KENGKAWAN

Wednesday, August 01, 2007

On the run

Will be away again starting this Friday till the next 10 days - outstation lagi. Dunno la sama ada aku ada masa nak hapdet dalam tempoh tu. We'll see.

Wiken lepas as planned, aku spent masa kat kampung. Seronok balik Melaka kali nih. Lelebih lagi bila Nina manja semacam dgn aku. Asyik nak berdukung je budak 2 tahun nih tau. Tapi aku suka! Part yg best bila nak tidurkan si kecik nih. Dukung sikit.. tepuk-tepuk.. daaaahhh tidur. Senang. Pastu tayah letak dalam buaian ke haper. Baringkan aje atas tilam.. kompem lena utk tiga pat jam seterusnya :)

Kat melaka sekarang dilanda musim buah. Dari rambutan, durian, manggis, rambai, langsat, mata kucing.. sebut je semua ada kat belakang umah nenek - tinggal nak petik dan makan je. Nenek kemain excited tengok aku balik. Disuruhnya bapak kait buah rambutan sampai penuh 3 karung guni gandum. Gila banyakk. Kesian aku dgn adik-adik kena bertarung dgn semut-semut dalam keta masa proses membawak balik buah-buahan nih ke KL rituh.. 3 guni kauuu - penuh bonet! Satu guni aku suruh adik lelaki aku sedekahkan kat kengkawan opis dia. Tinggal 2 guni lagi yg aku tataw nak kasi siapa. Nak makan sesama kami mmg tak larat arrr. Aku nih pun baru je baik dari demam kekura. Rambutan punyer penangan lah, haper lagi!

Masa kat kampung, nenek tak habis-habis tanya naper aku tak bawak balik Mamoru~kun. Sampai serba salah aku jadinya. Bukan aku tak kasi Mamoru ikut sama. Dah orang tu gi outstation, nak buat acamner kan. Hish nenek nih.. ngalahkan aku pulak. hik.

Ada satu mender buat aku terkejut beruk. Kata adik lelaki aku yg no.8, nenek dah siap beli cadar & langsir utk hari pertunangan aku dgn Mamoru~kun (fuhh.. cuba baca lagi sekali). Menggeletar lutut akak bila dengar semua nih dik nonn. Kata adik aku lagi, nenek dah sesiap pilih tema kuning emas utk majlis pertunangan tu nanti (jappp.. bagi aku amik napas). Gelabah aku sey. Jam-jam tu jugak aku called Mamoru~kun inform berita sensasi yg aku baru dapat nih. Ingatkan Mamoru pun akan gelabah cam aku gak.. sekali dia bantai gelak. Excited sungguh.

Aku sebenarnya bukan lah nak berahsia dgn family semua. Kalau ikut plan, insyaAllah Mamoru~kun akan hantar rombongan merisik dalam bulan November. Dan kalau takde aral, rombongan meminang & majlis pertunangan akan dibuat masa Hari Raya Qurban nanti. Yang peliknya, camner nenek boleh dapat hidu plan kami nih? Aku bukan apa. Bukan niat aku bukan nak sorok mender baik camnih. Macam yg aku cakap tadi, mender nih sumer masih dalam perancangan jadi tak elok lah nak canang satu pelusuk dunia. Kang mana lah tau ada apa-apa jadi or tetiba nak tukar tarikh ke? Tak ke haru jadinya.

Malam tadi jumpa Mamoru. Dia baru balik outstation. Kesian dia, tak sempat balik umah dia dah bergegas jumpa aku. Lepak makan bubur nasi berlauk kat Shah Alam sesambil bincang tentang nenek punya 'perancangan'. Dalam berborak tu, Mamoru boleh tukar plan. Kata dia, plan utk hujung tahun nih InsyaAllah jadi. Cuma yg tak confirmnya.. sama ada majlis yg akan diadakan tu majlis pertunangan ATAU majlis perkahwinan.. *gulp*.. Terus aku pengsan.

**********************

Received a late birthday present from Bg (Bargading) a.k.a Sc (Somphob Charenchit) - my one and only siamiese bestfriend. It wuz a pink-S-sized t-shirt with my photo printed on it (i've wrote abt diz before). Haven't heard about him for quite some times. Anyway thanks Sc.. for everything. You too take care buddy. Wishing u're in the best of health and hepi alwiz.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...