KENGKAWAN

Thursday, August 16, 2007

being fooled

Semlm dapat call dari H. 

Bukan semlm je, dua tiga hari sebelum nih lagi dia duk call aku. Bila dia notis aku tak jawab phone, mak dia pulak call aku - pun aku tak jawab. 

Ada byk sebab untuk aku tak jawab call dia. First, sebab tulisan dia -one of the reason how Mamoru found out abt plu dulu (and recently my friend). Second, sebab setiapkali aku tolong dia, setiap kali tu lah aku akan berdepan dgn masalah (yg tak sepatutnya jadi kat aku). E.g, mcm cerita Princess ITBK dulu. Tak pepasal sbb nak tolong dia, orang lain pulak yg bermusuh dgn aku. Third, its all about 'liquidity' (merasa lah term ekonomi) - financial matter. 

Bukan aku berkira cuma rasa terkilan sangat bila budi yg kita bagi dibalas tuba. Its not aku gatal sangat nak berbudi. Ikutkan hati tanak pun. Banyak lagi keje kebajikan lain yg aku boleh buat. Tapi bila orang merayu mintak tolong.. kalau korang pun takkan tak kesian? Fourth, sebab dia susah sangat nak pick up call aku lately. Sejak dia balik hometown ritu, byk kali gak la aku tried call nak tahu perkembangan kesihatan dia. Tapi haram satu pun dia tak jawab - sms pun tak balas. Nampak sangat dia cari aku bila dia ada problem (and diz is not the first time)

Lepas berapa puluh kali dia call, aku jawab la jugak. Aku bukan jenis berdendam kesumat sumer. Dia tanya naper tak angkat call. Aku jawab saje malas. Buat apa jawab. Biar kau rasa mcm mana rasa sakit hati bila orang tanak jawab panggilan kau.. *sigh*.. No, tu bukan jawapan aku. Aku tak sekejam tu. Aku bagi alasan aku busy & aku tak perasan dia call (reason yg obviously tak logik tapi lantak lah). Suara aku pun mendatar je. Mcm nak tanak cakap. As ussual, setiap panggilan dia ada makna. Aku nak sound directly kali nih. Tapi bila dengar dia still tak sihat, still terlantar, aku halang niat aku. Taim tu tetiba simpati aku mengalir lagi.. argh!

Bodoh!

Bila difikirkan balik, siapa aku nak judge baik buruk orang. Since dia cakap nak berubah, better aku buka buku baru. Harap niat dia untuk berubah bukan dibuat-buat. Aku pegang kata Pok Yie (Godong) dulu: "Pandang orang dengan kebaikan yg pernah dia buat, bukan keburukan".. Semoga Tuhan sembuhkan dia.

Cut!

Besar kemungkinan aku terpaksa kansel xpdc ke Gunung Gerah hujung bulan nih. Reason? Nanti lah aku state kat sini. Sebenarnya aku mmg look forward nak pegi Gerah. Trip hardcore tuu. Lelebih lagi bila ramai otai gunung yg aku kenal join trip nih. Tapi nak buat mcm mana. Ada mender yg lebih penting lagi yg perlukan kehadiran aku. Tidak boleh tidak. Taper lah. Next time pun boleh pegi. Tak lari gunung dikejar.

Minggu nih aku balik Melaka lagi. Nak attend wedding Nazry. Selamat pengantin baru untuk dia & isteri. Semoga ikatan perkahwinan berkekalan hingga ke akhir hayat. Rasanya aku penah cerita pasal Nazry kat sini. Dia nih kawan yg paling baik dan paling rapat dengan aku sejak sekolah menengah lagi and he's also my biznes partner now. Susah nk cari kawan yg memahami & boleh dipercayai sekarang nih. And again, I'm lucky - alhamdullilah.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...