KENGKAWAN

Monday, January 22, 2007

mellow

Aku sedih mlm nih. Sedih bila As & Yanie marahkan aku sbb terlalu menyebelahi Ain. Yanie marah sampai nak ambil barang depan aku pun sengaja dihentak-hentak. Tanda protes la tu. Apa patut aku buat? Serba salah dibuatnya.. tiga-tiga adik aku.. tiga-tiga aku sayang.. *pening*

Kul 12.30 mlm, aku kejut Ain. Kesian dia kena bangun tetengah mlm buta semata- mata nak di ‘ceramah’ kan. aku tak sampai hati nak marah-marah. Tapi terpaksa.. bila As dah start nangis. Sebak jadinya. Tak boleh tak, aku kena buat ‘conference’. Settle bebaik. Alhamdullilah, semua settled jugak.

Wiken semlm, aku gi Kuala Kubu. Join team EAT panjat Bukit Kutu. Nantilah aku tulis log. Mood tak berapa ok.

Problem hati pun satu hal. Sedih ah.. rasa mcm.. tataw mcm mana nak describe. Kadang-kadang, aku rasa mcm terlebih berharap pada sesuatu yg tak pasti. Rasanya, aku dah tunjukkan rasa hati nih seadanya. Segalanya terpulang. Takkan nak paksa org sukakan kita. Malu lah. Dlm hati ni, aku minta sgt.. kalau ditakdirkan dia untuk aku, permudahkan lah.. tapi, kalau bukan, jauhkan lah dia dari aku.. selamanya.

Hijrah tahun baru:

Nak jaga solat
Nak bykkan baca Quran
Nak banyakkan sedekah & amal jariah
Nak patuh pada janji
Nak jaga adik-adik
Nak jaga ayah
Nak jaga hubungan dgn Aunt Shi & adik-adik tiri
Nak jaga hubungan sesama kawan
… dan nak selarikan kerja dgn minat outdoor yg semakin tak terkawal

*amin*


p/s: pagi nih aku received 'suprise' tu.. to sender, thanks a lot.. * big hugs*

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...