KENGKAWAN

Monday, April 16, 2007

cerita sedih

sumthing happened..
not willing to share..
but its breaking me.. really breaking me

Ayah & Ibu by Sudirman

Ayah dan ibu
Itulah permulaan kami
Dapatlah melihat bulan dan Matahari

Yang dikurniakan dari Ilahi
Ayah dan ibu lah
Mesti dihormati

Ayah dan ibu
Wali dan juga keramat
Pada mereka kita beri hormat

Bagilah tunjuk ajar dan nasihat
Supaya hidup.. supaya hidup kita akan selamat

sedih la. sedih sgt. dalam dua tiga hari kebelakangan ni aku asyik teringatkan kenangan lama antara aku dan bapak (ekceli, realitinya aku guna panggilan "ayah". kat sini je aku guna "bapak"). sebagai anak, lelebih lagi sebagai anak yg sulung, aku rasa bertanggungjawab sepenuhnya utk jaga bapak. tapi, bila aku renungkan balik.. rasa mcm tak ada satu apa pun yg aku buat utk menunjukkan rasa tanggungjawab aku tu. kalau ada pun.. macam tak ada.. sikit sgt.. tak boleh nak compare dgn apa yg bapak penah buat utk aku dulu.

bapak tak mcm bapak org lain. dia tegas dlm apa pun. terlalu tegas sampai kami adik-bradik gerun dgn dia. hasilnya.. kami tak mesra dlm komunikasi. mesra maksud aku, kalau berborak tu taderlah sampai boleh bergurau mesra share cerita rahsia bagai. kenkadang, sama ada bapak or kami try gak nak meramas mesra kan keadaan. tapi tu lah.. mcm keras je. kaku.

mcm mana pun, aku tak penah salahkan sesiapa. aku faham sgt situasi bapak. boleh dikatakan aku sebagai saksi pada sebahagian suka duka hidup bapak. aku faham kenapa bapak mcm tu. jerih perih, jatuh bangun, sendu tangis dia dalam menjaga dan mempertahankan kami tak penah siapa pun amik peduli. aku kagum dgn ketabahan bapak. kalau aku dlm situasi bapak, belum tentu aku secekal itu.

dlm sumer adik-beradik, walaupun tak jelas, aku tau bapak lebihkan aku. lebihkan bukan bermakna pilih kasih. bapak suka memerhati. kalau dia tgk kecenderungan atau minat aku ke arah sesuatu yg mendatangkan kebaikan, dia akan bagi sokongan penuh. penah sekali tu, aku minat sangat menulis. aku selalu guna mesin taip yg Busu guna zaman Busu studi dulu. ekceli, mesin tu dah rosak. aku betulkan sendiri & tukar tali karbon kat dlm tu. tapi tak lama guna mesin tu rosak balik. agaknya kesian tgk aku terkial-kial nak tekan & tarik huruf yg asyik tersangkut kat paper, bapak akhirnya belikan satu mesin taip baru utk aku - kaler hitam (1997). hepi sungguh aku taim tu. ikutkan masa tu org dh start guna komputer. tapi tak kisah lah. mesin taip hitam tu dah cukup utk buat aku bangga.

sebagai anak yg memahami, aku cuba utk tak susah kan hidup bapak. segala apa masalah pun, aku akan cuba selesaikan dulu. tak pun, minta bantuan adik-adik. dan kalau rasa tak boleh diselesaikan.. baru rujuk pada bapak.

dulu masa kecik-kecik, aku selalu fikir cara utk bahagiakan bapak. aku nak dia hidup selesa. aku nak jaga adik-adik. aku nak buat mcm-mcm lah utk dia. ingat lagi masa bapak hantar aku masuk U. kami takde transport masa tu. nasib baik ada pakcik sorang ni volunteer nak hantar (tapi bapak kena prepare duit tol & minyak lah). ramai sedara mara & org kampung nak ikut menhantar aku taim tu sebab aku satu-satunya budak kampung yg berjaya masuk U (batch aku lah). yang tak best, rupanya niat derang menghantar aku tu bukannya ikhlas. nak pegi shopping katanya. maklum lah, dekat dgn Bukit Kayu Hitam, Padang Besar, Langkawi etc. Kesian bapak, tak sempat nak tunggu aku daftar dah terpaksa ikut org-org kampung yg kemaruk bershopping. dia juz dapat hantar & tinggalkan aku sengsorang buat pendaftaran. nangis aku bila kena tinggal camtu. kesian jugak kat bapak. tergenang air mata dia tgk aku. sempat aku marahkan diri sendiri sebab buat bapak sedih. masa nak pergi, bapak hulur not lima puluh. aku tahu bapak takde duit taim tu. walaupun kepala aku pening nak fikir mana nak cari duit tampung life aku kat situ sementara nak tunggu pinjaman, aku pendamkan dlm hati. bukan aku sorang anak bapak. ramai lagi adik aku yg lain yg perlukan perhatian bapak. aku faham. bapak dah hantar aku sejauh tu pun kira bersyukur sgt.

tahun demi tahun, aku rasa cam tak sabar sangat nak habiskan study. setiap semester aku amik lebih dari jumlah kredit yg ditawarkan semata-mata tak sabar nak keje dan tolong bapak. duit pinjaman yg aku dapat pun, sebahagiannya aku bagi pada bapak & adik-adik. kalau student lain still harapkan duit mak bapak, aku masih boleh tersenyum sebab aku tak penah meminta-minta pada bapak. seingat aku, sekali je bapak bagi, itupun masa pendaftaran dulu. eh, ada lagi.. dulu masa aku nak guna komputer, bapak ada belikan - guna EPF (masa memula gomen promot "satu rumah satu komputer").

entah mana silapnya, habis je belajar aku terpesong jauh dari impian aku selama nih. aku terlalu mementingkan kerje dan cinta. khusyuk sgt bekerja sampai tak hiraukan weekend. asyik sangat bercinta sampai masa aku byk habis dgn si-dia. aku lupa.. kebahagian tu sebenarnya bukan terhasil dari limpahan kemewahan.. bahagia tu bermaksud kasih sayang.. ambil berat.. percakapan.

tahun 2005, cinta pergi tinggalkan aku. dlm sedih aku bersyukur. setidaknya ia menyedar & menginsafkan aku. hari ini, cinta dah aku buang jauh. kalau pun ada ruang, masih panjang lagi masa utk itu. yg penting kini, kebahagian bapak. maruah bapak. cita-cita bapak. tahun nih, insyaAllah, bapak takkan sedih lagi. InsyaAllah!

15 comments:

bg said...

ad, apa yg berlaku sampai ceritanya sedih mcm ni?

along mmg cekal mcm bapak dia... darah anak ayah

apa cita2 ayah tahun ni?

eid said...

tulisan aD betul2 menyedarkan eid.. tapi apakandaya tak mampu lagi utk balas jasa mereka... huhu

aD said...

bg, cita-cita ayah? rapatkan ukhwah & bentuk keluarga bahagia.

eid, kita berdoa pada mereka yg dh tiada. aD mungkin bertuah sikit sbb masih ada bapak..

bg said...

errr i maybe jahil sket... nak tanya sket ukhwah tu menda ye?
mcm silaturahim ke?

kalau camtu kena la kerap balik kg ye... amcam?

aD said...

bg, pandainya. btul la tu. kerap blk kg pun satu cara. tp dlm situasi aD, tu bukan penyelesaian =)

bg said...

gunung@kampung... mcm tu ke situasi dia?

aD said...

bg, tak ada kaitan dgn my outdoor xtvts. its too personal to spell it out. wud appreciate if we cud juz leave diz topic alone.

bg said...

orait ma'am

last weekend x gi cat rmh ke?

aD said...

bg, mesti u tak baca betul2 my last entry ttg mengecat tu kan?

bg said...

maaf, dah siap rupanya
ingatkan kena tacap ke otter ke...

kawan said...

i bersyukur sbb i pernah hidup susah... biler nengok anak-anak zaman sekarang... senangnyer hidup diorang

aD said...

kawan, alhamdullilah.

eid said...

pembetulan...
aD... eid masih ade parents,,, cume tinggal berjauhan... isk isk isk..

Ray said...

u make me think deeply aD. mula2 baca, berkerut muka. last2 baru tersenyum. love ur entry.

aD said...

eid, ulps. sory nahh =)

ray, thanks *wink*

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...