Wednesday, July 18, 2007

evil people

bz sebenarnya nih. mana nak siapkan final preparation utk projek next month, mana nak berkejar ke income-tax, mana nak siapkan visa lagi. pening akak dik nonn.. tapi srkng nih akak tetap nak ber-blog. entry hari nih penting untuk akak tau. supaya akak boleh pasakkan sedalam-dalamnya kat kepala nih dan jadikan tauladan. oke now, lets start our fairy-tale nih.. ops.. nak betulkan sikit. kawan akak cakap bukan fairy-tale tapi evil-tale (kaler merah gitu). eiyy takut akak dik nonn..

warning: citer nih takde mengena dgn org yang masih hidup atau pun yg dah mati. maka, sebarang persamaan maybe hanya kebetulan atau suratan semata-mata. hik.

citer klasik nih bermula pada tahun bulan Safar 1428 hijrah (guna kalendar Islam kauu. kelas kan?). watak cerita nih diterajui oleh 3 pelakon utama iaitu Princess I-Tak-Bersalah-Konon, Cik Dwi Talam & Cik Insaf.

Mari berkenalan dgn watak-watak purbakala nih..

Princess I-Tak-Bersalah-Konon (ITBK). nama mmg sedap kan? Princess gitu. tapi, bukan jenis sacred mcm puteri raja zaman tok kadok dulu. puteri raja nih dah advance dik nonn.. dah ada anak sebelum nikah. terrifyingly Princess ITBK nih inform org baby tu anak angkat dia walhal wajah baby tu jelas tunjukkan muka depa nih seiras. esp tang kening lebat yg bersepah, hidung kemek, mata bulat dan bentuk wajah yg agak menonjol di bahagian tulang pipi. Cita-cita Princess ITBK nih ialah menjadi seorang model. Tapi kene rejek dek agensi model atas sebab tak cukup chantek. maka pasrah lah Princess ITBK meneruskan kerjaya sebagai penjawab telepon sahaja di ladang getah Muthusamy.

Cik Dwi Talam plak ada lah seorg yg comel ala red riding hood gitu. beliau tinggal menyewa di sebuah pondok di hujung negara TKTK (Tolong Kawan Tipu Kawan) bersama Cik Insaf. mereka berkawan baik. mereka juga turut bekerja di satu kawasan ladang getah yg sama. Cik Dwi Talam bekerja sebagai pemungut getah sekerap manakala Cik Insaf sebagai penoreh getah sepenuh masa. Di dalam pondok kediaman mereka, ada 3 bilik in total. Cik Dwi Talam & Cik Insaf memasing tinggal dalam 2 bilik berasingan. manakala 1 bilik lagi didiami oleh pasangan tuan empunya pondok.

Nama asal Cik Insaf nih sebenarnya sangat fofular di negara TKTK. sebelum insaf, beliau mmg lah seorg yg agak nakal. suka buang sampah merata-rata sampai kena saman beberapa kali oleh AJK Kampung di negara TKTK. tapi sebenarnya Cik Insaf nih mmg seorg yg lurus dan baik hati. cuma tu lahh... attitude membuang sampah tu agak susah dipisahkan dari diri dia.

Arakian pada satu hari nih, dalam bulan Safar adanya, Princess ITBK jatuh cinta dgn Cik Insaf. memacam cara dibuat untuk mengambil hati Cik Insaf nih.. dari surat, sms, phone calls, kasi hadiah telefon 3G oke! (yes, jangan tataw, zaman tuk kadok dulu mmg dah ada alat elektronik yg canggih nih dik nonn). tanpa membuang masa, mereka pun bercinta. kelas kan? mampu jugak Princess ITBK bagi hadiah hendpon tu walaupun bekerja sebagai penjawab telefon sahajo

Setelah beberapa purnama menjalinkan kasih mesra, Cik Insaf jatuh sakit. Disebabkan kasih sayang yg tak berbelah bagi, Princess ITBK sanggup berulang alik dari Istana setinggannya dan duduk di pondok buruk Cik Insaf yg crowded tu. maka overloaded la pondok itu dgn kehadiran Princess ITBK. keadaan ini menimbulkan rasa ketidakpuashatian di hati Tuan empunya pondok.

Hari berlalu.. sakit Cik Insaf menjadi semakin teruk menyebabkannya tidak berupaya untuk meneruskan pekerjaannya sebagai penoreh gerah. beliau hanya mampu terbaring di dalam biliknya sahaja. Tuan empunya pondok pula sering melahirkan rasa tak puas hati akibat penambahan bilangan penghuni yg tinggal di pondoknya. Ye lah kan.. mana Tuan empunya pondok tak marah. Princess ITBK duduk situ tak bayar sewa / bil letrik bagai. mengamuk lah tuan empunya pondok tu.

Disebabkan tak tahan dengan teguran dari Tuan empunya pondok, Princess ITBK dan Cik Dwi Talam merancang untuk menyewa pondok lain yg berdekatan. mereka berdua memujuk Cik Insaf berpindah sama. biarpun mereka tahu Cik Insaf tak bekerja dan tak mampu untuk mengeluarkan deposit membayar sewa pondok baru, Princess ITBK tetap berdegil nak kekasih hatinya berpindah juga. terpaksa lah Cik Insaf meminjam duit dari parents beliau untuk sama-sama membantu Cik Dwi Muka & Princess ITBK membayar deposit rumah yg berjumlah 1200 inggit.

Di pondok baru nih, hidup mereka tetaplah kusam masam segala. sakit yg di alami oleh Cik Insaf semakin kronik. badan nya menjadi kurus seperti skeleton. Princess ITBK pulak merasa semakin dibebankan oleh Cik Insaf. nih jenis senang nak sesama susah ko tanggung sendiri lah gamaknya. Princess ITBK mula marah-marah dan jarang menjejakkan kaki ke pondok baru mereka. tak sanggup katanya nak menjaga kekasih hatinya yg sedang tenat.

Cik Dwi Muka pula adanya pun malas nak ambil tau kebajikan Cik Insaf. beliau terlalu bz membawa boyfriend beliau yg bekerja sebagai pengawal diraja keluar masuk bilik di pondok itu. apa xtvt yg dibuat beliau di dalam bilik itu tidak lah kita ketahui. biarpun tinggal bersebelahan bilik dgn Cik Insaf, Cik Dwi Muka nih amat lah jarang nak menjengukkan muka ke bilik Cik Insaf apatah lagi untuk mengambil inisiatif menghantar Cik Insaf ke rumah sakit. Disebabkan tak mampu untuk bekerja apatah lagi tidak mempunyai duit untuk membeli membeli keperluan makanan, terpaksalah Cik Insaf meminta tolong dari Cik Dwi Muka untuk menjual henpon yg dihadiahkan oleh Princess ITBK dulu. Malangnya, sebelum memberi duit hasil jualan henpon tu, Cik Dwi Muka sempat mengambil sedikit duit tersebut tanpa pengetahuan Cik Insaf.

Dalam keadaan Cik Insaf keseorangan menanggung derita, Princess ITBK dah berkira-kira nak mengambil semua barangan yg telah diberikan pada Cik Insaf sebagai hadiah semasa awal perkenalan mereka dulu. Tak cukup itu, disenaraikan hutang-hutang yg perlu Cik Insaf bayar now and then jugak tanpa sedikit rasa belas. puas Cik Insaf merayu dan berjanji nak membayar hutang tu sebaik pulih dari sakit tapi hagham tak dihiraukan Princess ITBK.

Akibat tak tertahan menanggung sakit, Cik Insaf telah menghubungi kawan lamanya. akibat terkejut beruk melihat keadaan Cik Insaf yg sangat dhaif, kawan lamanya nih pun bawak lah beliau ke rumah sakit dan memaklumkan keluarga Cik Insaf tentang keadaan tersebut.

Hampir dua minggu Cik Insaf ditahan di rumah sakit berkenaan. dalam tempoh itu, tak jemu-jemu kawan lama & sanak saudara Cik Insaf datang melawat. dan dalam tempoh tu jugak tak henti-henti panggilan telefon dari Princess ITBK menggugut Cik Insaf & keluarganya supaya menjelaskan hutang yg bernilai 2200 inggit mengikut perkiraan Princess ITBK nih. (katanya harga henpon tu je dah 1800 inggit + deposit umah + ntahapehaper) ntah yer ntah tak jumlah tu, wallahualam.

sebenarnya, kalau ikut taraf keluarga Cik Insaf nih, hutang sebanyak tu hanyalah celah gigi sahaja perumpamaannya. disebabkan Mak kepada Cik Insaf nih nak kosentret menjaga anak kesayangannya, Mak kepada Cik Insaf nih berjanji akan membayar jumlah tu sebaik sahaja Cik Insaf sihat. yelah, yg tak nyempatt tu apesal. kan Cik Insaf tu tengah sakit. Akan tetapi, Princess ITBK nih tetap lah tak faham bahasa. mungkin disebabkan, subjek BM dia masa SPM dulu kantoi maka dia tak begitu memahami percakapan orang kut. Tak cukup dgn panggilan telefon kat Mak kepada Cik Insaf nih, beliau turut mengganggu Bapak Cik Insaf, Adik Cik Insaf, Sedara Mara Cik Insaf.. pendek kata sumer lah sampaikan keluarga Cik Insaf nih terpaksa merahsiakan nama rumah sakit tempat Cik Insaf ditahan untuk mengelak gangguan dari Princess ITBK yg dahsyat ini.

Semasa di rumah sakit, Cik Dwi Muka selalu juga melawat Cik Insaf. Cik Dwi Muka selalu memburukkan Princess ITBK kat Mak Cik Insaf nih. katanya Princess ITBK nih selalu menyusahkan Cik Insaf dan menggangu hidup Cik Dwi Muka. pendek kata memacam lagilah hal luar dalam kain Princess ITBK yg diceritakannya. sikap baik dan bersopan santun Cik Dwi Muka nih menimbulkan syak di hati Mak kepada Cik Insaf nih. persoalan yg selalu difikirkannya: "Kalau Cik Dwi Muka nih sangat lah baik hati, kenapa dari awal beliau tidak menghantar Cik Insaf ke rumah sakit? Kenapa beliau membiarkan Cik Insaf terlantar berbulan lamanya?".. pelik kan?

Ditakdirkan Tuhan akhirnya Cik Insaf dibenarkan keluar dari rumah sakit. Cik Insaf sangat bersyukur dan berniat untuk bertaubat atas segala dosa tg telah dilakukannya. alhamdullilah, Tuhan dah membuka pintu hati Cik Insaf ke jalan yg benar. Cik Insaf memberitakan keinginannya untuk membina hidup baru dan berpindah ke kampung halamannya di negara Pasir Putih. untuk sementara, Cik Insaf diletakkan di rumah bapa saudaranya sementara keluarga Cik Insaf pergi ke pondok sewa Cik Insaf untuk mengambil barang-barangnya. maklum lah kesihatan Cik Insaf masih belum pulih sepenuhnya untuk dibawa bersama.

Apabila Cik Dwi Muka mendapat tahu Cik Insaf nak berpindah ke kampung, beliau telah meminta kedua ibu bapa Cik Insaf supaya membawa bersama Cik Insaf ke pondok sewaan mereka. Nak jumpa buat kali terakhir kata Cik Dwi Muka. bila ibu bapa Cik Insaf explain yg Cik Insaf tak dapat datang atas sebab kesihatan, Cik Dwi Muka tetap paksa mereka membawa Cik Insaf bersama. kalau tak dia tak benarkan Ibu bapa Cik Insaf masuk ke pondok sewaan mengambil barang. Memikirkan Cik Dwi Muka mempunyai muslihat lain, Ibu bapa Cik Insaf terlah bersedia dgn kemungkinan yg ada. yelah kan. kalau nk jumpa buat kali terrakhir, pegi je lah umah bapak saudara Cik Insaf tu. sendiri pun boleh fikir takkan lah orang sakit kena pegi jumpa orang sihat? buang tebiat kah?

Benar lah seperti dijangka, mmg Cik Dwi Muka ada agenda tersendiri. Di dalam pondok itu, Princess ITBK telah siap menunggu bersama tiga bodyguard lelaki (PLU jua adanya). lagaknya seperti Along tuntut hutang. rupanya mereka telah berpakat untuk merampas harta benda Cik Insaf yg kalau dinilai semuanya berharga 4000 inggit.. ish ish ish. tak cukup dgn rampasan harta benda, mereka membuat tuduhan-tuduhan tak berasas dan masih meminta cash lagi youuuu. walhal, jumlah harta benda yg dicuri dirampas oleh mereka dah melebihi dari hutang yg sepatutnya Cik Insaf bayar.

Mengucap ibu bapa Cik Insaf atas apa yg telah di lakukan oleh Princess ITBK dan Cik Dwi Muka. mereka turut mendapat tahu, Cik Dwi Muka bersekongkol dengan Princess ITBK sebab tanak Princess ITBK menuntut bahagian duit deposit pondok sewaan mereka masa berpindah dulu. Bagaimanapun, ibu bapa Cik Insaf bersyukur kerana telah mengikut nasihat kawan lama Cik Insaf supaya tidak membawa Cik Insaf bersama ke pondok itu. Kalau tidak, ada kemungkinan besar Cik Insaf meninggal dunia dikerjakan mereka yg kejam dan tidak berhati perut itu. Perkara ini telah menjawab persoalan yg bersarang di benak Mak bapak Cik Insaf.. patutlah selama nih Princess ITBK & Cik Dwi Muka tanak hantar Cik Insaf ke rumah sakit. mereka ada niat busuk sebenarnya.

**************************************

matilah korang pening tak paham jalan cerita evil-tale nih kan? takper.. biarlah ia menjadi epik terhebat zaman nih. well, setiap cerita mesti ada moral of the story kan?

dah lah. jgn pikir banyak..

18 comments:

Anonymous said...

"Akibat tak tertahan menanggung sakit, Cik Insaf telah menghubungi kawan lamanya."


macam kenallah sape kawan lamanye itu =p

Anonymous said...

ijat, kenal ek? nama pun 'story-tale' =)

Anonymous said...

ha ha ha
i can relate to this story
*sambil membayang2 kan tempat2 kejadian dan orang2 berkenaan*

Anonymous said...

dian, kann? =)

Anonymous said...

tak pahammm....
explain dalam bahasa abad ke 21 bleh???
*anak millenium laa katakan.. hahaha

Anonymous said...

eid, sesekali kita kena layan shakespear jugak.. hik

Anonymous said...

Hoh sangatlah paham.

So apakah kesudahan puteri n Cik Dwi Muka?

Anonymous said...

anonymous, biarlah mereka berbahagia dgn harta curi. pembalasan tu ada.. kalau tak kena pada mereka, mungkin pada anak-anak mereka. biar lah Tuhan tentukannya =)

Anonymous said...

hehe..aku kenal dgn puteri ITBK tu..hahah..kenal sesgt..jauhi dia...ok?

Anonymous said...

zek, btul tu.. jauhilah org camnih.

Anonymous said...

WAH HEBAT kau ni zek.
kenalan camtu tak patot dijadikan kawan okei. dont even allow them to surround u. nescaya tempias2 keji mereka akan terasa jg.

ceh..macam la aku kenal kan?
derghhhh

Anonymous said...

nak komen jugak la...hari nie dah 3kali sy bace story setan merah yg jahat...muahahahha...sedih sgt...serius...ingatkan zaman skrg takdek dah org mcm puteri gile meroyan tu....muke dah tak lawa..perangai pon buruk mcm mukenye....nasib bukan kawan aku la...ehh geramnyeee....org mcm puteri gile meroyan n cik dwi muke tu...kalau mati masuk nerake jahanammmmm....syurge dah sah2 tak dapeknye....hari nie ko curi harte org yg sakit lagi tak berdaye..esok allah amik 44kali gande dari ape yg korang buat....aku doa kan je tuhan turunkan bale pade beruk 2ekor tu..amin

Anonymous said...

anonymous, btul.. janji Tuhan tu benar.

Anonymous said...

baca 2, 3x baru faham ...

Anonymous said...

cik senget, sesungguhnya kiter teramatlah kenal watak2 dalam cerita dogengan ni.. sesungguhnya cik senget, kiter teramat la ada pengalaman dgn cik puteri setongkol tu.. nyaris2 dibuang kerja kerana dia tergila2kan pada bekas laki ku yg juga tidak berguna.. wakakakakkaka.. kiter mmg pangkah betina tu sampai mati.. mmg waktu kiter memula 'baca' cik insaf kenal betina tu, kiter terkejut, mcm nak ckp je kat cik senget.. tpi kiter malas nak campo tak sangka cik insaf jadi mcm tu, if tahu dh lama kiter cakap, sorry yer.. kiter sentiasa doakan cik insaf akan semakin kuat n bangkit dari kejatuhan.. & kiter sentiasa mendoakan betina tu mendapat balasan yg setimpal.. mmg hidup dia tak akan aman sampai dia mati.. perempuan kelas murahan.. ikan di tepi longkang... patutla sampai ada anak di luaran.. padan muker! wakakakakakaka (mak marah ni nyah!!!!)

p/s: bila nak masak rendang ayam?

Anonymous said...

ray, aisey.. tak boleh jadi penulis skrip la camnih..

cik sue, insyaAllah. puasa dah dekat nih. bagi lah alamat, boleh kita bertukar-tukar rendang.. hik.

Anonymous said...

saye kat kuantan..pos ye rendang tuuu ad...mekaseh..ahahaah

Anonymous said...

ek eh ada yg nak share rendang kiter ker cik senget? mana bley!