KENGKAWAN

Monday, June 25, 2007

my tuxedo-man


hampir seminggu tak jumpa Mamoru. dia bz. aku pun sama - bz dgn keje & adik-adik. kesian dia, bila dapat peluang jumpa, dia pulak demam tiba-tiba. demam terkejut kut.

menyesal pulak aku ikut ckp dia pegi tgk movie mlm tadi. aircond kat cine tu mcm peti ais. beria dia nak spend masa dgn aku.. hm, cara dia ckp mcm esok tu dh tak ada. byk kali dia ckp rindu. suarakan nak cecepat pinang aku. cute lah.

hari ni dia setuju ambil MC. tu pun sempat luangkan masa attend meeting kat opis pagi tadi.. *sigh*

Mamoru~kun.. semoga cepat sembuh! the world I need you.


Friday, June 22, 2007

hidup kena beringat

dalam minggu nih tetiap hari aku balik awal. balik memasak. rajin tau aku lately nih.. *hins*

semlm hujan lebat sungguh. siap kilat petir semua. pokok besar kat kawasan apartment umah sampai tumbang dibuatnya. risau aku. bukan risau sbb banjir. risaukan adik-adik aku. camner lah derang nak balik umah dalam keadaan hujan lebat camtu. adik pompuan yg no. 4 gi keje jalan kaki je. opis dia dgn umah aku dekat. same goes to Sue (kawan adik aku yg tinggal sesama kami). dia pun baru start keje kat opis area umah nih jugak.

dalam risau-risau tu, dia & Sue pun sampai. ngam-ngam sebelum hujan. syukurlah.

mlm tadi ngantuk sangat mata nih. adik-adik aku plak (no. 4 & 5), sakan nak ajak berborak. ntah apa mimpi derang aktif betul mlm tadi. aku yg dah tak larat nih juz baring belakangkan derang sambil angkat tangan buat mulut puppet - "talk to the hand", kata aku. geram sangat derang bila aku buat camtu. memasing pakat tangkap aku pastu geli-gelikan tapak kaki aku. aku nih mmg sensitip bab geli-geli nih. boleh terkucil dibuatnya. terjerit-jerit aku suruh derang benti. terkikik-kikik derang ketawa.. taper.. taper.. sib baik adik pompuan no. 6 tader. kalau tak dia boleh back up.

camtu lah adik-adik aku bila memasing ada kat umah. menyakat je la kejenya.

6 tahun dulu, life aku tak mcm nih. adik-adik aku still study kat kampung. aku plak dlm proses bersusah-payah nak bertapak kat kl nih. daripada duduk menyewa 5 org satu umah, aku menyewa 2 org je. ikutkan aku menyewa sorang taim tu coz aku sorang yg bayar sewa even duduk berdua dgn housemate (baik kan aku nih? or bodoh)

selama stay dgn housemate aku, sebulan sekali aku balik kampung. tolong family memana perlu. tapi tak banyak sangat lah yg dapat aku tolong. taim tu aku baru dapat keje. aku tetap amik tau hal family cam biasa cuma tak dapat nak spend masa sesama dgn derang sbb terbatas masa dan:

bila duduk kat kl, jauh dari pandangan keluarga aku jadi leka. aku keluar malam. lepak-lepak sampai pagi. bazir duit ringgit just to pleased people (memember esp) & partner. memacam lah. tak cukup duit gaji kredit card aku bagi. aku ada 2 kredit card taim tu. HSBC & MBF. kad-kad supplementary aku bagi partner aku pakai (baik kan aku? or bodoh?). taim tu kawan mmg ramai.

bila broke-off dgn partner. baru aku sedar kebodohan sendiri. masa tu nak menyesal pun tak guna. rumah sewa aku yg dulunya lengkap penuh dgn segalanya hilang camtu je. barang-barang dalam rumah tu dijual. duitnya satu sen haram aku tak dapat. hutang sewa umah almost setengah tahun tak berbayar. semuanya gara-gara aku terlalu percayakan housemate. tetiap bulan suruh dia bank-in. rupanya dia simpan buat duit poket. dah lah taim tu saving pun cukup-cukup makan. mana nak langsaikan sewa tertunggak.. hutang kad kredit.. parahh.

masa nih lah semua member hilang. menangis lah aku sengsorang (padan muka kan?)

hujung 2005.. bersusah-payah aku bangkit semula. dgn baki duit yg ada aku sewa umah baru. aku sewa sengsorang. aku jumpa tuan umah lama. minta maaf sbb dah susahkan derang. settlekan mana patut. settlekan payment kad kredit sikit-sikit. sakit woo.. tapi aku bersyukur. kalau Tuhan tak duga hidup aku sampai camnih. maybe aku still leka dgn life dulu yg tak menjanjikan apa-apa. kosong.

2006.. aku ajak adik lelaki yg no 3 stay sesama. lepas tu sorang demi sorang adik-adik aku duduk dgn aku kat sini. hampir semua adik-adik aku stay dgn aku. sampai umah kat kampung tu juz tinggal bapak, Aunt Shi & adik-adik tiri. sampai ahli keluarga lain ingat adik-adik aku kecik hati dgn bapak & lari duduk dgn aku.. pulakk doh (part nih kita cerita lain kali)

alhamdullilah.. life aku stabil sekarang. kuasa Tuhan. subahanallah.

aku bersyukur, dalam hati nih dah tak ada lagi perasaan marah / dendam. malah aku masih sudi lagi hulurkan bantuan pada orang yg pernah menjatuhkan aku dulu.

dan aku bersyukur, walaupun adik-adik aku kenkadang merisaukan jantung perut aku nih, tapi sebenarnya hubungan kami rapat sangat. kalau dulu aku sanggup bergolok-bergadai untuk partner aku. sekarang NO. kebahagiaan adik-adik lebih utama.

citer pasal family nih, dah sebulan aku tak balik kampung.. mlm nih kalau tader aral, balik Melaka lah kita nampaknya.

Thursday, June 21, 2007

rindu outdoor

mlm tadi senyum je aku tgk adik pompuan aku yg no. 6. hepi sangat dia bila aku setuju nak support dia sambung belajar. siap lompat-lompat lagi. comei je. dia dapat tawaran Ijazah Sarjana Muda Teknologi Maklumat kat salah satu universti dalam negeri Selangor nih. tarikh pendaftaran 26 Julai depan.

tentang adik no. 8 pulak, belum decide apa-apa lagi. nak kena balik kampung & bincang sesama. tadi called dia. explain tentang pros & cons kalau dia sambung Diploma atau proceed dgn STPM. tengok lah nanti apa keputusan dia.

tak sangka ey, cepat sangat masa berlalu. dah besar dah semua adik-adik aku nih. rasanya mcm sekejap je. masa arwah ibu tinggalkan kami 11 tahun dulu, adik aku yg no. 8 nih baru 6 tahun. yg no. 10 plak baru je lahir. memasing kecik je taim tu. sampai kenkadang aku still terbawa-bawa sikap overprotective. aku lupa yg derang sumer dah besar.. ahh rindunya masa-masa lalu.. tapi heck NO. aku tak sanggup kembali kat masa-masa dulu. suffer sangat.

sekarang just tinggal adik lelaki no. 9 & adik pompuan no. 10 (bongsu). memasing baru darjah 5 & 6 =)

ada satu mender yg meronta-ronta dlm hati nih.. aku nak panjat gunung. dah lebih 3 bulan aku tak join memana xpdc. since everything (family matters esp) under control, aku nak sambung balik xtvt gunung nih. tapi tak lah sekerap dulu. kalau dapat sebulan sekali masuk hutan pun dah kira ok sangat. bawah nih list gunung yg aku nak sangat pegi:

  1. Gunung Benum - antara trek hardcore jugak lah (gunung ke-10 tertinggi kat semenanjung Me'sia)
  2. Gunung Chamah & Gunung Ulu sepat - naik dua gunung sekaligus (ke-5 & ke-7 tertinggi di semenanjung)
  3. Gunung Korbu & Gunung Gayung - naik dedua sekaligus (ke-2 & ke-4 tertinggi)
  4. Gunung Tahan - cam rugi lak coz nak conquer gunung nih je amik masa minimum 5 hari (tertinggi di semenanjung)
  5. Gunung Batu Putih - kat kuala Woh, Tapah (ke-8 tertinggi)
  6. Lain-lain: Gunung Gerah, Gunung Noring, Gunung Tangga, Gunung Berhid.. dan seterusnya (banyak lah tak terkira)

kalau boleh nak panjat 2 atau 3 gunung lagi sebelum start puasa bulan 9 nih. kut ada org yg organize trip-trip ke gunung yg aku listkan kat atas nih.. please (begging nih - cewahh).. please let me know. i'm dying to join it.

buat masa nih aku ada satu info tentang group yg pegi Gunung Gerah. tarikh dari 30 ogos - 2 sept 2007 - duration: 4 days anjuran Mat Saiko. fees rm 200 (rations + guide + tranport kl-sg siput-4wd). first taimer tak boleh join. interested call 012-3875897. yg nih aku KIV buat sementara. tunggu confirmation dari Mamoru (didnt I tell u guys Mamoru pun kaki outdoor mcm aku?).

o btw, ada satu lagi trip ke Gunung Yong Belar (gunung ke-3 tertinggi). aku dah maleh nak pegi gunung nih sebab last year je dah 3 kali aku jejakkan kaki kat puncak Yong Belar. balik-balik gunung yg sama je. penat arr. bagi sesiapa yg nak pegi, tipun no. nih 019-3107312 - Abg Rashid. tarikh xpdc 30 Jun - 1 July 2007. bayaran tak dinyatakan pulak. call arr kalau tau.

eniwei, start bulan depan, aku akan start bz. dateline utk ogos project semakin dekat. tapi kali nih maybe takde pressure sangat. nasib baik kak Bunga ada utk tolong aku uruskan projek nih. kurang sikit beban. sesambil bekerja, boleh lah curi masa utk outdoor.

weekdays keje.. weekend gunung.. that's more like it!

Gurindam Jiwa

Tuai padi antara masak
Esok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan

Anak cina pasang lukah
Lukah dipasang di Tanjung Jati
Di dalam hati tidak ku lupa
Sebagai rambut bersimpul mati

Batang selasih permainan budak
Daun selasih dimakan kuda
Bercerai kasih talak tiada
Seribu tahun kembali juga

Burung merpati terbang seribu
Hinggap seekor di tengah laman
Hendak mati di hujung kuku
Hendak berkubur di tapak tangan

Kalau tuan mudik ke hulu
Carikan saya bunga kemboja
Kalau tuan mati dahulu
Nantikan saya di pintu syurga

Wednesday, June 20, 2007

tol gate girl

ceria sungguh aku sejak tiga pat hari nih.

kenapa? maybe sbb adik-adik aku semuanya ok kut. esp, adik pompuan yg no. 4 tu. tetiap pagi asal bangun je dia mesti berebut bantal dgn aku. pastu gelak-gelak. bukan aku nak sangat pun bantal tu. saje menyakat. kalau dia tidur, bantal dia habis sumer lari ke mana. bila aku amik, dikatanya aku curi bantal dia. ngengada. geram aku.. *syg dia*

aritu, aku ada order cupcakes dari kak P-nut. aku suruh akak tu tulih semua nama-nama kami adik-bradik. nama adik beradik tiri pun ada. nama Mamoru pun ada.. fuhh banyak tu. termasuk nama bapak, Aunt Shi & adik ipar aku ada 25 pcs semuanya (ramai giler adik-bradik aku kan? kan?) *hehe*.. takder special occasion pun sebenarnya. saja nak buat semua org hepi. tapi belum dapat lagi. awal Julai nanti baru gi amik. tak sabarnya!

(note: semlm birthday Nina.. hepi 2 years old baby Nina! dah besar adik along nih)

talking abt adik-adik nih, kebetulan adik pompuan aku yg no. 6 & adik lelaki yg no. 8 dapat tawaran belajar kat tempat yg sama. aku tak ada problem nak hantar dua-dua nih pegi sana. ada kebaikan jugak kalau dedua belajat kat tempat yg sama. boleh saling tgkkan sesama derang nnt. tp, tgk lah dulu.. nak tanya gak sama ada derang minat ke course yg ditawarkan tu.. lagipun adik lelaki no. 8 nih baru masuk form-6 (STPM) kat Melaka. apa-apa pun kenalah discuss sesama adik-beradik lain.

hm, kalau adik pompuan yg no. 6 tu setuju, pasnih tinggal kami berempat je lah dlm umah tu.. *sob*

byk nak tulih tp nk keluar dah nih. ada hal kat Tropicana. tgk lah tengahari kang (kalau rajin)

Monday, June 18, 2007

batu caves

mlm tadi rasa cam ada kurang sikit. adik lelaki aku yg no. 3 takde. dia gi training utk dua bulan under Khazanah Nasional's program. harap dia perform kat sana.

now dah tinggal 5 org je dlm umah tu.

sabtu rituh aku gi panjat gua batu cave. tak plan pun sebenarnya. nih sumer gara-gara penat nak tunggu adik aku habis kelas memandu.

kat entrance gua nih ada satu patung besar - kaler gold. world tallest murugan statue (masuk ripley's believe or not gitu). mender nih baru je siap dibina dan dirasmikan oleh samy vellu tahun lepas. kata Mamoru, ekceli kerajaan negeri was not aware pun tentang pembinaan patung nih. lelebih lagi bila proses pembinaan dilakukan dalam keadaan serba tertutup. kalau orang yg biasa guna laluan area batu caves sure tahu camner cara derang cover mender alah nih. aku pun dulu tertanya-tanya gak hapekemender yg derang buat berselubung bagai. rasanya lama gak arr proses nak siapkannya. dan lepas derang bukak cover keliling mender tu baru sumer melopong tgk patung besar tersergam depan gua batu caves.

memacam isu timbul dari pembinaan patung nih. tapi lantak arr.. itu derang punya hal. blog aku nih bukan blog utk memecahkan perpaduan kaum. personally aku rasa, Islam tu dah cukup kuat. setakat bina berhala / gereja sebesar dunia sekalipun belum tentu boleh menggoyahkan kekuatan Islam itu sendiri. yg buat Islam itu lemah cuma akidah & Iman yg kurang di kalangan umat Islam tu sendiri.

berbalik pada cerita batu caves nih tadi. kat sini ada 3 jenis gua. gua batu caves, gua tokong & gua kelam. gua batu caves yg paling glamer skali. nak masuk gua nih kena panjat 272 anak tangga. orang India panjat tangga nih tak pakai selipar. tataw lah naper. maybe tempat tu suci bagi derang kut. tapi jaga-jaga sikit masa nak panjat tangga nih. ada banyak monyet-monyet liar berkeliaran. menatang nih nampak cam mesra + manja. tapi boleh jadi ganas tau. kebetulan masa aku naik tu ada sorang budak India nih kena cakar dgn bapak monyet nih. berdarah tangan dia. mak budak nih dah kelam kabut angkat anak dia nak letak kat tangga sebelah. cecepat Mamoru sambut budak tu. (tangga nih ada 3 laluan yg dipisahkan dgn tembok separas pinggang). personally, aku rasa monyet kat sini dah dibiasakan dgn makanan yg diberi oleh pengunjung. jadi, menatang nih ingat, asal orang lalu je boleh dapat makanan. dan bila kita tak bagi, menatang tu jadi agresif.

satu lagi, bila sampai kat depan pintu gua, sila pastikan anda bawak payung oke. jangan jadi cam aku. basah lencun. sebenarnya sungguh aku tataw sepanjang jalan dalam tu ada air yg menitik dari bahagian atas gua. bukan setitik dua.. macam hujan jadinya. tak pepasal mengganggu mood nak explore lelebih. ekceli tader apa pun dalam gua tu. penuh dgn patung-patung je. tapi menarik jugak lah kalau nak tengok jenis-jenis patung yg ada. cuma yg tak best tu, bau setanggi / colok kuat sangat. pedih hidung nih.

kami tak dapat explore gua kelam sebab pintu pagar depan gua tu berkunci. gua tokong pulak tak sempat nak pegi sbb by dat time aku dah merengek kat Mamoru suruh cari air kelapa. apa pun, above all aku rasa tempat nih best gak kalau nak dilawat. next taim kalau ada masa maybe aku gi lagi kut. kali nih aku nak make sure aku bawak payung. selain dapat guna dalam gua, boleh gak aku jadikan senjata kalau kena attack dgn monyet nanti.. hehe.

ahad plak, just spent kat umah. habiskan masa baca novel yg DA belikan dari Boston.


info: Kat Louisiana US, ada undang-undang baru. pemakaian seluar londeh (lowcut) sampai menampakkan seluar dalam / bahagian sulit lelaki / perempuan dianggap jenayah dan boleh dipenjara 6 bulan dan didenda USD 500. waaahhhh.. tak sangka kan? rakyat negara US pun tahu erti menyampah dan jijik tengok remaja yg berpakaian tak senonoh tho negara derang sinonim dgn fesyen yg seksi meksi. negara kita yg ramai umat Islam dan terkenal dgn penduduk yg sopan nih camner pulak ek?

orang barat pun nak jadi baik sekarang.. orang kita?

p/s: patut lah semlm adik lelaki aku yg no. 2 asyik call tanya kami sumer kat mana?.. buat apa?.. ok tak?.. rerupanya dia risau tentang serangan bom kat Puduraya. whoa.. apa dah jadi kat Me'sia kita nih? tolonggg... aku tamau hidup serupa penduduk selatan Thai / Pilipin / Indo / Pakistan / Iraq (over tau!)

Friday, June 15, 2007

Islam itu indah

mlm tadi gi melawat adik lelaki aku yg no 7 kat asrama dia. syukurlah dia boleh coop dgn housemate dia. nampak mcm hepi je. kurang sikit risau nih.

mlm tadi jugak aku decided utk tak nak panjangkan rajuk aku. sebagai kakak yg lebih tua, aku kena banyak mengalah. so, aku tegur mcm biasa adik aku yg no. 4 tu. dia pun ok je. kira memasing setuju angkat bendera putih la nih. cuma yg kureng sikit.. part adik pompuan yg no. 6. jarang sungguh aku tgk dia lekat kat umah. pepagi buta, taim aku bangun gi keja, dia still tidur lagi. malam plak, bila aku balik keje, dia tak balik-balik lagi. dia balik umah kul 12.00 mlm (curfew yg aku limitkan) yg mana taim tu aku dah membuta. pendek kata mmg payah la nak jumpa & bercakap dgn dia. kalau ada hal nak bincang, kena call dia - buat appointment awal-awal. macam hampeh.

kenkadang tu rasa nak je aku suruh dia berenti keje part time tu. biar dia duduk kat umah. tapi cam risau plak. dia tu bukan jenis lekat kat umah. hm.. serba salah aku jadinya. kang aku hantar balik kampung tau lah. biar terperuk kat Melaka sana. biar bapak tengok kan dia. baru dia 'value' nilai kebebasan yg aku bagi. kat kampung, asal pukul 7.00 mlm je wajib ada kat umah. kalau tak, kena rembat dgn bapak.

*sigh*

agaknya nih lah yg mak bapak kita rasa dlm membesarkan anak-anak.. aku yg baru amik alih jawatan derang nih pun terasa hazabnya. tapi dalam mengeluh tu, aku lega sebenarnya. esp, bila dapat tengok adik-adik aku membesar depan mata sendiri. lebih bangga bila dapat turut serta dalam mencorak masa depan derang. ada satu kepuasan kat situ. bangga wei kalau adik-adik sendiri berjaya dlm pelajaran.. dapat sambung belajar kat IPT.. or dapat keje yg bagus-bagus nanti.

insyaAllah. aku takkan abaikan amanah yg bapak & arwah mak bagi aku nih. aku akan pastikan masing-masing membesar jadi org yg berjaya & berguna.

esok cuti.. tak pegi memana. xpdc gunung? still tak dapat join. kena lupakan sementara demi adik-adik. oh, esok kena temankan adik lelaki yg no. 5 gi amik lesen. lain? tgk lah camner.

Thursday, June 14, 2007

if only they knew

sedih la.

pepagi tadi, bangun je tidur aku dah bertekak dgn adik pompuan aku yg no. 6. mender kecik je sebenarnya. tapi yg spoil tu bila adik aku pompuan aku yg no. 4 nih masuk campur. bengang jugak. bebudak kat umah nih pantang ditegur sikit. semua pakat merajuk! semua nak terasa sama. kenkadang tu sampai aku rasa salah ke aku menegur?

yg no. 6 nih. aku tegur sebab aku nak dia lebih bertanggungjawab. byk kali dah aku peratikan. umu baru 20thn. belum habis belajar lagi. baru keje part time kat KL nih (sementara nak tunggu intake U). perangai asyik la buat org risau. setahu aku, keje dia abis kul 9.30 - 10.00 mlm.. tapi kul satu dua pagi baru sampai rumah. hangin la aku. kalau sekali dua taper lah. nih tetiap malam berturut. jadi keje pulak aku nak tunggu dia tetiap malam bukak kan pintu (coz dia tak bawak kunci). haper ingat aku nih bibik kat umah tu?.

ada satu malam nih, aku naik angin sangat. aku tunggu dia balik. kul 1.00 pagi.. kul 1.30 pagi.. haram tak nampak batang hidung. aku suruh adik lelaki aku yg no. 8 call dia suruh balik. followed dgn sms kata aku tgh 'hot'.. kejap tu dia reply. tengah makan dgn diz 'fella' katanya. ewahh, makan hapakemendernya tetangah malam camtu. balik keje kul 10.00 tadi tak boleh terus gi makan ke?! geram sangat, aku sms diz 'fella' yg bawak adik aku keluar. aku kenal dat 'fella'. kawan gunung aku jugak.aku suruh dia hantar adik aku balik jam tu jugak. aku ckp, "tak rereti tgk jam dah pukul berapa skrg nih? tak rereti nak hantar adik aku balik? jgn sampai aku hilang hormat".. lebih kurang camtu lah ayat aku.

few minutes lepas tu, adik aku sampai depan pintu. accompanied by diz 'fella'. haii.. kalau ikutkan hati aku nak je aku maki hamun dedua sekali. kenangkan dah tengah malam. aku pun dah mengantuk, aku suruh je adik lelaki aku buka kan pintu. pastu aku panggil adik ponpuan aku nih duduk kat meja dapur. aku takde lah marah tinggi suara bagai. aku nasihat bebaik. aku terangkan tentang kerisauan aku & faktor-faktor yg buat aku risau. dia tu pompuan. keluar dgn lelaki camtu. memacam mender boleh jadi. sebagai pompuan, aku tekankan kat dia betapa pentingnya menjaga maruah diri. jangan buat org lain tgk diri tu murah sangat. boleh dibawak kehulu hilir. perjalanan hidup dia panjang. lama lagi kalau nak fikir soal cinta cintun nikah kahwin bagai. kalau bebtul ndak kahwin sangat, suruh je org lelaki tu masuk meminang! tapi, kena ingat nak kahwin bukan senang. kalau setakat lelaki yg di cinta cintun tu makan pun still harapkan family lagi.. lupakan lah. sok lusa kalau cerai berai dah tentu lah aku jugak yg dia carik. nak harapkan siapa lagi? taim tu bukan nak tanggung dia sorang.. dgn anak-anak dia lagi. haru!

tak lama aku 'sekolah' kan adik aku tu. rasanya tak sampai 15 minit. pastu aku suruh dia gi tidur. sebelum tu aku bagi dia time limit - sebelum kul 12.00 mlm kena ada kat rumah. period.

ngantuk aku malam tu hilang terus. sudahnya sampai ke subuh aku tercongok kat meja dapur. memikirkan masa depan adik-adik aku.. *sigh*

aku sebenarnya bukan lah org yg suka nak kontrol-kontrol nih. jauh sekali nak memarah. aku suka bagi kebebasan utk derang dgn harapan kebebasan yg aku bagi tu tak disalahgunakan. nak berdating.. aku tak halang. aku faham perasaan remaja yg nak bercinta nih sumer. aku tahu kami adik beradik kurang kasih sayang. lelebih lagi bila arwah mak meninggal masa derang kecik lagi. tambah pulak bila bapak nikah dgn Aunt Shi. of coz derang segan nak bermanja dgn bapak. aku faham rasa macam mana derang perlukan seseorg utk luahkan perasaan. perlukan seseorg utk sentiasa ada kat sisi derang. nak harapkan aku? tanggungjawab aku byk. aku bukan boleh kosentret kat sorang-sorang adik. ada ramai lagi yg perlukan perhatian. buat masa nih, aku juz focuskan tentang hala tuju masa depan semuanya. aku nak semua adik-adik aku berpelajaran. kalau tak dapat belajar sampai masuk 'U' pun, at least cukup utk tampung kehidupan derang nanti.

kenkadang.. aku rasa down sangat. No, bukan aku putus asa. takkan la aku nak putus asa jaga adik-adik sendiri. juz rasa down je lah. esp, bila apa yg aku buat selama nih mcm tak dihargai. aku tau rasa hormat derang kat aku dah lama hilang.. since i joined plu dulu.

pagi tadi lepas argument yg menyakitkan hati, aku masuk bilik air - nangis. camtu la aku. kalau gaduh dgn adik beradik sure aku nangis. fikir balik tentang apa yg aku cakap tadi. biasalah kalau dah marah tu byk mender yg kita tak dimaksudkan keluar laju je. tak pepasal, mender yg boleh settle jadi lebih teruk.

seriously, aku kecik hati dgn adik aku yg no. 4 nih. aku tak faham dia. dari dulu sampai sekarang dia fikir apa yg dia buat tu semuanya betul.. apa yg keluar dari aku semua salah. kengkadang tu dalam duduk-duduk tetiba je dia boleh marah-marah aku. pelik.

aku rasa dia still berdendam dgn aku pasal kes aku tak bagi dia kahwin dgn bf dia 8 tahun dulu (masa umur dia & bf dia sesama 17 thn). start dari hari tu dia tunjuk protes dia dlm memacam cara kat aku. terus terang, result SPM dia dgn bf dia mmg hancuss. bf dia plak, maybe rasa terhina sbb kena rejek or maybe sbb nak sakitkan hati adik aku, dia pi kahwin lain (taim tu umur bf dia 18thn).

few years after, adik aku kenal dgn sorang mamat (yg nampak lurus tapi otak bercabang-cabang). konon seriyes nak bertunang dgn adik aku. tup tup diam hilang sampai sekarang. frust menonggeng adik aku. yg aku kesalkan tu, disebabkan bf no. 2 tu, dia sanggup berenti belajar kat Unisel <<--- part nih seriyes aku tak faham. 3 bulan aku tak tegur dia lepas dia buat keputusan bodoh tu. aku kecewa. ntah lah.. dia tak faham agaknya mcm mana susahnya aku kesana sini nak sambungkan study dia. dia tak tau agaknya nilai ringgit yg dihabiskan utk dia. dia tak nampak semua tu. yg dia tau.. cinta boleh buat dia bahagia. and now, dia bercinta lagi. bf dia? hm.. jenis yg aku dah tau ending relation derang nnt.. *sigh*

lepas mandi, aku bersiap ke opis. rasa nak keluar umah cecepat. walaupun aku dah berjaya kontrol temper, rasa terguris tu still ada. masa nak keluar, aku check adik lelaki aku yg no. 7 punya surat tawaran. check masa utk registration. kul 10.30 pagi. dalam belek-belek tu aku sain form yg perlukan signature aku. sesambil tu aku bagi nasihat kat adik aku nih. nasihat yg biasa-biasa: suruh rajin belajar, jgn ponteng kelas, jgn salah pilih kawan etc, etc. dalam pada aku bercakap dgn adik no. 7 nih. yg no. 4 tu duk hempas-hempas pintu. pastu duk hentak-hentak barang. protes la tu. aku cuba utk sabar. bebuat pekak. sambung borak dgn adik lelaki aku. bila dia nak keluar pegi opis, dia pegi hempas pintu depan sekuat hati.. makkk oii menyirap darah aku. kang terkopak pintu tu aku gak nak kena ganti. marah lah aku. terus aku sound "pasnih jgn balik-balik lagi".. dia pun balas dari luar "pot pet pot pet" <<--- ntah apa dia ckp aku tak dgr.

bila fikir balik apa yg aku ckp tadi, terus aku istighfar byk-byk. aku kesal dgn diri sendiri. tu lah kata org, bila marah, syaitan pijak kepala kita. aku harap dia tak amik hati dgn ayat tu. aku nak adik-adik aku sentiasa depan mata. aku sayang derang. sayang sgt. tapi tu lah.. derang tak tau..

aku keluar umah dgn kepala yg berserabut. risau nak biarkan adik aku gi registration camtu je. Mamoru tak dapat temankan derang. ada hal urgent last minit. walaupun adik lelaki yg no. 3 ada temankan yg no. 7 nih. aku still rasa cam tak best. aku decided nak amik half day - temankan derang.

alhamdullilah, registration pagi tadi berjalan lancar. to my suprise, Nazry pun datang temankan kami. kebetulan opis dia dekat area situ. so, dia lari jumpa kami kejap. sempatlah duduk dgr taklimat course yg memboringkan tu. boring bagi aku coz duk dengar mender yg pernah aku lalui dulu.. tapi adik lelaki aku yg no. 7 nih khusyuk sgt. mender baru katakan.. =)

lepas lunch break dgn adik-adik. aku gerak gi opis. tak risau sangat masa nih. semua dah settle. lagipun adik aku yg no. 3 ada utk uruskan hal seterusnya.

ngam-ngam masuk je opis, aku dapat called dari DO. borak pasal keje. pastu dia duksibuk tanya aku gi mana pagi tadi. aku cakap yg sebetulnya. dari nada suara DO, aku rasa cam dia a bit tak puas hati. kata dia, adik aku dah besar, kenapa tak biar dia buat registration sendiri. arghh.. bengang aku.

kenkadang, orang kaya-kaya nih tak faham. derang lain lah. family derang lengkap. ada mak.. ayah.. anak-anak yg pandai.. tak kisah hantar anak-anak belajar oversea. of coz la anak-anak derang boleh berdikari.. duit ada! apa nak susah! pastu kalau bab keje sentiasa ada. yelah, ada org dalam. kalau mak bapak ada title, senang je anak-anak nak jawat jawatan CEO, Director, Manager etc. tapi bagi keluarga mcm aku nih lain lah. memanglah adik aku boleh handle sendiri memender camnih. tapi personally aku rasa, kehadiran aku kat sana penting buat adik aku. aku nak dia belajar pepandai (tho walaupun result dia ok nanti belum tentu ada peluang keje - yelah kita bukan golongan bertitle).. paling penting, aku nak dia rasa dihargai.. disayangi. lelebih lagi bila kami tak ada mak utk saksikan semua nih.. dan bila bapak punya masa agak terbatas utk datang sini.

hm.. ntah lah. org lain takkan faham. aku pun tak faham.

Wednesday, June 13, 2007

hikmah

esok, sorang lagi adik lelaki aku yg no. 7 naik KL. stay kat sini - study. dia dpt tajaan under Kementerian Belia & Sukan (KBS) utk sambung belajar dlm bidang automotif. esok kena pegi register.

terkejut sebenarnya bila dapat tahu tentang offer dari KBS nih. rasanya, baru je minggu lepas aku bawak adik aku gi taklimat kat Akedemi Saga (EON). dia dapat offer study kat sana. tup tup aku dapat called dari satu kolej nih inform tentang tajaan dari KBS. aku pilih utk hantar dia under KBS. kalau hantar kat EON, kos study utk setahun a bit expensive jugak lah. almost rm 8000 per year. compare dgn KBS, tayah bayar apa-apa. semua ditaja under KBS scholarship. siap bagi elaun bulanan lagi!

sadly, esok aku tak dapat temankan dia utk registration. aku suruh adik lelaki yg no. 3 temankan dia. ikutkan, aku nak sangat amik part dalam hal-hal penting mcm nih. tapi.. adoi susah lah nak tinggalkan opis saat camnih. dah lah sepanjang dua minggu lepas aku asyik cuti. keje byk terbengkalai. byk mender nak settle sebelum dateline. bila aku mengadu kat Mamoru masa dinner semlm, dia dgn serious offer diri nak temankan adik lelaki aku pegi registration. terkesima aku sekejap. aku refuse memula tu. takkan nak sesusahkan org dgn masalah family sendiri. tapi bila dia insist, aku setuju je lah. terharu juga sebenarnya.. *thanks Mamoru~kun*

hm, hujan semedang. nk balik awal lah.

o btw, theres one gud thing.. demam aku dah cured. tinggal part batuk je. alhamdullilah.

Tuesday, June 12, 2007

hopes

Ganu trip last week wuz fun! pegi dgn 2 keta. 8 org sumernya termasuk adik ipar aku & Mamoru~kun

alhamdullilah, sib baik cuara ok (ekceli panas tak hingat). tak banyak berjalan pun sebenarnya. spent most of the time kat Kuala Berang (umah pak ngah).

memula sebelum pegi sana, plan mmg gedebuk-gedebak. tapi spoil bila sepanjang trip aku demam teruk. siap kena asthma lagik. bila aku baru nak 'ok', Sham pulak kena cirit birit.. pastu wife dia pun ikut sakit perut & muntah-muntah (aik cam ader apa-pe je derang nih?).

tempat yg kami pegi pun tak banyak. juz pegi Air Terjun Sauk (naik bot nih), Tasik Kenyir, Batu Bersurat, Kuala Terengganu.. pastu gi tengok kambeng-kambeng yg Pak Ngah bela (banyakk & comei. sempat perah susu kambeng lagi tau), dan xtvt yg selalu buat; memancing & bakar ikan (Pak Ngah ada bela ikan dalam sangkar kat Sungai Terengganu - besarrrr woo).

overall trip.. boleh lah. insyaAllah, kalau ada pemily trip lagi pasnih, aku nak buat yg terbaik. nak well prepared & organised. paling penting.. kesihatan kena jaga.

nak upload gambar tapi sumer gambar kat Sham. lupa nak copy rituh. nenanti lah.

petang semlm masa keluar dgn Mamoru, aku tanya dia soalan nih:
Me: "wonder why u can be so calm and juz accept wutever things aD buat pada u. i remember last time u told me dat u will totally avoid / ignore / left any girl yg treat u bad and aD rasa since kita berkawan lagi aD layan u really really bad and kasar.."

Mamoru: "syg, there will be only one girl dalam life seorang lelaki yg mereka sanggp suffer utknya. so, dat is why"

*pic taken at Kenderong's peak in November 2006*

kat gunung nih la Mamoru~kun kena patuk ular kapak masa nak tolong lead jalan utk aku. will never forget dat moment. rasa mcm terhutang nyawa kat dia

Monday, June 11, 2007

bandar muadzam shah

baru balik Ganu.. tadok masa nak nulih. demang semedang. le nih dok sihat lagi. kije pung banyak. tengok lah sok lusa tulat. kalau rajin arr.

rindu kat Mamoru~kung <<--- seriyes nih. hm.. mcm lah dia baca blog nih.

Wednesday, June 06, 2007

away ke Ganu

bulan nih tahap kesihatan aku memang teruk giler. dah la minggu lepas MC sakit perut sampai 2 hari. minggu nih plak, dah start rasa sakit tekak.. lemah badan, sakit kepala, selsema, etc, etc. abis lahh.

wiken rituh, spent kat Melaka. tader apa yg baru kat kampung. semua cam biasa. cuma Nina je dah ada hobi luar biasa - suka bagi ayam makan. kelakar sgt. mcm tak sesuai je dia dgn minat baru dia tu. dah la ayam tu sama tinggi dgn dia. ganazz lak tu. baru dia nak tabur jagung, dah kena serbu. ayam yg bapak bela banyakkkk.. kesian Nina kena kerumun dek ayam. habis berterabur jagung kat tangan dia. tapi, dia jenis berani. sikit pun tak nangis bila kena patuk dgn ayam. lagi dia suka ada lah.. hai memacam lah. yg tak boleh tahan tu, kekejap kang tarik tangan aku pegi reban belakang umah. suruh aku tangkap ayam-ayam tu untuk dia. kalau aku refused, dia sendiri gi tangkap. ayam kat umah tu sumer jinak. senang la dia tangkap. suka sangat dia peluk-peluk ayam. macam peluk kucing dibuatnya. rimass akak tau!

ahad plak, gi umah org kahwin. ex-classmate masa form 6 dulu kawen. pegi dgn nazry. ekceli aku dapat tau pasal wedding nih pun dari nazry jugak. time kasih bebanyak kat dia sebab tolong aku belikan hadiah utk pengantin. fyi, nazry nih pun classmate aku since form 6 dulu. dia lah member sepergaduhan merangkap sifoo aku taim belajar subjek ekonomi (subjek fav kami). sepergaduhan maksud aku, suka berdebat lah. disebabkan dia lah aku ter-motivated utk study. byk budi dia kat aku. sikit pun dia tak mintak balas. aku anggap dia macam saudara kandung aku sendiri. nazry nih anak tunggal. tinggal dgn mak dia je. since pemily aku gamai giler, secara tak langsung dia pun suka join xtvt yg pemily aku buat. nak merasa hidup beradik-beradik katanya. sampai bapak aku pun iktiraf dia as anak angkat. byk citer disebalik tabir sebenarnya. nanti lah. ada masa panjang nanti, aku bukak citer .. "once upon a time".. nih. hiks.

berbalik pada citer kenduri tadi. aku mmg eksaited sgt nak pegi. maklum lah nak jumpa memember satu skolah yg dah terpisah 10 tahun gitu. lagipun, hari tu birthday Butet (sorang lagi bestfriend aku dari zaman skolah sampailah kat yunibesti). sesubuh gaban aku dah bangun bersiap. pakai baju kurung taw. tapi malangnya.. sesampai je kat sana, tak ramai member yg turn up. yg ada juz pat lima org. even Butet pun tak datang. hm, ntah la.. i juz dont get it why. nak kata bz, rata-rata ex-classmate aku dulu sumernya tinggal dedekat dgn kawasan umah pengantin nih. yang datang petang tu juz Wa'adiah, Rehan, Linda, Norimy & Nazry. tak kisah lah. maybe derang ada reason yg kukuh utk tak datang.

harap, dapat jumpa ramai lagi member lama masa majlis perkahwinan Nazry bulan ogos nanti.

hm, mata aku dah berair nih. No, bukan sebab sedih. selsema nih hah.. makin menjadi-jadi pulak. tadi masa sain MoU dgn staff dari UM, aku syik terbersin je. sampai terpaksa minta excuse dari TS utk keluar dari board room. dah bercawan air teh-O panas aku minum. pun tak ok jugak.. buat aku terkucil je ada lah. kesian badan aku nih hah. dah la kecik, makin kerempeng la nampaknya..

nak balik awal lah. nak rest kat umah. malam nih gerak ke Terengganu dgn adik-adik aku. ntah larat ke tak nih..


Tuesday, June 05, 2007

takziah Alleycats

*Loga yg rambut afro pakai bajukemeja putih*

hilangnya seorang penyanyi bangsa India yg mampu menyanyikan lagu-lagu berbahasa Malaysia dgn fasih & penuh penghayatan. sayang kan? maybe nama dia tak seglamer Sudir / P. Ramlee tapi bagi aku pemergian Loga nih satu kerugian besar dlm industri muzik Malaysia. sedihnya.. satu demi satu penyanyi yg aku rasa berbakat besar hilang camtu je tanpa berganti. tgk lah keliling kita. tak ramai penyanyi bangsa lain yg bersemangat mcm penyanyi dulu. pasnih, ntah ada lagi ke tidak penyanyi bangsa lain yg mampu ikut jejak langkah penyanyi mcm Chris Vadham, JS Kevin, DJ Dave, Alleycats, etc, yg mampu menarik perhatian semua lapisan peminat induztri muzik tanpa mengira bangsa kat Me'sia kita nih.

p/s: aku try search biografi Chris Vadham (penyanyi yg popular dgn lagu "Hanya Nyanyian Dalam Sepi").. seriously shocked when i found out dat he passed away pertengahan February rituh. was it true?.. so sad.

Friday, June 01, 2007

the ring

byk mender buat aku berfikir lately. Mamoru dah beria nak hantar rombongan meminang hujung tahun nih. mulanya dia nak buat sebelum puasa. tapi, ntah.. aku mcm tak boleh bagi kata putus bila dia suruh pilih samada nak buat majlis pertunangan tu sebelum puasa atau masa hari raya haji nanti.

frankly speaking.. aku nervous sampai tak boleh berfikir. boleh gitu? ada 2 mender je yg aku rasa saat nih:

first, hepi - No, actually sangat hepi! byk unexpected things jadi kat aku. tak sangka aku akan jatuh cinta lagi dan tak sangka Mamoru (who is actually my bestfriend sebelum ni) jadi seseorg yg amat penting dlm hidup aku.

second, takut - ntah apa yg aku takut tataw. tapi.. aiya takut laa. aku tak penah rasa camnih.

aku cakap kat Mamoru, kalau boleh bagi aku tempoh 2 tahun (meaning, kalau bertunang, aku nak "diikat" 2 tahun sebelum err.. proses seterusnya) Mamoru diam je lepas dgr permintaan aku. tak lama lepas tu dia senyum. leganya.

err.. tukar topik.. *blushed*..

lupa lak, Ahad nih Chica sanding. dia nih antara member gunung first yg aku kenal masa memula naik Gunung Yong Belar awal tahun lepas. nampaknya aku tak dapat laa gi majlis dia. suruh Mamoru~kun wakilkan je lah (aci tak?). bukan tanak pegi. masalahnya aku kena balik kampung. nak rushing ke umah dia kat Sg. Buluh tu ntah sempat ke tidak. lagipun Ahad nih jugak, classmate aku masa form 6 dulu buat kenduri kawen kat Melaka. camner tu? terpaksalah pilih salah satu. kalau sempat, mungkin malam Ahad tu aku jumpa Chica.. tu pun, kalau sempat lah.

tadi call Ayu. ekceli dia sms aku. dah aku nih jenis malas nak taip sms, aku tipun je lah dia - senang. lama dah tak borak dgn dia nih. dia pun dah lama tak naik gunung rupanya. sibuk dgn keje. Ayu ajak naik Gunung Rajah minggu depan. aiya.. aku mmg minat giler nak naik gunung nih tapi.. tu lah.. minggu depan aku ke Terengganu dgn adik-adik aku. remember pemily trip yg kena postponed rituh? dah tukar ke minggu depan. kata Ayu, dia bersemangat nak naik gunung sbb aku ada. kemain lagi dia racun aku. alaa.. tak buleh arr. pakai lah paraquat sekalipun, mmg tak menjadik. kalau trip dgn memember lain buleh la dipertimbangkan lagi. tapi pemily trip nih, tidak boleh tidak (sorry eh Ayu.)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...