KENGKAWAN

Tuesday, June 06, 2006

XPDC Gunung Yong Yap - versi Muzs

Nih bro Muzs punya kaber stori aku copy dari GO tentang trip Yong Yang rituh.. aku punya ne-nanti la.. pe-petang sket..

Alhamdullillah SUKSESS!! Akhirnya sekali lagi SOS berjaya menjejak kaki ke Gunung Yong Yap setinggi 7113kaki bersama 27orang pendaki KOKOT… (konon-konon tegar) he he he..

Mana tak nya… 12 malam waktu ketibaan terakhir penerbangan ihsan PESAWAT SOS diketuai jurumudi Mail Tenuk, peramugari aD dan Ayu.. disamping Legend of the Rembau and the Unsung Hero of Brother Li, member Rembau (sori tak ingat nama) dan bersama tuan punya pesawat SOS - muzs

Bermula dengan panggilan awal oleh Jurumudi Mail tenuk.. 5.30ptg - tut tut.. tut tut… “sapa lak yang call petang2 nie.. tengah sedap layan mee rebus Ramli dengan anak bini…kaco daun tul” bisik aku dalam hati..

Mail tenuk : “wei muzs!! Aku nie, Mail… ada kat stesen Keretapi Sg Siput.. “
Aku : Mak aiii cepat betul sampai budak nie!!! Giler apa??? “wei apasal ko sampai awal sangat??? 4WD pukul 3pagi laa…”
Mail tenuk : “Aku tak pernah sampei sini laaa… aku takut bas abis”
Aku : “takpa hang pegi lepak masjid dulu… aku tengah makan nie… malam kang kita jumpa yek”…

Mengenangkan kesian lak si Mail nie sengsorang lepak kat railway.. aku SMS kat dia suh tunggu kat situ.. aku dtg ambik jap lagi!! Jam 6ptg lebh kurang kot…aku pun sampai kat Railway.. mana la simamat nie!! Hmmm tup tup ternampak sorang lelaki ala2 warga kontrak dari Indon bawak beg Karrimor Panther.. “hmmm nie kot!!”

Salam perkenalan dihulurkan sambil bait2 kata manis dihamburkan mengucapkan selamat datang!!! Dipendekkan citer mail pun menjadi tetamu undangan kat umah.. sambil dgn muka tak percaya dan berkerutnya bila mendengar yang usia aku tlh mencecah 30 disamping telahpun beristeri dan anak… Terasa muda balik… cewah

Malamnya pertemuan diatur dgn bbrp rakan yg tak dpt naik keretapi ke Stesen KApi Sg Siput.. diantaranya Solo@Hari, Apek Pinky, Apek MMU dan 3org rakan OBS..

Jam 1.30pg pertemuan seterusnya dgn rakan2 di Railway Sg Siput… sblm tiba disana SMS dari Rembau &the Gang menyatakan ketibaan mereka sekitar jam 3pagi diLasah nanti!! Man Biskut, JoyahSR, CdDin, Melati dan Brader Ajis memeriahkan lagi suasana sts Keretapi mlm tue.. Seperti biasa Arman PIM dan Bakor mula beramas mesra dgn para peserta… Dengan itu hanya menanti kan Beckham, aD, Ayu & Sham…

tiba2 SMS diterima mengatakan keretapi menghidapai Penyakit Teknikal di Sts Chemor.. dah 1jam sangkut.. waduh menyengatttttttttttttttt…….. Tunggu ajer laaaa.. at last sampai jugak !!! berdrebar hati utk melihat aD yg dah sekian lama berbual dlm tepon tapi tak pernah bersua.. disamping Beckham yg katanya pernah jumpa aku dulu time naik TransTT… tapi tnyata aku mmg takleh ingat!!!

Ketibaan 4WD Syafiq dan Li membuatkan kami semakin yakin masanya dah tiba utk kami berXPDC.. load barang dan parking kat Balai Polis Lintang… Mana nie???? Rembaaaaaaaaaaauuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu wargghhhhhhhhh ngantuk mula menyerang!! Sambil menelepon dari rumah Li berita dikhabarkan yg mrk sedang minum kat Sg Siput sambil menantikan jam 6 pg utk dtg??? Aikkk sure silap dengar nie!! Annyway peserta lain suma dah tido tepi 4wd tinggal la aku dan Mail mundar mandir meninjau-ninjau pekan Lasah..

Vrrrrrrroooooooommm van pun tiba bersama rakan orang dari JB.. Last packing, kopi secawan dua.. jom jalan!! Perjalanan 2.5jam kali nie sedikit berbeza memandangkan jalan 4wd semakin elok dan cuaca pun baik!! Orang kat belakang pun nampak selesa ajer (mintak maaf!!! Sy dipaksa duduk kakt dalam sebab badan kecik)

9.00pg tiba diKuala Mu... berita membimbangkan kami diterima oleh Syafiq disampaikan oleh Tuk Batin!!! 1. Jambatan Lubuk Buaya Runtuh 2. Gajah sedang mengamuk kat Pondok 1... 2 bulan lepas dua orang mati di Yom katanya sebab dipijak gajah!!

Tanpa membuang masa aku meneruskan perjalanan ke Lubuk Buaya untuk meninjau2 jalan lain untuk keseberang!!! Akhirnya dgn bantuan Okok dan Jajam dari OBS maka jalan baru ditemui dan semua bersedia untuk berXPDC Perjalanan disusun, taklimat diberi doa dibaca... maka rasmilah XPDC kali nie!!

2.00petang kami berkumpul semua di Pondok 1, terkejut aku melihat keadaan Pondok 1 yg satu masa dulu didiami masyarakat orang asli.. HANCUR MUSNAH!!!! Baju pun tak sempat dibawa lari... kesan tapak kaki gajah dimerata tempat dari rumah hingga ke kebun!! Selesai makan tengahari aku memaklumkan pada semua untuk bersedia menghadapi perjalanan malam hari...

seawal jam 8 hingga jam 12 malam adalah jangkaan ketibaan pesawat SOS kami!!! Semua makan secukupnya dan mula bergera sedikit demi sedikit.. dan akhirnya setelah pelbagai lagu di”sumbangkan” oleh brother Li dan Rembau maka tibalah kami jam 12 mlm dipuncak!!! Teh telah pun tersedia, nasi sikit lagi nak masak... lauk malam nie kari ayam, ikan maak lemak cili api dan sayur goreng... Last cheers air kejayaan RED BULL hmmmmmm lazatnya!!!

Esok pagi kami dihidangkan dengan pemandangan indah.. kelihatan banjaran Chamah / Ulu Sepat mengikut perkiraan aku dikejauhan... disamping Tuk Nenek, Berhid, Trans TT trail sampailah ke Berinchang.... line clearrrrrrrrrrrrrr..

12 tgh kumpulan terakhir mula turun... jam 2.30ptg suma telah pun berada di pondok 1 untuk makan tengahari.. Jam 7 ptg suma stlh selamat sampai di Kuala Mu... Tamat sudah. Pada yang nak menokok tambah tue dipersilakan... sejuta ucapan terima kasih pada semua yang menjayakan XPDC kali nie.. spesial thanks to GO & Crew, Bett, 4WD, Tuk Batin Kuala Mu, Balai Polis Lintang, Kedai Makan Lasah dll mrk yg terlibat secara lansung dan tidak lansung!!!

Jumpa lagi selepas nie di XPDC Chabang, Bar Gading, Kenderong....


No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...