Thursday, July 26, 2007

keje sana situ sini

two weeks more and life will become normal again.. sabar ya!

sungguh la bz dlm minggu nih. sampai kena tegur dgn Mamoru~kun. memula tu dia tegur aku yg asyik laa lupa nak makan bila menghadap keje. semlm dia tegur lagi bila kuey teow yg aku order (kat cafe bawah opis) kul 9.00 pagi terbiar kat atas meja - dekat kul 5.00 petang baru terusik. itu pun tak lalu dah sebab dah keras kejung kuey teownya. khusyuk buat keje sampai terlupa nak makan. hik.

few update utk personal info:

wiken lepas aku gi Port Dickson. housemate Mamoru~kun buat majlis persandingan belah keluarga pengantin lelaki (Tahniah dan Selamat Pengantin Baru buat Puex & Ayang! mekasih lah sebab sesusah sediakan rumah penginapan utk kami). aku suka tema persandingan derang nih. siap ada tarian zapin kauuu. meriah. kalau tak disebabkan hujan yg melanda PD minggu lepas, sure majlis derang lebih grand. camnerpun, alhamdullilah lah kan. semuanya dah selamat. Puex dah pun bergelar suami orang.. syukur.

dengar citer ramai memember yg aku kenal turun PD jugak minggu lepas. sayang lah.. cuaca kat PD teruk lately nih. kalau nak buat xtvt ditepi laut sungguh la tak sesuai. aku pun rituh mana ada jejak pantai. hujan dari pagi bawak ke malam. habiskan masa dalam rumah je lah. menghadap pengantin. ala-ala dayang gitu.

pagi tadi aku amik half day. pegi hantar adik pompuan aku yg no.6 ke Universiti - dia amik Degree IT. malam tadi tergesa-gesa shopping barang keperluan utk dia. tu pun banyak yg tak cukup. nasib baik bf dia tolong complete kan apa yg tak ada (thanks to 'you', I owe you one) mmg rushing sangat mlm tadi mana nak jumpa adik lelaki aku yg no.7 kat Wangsa Maju lagik. adik lelaki aku nih tak baik lagi demamnya. minggu sebelum nih dua hari dia tak pegi kelas sebab demam. dia call aku siang tu cakap duit belanja dah habis. tu yg berkejar ke sana. kesian adik lelaki aku.

awal aku bangun pagi tadi. sesubuh hadam aku dah kejut adik pompuan aku. kena gerak awal. Universiti tu bukannya dekat. kang kalau jem, lagi lah hazab. lagipun aku tak suka nak beratur pepanjang masa registration. alhamdullilah. proses pendaftaran berjalan lancar. laju je. tak macam few years back masa aku registerkan utk adik pompuan aku yg no.4 dulu. part yg paling aku suka, blok asrama adik pompuan aku nih dekat dengan cafe. senang dia nak bergerak. aku nih bukan apa.. risau dia tak makan kat sana.

masa nak hangkut bebarang dia, hazabbb nih. kemain lagi banyaknya. zaman aku study dulu just bawak 2 biji beg je. dia? ih ih ih... semua ada. dua kereta gi mengangkut bebarang dia nih. amik kudrat 4 orang nak membawak naik bebarang tu naik ke blok asrama. penuh bahu tangan segala.

sebelum balik opis tadi, sempat gak lah singgah kampung Mamoru~kun. beli lauk tunjuk pastu makan gegamai dgn nenek Mamoru. nak masak memang tak sempat lah. lepas kiss-kiss goodbye, aku tinggalkan adik aku kat asrama dia. sedih tapi insyaAllah, aku yakin adik aku pandai bawak diri. tak banyak yg aku bekalkan sekadar sebuah surah yasin utk dibaca. ikutkan nak hadiahkan dia Al-Quran tapi tak sempat nak beli. insyaAllah, bila aku lawat dia lagi sekali nanti aku bawakkan.

tadi dapat sms dari adik aku pompuan aku nih. dia tulis;

"Ok. Jangan risau.. Suka sangat dapat masuk blaja. Terima kasih along"

ya Allah, sayu aku baca. tetiba rindu kat dia. semoga dia sentiasa berada dibawah lindungan-Nya.

hm.. sekarang dah tinggal aku berempat dalam umah tu. sunyi tapi taper lah, nanti balik lah adik-adik aku tu. derang bukan ke mana pun kan?

Ilmu tu satu keperluan.

No comments: