KENGKAWAN

Monday, September 17, 2007

bz cari resipi

Hari nih 5 Ramadhan 1428 Hijrah

Aku dah pasang lagu raya kat blog nih. Lantak la orang nak cakap apa. Aku punya suka la.

Called Gee rituh (ex-plu), was so excited with her news. She's going to get marry diz coming December (after being engaged for almost a year). Tahniah in advance utk dia. Bukan dia je, ada 2, 3 orang lagi ex-plu yg akan berkahwin awal tahun depan. Derang siap ajak keluar berbuka sesama. Ala-ala pre-bachelor-party gitu. InsyaAllah, kalau kena dgn tempat & masa, datang lah aku. Bukan apa, byk sangat invitation dlm bulan puasa nih. Sampai hari nih aku belum ada masa berbuka kat umah tau.

Sabtu rituh, pegi Kuala Selangor lagi. Kali nih pegi berempat pulak. Chua & adik lelaki aku yg no.6 pun join sama. Ekceli nih plan B. Plan A-nya supposed aku balik Melaka dgn Mamoru~kun. Last minit tukar.

Kami sampai dah nak berbuka. Sempat gak lah masak sup ayam & goreng ikan. Jadi lah. Campur dgn lauk ayam sweet sour Kak Juli & lauk sardin kari dari Kak Nor, meriah jugak lah jadinya. Lepas berbuka pulun buah mangga pulak. Aku dgn Chua je bedal. Mamoru dgn adik lelaki aku kureng sikit bab asam-asam nih. Tak pegi tarawikh pun malam tu.. *hehe*.. lepakking tengok tibi dgn nenek.

Ahad, almost imsak baru aku terjaga. Iskkk.. apa lah aku nih. Dah lah kat umah orang - bikin malu je. Nasib baik tak terbabas (alhamdulillah, setakat hari nih aku belum penah miss sahur lagik). Ikutkan aku, kalau dah lambat camtu, makan kurma sebiji dgn air pun dah memadai. Tapi dah nenek sendukkan nasi, suap je lah. Lepas subuh, ngadap tibi dgn Mamoru sampai pagi (aku sorang je yg tengok, dia zZzzzz)

Kul 11 lebih, kami dah bersiap-siap ke Tangjung Karang. Xtvt untuk hari tu ialah, memancing. Plan awal nak memancing kat sebelah umah nenek je. Tapi since adik aku nih tak penah tengok sawah padi kat Tg Karang, kami bawak lah dia kesana. View tetaim camnih mmg lawaaa. Padi tengah menhijau. Dalam seminggu-dua lagi konpem padi start berbuah (or was it 'berisi'?). Sure syahdu berjalan ke masjid di pagi raya dgn view sawah yg menguning nanti. Best nyalahh kalau dapat berumah di tepi sawah.

Memancing kat parit tepi sawah memang seronok. Kena pulak angin yg sepoi-sepoi bahasa. Aku siap bentang tikar lagik. Nih kalau letak kepala, confirm nyenyak sampai berbuka. Orang-orang kampung yg lalu kat tepi sawah tu sumer pelik tengok kami. Yelah, manader orang buat berpiknik dalam bulan puasa. Tepi sawah lak tu. Sampai ada yg tertoleh-toleh dua tiga kali. Agaknya nak konpemkan sama ada kami bawak makanan atau tak.. hik.

Tak banyak hasil tangkapan hari tu. Ada lah 5, 6 ekor - mostly, ikan baung & anak ikan tapah. Kecik je semuanya. Takperlah. tujuan utama datang situ nak rileks, enjoy.. dapat ikan atau tak, tu lain cerita. Lagi pun dalam kami berlima (Tiha, budak yatim piatu yg aku penah cerita dulu pun ada), just Mamoru dgn Adik aku je yg memancing. Aku kena jaga Tiha. Chua? Dia driver. Kena rehat - tak boleh kaco. Eh, takde lah. Dia tak minat memancing kut. Tak pun, dia takut cacing.. hehehe (sori Chua)

Dekat kul 4.30 petang baru nak balik dari memancing. Tu pun lepas disuruh. Kalau ikutkan derang, mau duduk situ sampai berbuka. Asyik sangat dgn jorannya.

Balik dari Tg. Karang, kami singgah pasar kejap. Beli 2 ekor ikan pari besar pinggan. Buat Ikan bakarrr! Adik lelaki aku nih terer bakar ikan & buat air asam. Sekali rasa, kompem tak leh lupa. Aku yg tak minat ikan nih pun boleh jadi minat disebabkan air tangan dia. Hik.

Kat umah nenek, memasing sibuk prepare bebahan nak panggang ikan. Aku arahkan Mamoru cari segala-mala bahan untuk rempah kat keliling umah dia - serai, daun kunyit, daun pisang. Chua pulak kena nyalakan api kat dapur kayu. Adik lelaki aku, tukang siang ikan. Lepas serahkan rencah untuk ikan bakar kat Mamoru, aku start masak lauk berbuka. Nenek request ayam masak tomato petang tu. Tader masalah.. mmg major aku tu.

Hasilnya.. memang charor. Ikan panggang dapat sambutan terhangatt. Siap ada request suruh buat lagi tuuu. Hik.

Malamnya lepas kemas rumah nenek, kami mintak diri balik KL (kesian Chua berjaga sengsorang all the way balik mlm tadi).

Ok. dats it for my wiken. Tak leh kosentret kat blog sesangat. Aku busy sekarang nih. Busy duk cari resepi biskut raya kat internet.. hahaha.

p/s: Aku dah dapat quotation untuk photographer. Ada 7 org semuanya. Bayaran minimum je RM 1,200 (yang paling rendah setakat nih). Dalam bebanyak tu, ada 3 photographer yg aku rasa superb (Dasheela, Kukubesi & Ghazali) Taaapiiii bayaran diaorang nih.. minimum RM 2,000 beb! Botak kepala aku camnih. Pasnih nak kena atur perjumpaan dgn derang bertiga (separately). Ikutkan Mamoru dah decide nak pilih Kukubesi (member gunung). Tapi nanti arrr. Kena tengok artwork derang dulu. Nego price lagi.

4 comments:

Anonymous said...

Ye lah aD, org email, tak bebalas. Takpe nak, nak buat camner kalo org dah tak sudi hi hi

aD said...

isk jgn arr ckp camtu cik, aD dh sent rituh, tak dpt ek? rasanya sampai email tu sbb kt email aD tader bounced email. kalau x dpt gak, nnt aD fwd lagi nahh.

Anonymous said...

Sesilap, email address yang salah aD bubuh hu hu hu. Anyways kan tempat aD ade air kathira? Apesal ek tahun ni mcm tak jumpa lagik.

aD said...

sah la silap email. nnt aD fwd balik ey? kathira tu apa? air nyiur kelapa ke air nira kelapa?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...