KENGKAWAN

Friday, August 03, 2007

sunyi bila jauh

Otak krem.. jammed.

Nih la yg jadi bila terpaksa berjauh dgn adik-adik aku kat KL nun. Serba tak kena dibuatnya. Nak makan pun tak lalu. Risau pikirkan derang kat KL tu dah makan ke belum? Masak ke tidak hari nih?

Kepala pening-pening lalat sikit. Dengan demam yg tak berapa nak ok tambah pulak dgn cuaca yg sejuk gila kat sini buat badan aku bertambah letih lentuk tak bermaya.

Hari nih seharian aku tak henti-henti buat keje. Last minit banyak pulak amendment yg kena buat. Sakit kepala, sakit hati, sakit jiwa. Nasib baik function start hari Ahad. Ada masa nak revise memana patut. Tadi sampai je sini tak sempat nak check in dah kena attend meeting. Bukan penting pun tapi DO beriya sangat. Ikut je lah. Aku tak kosentret sangat apa yg dibincangkan. Bukan sengaja tapi henpon nih tak benti-benti berbunyi. Ada je incoming call sampai aku rasa mesti orang dlm meeting bengang tgk aku. Banyak decision yg nak dibuat tertangguh sebab nak menjawab telepon. Meeting yg sepatutnya tak sampai sejam jadik dua jam!

Lepas habis jumpa orang itu ini, aku masuk bilik. Since aku ada masa setengah jam utk rehat (sebelum sambung meeting seterusnya), aku cadang nak lelapkan mata sekejap. Sekalikkk.. bilik aku belum berkemas lagi. Bertambah sakit kepala nih. Hangin jugak. Camner derang boleh bagi bilik yg belum berkemas kat aku? 6 star haper mcm nih? Called housekeeping. Suruh bersihkan jam-jam tu jugak. Aku penat sampai nak memarah pun tak larat. Terpaksa korbankan my precious half and hour duduk kat balkony sementara akak cleaner tu bersihkan bilik. Tak dapat nak rehat :(

Bilik aku menghadap kawasan gunung-ganang. Sayup je nampak puncak Gunung Nuang, Gunung Bunga Buah & gunung-gunung lain yg aku tak pasti namanya. Sebelum datang sini lagi aku dah requested nak duduk kat level yg paling tinggi sekali. Puas hati gak arr. Terubat rindu bila tengok view yg hijau camnih. Rasa tak sabar nak habiskan task nih cecepat. Cepat habis, cepat aku join outdoor, ye tak?

Ngantuk.

Nak call adik-adik aku jap.. pastu nak membuta.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...