KENGKAWAN

Thursday, May 31, 2007

sakit perut terlampau

dua hari aku mc. semalam pun ikutkan nak sambung lagi mc. tapi cam tak sampai hati nak biarkan keje kat opis nih camtu je. takpe lah. since dah lega sikit. dah boleh berjalan. pegi je lah keje. terbaring kat umah pun, bukannya bertambah sihat.. tambah sakit badan ada lah.

rasanya sepanjang tahun nih, mc yang nih lain sikit. bukan sebab demam.. tapi sakit perut. alaa.. mcm senggugut. tapi lebih lagi. lebih sakit dari kena cirit birit.

pening kepala aku memikirkan punca / sebab musabab aku boleh sakit perut. nak kata aku makan mender yg bukan-bukan.. hm.

ahad rituh, adik-adik aku datang. derang sampai lewat tetengah malam. taim aku dah tido. sikit pun derang tanak kejut aku. tanak ganggu katanya. terkejut aku bangun subuh tu tenguk derang tido bersusun kat ruang tamu. syam & ida pun tido situ sekali. kesiannya.. kalau aku tau, dah tentu aku suruh dia dgn wife tido kat dlm bilik.

lepas basuh baju adik-adik lelaki aku (adik pompuan kena basuh baju sendiri - kena rajin), aku baring atas comforter sebelah sham. letak kepala aku atas bantal bebtul depan muka syam - tgk dia tido. comeinya. still cam tak sangka dah jadi suami orang adik aku nih. aku usik-usik hidung dia. sham bukak mata pepelan. pastu tetiba je tangan dia tepuk bahu aku. hehe. mesti dia terkejut tgk aku menempel depan muka dia. kami gegelak sampai sumer org terbangun.

adik aku ajak gi jenjalan. kebetulan pulak aku dh janji nak gi trekking dgn Mamoru. aku ajak lah derang sekali. bagus jugak dating bawak adik-adik nih. takde lah org pandang serong. kan? call Mamoru, inform tentang pertukaran plan. and he's ok with it. Mamoru langsung takde masalah bergaul dgn adik-beradik aku. kadang-kadang tu aku tengok, dia pulak yg berlebih-lebih layan derang. sweet sgt.

pastu bincang pasal tempat yg kami nak pegi. ada few choices:

1) Bukit Cahaya Alam (as per Mamoru & aku punya plan utk trekking)
2) Morib (lepak tepi laut pekena seafood)
3) Bukit Melawati & Kampung Kelip-kelip (semua setuju tapi plan kat bwh ni lg menarik)
4) Air Terjun Sg Chilling kat Kuala Kubu Bharu

almost tengahari baru kami start gerak ke Kuala Kubu Bharu. maklumlah adik-beradik gamai. bilik air kat umah tu walaupun ada 2, derang tetap nak guna shower yg ada kat dalam bilik aku. tataw naper. tu yg lambat. semua yg pergi ada 9 org (6 lelaki + 3 pompuan). ramai kan adik-beradik aku. ni baru separuh. Mamoru~kun je tak termasuk dlm kategori femily (bakal, insyaAllah).

view sepanjang jalan ke KKB mmg menarik. esp empangan kat KKB (jln menuju Bukit Fraser). teruja adik-adik aku tgk. ekceli, sebelum gerak, perut aku dh start sakit. alaa, sakit org pompuan. terasa cam was-was jugak nak gi trekking dlm keadaan camtu. tapi sebab aku nak sangat tunjuk kat derang betapa cantiknya air terjun tu, aku gagahkan jugak.

kami start trekking kul 1.00 tgh. memula lalu kat jalan 4wd, aku risau jugak kalau adik-adik aku boring / kepenatan. tapi yg jadi sebaliknya pulak.. baru 5 minit jalan derang terjumpa ulat gonggok gergasi kaler hitam melintas. bukan main eksaited lagi derang bergambar dgn ulat gonggok tu.

lepas tu lintas sungai pulak dan start masuk kawasan hutan. memandangkan adik-adik aku cam teruja tgk mender-mender pelik, Mamoru tunjukkan kat derang pokok periuk kera yg tumbuh melata kat situ. waaahh.. sukanya derang tgk!

bila tiba kat kawasan sungai pulak, memasing teruja tgk ikan. mmg byk ikan kat sini. tak boleh memancing. dilarang sama sekali. mcm kat taman negara jugak. geram je tgk ikan tu main-main kat tepi kita bila mandi dlm sungai. banyak giler. sampai aku jadi geli kalau ikan-ikan tu datang kat aku.. geli sey bila ikan tu gigit-gigit tangan & kaki.

lepas trekking dalam sejam (lebih kut?), kami sampai kat kawasan air terjun. ramai trekkers chinese kat situ. ada dalam 30 org kut?. tak tunggu lama, sumer adik-adik aku dah terjun dalam air. eksaited sangat. aku pandang je lah. serrrjurrkk woo. tak sanggup nak berendam.

tak lama kami kat situ. memasing sumer tak tahan sejuk. lepas makan & lelepak atas batu besar tgk ikan, kami gerak balik. sumer penat tp enjoy. aku je yg tak berapa nak enjoy. tetiba je badan rasa letih yg amat. segan pulak tgk adik aku trekking sambil berlari dlm hutan tu. siap boleh berenti mandi sungai tunggu aku dgn Mamoru.

sampai je kat parking, aku mmg tak larat giler. perut sakit.. letih lagi.. pening.. ntahapehape lagi. lepas salin baju kat empangan KKB, kami gi makan reramai. aku sorang tak makan. badan tetiba panas. selera pun tader. sepanjang jln balik aku tido.

sampai umah, aku tak ingat apa dah. sampai adik aku balik melaka pun aku tak sedar. sampai lah hari selasa aku terlantar dlm umah. tu yg terpaksa mc.

malam tadi baru nak start makan nasik balik. syian badan aku.. tu lah, paksa diri sangat. padan muka.

****************************************

nota kaki toyol:

satu, aku benci lah dengar eksiden yg babitkan lori / treler / haper-haper kenderaan besar dengan keta / motor nih. semakin melampau. bukak je paper keluar citer.. satu keta mati.. dua keta mati.. berderet-deret keta mati kena lenyek (bukan keta yg mati. orang kat dalam tu lah). bukan sorang dua lak tu.. sekali kena 4 orang.. 6 orang.. 8 orang.. Rasanya dari dulu lagi aku dengar ada orang cadangkan satu jalanraya/lebuhraya khas dibuka untuk kenderaan berat nih. biar lah derang nak me-lorry (read as: merempit) kat situ sesama derang. kalau lori berlanggar dgn lori, takder lah heran sangat. dedua kuat. kut kalau eksiden, jumlah kematian tak lah gamai mana pun. jauh beza kalau lori langgar keta, tak kira lah keta tu jenama haper pun, kompem penyek.

dua, menyampah lah citer Pirate of the Carribean part 3 nih. jalan cerita dia macam kelam kabut. macam takde idea. aci bubuh je. part yg aku rasa paling ketara bila William propose Elizabeth dan babak-babak derang dikawenkan dlm keadaan crew black peal berlawan dgn crew dutchman. takde feeling langsung. bukan ke sebelum tu derang duk gaduh sepanjang masa & saling tak percaya. tetiba boleh propose? ntahaper-haper. part lain pulak.. hm, malas nak komen. tapi kalau kasi bebudak tengok, kira ok lah tu. kan Johny Deep kata (betul ke eja nama dia nih), dia belakon citer Pirates tu untuk anak dia. sesuai la tu.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...