Thursday, May 03, 2007

mood yg mcm-mcm

baru balik bercuti panjang ni. mood pun cam blur sikit. mcm tak puas bila kena keje arinih. *ngengada la tu*

seminggu aku kat kampung. lama tu. mcm tak caya je! berjaya jugak aku atasi keinginan yg membuak-buak utk masuk hutan dgn mem-balik-kan diri ke kampung. wah, ada kemajuan. shabbas utk diri sendiri. camner pun, nih takde lah bermakna aku nak berenti outdoor terus. hish.. tak mungkin. cuma nak slow kan xtvt. nak dulukan komitmen. nak lebihkan femili. aku tanak lah pepatah "kera dihutan disusukan" tu kena kat batang hidung sendiri (tho aku tak penah bagi susu kat kera yg ada kat hutan hatta kat bandar sekalipong).

cemacam mender aku buat kat kampung:

ada projek buat rak utk pokok bunga yg aku tanam kat umah kl. habis papan yg bapak simpan nak buat reban ayam aku keje kan. dengan gergaji bapak yg dah berkarat, tukul besi yg senget sebelah & paku kitar semula, aku mulakan projek membuat rak bunga. berhempas pulas aku memikirkan mcm mana nak buat mender alah tu. siap lukis-lukis buat lakaran. semangat! rasa cam arkitek plak. tapi mcm biasalah, bukan aku yg buat keje-keje berat nih. apa guna adik-adik lelaki gamai kan? merasa aku jadi mandor. suruh buat itu ini. kesian Uj & Syuk. camnerpun, aku ada turun padang gak. tugas aku, mengecat rak-rak yg dah siap tu (jadi lah kan?). hasilnyaaaa.. boleh la tahan. aku suka!

pastu ada kenduri kendara. biasa lah taim cuti camnih tak sah kalau takde orang buat majlis bagai. hari kedua kat kampung je bapak dah bising suruh aku ikut pegi majlis sanding sepupu aku kat ayer keroh, mlk. ikutkan, mmg malas nak pegi. tapi bapak beria sangat. siap jadi tukang pilih baju utk aku pakai. suruh pakai lelawa katanya. seram aku dibuatnya. mcm ada agenda tersembunyik je.

hari last kat kampung plak ada kenduri doa selamat kat umah nenek. ramai sungguh org kampung datang. kenduri nih sempena nenek nak pegi umrah. habis kenduri sumer, kami pegi KLIA. konvoi gegamai hantar nenek. sedih tgk nenek pakai serba putih semlm. harap dia selamat pergi & balik. tengok orang pegi umrah nih, teringin plak nak pegi sama. seriyes! kalau boleh, aku tanak lah pegi mekah taim badan dah terketaq-ketaq. nak buat ibadat pun susah. kalau murah rezeki dlm masa dua tiga tahun nih, aku nak kesana, insyaAllah!

balik dari hantar nenek semlm, aku terus gerak ke kl. yg lelain plak, singgah Nilai 3 sebelum balik Melaka. shopping la tu. nak ikut sama malas pulak rasanya. sebenarnya aku nak mengelakkan soalan-soalan yg aku sendiri takde jawapannya. penat la nak layan soalan yg sama. buat aku serba salah je.

hujung bulan nih ada femili trip ke Ganu. so far yg kompem juz adik-beradik aku je. bapak & Aunt Shi tataw lagi. adik-adik tiri aku pun tak sure. kalau boleh aku nak bawak sumer sekali. bukan apa, susah woo bila femili besar camnih. kang kalau tak bawak, kata pilih kasih.. kecik hati.. hm, tgk lah nanti.

sebelum aku tengelam dgn keje yg melambak atas meja nih, juz nak share satu drawing nih. aku copy dari seseorang. cuba peratikan gambar pompuan dlm gambar nih:





tak dapat teka? aku pun camtu gak memula dulu. tak sangka.. gambar aku rupanya. lebih memeranjatkan bila drawing nih di print atas t-shirt dan dipakai oleh berpuluh-puluh graduan dari "biarlah-aku-rahsiakan-universiti-mana".

kepada tukang buat sketch nih, aku nk ucap terima kasih byk-byk. seriously, aku terkejut & terharu. tgk pada lukisan & susunan gambar, mmg ada byk cerita tersembunyi kat situ. honestly, i'm touched. tak sangka sampai mcm tu sekali dia abadikan kisah ni. harap dia tabah. terima takdir kami seadanya. agama kita berbeza. aD tak mungkin jadi Lina Joy @ aD Joy.. tapi kalau aD Joyah tu mungkin. sebab aD mmg suka menjoyahkan cerita sendiri kat sini.

tak sabar nak pakai t-shirt nih!

p/s: thanks! *hug-hug*


11 comments:

Anonymous said...

*bestnya duk kg dan bule buat mcm2 xtvt... pikiran pun tenang

*utk nenek slmt pergi dan balik...

*baju tuh ada lebih x?

*ad joy? hehe lawak

Anonymous said...

lawa la sketch itu ad, tahniah :)
tapau satu!

Anonymous said...

banyak perkara berlaku...
tatapi apbila kesibukan melanda, x dpt den menolong...x mampu buat apa2
masa berlalu org pun berubah

Anonymous said...

bg.. =)

dian, cuba tanya Bg.. ada stok lebih tak?

Anonymous said...

ha kan, small world. do u remember me? apsal xde chatbox kat tepi?

Anonymous said...

nak jugak... seronoknye kalo ade org amik gmba kite as an art... tui dak??? bravo!!!

Anonymous said...

ery, apa x ingat pulak. hows life? study kt mana skrg nih? chatbox? mmg tak penah ada pun kat sini =)

eid, tu arr. kembang je idung nih rasanya.. hehe

Anonymous said...

tried to find similarity... somehow i don't think the art look like u.. but then, as long as u're happy ler.. aiman tak kisah.

Anonymous said...

anonymous, i've mentioned it before, even me, myself didnt notice it.. until lah the designer, himself (Bg) yg bagitau. Pls ey, i maybe slalu syok sendiri. but diz one, its real (jgn marah, hiks).. *wink kat Bargading*

Anonymous said...

dijamin tulen bang/kak...

Anonymous said...

tak marah pun kak ad, suka tengok u ni syok sendiri.. ;-P