KENGKAWAN

Friday, August 24, 2007

nervous II

Aku menang mudah. Confirm tayah pegi Penang. Alasan & hujahan aku cukup untuk buat sumer Exco terdiam dan pastu tersenyum meleret-leret.. Panas rasa pipi nih tahan malu. Hik.

Ok now aku nervous. Byk mender nak dibuat dalam jangka masa yg terlalu singkat. Tiba-tiba je aku jadi seorang yg sungguh tak cool.. kening dah start berkerut - kalut. Dalam keadaan camnih, bila-bila masa je aku boleh jadi pak mak turut. Orang suruh buat camtu, aku buat camtu.. orang suruh buat camni, aku buat camni. Muka blur manjang.

Semlm gi makan durian. Bapakkk punyer besar durian tu. Sebijik je dah 6 kilo! Isi toksah cakap lah.. seulas je dah sebesar penumbuk, warna kuning, sedappp lak tu. Bau fuhhh menusuk kalbu. Tapi cam biasalah, aku makan tak sampai seulas. Besar sangat. Makan lebih kang, terlantar atas katil la jawabnya. Even Mamoru pun stop makan bila sampai ulas ketiga. Lebihnya tapau bawak balik umah.

Pacik yg jual durian nih duk promote durian "Kunyit" kat aku. Kata dia warna isi durian tu cam warna kunyit, tebal, sedap, etc.. Silap lah dia. Aku bukan penggemar durian. Kalau dgn Mamoru boleh lah. Mmg peberet dia buah nih. Menurut pacik tu, orang-orang sekarang duk gred durian dgn memacam Ds. Ada D24, D2, D101 dan ntahapehaper D lagi. Tapi kalau ikut orang lama, derang ada cara nak bagi gred sendiri. Selalunya, cara derang lagi tepat. Kalau korang nk try durian yg best, tayah lah pepening pikir nak pilih D berapa-berapa. Cari je durian Kunyit atau durian Udang Merah. Kompem terangkat. Tapi harga dia pun boleh buat korang terangkat jugak lah.. sekilo paling kurang RM 25 inggit!.. *pehh*..

Malam tadi gi shopping kat Sogo. Sempat lah grab 2 helai kemeja utk adik lelaki aku yg no.5. Sajer nak beli utk dia. Saiz M - hijau selai, krim selai. Sampai umah, aku tunjuk kat adik lelaki aku nih. Dia kata baju tu kompem longgar sebab dia biasa pakai saiz S - badan dia kecik je. So, tader lah dia try pakai baju tu. Hmm, nak buat camner kan. Aku letak je lah baju tu dlm bilik dia. Dalam pada tu aku cam rasa nyesal jugak. Naper lah aku tak call dia masa nak beli tu. Konon nak suprise.. *adeih*.. Tapiiiii kan, pagi-pagi tadi lepas aku gi keje aku dapat call dari adik lelaki aku nih. Dia call semata-mata nak cakap baju yg aku belikan tu sebenarnya mmg muat badan dia. Pagi tadi baru dia cuba pakai.... kann?? Sweet je dia nih. Takut aku kecik hati laa tu. Hik.

Okeh lah, jap lagi nak keluar. Shopping lagi. Orang tu suruh beli ini.. beli itu.. cemacam lah. Mengong je rasa kepala nih. Sebelum aku jadi lebih mengong baik ikut je lah.. kan aku dah bertukar menjadi gaban 'mak turut'..

hepi wiken folks, ceria-ceriakan hari anda!.. *cewahh*.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...