KENGKAWAN

Thursday, November 30, 2006

kuatkan hati

bangun lambat pagi nih. penat shopping semlm still terasa. mana taknya, shopping tak ingat dunia. beli groceries jer dah dekat pat ratus inggit. sampai tak muat troli carefour tu kami kejekan. sebelum balik, singgah kfc jap. dinner. gf as pun join sama.

pagi tadi, celik mata je dah terbau roti telur yg digoreng. waahh.. yanie buat breakfast. menarik! aku admit, yanie mmg rajin memasak, mengemas dan memacam lah. satu kelebihan bila dia ada kat sini.. gemuk la aku tak lama lagi.. =)

masuk opis kul 11.30 pagi.. haha. lama dah tak buat perangai camnih. tp, bukan disengajakan. pagi nih je ada appointment dgn auditor (brickfields) & account (dsara heights).. tu tak masuk aku kena pi RHB (jln maharajalela) amek fixed deposit. penat!

ekceli arinih mood tak baper ok. tapi bila dapat email yg syam bagi, tetiba je aku buleh jadi hepi tak hingat dunia. dlm email tu ada klip video nina.. comelnyeeerrrrr!!.. *windu*

ptg nih, lepas meeting aku nak blah awal. ada appoinment utk hair treatment. rambut aku dh cam tak terurus. asyik keluar masuk utan sampai rambut pun cam org utan. kalau aku keje jadi renjer lain lah kan.. personaliti kena jaga beb.

oh yer, mlm tadi, jumpa fazi. pulangkan semua barang dia. harap dia tak kecik hati. dan harap dia (kami) boleh lebih bersikap terbuka pasnih. friends forever aite.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...