Friday, May 11, 2007

outdoor course

wiken lagi.. takde program outdoor.. hm, ada sebenarnya. bykk.. melambak. aku je yg tak dapat join. kena balik kampung. isnin depan baru balik KL.

tadik dapat sms dari Fuzzy. dia inform tentang kursus jurulatih rekreasi luar (level 1) minggu depan. beria dia suruh aku call Jabatan Belia & Sukan Selangor, amik borang.

ekceli, minggu lepas aku yg beria & bersemangat juang berani mati nak join kursus nih. sibuk duk tanya bila derang nak buat kursus camtu. tp, bila dah ada.. adei, cam malas plak nak pegi. for sure ramai participant yg lebih muda dari aku kat sana nanti. aku nih bukan apa, tak sangka pulak baru je aku bukak mulut nak join kursus kejurulatihan, sekaliiii dah ada depan mata. cam terkujat plak. cepat sangat ada nya. ntahapehape lah aku nih kan?.. bila tak ada mencarik.. bila ada cam nak bertangguh plak. hishhh.. ya Allah, jauhkan lah aku dari penyakit "malas" & "suka bertangguh" nih.. *amin*.. penyakit camnih lah yg buat melayu mundur.

pagi tadi aku tipun person in charge. katanya, kalau berminat nak attend, dia suruh buat surat rasmi. whoaa.. mati lah. nak tulis surat rasmi dalam BM ke BI? aku try tulis dlm BM. sekali ayat sumbang. puas aku mengingat balik format surat rasmi yg gomen selalu hantar. pening sekejap bila kena karang ayat yg skema. sudahnya aku tulis bahasa omputeh. gasak lah. sama je kan?

aku hantar 3 nama dlm surat tu. nama aku, nama adik lelaki aku & nama Fuzzy (dia nih dah ada certificate jurulatih Level 2 - saje ngengada nak join katanya).

tak banyak yg aku tau tentang kursus nih. so tak boleh lah nak elaborate detail tentang faedah atau modul kursus. yg pasti kursus nih akan beri pendedahan / pembelajaran secara formal tentang semua yg berkaitan dgn outdoor.

kenapa aku membazir masa utk kursus nih?.. hehe, ada lah.

p/s: oOo incik pekatu buat program gi Charlie & Three Boundaries tak ajak aku. nih yg merajuk nih. taper.. taper.. (gurau je - aku dah pegi dah gunung-gunung tu)

No comments: