Thursday, October 04, 2007

al Insyirah

Hari nih 22 Ramadhan 1428 Hijrah

Malam nih aku bertolak balik Melaka. Sama ada aku bersedia atau tak, aku kena juga selesaikan prob antara bapak & adik. Harap takde apa tindakan bodoh yg datang dari pihak aku, bapak atau adik. Aku tak sanggup tgk sejarah lama berulang lagi.

Aku tak boleh kosentret buat keje. Kusut sangat kepala aku sekarang nih. Rasa nak je aku jeritkan apa yg aku rasa. Tapi apa guna. Bukannya boleh selesaikan apa-apa. Sesilap nanti orang ingat aku gila.

Teringat tentang surah al Insyirah (alam Nasyrah). Kata orang kalau hati tak tenteram & berdepan dengan masalah yg merumitkan, kita boleh amalkan baca surah nih. Kalau korang perasan, surah nih selalu kita baca dalam muqaddam masa kekecik dulu. Aku paste kat sini. Kita share sesama lah ey. Sesiapa yg tengah bersedih atau berdepan dgn masalah hidup macam aku nih, meh la amalkan surah nih sesama. Semoga masalah kita dipermudahkan Allah (swt)

Bismillahirrahmanirrahim..


Maksudnya: “Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayah pertunjuk)? Dan Kami telah meringankan daripadamu: bebanmu (menyiarkan Islam)- Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran di sertai kemudahan, (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran, disertai kemudahan. Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal salih), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal salih yang lain), Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini).


Kelebihan surah al-Insyirah:

  • Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyirah sebagai wirid pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu, nescaya hilang dukacita nya dan dikurniakan oleh Allah s.w.t. akan rezekinya dengan beberapa banyak.
  • Siapa-siapa sentiasa banyak membaca Surah Al-Insyiraah nescaya mudah mendapat rezekinya dan luas fikirannya, senang membuat sesuatu pekerjaan dan hilang daripadanya sifat malas.
  • Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyirah 7 (tujuh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang, nescaya terlepas daripadanya kesusahan dan dipermudahkan oleh Allah s.w.t. akan rezekinya.
  • Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyirah 40 (empat puluh) kali pada tiap-tiap lepas sembahyang fardhu selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mengurnia Allah s.w.t. kepadanya kekayaan.
  • Siapa-siapa susah pada suatu pekerjaan, hendaklah sembahyang dengan kifayat yang tersebut di bawah ini, nescaya sampai maksudnya, iaitu:
    1. Sembahyang sunat dua rakaat.
    2. Pada tiap-tiap rakaat baca Surah Al-Fatihah dan surah (mana-mana surah)
    3. Lepas sembahyang, duduk menghadap kiblat dengan tetap bersungguh-sungguh ingatlah akan Allah s.w.t., dan baca Surah Al-Insyiraah sebanyak bilangan hurufnya.
    4. Sesudah membaca Surah Al-Insyiraah, pohonkanlah apa-apa yang di hajati daripada Allah s.w.t.
  • Siapa-siapa membaca Surah Al-Insyiraah 200 (dua ratus) kali pada tiap-tiap hari ketika matahari naik (waktu dhuha), nescaya memperlihat oleh Allah s.w.t. kepadanya perkara-perkara yang ajaib.
  • Siapa-siapa berhajat sesuatu perkara, bacalah Surah Al-Insyiraah 700 (tujuh ratus) kali atau 1000 (seribu) kali pada tiap-tiap hari selama ia mengusahakannya, nescaya beroleh apa-apa yang di hajati.
  • Siapa-siapa menulis Surah Al-Insyiraah pada suatu bekas dan menghapuskannya dengan air mawar kemudian minum, nescaya hilang dukacitanya dan terpelihara daripada terkejut. Setengah daripada khasiat Surah Al-Insyiraah itu ialah di baca kerana jadi ubat demam dengan kifayat:
    1. Ambillah seurat benang daripada kulit kayu dan bacakan Surah Al-Insyiraah.
    2. Tiap-tiap ketika baca huruf “Kaf” daripadanya, simpullah benang itu sekali, hingga cukup jumlah semuanya tujuh kali simpul.
    Kemudian ikatkan benang itu ke tangan orang yang demam pada pergelangannya yang di sebelah kiri.
  • Siapa-siapa benak menghafaz, tulislah Surah Al-Insyiraah dan minum airnya bersama-sama menelan air liur ketika berbuka puasa selama tujuh hari berturut-turut, nescaya mudah ingat apa-apa yang di hafaznya, dan jika minum airnya itu lain daripada masa berbuka boleh juga, tetapi yang baiknya ialah pada masa yang tersebut.

Semlm balik awal. Plan nak ke Putrajaya. Tapi mcm tak sempat je, so terus balik umah. Singgah pasaraya kat area umah. Beli barang basah sikit. Dlm keadaan kepa tengah runsing tu better aku penuhkan masa dengan memasak. Ada jugak faedahnya dari melayan masalah yg belum tentu hujung pangkal nih. Tak sangka banyak pulak lauk yg aku masak, ada sambal udang, asam pedas ikan kembung campur terung & sup bebola ayam. Terus berselera nak makan taim berbuka.

Sahur pulak.. makan megi mee je. Tu pun makan kat HKL dgn Mamoru~kun & adik aku. Daripada kul 3.00 pagi tadi kitaorang dah terpacak kat sana. Hmm.. membazir lauk pauk kat umah yg aku masak tu. Tak sempat nak balik makan.

p/s: Berkat surah al Insyirah.. aku dapat Nur Insyirah.. alhamdullilah.

No comments: