KENGKAWAN

Tuesday, October 02, 2007

beza raya sekarang

Hari nih 20 Ramadhan 1428 Hijrah

Dua tiga hari nih emosi aku agak terganggu. Duk pikir tentang adik aku yg no. 3 & 4 nih. Tuhan je tau mcm mana resah gelisahnya hati aku nih. Memacam cara aku pikir.. memacam mender aku buat.. semata-mata nak tengok masa depan derang terjamin. Tapi biasalah, tak semua yg kita rancang tu akan jadi kenyataan. Nak buat mcm mana lagi kan.. akur je lah dgn ketentuan Tuhan. InsyaAllah, selagi ada daya, selagi termampu aku usahakan yg mana boleh. Hm.. hebat betul ujian Tuhan kali nih.

5 hb nih adik aku yg no. 6 & 7 start cuti semester. Aku suruh derang singgah umah aku dulu sebelum gerak balik Melaka sesama hujung minggu nih. Adik lelaki yg no. 2 dgn wife dia dah plan nak panggang satay mlm minggu nanti. Dia nak celebrate raya awal sikit sebab tahun nih dia beraya kat Kedah. Adat lah orang berkeluarga.

Tahun nih, berkemungkinan besar 3 orang adik-bradik aku tak dapat balik beraya sesama. Sedih sey. Taper lah, think its abt time untuk aku biasakan diri dengan situasi mcm nih. Dulu boleh lah beraya sesama. Sekarang bila memasing dah besar, dah bekeluarga, tak boleh lah nak paksa beraya sekali. Sumer dah ada komitment sendiri. Same goes to me gak, tahun depan ntah dapat ntah tak nak celebrate first raya kat Melaka. Tapi nasib baik lah kampung Mamoru kat Kuala Selangor je. At least boleh balik hari kalau nak. Bukan jauh pun.. 3 jam perjalanan je.. Untung pilih orang dedekat nih. Taderlah nak berkungtau balik raya.. *wink wink*

Minggu depan nenek nak mengacau dodol. Adik-adik lelaki aku kena balik awal lah nampaknya. Maklum, dalam family aku ramai lelaki. Derang lah harapan nenek untuk tolong kacau dodol tu nanti. Biasanya dodol nih dimasak dua tiga hari sebelum raya. Malam raya pulak di-reserved khas untuk bakar lemang. Yelah, lemang nih bukan tahan lama kan. Dodol lain lah, boleh simpan setahun lamanya.

Semlm gi ikut Mamoru berbuka dgn opis mate dia. Siap berbaju kebaya bertudung litup nih - baju tu hantaran yg Mamoru bagi masa bertunang rituh. Tudung pulak, dia belikan masa gi Kelantan minggu lepas. Mahal gila tudung tu ok. Part yg kurang best, baju kebaya tu dah tak seketat macam masa mula-mula beli. Pinggang jadi lebar dan longgar walhal baju tu saiz XS.. berat akak semakin turun dik nonn.. dah jadik 39 kg! Taperlah still ada 4 bulan lagi untuk naikkan berat badan..

Sahur pagi tadi, aku makan nasik dengan lauk sotong masak kicap. Makan sambil tengok citer Natasya kat tv3. (ntah berapa kali tv3 nak ulang citer yg sama agaknya) Pastu masa nak minum, aku tengok air kosong dah abes. Yang ada just air panas kat dlm kettle, air milo & air mirinda oren. Aku dah ler tak minum milo. Teguk je lah air mirinda oren tu.. hasilnya, pagi nih sama mcm semlm.. memulas-mulas rasa pankreas aku nih.

Eh lupa, lagu raya untuk hari nih, dari Sharifah Aini - Nostalgia Aidilfitri.. enjoyy!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...