KENGKAWAN

Wednesday, September 19, 2007

pekena lagu raya sat

Hari nih 7 Ramadhan 1428 Hijrah

Aku dah tukar lagu kat blog nih. Arituh bubuh lagu Aishah - Pulanglah. Arinih, aku letak lagu P. Ramlee - Suara Takbir. Feeling gituu. Koleksi lagu raya dlm simpanan aku ada lebih dari 50 lagu. Means, tetiap hari aku kena tukar lagu kat blog nih sampai lah hari raya nanti. Wahh kena rajin nih. Bukan senang nak dengar lagu raya dik nonn. Setahun sekali je boleh pasang. Kalau pasang hari lain orang kata gila kemaruk pulak, ye tak? So, bila lagik kan.. nih la masanya nak pasang lagu raya kekuat. Hik.

Semlm gi pasar ramadhan kat Bandar Tun Razak. Boleh tahan lah kalau nak compare kat beberapa tempat lain. Perasan tak kebanyakan pasar ramadhan sekarang nih dah tak ramai orang berniaga. Kenapa ey? Nak kata still awal ramadhan rasanya tak mungkin. Dulu taim aku kekecik, hari first puasa lah pasar ramadhan paling meriah. Penuh kiri kanan jalan orang jual juadah berbuka. Sekarang nih kurang lah. Nak kata takde tempat yg spesifik untuk berniaga pun mustahil. Punyerlah banyak tapak-tapak untuk peniaga bazar ramadhan yg dibuka, siap disediakan khemah kanopy lagi. Hmm, mungkin sewa tapak mahal sangat kot??

Balik dari pasar ramadhan, aku gi umah Mamoru~kun. Jenguk Chua yg MC - cuti sakit. Alhamdullilah, demam dia nampak cam dah kebah. Berbuka sekali dgn dia. Menu berbuka sama mcm semlm: laksa & kuih. Tak syiok la makan kat luar. Kalau balik masak, konpem cemacam lauk aku boleh buat ikut selera anak tekak. Juadah kat pasar ramadhan nih nampak je sedap.. bila dah makan baru tau kurengnya.

Malam nih, insyaAllah aku berbuka kat umah. First taim nih nak berbuka kat umah. Takde lah excited mana pun. Bukannya adik-adik aku ada kat umah. Kalau ada pun sorang je. Yang lelain berbuka kat luar. Kami adik-bradik taim sahur je dapat bersahur sesama. Taim berbuka memasing attached dgn keje / kelas. Hujung minggu nih aku harap sangat dapat spend masa berbuka gegamai dgn derang. Harap derang tader plan lain arr.

Ada mender penting yg aku nak buat sekarang nih. Mender yg memerlukan aku bertolak ke Kelantan. Jauhnya. Kena pegi dalam bulan puasa pulak tu. Tataw lagi bila nak bertolak, sama ada minggu nih atau minggu depan. Tengok lah nanti, nak kena bincang dgn adik aku dulu.

Hari nih mata aku tak mengantuk langsung. Cargas & bertenaga. Maybe penangan keledek goreng yg aku buat sahur tadi kut? Best woo layan makanan bergoreng yg panas-panas taim sahur - cerah bijik mata.

Tak leh lelama nih. Nak sambung buat artikel untuk Mamoru punya outdoor club. Senget kepala aku nih nak mengarang ayat skema.. huhuhu

note: Aku still tak dapat buat creme caramel. Tak jumpa lagi pengukusnya. Lagipun tang bilanya aku berbuka kat umah. Tak kisahlah, skrg nih aku nak tambah mender lain pulak - nak masak pengat keledek + pisang + cha-cha.. hahaha biar kelioq korang dengaq..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...