rendang)

amizgig said...

capriciouslady:
eh apa tak buleh pulak.. bulehhh.. dulu, masa pes taim join xpdc nih, manader excercise slalu.. tader preparation pun.. aci redah je.. stakat nih, alhamdullilah.. kalau ada masa free & kena dgn tarikh xpdc yg ada aD list kan kat blog nih, jom la join skali.. buleh kita sembang secara 'life'.. *wink*

anonymous:
hehe.. nk mrasa makan acamtuh, meh la join aD naik gunung.. enitaim aD boleh masakkan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...