KENGKAWAN

Monday, May 07, 2007

tuan puteri

seriyesli, aku rasa tahap kesabaran aku belum capai limit yg boleh meluluskan aku menjadi seorg kaki pancing. setakat sejam dua tu, aku boleh tahan lagi. masuk je minit setrusnya, kompem aku campak joran dlm air (kes tak dapat ikan langsung laa nih).

3 hari berturut-turut aku jadi peneman setia adik-adik aku yg sungguh la minat memancing nih. mmg dari kekecik lagi derang mewarisi gen memancing dari bapak. kalau kat kampung tu, tak kira pagi / petang sure adik-adik aku duk terpacak kat sungai depan umah - mengail ikan. tak pun kat pantai area ALAM - menjala.

tak sangka lak minat derang nih terbawak sampai kat KL. memula tu aku pelik gak bila adik lelaki aku yg baru kawen tu bawak joran ke sini. dlm kepala nih duk pikir, takkan laa nak mancing kat sungai gombak / sg kelang? rata-rata sungai / tasik kat KL nih sumer dilarang memancing. tapi, nasib baik laa port memancing yg derang pi ni dekat dgn rumah (kolam pancing je). tak lah risau sgt. nak memancing sampai subuh pun takper. ramai kaki pancing kat situ.

ok, nih nak citer pasal lain sebenarnya. pasal tajuk kat atas tu. cam best je bunyik dia kan? ekceli ada sorang nih duk panggil aku dgn gelaran Tuan Puteri.. hiks! tataw lah tang mana yg boleh menyebabkan dia panggil aku camtu. masa first jumpa dia pun, aku tader lah pakai baju kebaya ala bangsawan solo ke apa. jumpa pun bukan lah kat mejelis kenduri kendara ala kemelayuan. jumpa taim aku organize black tie dinner kat hotel Istana bulan lepas. sungguh la tak kena kan?.. eh, jap.. eh, no wonder la dia panggil aku camtu. maybe sbb nama hotel tu Hotel Istana.. ada kemungkinan jugak kan? tak kisah lah.

yg menjadi kisahnya, bila jumpa / call aku, dia akan guna panggilan tu. bukan aku tak suka. cuma kenkadang cam segan bila org keliling dengar. kompem derang ingat aku nih gelpren dia nnt.

sebenarnya, selama aku keje kat sini, aku tak penah jumpa client kat luar. erk, jumpa maksud aku, yang tak ada kaitan dgn keje lah. sampai aku penah di label "org yg tataw bersosial". hm, sampai ati hamba-Allah yg ckp aku camtu kan? ikutkan aku tader prob nak beramas mesra dgn sesiapa pun. cuma part keje nih je yg kurang. reason: sumer kat sini jenis formal gitu.. jenis yg borak duk cakap pasal graf, persen, benefit.. jenis yg nak beramah tamah sambil pukul bola. mana lah sesuai dgn aku nih.. derang tu enggang, aku nih pipit.. kecik.. lemah.. comei!.. *perasan*

few weeks lepas dinner, aku dapat call dari Encik Tuan Puteri nih - ajak keluar. taim tu aku ada hal, so aku tolak bebaik. pastu dia ajak lagi - lunch. serba salah pulak. sbb, sebolehnya aku tanak lah rapat sgt dgn org yg ada kaitan dgn keje. tapi bila pikir balik, tak salah berkawan. lagipun, dia bukannya ada kaitan secara langsung dgn kompeni nih. dia juz kawan kpd boss aku..


iklan: opss.. siaran tergendala sebentar. sila ikuti sambungan cerita tak berapa ekslusif nih pada masa dan hari yg tak ditetapkan.. hiks.

**********************

it wuz dad's birthday last saturday.. sadly tak dapat celebrate sesama. all we can do is juz buat phone conference dgn adik-adik & ayah.. wish him all the great things in diz world and thanked him for being the best bapak ever! sedih tp nk buat camner. takper lah, end of diz month nak gi Ganu kan? ada father's day lagi kan? boleh lah celebrate sekali. double present lagi gituu. aku suka!

3 comments:

bg said...

kawan bos? datuk mana nih?

aD said...

bg, tak semua org ada title. yg nih juz ordinary.

bg said...

xtra odinary kot?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...