KENGKAWAN

Friday, June 22, 2007

hidup kena beringat

dalam minggu nih tetiap hari aku balik awal. balik memasak. rajin tau aku lately nih.. *hins*

semlm hujan lebat sungguh. siap kilat petir semua. pokok besar kat kawasan apartment umah sampai tumbang dibuatnya. risau aku. bukan risau sbb banjir. risaukan adik-adik aku. camner lah derang nak balik umah dalam keadaan hujan lebat camtu. adik pompuan yg no. 4 gi keje jalan kaki je. opis dia dgn umah aku dekat. same goes to Sue (kawan adik aku yg tinggal sesama kami). dia pun baru start keje kat opis area umah nih jugak.

dalam risau-risau tu, dia & Sue pun sampai. ngam-ngam sebelum hujan. syukurlah.

mlm tadi ngantuk sangat mata nih. adik-adik aku plak (no. 4 & 5), sakan nak ajak berborak. ntah apa mimpi derang aktif betul mlm tadi. aku yg dah tak larat nih juz baring belakangkan derang sambil angkat tangan buat mulut puppet - "talk to the hand", kata aku. geram sangat derang bila aku buat camtu. memasing pakat tangkap aku pastu geli-gelikan tapak kaki aku. aku nih mmg sensitip bab geli-geli nih. boleh terkucil dibuatnya. terjerit-jerit aku suruh derang benti. terkikik-kikik derang ketawa.. taper.. taper.. sib baik adik pompuan no. 6 tader. kalau tak dia boleh back up.

camtu lah adik-adik aku bila memasing ada kat umah. menyakat je la kejenya.

6 tahun dulu, life aku tak mcm nih. adik-adik aku still study kat kampung. aku plak dlm proses bersusah-payah nak bertapak kat kl nih. daripada duduk menyewa 5 org satu umah, aku menyewa 2 org je. ikutkan aku menyewa sorang taim tu coz aku sorang yg bayar sewa even duduk berdua dgn housemate (baik kan aku nih? or bodoh)

selama stay dgn housemate aku, sebulan sekali aku balik kampung. tolong family memana perlu. tapi tak banyak sangat lah yg dapat aku tolong. taim tu aku baru dapat keje. aku tetap amik tau hal family cam biasa cuma tak dapat nak spend masa sesama dgn derang sbb terbatas masa dan:

bila duduk kat kl, jauh dari pandangan keluarga aku jadi leka. aku keluar malam. lepak-lepak sampai pagi. bazir duit ringgit just to pleased people (memember esp) & partner. memacam lah. tak cukup duit gaji kredit card aku bagi. aku ada 2 kredit card taim tu. HSBC & MBF. kad-kad supplementary aku bagi partner aku pakai (baik kan aku? or bodoh?). taim tu kawan mmg ramai.

bila broke-off dgn partner. baru aku sedar kebodohan sendiri. masa tu nak menyesal pun tak guna. rumah sewa aku yg dulunya lengkap penuh dgn segalanya hilang camtu je. barang-barang dalam rumah tu dijual. duitnya satu sen haram aku tak dapat. hutang sewa umah almost setengah tahun tak berbayar. semuanya gara-gara aku terlalu percayakan housemate. tetiap bulan suruh dia bank-in. rupanya dia simpan buat duit poket. dah lah taim tu saving pun cukup-cukup makan. mana nak langsaikan sewa tertunggak.. hutang kad kredit.. parahh.

masa nih lah semua member hilang. menangis lah aku sengsorang (padan muka kan?)

hujung 2005.. bersusah-payah aku bangkit semula. dgn baki duit yg ada aku sewa umah baru. aku sewa sengsorang. aku jumpa tuan umah lama. minta maaf sbb dah susahkan derang. settlekan mana patut. settlekan payment kad kredit sikit-sikit. sakit woo.. tapi aku bersyukur. kalau Tuhan tak duga hidup aku sampai camnih. maybe aku still leka dgn life dulu yg tak menjanjikan apa-apa. kosong.

2006.. aku ajak adik lelaki yg no 3 stay sesama. lepas tu sorang demi sorang adik-adik aku duduk dgn aku kat sini. hampir semua adik-adik aku stay dgn aku. sampai umah kat kampung tu juz tinggal bapak, Aunt Shi & adik-adik tiri. sampai ahli keluarga lain ingat adik-adik aku kecik hati dgn bapak & lari duduk dgn aku.. pulakk doh (part nih kita cerita lain kali)

alhamdullilah.. life aku stabil sekarang. kuasa Tuhan. subahanallah.

aku bersyukur, dalam hati nih dah tak ada lagi perasaan marah / dendam. malah aku masih sudi lagi hulurkan bantuan pada orang yg pernah menjatuhkan aku dulu.

dan aku bersyukur, walaupun adik-adik aku kenkadang merisaukan jantung perut aku nih, tapi sebenarnya hubungan kami rapat sangat. kalau dulu aku sanggup bergolok-bergadai untuk partner aku. sekarang NO. kebahagiaan adik-adik lebih utama.

citer pasal family nih, dah sebulan aku tak balik kampung.. mlm nih kalau tader aral, balik Melaka lah kita nampaknya.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...