Tuesday, August 15, 2006

upcoming trip

my long awaited project.. Trans Titiwangsa V2.. insyaAllah, hujung bulan nih, aku akan masuk hutan selama 8 hari (dari 26 ogos - 2 september) semata-mata utk mencari penat merentas banjaran titiwangsa.

rasanya, nih la xpdc yg paling lama & paling giler yg akan aku buat utk tahun nih. kalau tgk log yg Muzs bagi, aku akan mendaki 13 gunung @ puncak yg tingginya antara 5 ribu ke 7 ribu kaki.. start dari:-

1. gunung Yong Yap 7113' -- gng ke 6 tertinggi di semenanjung
2. gunung Bubu 6476'
3. puncak Kayong 6250'
4. gunung Tok Nenek 6248'
5. puncak Bonsai Semak 6050'
6. puncak View 5905'

7. puncak Bonsai Tengah 6102'
8. gunung Junction 6849'
9. gunung Gayong 7129' -- gng ke 4 tertinggi
10. gunung Korbu 7162 -- gng ke 2 tertinggi (selepas gng Tahan)
11. gunung Yong Belar 7155' -- gng ke 3 tertinggi
12. gunung Challi 6309'
13. puncak Three Boundaries 5840'

perjalanan trip kali nih akan bermula dari perkampungan org asli Kuala Mu, Perak dan berakhir di Blue Valley Dam, Cameron Pahang.


*route xpdc Transtitiwangsa Version 2*

hm, ikutkan.. dh lama aku tak eksesais.. last trip yg aku pegi, ada lah sebulan yg lepas. masak arr nak start jogging balik. sepanjang duduk kat equatorial rituh dh cukup utk buat perut aku bertambah bulat & sendat.. tp, takpe.. ada masa lagi 2 minggu.. insyaAllah aku boleh buat.. insyaAllah..

sabtu nih ada meeting dgn bebudak gunung. nk bincang ttg peralatan & rations. hm, sampai skrg aku duk terbayang-bayang berapa banyak ration yg nak dipikul sepanjang 8 hari dlm hutan.. sure berat giler haversack!

tak ramai perempuan yg join trans v2 nih.. kalau tak silap, termasuk aku, adalah dlm tiga pat org (dari 24 trekkers yg pegi). Lantak arr.. bukan aku kisah pun.. yg penting teamwork.

team aku ada 5 org : kak Mai, Fazi, Rain, Becham & Aku.. dlm sumer org nih, Rain je yg aku tak penah jumpa. dia join last minit. tu pun, dia dapat tau dari blog nih.. nasib baik dia contact aku on time.. kalau lewat sikit, sure dh takde seat.

.. dats it for today's entry.

p/s: aku dh penah naik gunung Yong Yap & gunung Yong Belar.. kira yg nih cam repeatation arr. satu kelebihan utk aku coz takde lah mental sangat nak menghadap trek yg mencanak kat de-dua gunung nih.


3 comments:

ijat said...

kita main play station je la cik aD...

Anonymous said...

gud luck V2. enjoi beb... view mmg maveles giler.. pewai jgn citer la.. tapi it's worthhhh...

Anonymous said...

froggie:
ala.. aD reti main monopoly je.. plastation tak ghetti.. huahuahua

oked:
yer btullll.. view mmg mabelessss!!