KENGKAWAN

Tuesday, October 31, 2006

anugerah terindah

my brother will be staying with me starting from next week kut.. *yey*.. cant wait! pasnih, ada la member nk ajak bertekak kt umah tu. tader la sunyi sgt. dan paling penting, at least aku ada reason yg kukuh utk balik rumah tetiap hari & kurangkan xtvt naik gunung (once a month for a start, maybe?). tho aku rasa cam berat hati nk tinggalkan outdoor, tp demi adik-adik, aku turutkan.. derang sumer anugerah terindah dlm hidup nih. takde apa yg lebih bermakna selain dari kasih sayang yg derang berikan.

talking abt raya tahun ni.. ada satu insiden pagi raya yg bebtul buat aku tersentuh - bapak merajuk.. seriyes, aku tak sedar bapak merajuk dgn kami adik-beradik. ya-Allah, derhakanya aku sebagai anak.

petang seblm raya, aku tertidur dlm bilik - penat mengemas umah. terbangun masa aku dengar suara bapak marahkan adik tiri aku yg pemalas yg amat. marahnya plak, bawak ke malam.. patutla masa last berbuka tu bapak tak jamah nasi pun. dia minum secawan air, pastu terus keluar umah. tp, masa tu aku cam bodoh.. insensitive kata org. tak perasan langsung.

pagi raya, subuh gaban bapak keluar tataw gi mana. masa sesi nk salam-salam pun bapak takde. aku ajak adik-adik gi kubur arwah ibu. kat sebelah kubur arwah, aku perasan ada beberapa puntung rokok bapak. hm, kesian bapak.. tataw berapa lama dia duduk kat situ - sure dia luahkan rasa sedih pada arwah mak.. taim nih aku rasa berdosa sgt. kalau la Tuhan cabut nyawa aku taim tu.. kompem hell punyerlah.

dekat nk pukul 8.00 pagi baru nmpk kelibat bapak. dia terus pegi belakang umah, duduk bwk pokok durian. aku tanya Aunt Shi pasal bapak.. dia juz angkat bahu. aku turut bapak.. kat bawah pokok durian tu gak aku cium tangan dia.. mintak ampun maaf. bapak diam - lama. aku plak cam tak terkeluar ayat nk berborak dgn dia. last, bapak cerita.. dia kecik hati dgn perangai adik-adik aku yg cam nak jauhkan diri sejak dia kawen dgn Aunt Shi.. kata bapak lagi, dia turut kecik hati dgn sikap adik-adik tiri aku yg tak boleh ditegur.. serak suara bapak bercerita. mengalir air mata mendengarnya.. betapa hati bapak terguris.. lama kami duduk kat kebun mini bapak.. daripada aku duduk mencangkung sampai laa aku terpaksa bersimpuh atas tanah. bapak plak, duduk atas buah kelapa tua - menghadap aku.. bapak tinggalkan aku sengsorang bila terdengar takbir kat masjid, tanda sembahyang raya nk mula.

"ayah dh sampaikan apa yg ayah rasa perlu.. terpulang pada Along mcm mana nk tegur yg lain-lain.. ayah sayang semua anak-anak ayah.. tak pernah ayah berbahagi-bagi kasih.."

(adik, dengar tak? ayah menangis.. sendunya tak kedengaran.. air matanya tak kelihatan)

balik dari masjid, bapak kembali ceria (not sure whether he's pretending or wut). well, at least it did 'save' our raya. since then bapak nak aku sentiasa ada depan mata dia.. hm, rasanya bapak mmg perlukan pendengar. lelebih lagi dari aku as anak yg sulung.. yg lebih byk menyaksikan sejarah suka duka hidup bapak.

6 comments:

Anonymous said...

sabarlah cik aD. lumrah kehidupan, ada pasang surutnya. sayangilah dia sementara dia masih ada, masih sudi mluahkan apa yg dia rasa, masih sudi mmbalas salaman kita. mereka anugerah terindah yg pernah kita miliki sepanjang hidup ini, selama mana kita bernafas -ray-

unforgetful said...

cik aD, dgrlah nasihat ayah tu. mungkin hanya aD jer dia boleh arapkan dan percaya.

susah nak dapat kepercayaan dr sessrg lebih2 lagi saudara kandung kita sendiri. anyway mekasih atas kad raya tu. baru dpt arini. ni musti en posmen ngelat nak antor sblm ghaya. Slamat ari raya maaf zahir dan batin - jun78-

amizgig said...

ray:
thanks ey =)

jj78:
maceh.. baru dpt kad? nasib baik still raya lagi. buatnya dia antor taim krismas.. haruu.. selamat hari raya jugak =)

bluefroggie said...

takde dapat kad pong... :(

Anonymous said...

orang pun nak kad raya gak cik aD! -ray-

:: is :: said...

org pon...**sibuk**

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...