KENGKAWAN

Thursday, July 05, 2007

subhanallah

tak lena sungguh tidur aku mlm tadi. padan dgn muka sendiri. saper suruh tidur kat ruang tamu kan.. kekejap kang terbangun bila adik aku kuatkan volume tibi. rituh masa tibi rosak, aman senyap sunyi je umah aku. bila dah betulkan, 24 jam terpasang. dalam hal nih, aku takde problem pun. ikut suka derang lah nak tgk tibi sampai rosak sekali lagi pun taper. janji derang suka duduk umah. lagipun, memasing dah besar. dah keje.

petang semlm, balik dari Melaka tak sempat nak lekat kat umah. terus temankan adik no.3 gi PWTC. ada pameran MICCOS. menarik jugak expo nih. mostly tentang Malaysian Commodity. Nak masuk sana kena amik pass sumer. sekuriti sungguh. masuk je dalam aku dah impress. memacam suasana ada. mcm dalam hutan.. dalam ladang.. best. rata jugak lah aku berjalan. jenguk dari booth ke booth. gained so many info. something new utk diketahui walaupun business comodity nih bukanlah bidang aku. kat sini jugak ada derang buka satu career development centre yg buat walk in interview khas utk mereka-mereka yg ingin mencari keje dalam bidang nih. sesiapa berminat tu, gi lah sana. pameran dibuka sampai ahad nih.

balik dari PWTC, aku gi jumpa Mamoru~kun kat Salak Selatan. pastu gerak gi HUKM sesama. ikutkan waktu melawat tinggal 5 minit lagi. kami aci redah je masuk wad pompuan. aku dah janji nak lawat H. jadi tak boleh tidak aku mesti tunjukkan muka aku kat hospital tu. lama gak lepak dalam wad. langsung tak hiraukan waktu melawat yg dah habis. kata Mamoru, selagi tak kena halau dek misi kita buat tak reti je lah.

condition H still tak banyak berubah. badan kurus. muka cengkung. tapi alhamdullilah mlm tadi dia dah boleh duduk lama sikit. kalau tak, terbaring aje. borak dgn Mak H. berkali-kali dia ckp tima kasih kat aku sbb sudi jenguk H dan hantar ke hospital. aku senyap je. bukan compliment yg aku cari. H pernah jadi sebahagian dari diri aku dulu. dan sekarang, tho relation kami tak mcm dulu, rasa tanggungjawab tu masih menebal dalam diri nih.. tanggungjawab sesama kawan.. sesama saudara seagama.

mlm tadi, H meluahkan semuanya depan kami. sebak aku tengok bila airmata dia mengalir. mak H pun nangis sama dgr cerita dia. aku sedih. dalam masa yg sama aku bersyukur pada Tuhan. akhirnya.. betapa besar harga yg perlu dibayar utk sekelumit keinsafan bagi seorg plu tegar.. *Allahuakbar*.. syukur alhamdullilah.

buat masa nih, doc tengah periksa kandungan air dalam paru-paru H. satu lubang dah dibuat kat belakang dia utk ambil sampel air dari paru-paru dia. satu lagi lubang ditebuk dibahagian dada. kesan lubang jarum toksa cerita lah. penuh serata badan. lengan H sampai bengkak akibat kerap sangat kena cucuk dgn jarum. simpati aku melimpah bila tengok keadaan dia.. *masyaAllah*

dalam kul 9.30 mlm aku & Mamoru~kun gerak dari HUKM.. terus balik umah. penat sangat.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...