KENGKAWAN

Tuesday, August 21, 2007

wait de' menet

Semlm lepas opis, gi Masjid India. Cadang nak cari kain nak buat baju. Sekarang nih kalau nak tempah baju raya, tailor still terima lagi. Masuk bulan poser nanti jangan harapp, konpem tempahan penuh manjang. Tp spoil lah, aku tak dapat round sumer tempat. Pegi taim orang nak tutup kedai.. padan lah muka. Kedai area situ asal kul 8.00 je dah tutup bungkus sumer. Nampaknya kena setting satu hari lain gi sana. Banyak barang nk beli nih : baju aku, baju adik-adik pompuan aku yang 3 orang tu, baju adik-adik lelaki lagi. Huh jenuh lah nak mencarik. Warna tema aku untuk raya nih: Coklat (Konserbertip kah aku?).

Bercakap pasal raya, confirm ada yg ckp aku kemaruk sgt. Alah lantak ler, derang apa tau kan (quek quek quek jgn jaga tepi kain orang lain, kain sendiri yg terlondeh - bak kata Ahli Fikir) Derang ada mak bapak, family kaya raya. Kalau derang nak beli memender camnih, sebut je on the spot dah dapat. Baju raya tayah sesusah payah tempah, pegi je butik, hulur pat lima ratus dapat lah baju dihajati. Family aku tak leh la buat camtu kan. Harap aku je lah nak membelikan baju raya for the siblings. Baju sekarang bukan murah cam zaman tuk kadok dulu. Boleh kopak la poket akak nak membeli baju siap sorang selai. Adik akak bukannya sorang dua - 10 dik nonn! Tu pasal lah kena beli dari sekarang, tempah awal-awal. Kalau tak, alamat ko beraya pakai baju tahun lepas ler jawabnya.

Aku tengah pening nih. Plan berubah last minit. Masak lah aku berkejar dgn masa. Yah yah yah.. mari kita lari sekuat hati. Eh, mcm seronok pulak main kejar-kejar nih ek.

Esok aku cuti sehari.. yey cuti lagi!

4 comments:

SWEET said...

SLAMAT MENYAMBUT RAMADHAN, AD

aD said...

cik sweet, wah org first yg wish nih.. awal betul. tenkiu. sesama lah kita menyambut kedatangannya. salam.. salam..

Nai said...

aD nice talking to ya yesterday.. lama sungguh kita tak jumpa... c ya next week k!!! take care gurl... ;)

aD said...

Nai, next taim kita hangout sesama. reround, beborak, meminum cam dedulu! Bukit Jalil sett!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...