KENGKAWAN

Friday, March 30, 2007

giler gunung

wiken nih, wiken terakhir dlm bulan March.. bermakna.. *senyum duluu*.. yep, maknanya aku dah lepas dari kena grounded masuk utan. cukup lah sebulan aku bercuti dari xtvt outdoor. hati nih dah meronta.. jiwaku terseksa.. *auww*

tadi, aku belek koleksi gambar xpdc. Tuhan je yg tau cemana rindunya aku nak masuk hutan. seriyes nih. rindu sey nak pakai "uniform" hutan aku tu.. esp, sarung tangan rainbow yg dah koyak sana sini. nak tukar lain, sayang woo. bukan sebab aku kedekut duit nak beli lain. dia punya sentimental value tu penting. biarlah jahit berulang-ulang kali sekalipun. aku rela.

bulan nih ada 3 trip penting:

1. XPDC Gunung Lebah kat area Tg. Malim (6-8 April)

Trip nih aku musti join. first, sebab aku belum penah naik gunung nih. second, aku dengar trek gi sana kira hardcore jugak la dan third sebab memember yg join trip nih aku kenal masa pegi Trans Bintang rituh.

2. Kledang Challenge anjuran Persatuan Mendaki Perak (27-29 April)

Aku suka join outdoor challenge camnih. last year aku join pertandingan orienteering. aku ingat, at least setahun sekali aku musti join memana outdoor challenge. taaaappppiiiiii.. hurm, tapir btul la. nampaknya aku kena lupakan hasrat nak masuk Kledang Challenge... *sedih siut*.. sumernya gara-gara aku terlupa janji aku ngan Pekatu masa kat PD last february. aku janji ngan dia nak pegi Gunung Tahan.. tarikh antara 2 trip nih clashed plakk.. huhuhu.. camner buleh terlupa. tak pepasal dia "bahan" aku kat dlm group email.. *pedassss*..

2. XPDC Gunung Tahan (28 April - 6 May)

Trip wajib pegi! lagipun aku yg beriya suggest Pekatu & Labryinth buat. dan kalau aku berjaya tamatkan trip nih, bermakna aku berjaya samakan rekod masuk hutan selama 8 hari utk tahun nih. kira sama dgn Trans V2 yg aku buat tahun lepas laa.. 8 hari jugak. yang menariknya utk trip nih, bukan setakat buat trans Merapoh -> Kuala, tapi siap layan air terjun 4 Step lagik! dengar citer, ramai yg nak pegi air terjun nih tapi terkandas dan terpaksa patah balik. harap team kami berjaya jejak air terjun nih. eyyy tak saboonyaaaa.

wokeh sekian sahaja laporan Buletin Outdoor dari cik outDOorFrEak. nantikan kesinambungannya pada minggu hadapan. hepi wiken ppl. lets gOo outdoor!! charer.

Utas Travel Tour yg BANGANG

arinih aku nak amuk satu dunia! naper? meh sini kita buat sesi menyumpah seranah sumer.

penah dengar agensi Utas Travel & Tour? tak penah? haa cuba klik website nih, http://www.utastravel.com.my/
oke dah dapat idea hapekemender Utas nih?

citer nih jadi kat Sham & Ida pagi tadi. supposed derang berdua nih fly ke Penang hari nih (naik MAS). tapi disebabkan ke-BEBAL-an staff di agensi Utas Travel Tour nih. maka derang tak dapat naik flight.

puncanya? salah nama pada tiket. sepatutnya ditulis Nor Wahida ditulis jadi Nor Mazlina.

aku call Rahizan (person in charge kat Utas), ada sorang minah nih cakap dia on leave. so, aku mintak lah no henpon dia nih.

first call, Rahizan angkat. katanya, memang Sham ada inform yg nama tu salah. dan Rahizan kata takper. setakat silap sikit camtu takde masalah. sure "lepas" naik flight katanya... huhh!! mengamuk aku on the phone tadik. bangang ke tak jawapan dia nih??

oh yer, for info.. Utas Travel & Tour yg Sham deal nih adalah Head Quarter Utas sendiri yg beroperasi di Alor Gajah, Melaka okeh. dan utk makluman, Utas Travel Tour nih ada 4 cawangan lain yg terletak di Bandar Melaka, Johor Bahru, Muar dan Kuala Lumpur.

lepas dgr suara aku dah memetir kat dlm phone tu, dia create alasan lain.. katanya Sham salah bagi nama wife dia. Laaagggiiiiiilahhh panas hati aku mendengarnya! Alasan bangang yg penah aku dengar. Sham salah bagi nama? hey, kamon lah. suami mana yg tak ingat nama bini (unless suami yg ada bykkk bini laa kan!). Takkan lah Sham boleh salah bagi nama? Nor Wahida dengan Nor Mazlina kan jauhh bezaa??? Lagi pun bukan ke Sham dah call awal-awal lagi inform yg pihak Utas salah tulis nama untuk tiket tu?? aper nih??!!!

tak tunggu lama, aku semburrr segala-mala ke-tak-puas-hati-an aku nih. aku nak derang refund balik sumernya atau ganti dgn tiket lain hari nih jugakk! bila dgr aku cakap camtu, dia mula kelam kabut. dia cakap dia try figure out camner and janji nak call balik.

lama aku tunggu dia call sampai flight yg sepatutnya adik aku naik pun dah berlepas. ada dia call?? tak ada oke!!! aku tipun no henpon dia. harammmm dia tak jawab. aku call opis. minah kat situ cakap derang akan deal dgn Rohizan nih. tapi tunggu punya tunggu macam hampehhh. sorang pun dari Utas tak call and explain or at least mintak maaf ke haper. bangang punyer servis.

lasstt.. aku call lagi. terus nak cakap dgn manager nih. tapi minah kat situ ckp manager keluar. bila aku mintak henpon manager, derang ckp tataw. geram btul aku! camnih ke cara Utas treat customer? helllloOooooo???

adik aku skrg nih on the way ke Penang. tapiii pegi naik BAS. cuti yg dia amik pun tak lama. so, terpaksa pegi jugak. kalau nak tunggu Utas, sampai kiamat pun belum tentu dia buat apa-apa. kesian adik aku. pegi honeymoon naik bas!

buat Utas Travel & Tour Agency, aku harap korang refund balik sumernya kat adik aku & wife dia dan MINTA MAAF. kalau tak, aku akan amik tindakan. dan sampai bebila pun aku akan tulis & sebarkan tentang betapa tak profesional nya kompeni nih buat keje!

Wednesday, March 28, 2007

rezeki yg belum pasti II

as expected, chinese lady yg interbiu aku thru phone last week tipun lagi hari nih. kali nih, dia nak kompemkan date utk formal interbiu.. hahaha (gelak nerbes). aku dah lama giler tak pegi interbiu nih. lassssttt dulu, 5 tahun lepas. camner nih. tetiba rasa seram serrrjurrkk. aiyohh.. mcm budak baru grad plak aku nih.

memula, pompuan tu tanya sama ada aku free esok. aku cakap "tak". ikutkan mmg aku boleh lari skejap gi attend interview. tapi takmo lah. pastu dia pilih hari jumaat. aku pun main bubuh je lah timing yg sesuai utk aku. tapi.. dia nyer director plak ada meeting taim tu. diskas punyer diskas, aku pilih hari isnin depan - 11.30 pagi. so, kompem.

hm, nak kena buat research sikit ttg kompeni nih.. nak tau gak saper BOD dia. kut-kut aku kenal ke. yelah, kalau tak, camner derang buleh kenal aku, ye tak?

doakan lah aku dapat keje nih ek. lama dah aku terperuk kat kompeni aku skrg nih. tak berkembang otak. kalau aku dapat, aku janji aku hapdet blog nih setiap hari, setiap masa.. (hehe mcm lah korang suka baca)

Tuesday, March 27, 2007

pleasant visit

sham & wife dtg mlm tadi. terkejut aku. kebetulan dia sampai serentak dgn aku yg baru balik keje nih. kata sham, dia ada kursus kat Crown Plaza (pagi nih). tu yang dia singgah umah aku jap.

hepi sakan kami mlm tadi. riuh umah aku dgn cerita kenduri yg tak sudah.. memasing duk menyakat sesama sendiri. seronok sey bila berkumpul gegamai camnih.. memacam cerita keluar.. kelakar!

lewat mlm, sham & Ida balik ke hotel. ikutkan aku nak derang tido kat umah je. risau nak lepaskan sham drive memalam buta camtu. tapi, biarlah.. pengantin baru katakan. petang nih derang datang umah lagi. hm, nak masak apa hari nih ek??

Monday, March 26, 2007

tapak kaki toyol

note: entry nih tader unsur seram.

wiken nih tak pegi mana pun. tader panjat gunung.. tader masuk utan.. tader abseiling, wall climbing, water rafting, canoeing or sumernya lah.

yang ada.. juz keje part taim tak bergaji mengecat umah orang. bunyik cam sedih & memenatkan.. silappp tuuuu.. aku enjoy sebenarnya. bestt woo mengecat nih (read as: aD buang tebiat)

ekceli sabtu rituh, aku tolong Chua & Fuzzy mengecat umah. derang sepatutnya pindah ke USJ. tapi last menet, derang tukar fikiran nak stay kat umah lama sekaligus meng-upgrade-kan umah tu. aku pun hepi hepi joy joy laaa sebab derang tak jadi pindah. kalau tak, hilang laa jiran outdoor terdekat yg rapat ngan aku. tuu laa pasal aku sanggup meng-volunteer-kan diri sendiri tulung mengecat. sebenornya, nih kali kedua aku masuk umah derang. first dulu, masa nak agihkan rations utk gunung Bubu.

eniwei, proses mengecat berjalan lancar. hasilnya pun agak memuaskan (even kena cat dua kali sebab tersilap warna). siap ada border lagikk. yang pentingggg trade mark yg aku buat. mrasalah derang dihantui tapak-tapak kaki toyol yg bersepah kat rumah tu.. hiks.

tetiba, aku rasa mcm citer Queer Eyes For the Straight Guys (or kata Chua, "Ape ke Entah for the Straight Guys"). cuma yg bezanya, dlm citer nih, Queer tu stand for aku lah kan (opss).

nih lagu peberet aku taim kekecik dulu. tak sangka Chua ada koleksi lagu Sudirman nih..

Toyol, dia dtg padaku berlari-lari
Tolong, kemana ku kan pergi
Toyol, mengapa pula aku yg kau cari
Tolong, rupanya hodoh woo huu woo

Kepala botak matanya terbeliak
Giginya bertaring merata-rata
Eiy seramnya ku melihat rupanya
Melambai.. melambai ketawa pula

Apa yg kau mahu datang kepadaku
Aku sudah tahu asal usulmu
Wahai toyol jangan ganggu

Padamu toyol sebenarnya ku tak rasa takut
Sengaja aku bersembunyi menggeletarkan lutut
Pergilah toyol jangan ganggu
Manalah ada duit disaku
Mana.. mana.. mana ada

Tiba-tiba aku rasa sakit dikepala
Ku terjatuh dari katilku sungguh besar dentumnya
Rupa-rupanya ku bermimpi
Manalah ada toyol dikaki
Mimpi.. mimpi.. Cuma mimpi

Toyol, jika kau datang lagi kedalam mimpi
Aku ajar engkau menari
Toyol jika kau ada lagi dizaman ini
Aku ajar engkau menyanyi

Friday, March 23, 2007

tahlil

hari nih, 23 march 2007, genap 11 tahun arwah mak meninggalkan kami. semoga rohnya sentiasa dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang yg beriman.

salam penuh kerinduan buat Bonda tersayang.

al~fatihah.

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi
Tuhan Yang Esa ampuni dosa Ibu
Tempatkan mereka di antara kekasih-kekasih Mu
Oh Ibu kau kasih sejati
Kutaburkan doa untukmu Ibu
Ampunilah dosaku sejak ku dilahirkan hingga akhir hayatmu
Saat ini kuteruskan hidup tanpa bersamamu Ibu
Oh Ibu damailah engkau di sana
Ku taburi doa mewangi hadiah dari anakmu

Thursday, March 22, 2007

angan minah jenin

banyak mender aku nak buat utk tahun nih. kira cam azam gak arr. nih dah penghujung bulan March. laju btul masa berlalu. kejap je nak masuk pertengahan tahun.. *sighs*..

antara mender yg aku nak buat tahun nih (kira cam azam pertengahan tahun laa nih):

first, mender utk diri sendiri.. err, tak buleh reveal lah. kang org kata nk menunjuk. dah dapat nnt, baru buleh citer pjg lebar.. (hehehe)

second, utk bapak.. dah lama plan nak bagi bapak modal suh besar kan umah kat kampung tu. insyaAllah, kalau ada rezeki, aku tanak bertangguh lagi. adik bradik aku gamai. memasing semakin besar. rumah yg sedia ada skrg rasa cam tak muat plak nak sumbat gegamai camtuh.

third, utk adik-adik kesayangan aku nih.. bulan May nih ada family trip ke Ganu. Sham yg cadangkan gi sana. sounds like menarik. kena amik cuti la nampaknya... next year (chinese new year), aku plan nak bwk satu family gi Sabah. round de`sabah. kalau derang setuju, aku ingat nak bawak naik gunung kinabalu. eniwei, still under planning. tuu pun, kalau rezeki aku murah tahun nih. insyaAllah.

hari nih aku byk berangan.. pelik gak. kat opis pun buleh berangan. taapiiiii bukan berangan pasal cinta. takde maknanya.. aku berangan pasal pemily.. berangan camner nak hepikan bapak.. hepikan adik-adik.. hm, kalau lah arwah mak ada...

oh btw, tak sangka ramai yg berminat nk join team aku utk Kledang Challenge. sekarang dah kompem 3 org (aku, Fuzzy & Man).. lagi sorang lagi aku reserved antara Beckham & Betterman. derang bagi confirmation early april nih. so skrg, tinggal nak gather info (routemap, trek, checkpoint, games structures) tentang Kledang Challenge nih. harap tak byk halangan sangat. kalau setakat rappelling, hiking, climbing, running aku tak kisah sgt. jangan ada berenang-renang sudah.. buleh karam aku nanti.

Wednesday, March 21, 2007

open minded

dah 2 malam berturut hujan lebat (taim malam) since aku balik dari Mlk. siap petir kilat lagi tu. gerun sey. tak lena tido aku. kekejap kang terjaga. bila dh terjaga tu, aku keluar dari bilik. cek adik-adik aku. takut kalau derang terjaga. adik-adik pompuan aku nih boleh tahan gak penakutnya (like old sister like young sister laaa kan). bukan apa, adik aku terjaga, buleh gak takut sesama.. peluk-peluk sesama. tapiiii sumernya lenaaaa... syiok la tu tido taim hujan. aku gak yg terkulat-kulat pekup telinga ngan bantal sengsorang.

cam ampeh je kan, kalau kilat petir dalam hutan, selamba je aku harung. poyo tul aku nih.

talking abt hutan nih, hullaaa.. dah dekat sebulan aku tak masuk utan. rindunyaaa. semlm dapat invitation utk xpdc Gunung Lebah kat area Tg Malim. menarik gak. insyaAllah aku join. Hujung bulan April nih plak ada Kledang Challenge - anjuran Persatuan Mendaki Perak. aku cam eksaited nak join. tapi kena cari lagi 3 orang lagi sebab satu team kena ada 4 org. pertandingan nih amik masa 2 hari. kena bebtul fit and kena pandai baca kompas. some sort like orinteering jugak kut.. bab menang kalah tak penting, pengalaman tu lebih beharga.

hm, kena exercise nih.. yearghh. semangattt. tapi.. err, siapa lagi 3 orang tu nanti? btw, nih borang & syarat pertandingan tuk masuk Kledang Challenge 2007. sesaper yg berminat tu juz klik kat gambo. aku tolong promot je - tade komisen - FOC. kalau rasa nak "fight" sesama, jomma skalikk.






semlm gak, aku dapat present. somebody hadiahkan henpon. aku cam susah nak terima. tak best terhutang budi nih. tapi since dia beriya dan since aku nak jaga hati, aku amik gak. nih hah, ada dalam kotak depan aku nih. nak guna ke tak?? simpan dulu arr.

rituh tgk citer Road to Terebithia.. cam ampeh. aku tak minat citer imaginasi kekanak. pastu sambung marathon dgn citer Muhsin. org kata citer nih best giler sampai menang award. hm.. ntah la bagi aku, biasa je. tak beremosi pung. 3 adik beradik dlm satu citer err cam org lain tak berbakat plak. ops.. no offend. org gunung cam aku mana lah layak nak komen-komen acamnih. aku harap, filem Jibam bawak satu kelainan dalam dunia perfileman (cewahhh ayattt). tp, btul la tu.. aku nak kan kelainan!



Tuesday, March 20, 2007

rezeki yg belum pasti

aku baru je nak updet cv.. baru je berfikir-fikir mana nak carik keje..

tetiba je pagi nih dapat call dari satu kompeni nih. pompuan yg bercakap. chinese. katanya, ada org rekemen kan nama aku utk Manager position kat situ. terusss dia interview aku thru phone. memula tu aku curious gak. try tanya nama kompeni dia. tapi dia refused nak reveal.

lepas borak-borak dalam setengah jam, dia kata cam suka kat aku. ekceli cemacam lagilah katanya.. dan keje yg dia offer tu plak, sikit lebih kurang cam apa yg aku buat sekarang nih. lepas dia puas hati dgn aku barulah dia reveal nama kompeni dia. aku try seach nama kompeni tu kat internet. not bad gak la background kompeni nih. patron dia, Bank Negara (menarik ey?). sebelum abis phone interview tu, sempat gak dia tanya current salary dgn benefit yg aku dapat kat sini. seems like dia still interested nak jumpa aku utk formal interview. hm, we'll see camner nanti.

ikutkan, mmg laa aku eksaited dgn call tadi. tapi, tak buleh nak hepi-hepi. mender belum tentu. lain lah kalau dah dapat offer letter ke haper. camner pun, aku still nak cari peluang lain juga. kalau boleh biarlah ada dua tiga choice. sedap sikit nak buat pilihan.

satu mender yg aku confused. tentang org yg promote nama aku nih.. DA ke? setau aku, sorang pun tataw lagi pasal aku nak resign. pelik.


Monday, March 19, 2007

sekeras batu : forgive me Sc

legaaa..

alhamdulillah, majlis perkahwinan Sham dah selesai. time kaseh sesangat pada keluarga, sedara mara, orang kampung & memember yg datang menolong taim kenduri rituh. cuaca pun macam memahami. ekceli masa acara kemuncak sabtu lepas, cuaca gelap giler. awan mendung tetiba. sumer org jangka hujan sure turun lebat. siap petir lagi tuu. risau sey. dalam hati nih duk berdoa sangat - mintak Tuhan jauhkan hujan. at least utk tengahari tu. Tuhan Maha Kaya.. Dia tunaikan doa aku. Alhamdullilah, keadaan yg tadinya gelap tetiba jadi cerah. mcm cerita filem pulak. walhal, kat daerah Alor Gajah, hujan turun lebat giler. mmg menakjubkan! dan sampai keesokannya pun cuaca still cerah. aku bersyukur sangat! sujud pada kebesaran-Nya.

start dari rabu lepas, aku dah terpacak kat kampung. ada meeting tak rasmi dgn adik beradik ayah & nenek - bincang tentang lauk pauk & aturcara mejelis. pastu bincang ttg kos bagai. fuhh, pes taim aku berpeluang involve dlm hal-hal besar acamnih. itupun, Sham yg beriya sangat nak aku ada situ. even keputusan utk memender remeh pun, Sham akan suruh sumer org refer kat aku (terharu pulak). mebi sebab kami tader mak kut.. so, sebab tu byk keputusan, Sham depent kat aku as anak sulung.

start dari Rabu lepas jugak, aku juz kosentret 100% kat weeding nih. sampai sumer problem soal hati & perasaan org yg 'rapat' dgn aku.. aku tolak ketepi. lantak lah. keluarga lagi penting.

byk sgt cerita menarik ttg majlis kali nih.. antaranya, utk pertama kalinya dlm sejarah, aku bawak balik kawan lelaki kat umah. bukan sorang tapi 3 sekaligus (Fuzzy, Sc & Wan). ikutkan, aku mmg tak jemput sesaper pun. yelah, bukan kenduri kawen aku pun. daripada memember aku dtg terpinga-pinga, baik tayah. lagipun, adik aku buat kenduri Jumaat & Sabtu sebab pihak mertua dari Kedah kan public holiday nyer hari Jumaat. sure yg cuti hari Ahad tak sempat nak datang. yang 3 org tu pun, awal-awal aku dah sound - jgn expect aku akan layan mcm kat KL andddd make themself useful while staying at my grandma's hse (aku suruh derang lepak kat umah nenek je) yelah, derang tu lelaki. kang duk kat umah aku, beborak-lepak sesama kang apa plak kata org kampung.. kan tak manis tu.

aper pun, time kaseh daun keladi kat kekawan aku nih sebab sudi berpanas berpeluh taim majlis rituh. rerajin belaka. sampai nenek sendiri iktiraf derang as "cucu angkat" (over tau my nenek nih). malam semlm, family aku buat sesi BBQ dgn "cucu angkat". panggang ikan. best plak bila makan gegamai acamtuh.

insyaAllah, sok lusa aku bubuh gambar plak. arinih tadok masa. nak updet cv yg dah berkurun aku tak sentuh..

****************************************

...hm, ada satu mender yg aku lepaskan.. berat, tapi terpaksa. harap Somphob (Sc) faham. aku sedar perasaan dia pada aku dan aku mmg hargai sgt. dia ada ciri-ciri lelaki yang aku suka. berada dengan dia buat aku selesa. 

tapi ada 2 sebab yg buat aku pilih keputusan nih. first, kami berlainan agama. dia Buddist. dan dia pun tak ada tunjukkan minat utk convert. second.. hm, rasanya tak payah lah aku state kat sini.. dia sendiri lebih tahu..


pada Somphob, aku minta maaf sangat-sangat. aku sayang dia. tapi aku lebih sayangkan Islam & keluarga aku. aku tanak kehilangan family aku untuk kali kedua... harap dia tau, aku hepi sangat sepanjang aku mengenali dia. 


i will cherish our sweet memories forever. Thank you for for your love and everything.


trust me, Phob. its hurt me so bad to do this. but i have to stop it before it was too late. 


(kita still kawan kan Phob? forever ok? promise..)




Tuesday, March 13, 2007

me..

semlm, aku totally down. rasanya, nih kali kedua aku rasa cam hopeless duduk kat kl nih. first dulu, masa broke off dgn ex aku. nih.. kali nih.. aku jatuh lagi.

mlm tadi, tidur awal. penat balik dari Kedah tak habis lagi.. penat fikir masalah yg baru dapat lagi. saat camnih aku rasa perlu sgt ada org yg boleh aku count on. nasib baik adik-adik aku memahami (sayang korang semua) sedih ada.. terharu pun ada..

...aku nak tukar keje. dlm masa terdekat nih, aku akan tender resignation letter. InsyaAllah.

sham & ida

alhamdullilah, majlis pernikahan di rumah pengantin perempuan dah selesai. 2 kali lafaz. kesian Sham. nerves la tu.

minggu nih, majlis persandingan akan dibuat kat Melaka plak. esok, aku start bercuti lagi. byk preparation yg nak dibuat. minggu depan baru upload citer & gambar penuh. semoga majlis di Melaka nanti berjalan lancar & dilindungi-Nya (harap cuaca menyebelahi kami).

in the mean time, enjoy pic nih. teruja sgt tgk Sham segak berbaju melayu. Ida pulak, nampak cantikkk sangat ptg tu (pic taken on sunday, 11 march 2007)




Thursday, March 08, 2007

Selamat Pengantin Baru


esok aku cuti.

sabtu nih ada kenduri doa selamat kat kampung. malamnya, kami sekeluarga akan pegi ikut rombongan cik Kiah ke Kedah. bapak dah sesiap chartered satu bas utk family aku yg seriyess gamai nih. ahad plak, ada mejelis pernikahan adik lelaki aku kat umah pengantin pompuan kat Alor Setar. semoga perjalanan kami dilindungi-Nya dan semoga majlis perkahwinan adik aku berjalan dengan lancar.. *amin*.


buat Sham & Ida
selamat pengantin baru! semoga korang ceria, bahagia, dimurahkan rezeki & dipanjangkan umur.. *amin*.

Direnjis-renjis dipilis
Ditepungilah tawar
Hai beras kunyit ditabur
Disiram si air mawar

Duduk dua sejoli
Atas pelamin berseri
Dihias intan baiduri
Sebagai raja sehari


Lepas duduk bersanding
Jalan rapat berganding
Bersalam-salam keliling
Sambil mata menjeling

Riang pengantin baru
Gurau senda bercumbu
Aman damai selalu
Hingga ke anak cucu

Wednesday, March 07, 2007

Jibam

kenal ke siapa Jibam?

alaa, budak terencat akal yg kotor berhingus, suka main dgn katak, tin kosong dan selalu kena belasah dgn Tuk Ngah Sudin sampai setengah nyawa..

suprise.. suprise..

tak lama lagi, satu filem melayu yg diadaptasi dari novel peberet aku "Jibam" akan dikeluarkan. waaahhh sukernyaaa!

ekceli, "Jibam" adalah salah satu novel karya kartunis yg pemes satu ketika dulu. remember Ujang? alaa, kartunis yg popular dgn citer "Aku Budak Minang" dgn "Atuk" dulu tuu..

bagi org lain, mungkin hasil karya dia biasa-biasa je. yelah, lelebih lagi kalau nak compare dgn karya kartun skrg yg penuh warna warni anime manga. tapi bagi aku, karya Ujang nih ada sentimental value dia tersendiri. karya yg penuh dgn nilai ketimuran.. hubungan kekeluargaan.. konflik kehidupan.. and memacamlah. seriyess beb, aku tak penah baca citer kartun sampai menitis air mata mcm masa aku baca citer Aku Budak Minang.

berbalik pada citer Jibam. novel nih mula dipublish pada tahun 1992. taim tu aku baru tingkatan satu. sedih cerita nih. tapi ending dia mmg misteri dan menarik. sori lah, aku tak pandai nak ulas cerita nih sebaik mungkin. maybe sebab dah lama sangat aku baca novel nih. kalau nak review pun, biar aku baca lagi skali nahh? utk sesiapa yg belum penah baca, try arr.. mmg tak mengecewakan. rega novel nih pun murah je. buleh dapat kat Creative Enterprise Sdn Bhd.

"kalau kau menjadi aku.. aku yakin kau mengerti"

klik sini utk baca tentang launching & citer selanjutnya..

aku yg kepenatan

been busy..

penat cam kena serang dgn majin buu.

sabtu lepas, sehari suntuk duduk kat Nilai Spring Golf. keluar umah kul 5.00 pagi arrived kul 6.15 pagi. sangap jer. Tournament abis kul 2.30 ptg. straight balik KL. tidur-tiduran sekejap, pastu gi opis (giler kan taim cuti gi opis?).

ekceli ada prob ngan brochure yg aku email pada Desmond. dia takder software yg aku guna. siap suruh aku convert brochure tu dari Publisher ke PDF file atau Ilustrator (hm, mcm la aku reti sgt bab-bab acamnih). lepas try godek-godek, aku juz boleh tukar ke JPEG file. itu je la yg terbaik aku mampu buat. aku bukan artist or designer or pakar komputer hokey? hari nih, tengok lah camner come out brochere tuh. kalau dia tak boleh buat cam aper yg aku nak... cari orang lain lahh. apa guna dia kalau aku yg kena buat sumer keje kan??

ahad plak, aku gi tgk bowling tournament kat Sunway. memula tu ingat nak bagi support kat team dari Petaling A.. skali hilang focus plak. tgk Datuk Siti & hubby dia main kat lane sebelah (hiks, sory) eniwei, team Petaling A tetap juara ptg tu.

semlm gi melaka. ada trial kat sana. tak lama pun. lepas habis discussion dgn lawyer, aku singgah umah jap. jumpa bapak & Nina. semakin comeii Nina sekarang.. dah pandai nyanyi lagu Indon. sikit pun tak pelat. sukernyaaa..

mlm tadi, utk pertama kalinya dalam masa 3 minggu aku dapat tidur yg sempurna.. tapi rasa cam sekejap je dah pagi. letihnya..

hari nih? hm, ada 2 meeting nak kena attend. kompem balik lambat lagi. hm, malaas nak pikir. yg penting, by end of diz august, aku ada resolution baru.. yang tak buleh tidak, aku musti tunaikan! musti! mustar!

Friday, March 02, 2007

my first taim jadi guide

gunung ulu semangkuk -> sg. chilling -> gunung / bukit kutu -> air terjun sg. chilling




*credit to Ipat for diz photos*

selasa, 27 feb

alhamdullilah, tader masalah nak uruskan permit masuk hutan. bayaran juz RM 5 sorang utk permit. darab dgn 60 peserta.. tambah guide lagi.. kira lah.

kul 8.00 pagi dah gerak ke Kuala Kubu baru. aku pegi dgn adik aku, Ain & Fuzzy. Wan & Ipat gerak asing. Team PTD plak, gerak dgn 2 buah bas dari INTAN.

sampai Kuala Kubu Baru, singgah balai polis jap, hantar report dgn senarai nama peserta pastu trus shoot ke Bukit Fraser. Kami sampai kat GAP house serentak dgn peserta dari INTAN. kat sini, Adi (program organizer) perkenalkan kami dgn Imran (pegawai pengiring dari INTAN) dan team abang Usop. lepas mintak kebenaran utk parking keta & simpan beg peserta, kami diminta utk brief serba sedikit tentang program utk hari tu. ikut schedule, plan utk hari tu juz mendaki gunung Ulu Semangkuk & proceed ke Sg. Chilling utk kemsait.

60 peserta dibahagi dlm 4 kumpulan (15 org satu team). setiap team ada satu guide. since Wan penah naik gunung nih, aku biar dia lead team first. aku lead team kedua. Ipat amik team ketiga & Fuzzy jadi sweeper utk team keempat. start trakking dalam kul 11 pagi.

Adi awal-awal dh inform yg kebanyakkan peserta tak pernah mendaki gunung (first timer). memula tu, aku rasa cam tader masalah sangat sebab gunung Ulu Semangkuk nih mmg trek utk beginner. tapi tak sangka pulak derang mmg slow giler. esp, peserta perempuan. bak kata Adi, trek Ulu Semangkuk nih bagi derang macam trek nak ke gunung Tahan. tapi, kira nasib baik jugak lah, team work antara group mmg kuat.

hampir 2 jam trekking baru semua peserta sampai ke puncak GAP (puncak first). berhenti lunch kat beirut. aku tak lunch la. tak lapar pun. berpeluh pun tidak (jalan slow sgt) taim makan, aku tengok makanan memasing guna bekas polystyrene. masakkk laaa derang nk angkut bawak turun nnt. kat puncak nih ramai peserta dh flat giler. ramai gak yg start buat pengakuan penyesalan yg tak terhingga ikut trip nih (maklumlah memasing pegi atas dasar terpaksa coz program nih salah satu silibus dlm latihan PTD derang). pening kepala aku nak menjawab bila derang tanya bila nak sampai?.. jauh lagi ke?.. kenapa gunung ulu semangkuk nih takde sungai? kalau yg tanya tu sorang dua takper la.. nih sampai 60 orang! haruuuuu..

45 minit pastu, perjalanan diteruskan lagi. turun naik puncak tipu plak. taim nih, memacam halangan yg jadi.. ada peserta yg sakit perut.. cirit birit.. pening kepala.. sakit lutut.. yang colapse beberapa kali pun ader! masyaAllah.. pendek kata memacam lah. nasib baik la aku tak bagi cadangan mendaki gunung Yong Belar & 3 Boundaries rituh. kalau tak, haruuuuu aku nak guide depa sumer nih. camnerpun alhamdullilah jugak lah. berkat semangat & team work, sampai jugak kami ke puncak gunung Ulu Semangkuk. taim tu, jam dah pukul 3 lebih.

tak lama kami lepak kat puncak gunung nih. lepas soru nasi lemak yg aku tapau pagi tadi, kami gerak turun. taim nak turun, ramai peserta kehabisan bekalan air. aku lak, juz bawak air 500ml. tu pun tak luak. bagi je lah kat derang. taim nak turun pun sama gak. slow sangat. dekat kul 6.30 baru team last sampai kat GAP house. lori utk angkut derang ke Sg. Chiling dah lama tunggu. loading barang pastu gerak ke Sg. Chilling. 2 kali gak arr berangkut dgn lori. kesian bebudak PTD tu. sure muntah-muntah naik lori. dah ler jalan kat situ bengkang-bengkok.. sebijik cam jalan gi Cameron.

hari dah gelap bila kami sampai kat jalan masuk ke Sg. Chilling. Fuzzy lead team yg dah sampai masuk ke dalam hutan & set up kemsait. since Wan & Ipat tak penah sampai situ, aku laa yg kena tunggu kat luar sampai sumer peserta sampai. dekat kul 9.00 mlm baru team last sampai kemsait. penattt sey. aku biarkan derang pasang khemah memasing. taim tu aku duk pikirkan Ain. kesian gak kat dia. dah la first time panjat gunung. pastu aku lak takde masa nak peratikan dia. tapi, boleh tahan gak adik aku nih. first taim pun, selamber je dia panjat gunung Ulu Semangkuk. syukur.. takder la aku risau sgt.

tak sangka lak team PTD tu dah sediakan rations utk team guide. banyakkkk giler. mcm nak suruh kami duduk seminggu kat situ plak. rations yg derang bagi.. u~la~la.. western sungguh. siap ada cornflakes, susu, etc.. yg tak tahan tu, kicap pekat sebotol besar! tu belum campur rations yg kami bawak. meriah fly kami dgn makanan. menu mlm tu, pucuk paku masak cilipadi, sambal tumis ikan selar, sayur campur & papedum. rations yg team team PTD bagi kami letak tepi dulu. masak bebanyak siapa nak makan kan??


rabu, 28 feb

kul 6.00 pagi aku dh bangun. masa nak goreng kuey teow, Adi datang kat fly kami. dia suruh kami gegar bebudak tu sumer kul 6.30 pagi. aku okeh kan je. lepas siap tapau utk lunch, aku packing barang utk day-pack. kali nih aku bawak 4 liter air. takut gak kalau jadi cam semlm.

masa briefing, kami tak inform peserta tentang air perigi yg ada kat puncak. takut kalau derang habiskan bekalan air memasing sebelum sampai puncak.. haru lak kang. lagipun, taim tu dh lama tak hujan. takut gak kalau air perigi atas tu kering. aku bajet masa, paling lama 6 jam trekking utk derang sampai puncak (kalau ikut tahap ke-pewai-an derang semlm lah).

tepat kul 7.00 pagi, kami sumer start trekking ke Bukit Kutu. perjalanan juz amik masa 20 minit (jalan kaki). jarak antara kemsait dgn kg. org asli Sg. Pertak (starting point) dalam 1.5 kilometer. kira cam warm up seblm mendaki la nih.

kat starting point, aku lead team depan. Usop & Ipat follow dgn team kedua & ketiga. Fuzzy as ussual jadi sweeper. Wan? taim nih dia hilang.. lepas "hajat".

permulaan perjalanan agak santai. sumer peserta PTD cam teruja tgk view sungai sepanjang trek. sesambil lead, aku cantas pepokok paku pakis gergasi untuk dijadikan marking team belakang. risau gak sebab Fuzzy & Ipat tak penah sampai tempat nih. Yang tau jalan juz aku dgn Wan je. so, marking kena jelas & betul.

cuaca kali nih mmg cuNn.. panas. maka terselamat la peserta pompuan dari terjerit-jerit dilanda pacat. kalau ada punnn juz sekor dua je. tuuu punn derang jerit bagai nak pecah gegendang telinga. yang hampir menangis pun ada.. hehe teringat aku taim memula join outdoor dulu. part yg tak boleh blah, bila hampir sumer peserta pompuan trekking pakai sweater. nak mengelak pacat katanya. tak panas gamaknya??


lepas sungai ketujuh (sg terakhir sebelum mendaki Bukit Kutu), Wan muncul dari belakang. aku suruh dia lead team depan sebab aku terlupa nak refill air. masa nak patah balik, terserempak dgn Adi & Usop yg lead team kedua. 15 minit pastu, team ketiga sampai tanpa guide. aku lead derang dari situ.

habis je trek santai, dia bagi trek mencanakk plak. perjalanan bertambah perlahan. taim nih, sumer group dah bercampur-campur. ntah berapa ratus kali bebudak nih tanya aku port rata utk take 5. sesambil trekking, aku amik part time buat tongkat dari dahan kayu mati utk bebudak pompuan. sumer tahap dah jalan bongkok cam nenek kebayan.. syiannyaa.

tak sangka ek, rupernya penat gak keje jadi guide nih. kekejap kang nak kena kebelakang tgk peserta.. pastu lari balik kedepan utk guide jalan.. giler arr. hampir putus nyawa dibuatnya bila turun naik acamtu. tapi muka kena maintainnnnn cooool.. baru peserta konpiden.
ada beberapa tempat kat Bukit Kutu terbakar. aku agak, kena petir. ada lah 7 ke 8 kawasan yg hangus (esp. hutan buluh). teruk gak arr jadinya. kalau sebelum nih, kena merangkak meniarap bawah buluh, sekarang nih trek dah clear.. jalan sambil kawad pun buleh.

sekerat jalan, ada beberapa peserta pompuan yg almost give up. sumer cakap tak sanggup nak teruskan pendakian ke puncak. aku dh start pening kepala bila memasing tak henti-henti tanya.. "bila nak sampai?".. "lama lagi ke?".. nampaknya, kena banyak sabar bila jadi guide nih..
part yg mencemaskan bila ada ular sebesar lengan melingkar bawah rimbunan buluh yg terbakar. dalam takut-takut berani, aku terpaksa kedepan. dgn parang kontot & buluh runcing kat tangan aku try halau ular tu. sib baik Fuzzy tetiba muncul kat belakang. aku bagi signal "tali pinggang".. taim tu sumer peserta tertanya-tanya maksud ayat tu. aku diam je lah. kang bagitau ada ular, sure berterabur sumer.

bila sampai kat belakang batu besar, aku laaa org yg hepi giler. azabbb woo jadi guide nih. esp bila kena jaga org yg seumur hidup tak penah masuk hutan panjat gunung.. DAN tak minattt outdoor.. buleh mentalll sey.

kat puncak batu, kami suruh bebudak tu pilih sama ada nak teruskan atau nak stay kat situ sementara team yg lain teruskan pendakian ke puncak. taim nih ramaiii giler yg pilih utk stay. Adi dah naik risau. aku explain kat dia, trek lepas nih takderlah pacak cam tadi. kalau pacak pun tak la seteruk tadi. bila dengar janji-janji manis tentang trek yg landai ke puncak, memasing setuju teruskan. cuma ada 2 org peserta pompuan tak ikut naik. sorang tu baru lepas lahirkan anak, sorang lagi tak berapa sihat.

alhamdullilah, perjalanan ke puncak nih takder lah byk kerenah sangat. cuma menyengattt bila derang pertikaikan tahap ke-landai-an trek yg kami janjikan tadik. adeihh.. naik gunung manader trek rata sepanjang jalan. taim nih, kalau kami silap bagi timing mmg jadik bahannn la jawabnya. sampai aku terpaksa berlari naik dan cek jarak & masa utk sampai kepuncak dgn betul semata-mata nak bagi moti-basi kat derang nih.


akhirnya, setelah 2 jam (total 6 jam mendaki) melayan soklan bebukan yg hampil menyebabkan aku mental dari peserta PTD nih, kami sampai jugak ke puncak Bukit Kutu. panas giler kat atas nih.. seriyesss panasss. puncak bukit pun terbakarrr. pokok sumer togel. sign board yg comel bertali-tali tu pun hanguss.


sementara tunggu group last dgn sweeper sampai, aku masak megi mee.. emmm lazattt. taim nih, ada sorang peserta pompuan pitam (Ayu nama dia). tapi ok lah. penat sangat kut.


lepas sejam duk posing bagai kat atas tu, kami gerak turun. mood agak ceria taim nih. sumer pakat-pakat nyanyi. formmmm je. tepat kul 5.00 ptg, kami sumer sampai kat starting point. waaahh.. tak sangka. aku ingatkan kami akan lambat cam semlm.


dekat nak magrib, Ipat keluar sengsorang. termengah-mengah dia berlari. ada peserta pompuan pitam kat puncak batu. Adi & Usop unreachable. derang on the way ke kemsait. yang ada taim tu, Wan, Ipat, dan 2 pegawai pengiring dari INTAN. aku capai headlamp & parang pastu masuk balik dlm kawasan hutan. risau gak Fuzzy sengsorang manage peserta lain. aku lari tak pandang kiri kanan dah. seram gak bila jalan dlm hutan sengsorang acamtu. nekad jer.

kat sungai keempat, aku terserempak dgn derang. dah agak, sure Ayu yg pitam. kata Fuzzy, dah sejam Ayu pengsan. aku tak dapat bayangkan camner derang bawak minah tu turun. cemacam cara katanya. guna strecher (yg dibuat dgn kayu & t-shirts), pikul atas bahu etc.. Ayu aku tengok dh biru. mata dia nampak putih je. hypertemia?

Fuzzy pass kunci keta. suruh aku runner keluar pastu bawak keta masuk dlm. lariii lagikkkk!!!. nasib baik kami letak keta kat starting point (in case of emergency). kat luar, keta Fuzzy dah mcm 4wd. sesahhhh je. letak Ayu kat seat belakang, pastu trus shoot ke wad kecemasan Hospital Kuala Kubu Baru.

syukur sangat dia tak apa-apa. sejam lepas kena injection, salurkan air hapekebender dlm badan & amik darah, dia sedar balik. aku terpaksa stay kat situ sampai kul 10 mlm. penatt sey.. dgn baju basah lagik.. serrjurrkk. almost kul 11 lebih baru Ayu dibenarkan keluar. legaaaa..
mlm tu, ada BBQ kat kemsait. aku tak lalu makan. penat tahap gaban bersepuluh. bersihkan badan.. truss zZzzzz.

khamis, 1 march

bangun lambat pagi nih.. badan lenguh, sakit dan sebagainya. nak tido lelebih tak buleh sebab still ada misi yg belum diselesaikan. nak kena guide peserta ke air terjun plak.

ekceli, pagi nih sumer peserta dah pewai. tapi disebabkan modus operandi hari tu utk trekking ke air terjun, organizer buat plan baekkk punyer.

peserta dibahagi dlm group yg lebih kecil. satu pertandingan orienteering dibuat dimana check point yg terakhir adalah utk mendapatkan signature Guide.. apalagasss, berlari-larian la aku sambil tinggalkan marking utk peserta ikut jejak kami... naik bukit.. turun bukit.. seberang sungai.. sampai je kat kawasan air terjun, kami lepak tunggu peserta atas batu.

sukernyaaaa tgk muka peserta yg terpegun tgk air terjun yg tinggi tu. sikit pun takder keluar komen cam penat ke haper.. sumer eksaited sampai lupa kepenatan utk trekking kesitu. puas hati beb bila tgk sumer peserta enjoy. Adi plak, tak hehabis bagi compliment. senyum aku dah sampai telinga taim nih..

lewat petang tu, kami balik ke kemsait. packing. sedih gak bila nak balik. lepas sesi babai-babai & tukar no tipun, kami pun mem-balik-kan diri.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...