KENGKAWAN

Thursday, September 13, 2007

silap cuti

Hari nih 1 Ramadhan 1428 Hijrah.

Subuh tadi meriah umah aku dgn bunyik periuk kuali berlaga. Dari pukul 4.00 pagi lagi adik pompuan aku yg study kat Unisel tu dah bangun. Dia sampai umah aku malam tadi dgn sorang room-mate dia. Ramai jugak lah, 7 orang termasuk aku adik-bradik. Terpaksa makan bersila kat atas lantai. Maklum dining table aku juz ada 4 kerusi - bujang katakannn.

Tak masak apa pun untuk sahur. Panaskan lauk yg adik lelaki no.3 masak malam tadi je. Ada lauk gulai ikan dgn kari daging (jgn memain adik lelaki aku pandai masak tau). Pastu goreng telur sikit. Jadi lah kan. Makan gegamai sambil pekena teh O. Seronok sgt. Tp, aku makan sikit je, minum air & makan kurma sebiji - cukup syarat.

Sesambil makan tu aku duk bz call orang sini sana - Beborak dgn bapak sekejap, pastu beborak dgn adik lelaki no.2. Siap hantar sms kat memember wish for sahur. Kemain lagi eksaitednya aku nak berpuasa nih. Hik.

Semlm aku dah start buat buku khas utk aku nyer wedding planner. Tentatively (as per what they discussed during the engagement ceremony rituh), Chinese New Year nih aku akan menamatkan zaman bujang. Disebabkan aku tader sesiapa nak mintak tolong arrange memender nih sumer, terpaksalah aku buat sendiri. Orang lain boleh lah, kalau nak kahwin just sebut je depan mak bapak, konpem derang tayah sesusah buat apa-pe. Paling best, tayah nak keluar duit bebanyak. Mak bapak yg akan arrange sumernya. Mcm aku nih, semua kena prepare sendiri. Family aku bukan kaya mcm korang, korang dan korang.

Masa memula nak list down kan semua perkara dlm buku tu, rasa mcm susah yg amattt. Macam perancangan untuk wedding nih sesuatu yg menakutkan, susah nak dibuat. Taaapiiii bila dah siap list semua, rasa biasa je. Macam buat event jugak. Takde lah sesusah mana. Perasaan aku je kut. Apa lah aku nih, buat event kompeni yg bebesor boleh. Nak rancang wedding sendiri pulak ketaq.. hik.

Buat masa nih aku tengah cari quotation untuk mak andam (termasuk pelamin + nikah + mlm berinai + resepsi) & photographer (untuk 2 hari termasuk outdoor shooting - keutamaan kepada photographer yg creatif dan pandai guna photoshop). Kut-kut kalau korang ada contact nombor, atau korang sendiri pakar dlm hal-hal camnih, email aku kat adlyana1979@yahoo.com. For info majlis dibuat kat Melaka.

Mungkin ada yg pelik naper awal sangat aku nak book derang nih. Jangan tak tau dik nonnn.. biznes orang kahwin nih laku mcm cekodok goreng. Kalau tak book awal-awal alamat ko kahwin pakai kain langsir & tangkap gambar sendiri pakai kamera cap ayam je lah. Lagipun, aku nk state semua proses step by step yg aku rancang & buat dlm blog nih. Sok, dah tua-tua, boleh lah aku selak balik citer zaman memuda nih. Kenangan, kata orang.

Ops.. kita stop cakap pasal wedding nih dulu.

Hari nih opis aku tutup. Sambut Awal Ramadhan. Sebenarnya aku silap tengok kalender. KL & Selangor manader entitle untuk Awal Ramadhan. Baru semlm aku noticed mender nih. Tapi nak buat mcm mana, aku dah janji kat staff kat opis nih nak bagi cuti. Terpaksa biarkan derang bercuti gak lah kan. Nak tarik balik, kesian. Derang dah plan memacam untuk hari nih. Taper lah sehari je. Pasnih nak prepare alasan bagi kat DO in case kalau dia tanya naper opis tutup.. hehehe.. *masakkk*

Camnih lah kalau orang dah kemaruk nak berpuasa.. ngalahkan orang nak sambut raya.. *ish ish ish*

p/s: Takziah buat rakan muslim di Sumatera akibat gempa bumi semlm. Dalam kita bergembira, ada yg sengsara..

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...