KENGKAWAN

Thursday, October 25, 2007

Changes

Dalam masa tiga bulan dari sekarang, ada banyak perkara besar yg akan jadi dalam hidup aku. Memacam mender ada dlm kepala aku sekarang - duk flashback life aku sebelum nih - memender yang aku dah lalui dulu pastu duk compare dgn life sekarang sesambil membayangkan hari-hari akan datang.

Tiga bulan akan datang (precisely, Chinese New Year nih), aku akan bergelar Isteri kepada Mamoru~kun (pejam mata sambil tarik napas jap - nervousnya ya Allah). Masa memula bincang tentang hidup persediaan perkahwinan, aku rasa macam kelakar dan malu jugak lah. Maklum lah, sebelum nih kami berkawan baik & kamceng sangat. Selalunya kalau berborak, topik-topik perbincangan memang tak lari tentang hutan, gunung, xpdc, etc., dan bila perbualan tu bertukar dari yang merapu kepada serious, tak ke kelakar jadinya.

Mamoru: Zaha tanya bila kita nak pegi kursus kahwin?
Aku: Kursus kahwin? (terus muka aku blushed)

Ok, sebut pasal kursus kahwin nih, sampai sekarang aku belum terfikir nak register kat mana. Nak pergi taim wiken, semua orang busy buat open house. Tunggu lah lepas raya nanti.

Aku rasa, ada beberapa perkara aku kena ubah bila dah bergelar Isteri nanti. Salah satu darinya, tentang blog nih. Nak tutup ke.. nak buka blog baru.. or nak sambung terus tulisan aku kat dalam nih? Pening jugak dibuatnya. Aku bukan apa, terfikir jugak kalau aku terus menulis kat blog nih, means cerita & bahasa yang aku guna kena lah sesuai & sopan sebab: first, aku kena jaga maruah diri & bakal suami: second, mana lah tau kalau dah dapat anak nanti & anak-anak aku baca blog nih, jadi aku kena lah tunjukkan contoh yang baik, tak gitu?

Anyway, lepas consult dgn Mamoru, aku decided nak teruskan tulisan dalam blog nih. Tapi akan ada seorang lagi author baru yg bakal menulis kat dalam nih (whenever he got free time lah kan). Siapa? Mamoru lah of course, siapa lagi kan. Kira blog aku nih jadi macam family blog gitu. Url for this blog pun will remain the same as both of us are outdoor-ians. Hik.

"Outdoorfreaks - Our life & The way we live it"

Tentang persiapan perkahwinan, err.. tayah cerita lah, buat aku bertambah nervous je. Nanti dah complete semua baru state kat sini. Warna tema pun aku tak nak kasi tau kat sini. Kang ada pulak anasir-anasir yg ubah fikiran aku tentang warna tema nih. Hik. Tunggu je lah nahh?

Let see, apa lagi perubahan yg aku kena buat nanti.. hmm. Mungkin pindah rumah kut. Rumah yang aku duduk sekarang nak biarkan adik lelaki no.3 sambung sewa. Dia pun bakal naik pelamin dalam masa terdekat nih (same goes to adik pompuan no.4). Berkemungkinan besar aku akan duduk kat Bandar Seri Permaisuri (kawasan Mamoru duduk sekarang nih).

Selain tu, tak ada apa sangat kut. Adik lelaki aku no.6 tetap stay dgn aku walaupun lepas kahwin nanti. Dia nih masih dalam jagaan aku sampai lah dia bersedia untuk hidup sendiri kat KL nih. Adik-adik yg lain pun mcm tu gak. Aku bersyukur sangat sebab Mamoru sangat supportive & memahami tanggungjawab aku sebagai kakak yang sulung.

Ada open house petang nih. Jom pekena kuih raya!

2 comments:

sab2 said...

selamat menanti hari yang ditunggu...CNY2008

sama nampak tarikhnya, seperti pakcik ni...CNY1996!

aD said...

tima kasih pakcik..
harap semuanya ok kat Dubai sekarang nih :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...