Friday, March 30, 2007

giler gunung

wiken nih, wiken terakhir dlm bulan March.. bermakna.. *senyum duluu*.. yep, maknanya aku dah lepas dari kena grounded masuk utan. cukup lah sebulan aku bercuti dari xtvt outdoor. hati nih dah meronta.. jiwaku terseksa.. *auww*

tadi, aku belek koleksi gambar xpdc. Tuhan je yg tau cemana rindunya aku nak masuk hutan. seriyes nih. rindu sey nak pakai "uniform" hutan aku tu.. esp, sarung tangan rainbow yg dah koyak sana sini. nak tukar lain, sayang woo. bukan sebab aku kedekut duit nak beli lain. dia punya sentimental value tu penting. biarlah jahit berulang-ulang kali sekalipun. aku rela.

bulan nih ada 3 trip penting:

1. XPDC Gunung Lebah kat area Tg. Malim (6-8 April)

Trip nih aku musti join. first, sebab aku belum penah naik gunung nih. second, aku dengar trek gi sana kira hardcore jugak la dan third sebab memember yg join trip nih aku kenal masa pegi Trans Bintang rituh.

2. Kledang Challenge anjuran Persatuan Mendaki Perak (27-29 April)

Aku suka join outdoor challenge camnih. last year aku join pertandingan orienteering. aku ingat, at least setahun sekali aku musti join memana outdoor challenge. taaaappppiiiiii.. hurm, tapir btul la. nampaknya aku kena lupakan hasrat nak masuk Kledang Challenge... *sedih siut*.. sumernya gara-gara aku terlupa janji aku ngan Pekatu masa kat PD last february. aku janji ngan dia nak pegi Gunung Tahan.. tarikh antara 2 trip nih clashed plakk.. huhuhu.. camner buleh terlupa. tak pepasal dia "bahan" aku kat dlm group email.. *pedassss*..

2. XPDC Gunung Tahan (28 April - 6 May)

Trip wajib pegi! lagipun aku yg beriya suggest Pekatu & Labryinth buat. dan kalau aku berjaya tamatkan trip nih, bermakna aku berjaya samakan rekod masuk hutan selama 8 hari utk tahun nih. kira sama dgn Trans V2 yg aku buat tahun lepas laa.. 8 hari jugak. yang menariknya utk trip nih, bukan setakat buat trans Merapoh -> Kuala, tapi siap layan air terjun 4 Step lagik! dengar citer, ramai yg nak pegi air terjun nih tapi terkandas dan terpaksa patah balik. harap team kami berjaya jejak air terjun nih. eyyy tak saboonyaaaa.

wokeh sekian sahaja laporan Buletin Outdoor dari cik outDOorFrEak. nantikan kesinambungannya pada minggu hadapan. hepi wiken ppl. lets gOo outdoor!! charer.

No comments: