KENGKAWAN

Monday, August 06, 2007

Confused

Dunno how to start diz. Kengkadang rasa mcm org bodoh bila asyik ulang mistake yg sama. Lets put it diz way, kita ada kawan dan kawan kita nih org yg pernah menyakitkan hati kita. Kata kan lah satu hari kawan kita nih di timpa musibah. Patut atau tak kita tolong? Maybe aku jenis tak reti bahasa, so aku tolong (nih bukan cerita untuk sekali dua). End up, aku terkena lagi.. dan lagi.. dan lagi.. Macam melepaskan anjing buaya tersepit.

Satu lagi, yang nih ada sikit complicated:

I’m an ex-plu (yep, aku tak penah nak berahsia kat blog nih dan kalau ada memember stret aku found out tentang nih then biarlah. Kenapa nak malu?) But I’ve changed - totally. Aku berubah bukan sebab sesiapa. Hampir setahun aku amik masa utk fikirkan apa yg terbaik utk masa depan aku dan alhamdullilah, aku bersyukur dgn penghijrahan ini. InsyaAllah, kalau boleh biar Tuhan sentiasa teguhkan hati aku dgn keputusan ini.

I met Mamoru. Honestly, mmg aku tak terfikir tentang cinta. Aku tahu dia suka aku. Tapi dats it. Aku takde lah nak bagi harapan kat dia. Pada aku, siapa lah yg dapat terima org mcm aku nih. Byk mender buat aku berfikir. Layak ke aku jalani hidup normal mcm org lain? Macam mana kalau orang yg aku sayang tu dapat tahu tentang plu. Apa perasaan dia? Marah? Terkejut? Jijik?

Takdir agaknya. Satu hari nih, masa tengah format laptop aku, Mamoru terjumpa gambar-gambar aku dgn H dulu. Bukan satu.. byk gila. Masa Mamoru tengok gambar tu aku berdiri tak jauh dari dia. Gugur jantung ni sekejap. Aku datang dekat. Mamoru cepat-cepat close folder gambar tu. Dia diam pastu terus sambung buat keje. Aku diam je lah. Tataw nak cakap apa. Dalam hati ntah berapa ratus kali aku maki diri sendiri sebab tak delete gambar-gambar tu dari awal.

Ok. Ada beberapa sebab aku tak delete semua gambar tu dari awal. First, sebab ada banyak gambar memember yg aku kenal. Second, walaupun kebanyakkannya memember dlm gambar tu dah buang aku, atau menjauhkan diri dari aku, tapi derang tetap kawan aku - orang yg penah rapat dgn aku dan kalau boleh, mcm apa yg aku tulis pada salah sorang pembaca plu kat blog aku nih, aku masih nak teruskan persahabatan sesama mereka though haluan hidup kami dah jauh berbeza.

Few days lepas Mamoru tengok gambar tu, aku ajak dia jumpa. Aku rasa aku harus terangkan perkara sebenar. Masa tu aku value sangat persahabatan aku dgn kawan-kawan baru. Aku tak nak berahsia dan salah sangka.

Mamoru still mcm biasa. Cuma lebih byk diam. For the first time in my life, aku dgn perasaan yg bercampur-baur bercerita tentang semua. Di akhir cerita aku bagi tahu dia tentang keadaan aku yg ‘ke-kiri tidak ke-kanan pun tidak’. Aku nak cari keredhaan-Nya. Aku harap sangat dia memahami dan sudi untuk terus berkawan dgn aku.

Syukur sangat. Mamoru bukan jenis yg cepat melatah. Dia dapat terima aku seadanya. Katanya, bukan masa silam aku yg dia cari. Yang lepas biarkan lepas, jangan diulang. Tak sangka, semua tu tak pernah halang Mamoru dari terus simpan perasaan pada aku. Sedikit sebanyak, Mamoru byk buka hati aku. Dia senang di bawa berbincang. Dari hal-hal yang berkaitan gunung sampailah bab-bab agama. Rasa tenang, selamat & lebih terbuka bila berborak dgn dia. Aku suka.

Beberapa bulan lepas tu, aku terima cinta dia. Tiga kali aku buat istikharah. Tak ada petunjuk yg aku dapat cuma hati aku rasa lebih tenang. Aku tekad, untuk cinta ni, aku berserah pada ketentuan-Nya. Kalau ditakdirkan Mamoru jodoh aku, permudahkan lah.

Aku tak cakap life aku perfect dgn kehadiran Mamoru. Bukan ada apa yg nak dibanggakan kat sini. Mamoru orangnya sangat sederhana. Pun bukan berasal dari keluarga gahara - yatim piatu pulak tu. Rupa pun tak lah sehensem mana. Cuma tu lah.. aku bersyukur ditemukan dgn dia.

Aku tak faham dgn certain people. Penuh dengan hasad. Bukan sekali dua memember plu (esp orang yg aku pernah bersusah payah untuknya) cuba untuk bagi tahu Mamoru yang aku ni "ex-plu" (without knowing dat he already knew) Untuk apa dan kenapa, jawab lah sendiri.

Bila kita jahat, orang pandang kita jahat.
Bila kita berubah, jangan risau sebab orang TETAP pandang kita jahat.

...Hm, dah lewat. better go back to my room. Temperature screen kat lobby hotel dah turun ke 17.5 darjah celcius. Tak bawak jaket pulak tu. Sejuk - tak tahan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...