KENGKAWAN

Wednesday, January 10, 2007

syuk - syukur

aku hampir gila malam tadi. penat menaip proposed events utk sepjg tahun, tetiba komputer aku mabuk todi. penat aku tekan-tekan keyboard nih.. dah la aku tak berapa pakar IT. trusss aku shutdown kan ajer.. hasilnyaa.. hancur punah ranah hati nih bila sumer dokumen yg ditaip hilang camtu je. takde auto recovery.. *matila*.. esok ada Exco meeting. jam plak dah pukul 9.50 malam? camner? mabuk aku skejap.. *nangis*..

huhhh.. nasib baik sabar aku sedalam lautan pasifik. sambil bebel sengsorang marahkan pc, aku gagahkan jugak taip semula semuanya. kul 2.30 pagi baru abes. harus aku dapat award pekerja cemerlang tahun nih.

balik umah kul 3.45 pagi. ingat nk bebaring jap.. sekali hanyutt. syiok layan mimpi makan limau mandarin sampai tak sedar hari dah siang. gelabah mak nenek dibuatnya. sib baik meeting kul doblas tengahari.

lama giler meeting kali nih. start kul doblas, abes kul 3 ptg. sumer seriyes je. selalu tu, sambil meeting boleh kunyah karipap. kali nih, nak teguk kopi pun cam tersekat-sekat. perut lak laju je buat lagu poco-poco.

camnerpun, alhamdullilah.. bebaloi rasanya bersengkang mata utk mlm tadi. dats it. harap nih taun last aku kat sini. nk try tempat baru.. environment baru.. management baru. cukup-cukup la pengalaman 5 tahun lebih kat sini. umur makin lanjut, takkan dah kerepot baru nak buat perubahan.. selagi tenaga & idea yg dianugerahkan nih masih laku di pasaran, ini la masanya nak demand.

*bersyukur atas rezeki yg dikurniakan*


Aku yang masih di perjalanan hidup ini
Begitu lama berlegar di persimpangan dunia
Menempuh jarak dan titian
Rimba dan lautan
Mencari sesuatu yang abadi

Aku yang masih di perhentian hidup ini
Begitu jauh menggembara ke serata dunia
Mengejar siang dan malam
Surut dan pasang
Mencari sesuatu kebebasan
Mencari sesuatu kedamaian

Di mana berakhirnya perjalananku ini
Esok dan lusa bukan miliku
Oh Tuhanku
Lindungilah hambamu yang hina ini
Aku setia hanya padamu

...Ramli Sarip - Perjalanan Hidup.

1 comment:

bg said...

maaf seandainya mengganggu time keja....
moga-mogaan cepat sembuh dari demam.....andainya daku berada di sisimu.....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...