KENGKAWAN

Wednesday, October 03, 2007

dilema

Hari nih 21 Ramadhan 1428 Hijrah

Agaknya, tak sah kalau dalam bulan Ramadhan nih emosi kita tak diuji kan?

Aku sedih lah. Semlm, hari nih, rasa air mata nih murah sangat. Senang je keluarnya. Serba salah jadinya. Susah nak buat pilihan bila terpaksa berdepan antara adik & bapak. Mati kutu aku dibuatnya. Dua-dua aku sayang.. dua-dua aku harapkan yg terbaik dalam hidup mereka. Tapi bila dua-dua keras hati, fikir diri sendiri betul, asyik nak ikut pendapat sendiri..??

Apa yg patut aku buat? Ikut cakap bapak bermakna aku akan buat adik aku lebih sedih. Mungkin lepas nih nanti dia takkan percayakan aku lagi atau dia sendiri hilang semangat nak teruskan impian masa depan dia.. Tapi, kalau ikut cakap adik, bermakna aku derhaka pada bapak. Ya Allah.. beratnya dugaan Kau beri.

Kata orang, Tuhan makbulkan doa orang yg berpuasa.

Sepanjang 21 hari aku berpuasa nih, aku dah cuba sehabis baik jauhi segala perkara yg dilarang. Belum pernah lagi aku dapat puasa straight mcm nih. Selalu tu asal masuk awal Ramadhan je sure naik 'bendera merah'. Tahun nih alhamdullilah.. untuk hari yg ke-21 nih aku dengan serendah-rendahnya minta Tuhan lembutkan hati bapak & adik-adik aku.. berilah aku petunjuk dan kekuatan untuk aku berdepan dgn semua ni. Semoga semuanya selesai dalam keadaan baik.. *amin*

Rasa bersalah sangat pada arwah mak..

Sanisah Huri - Bersabarlah Sayang

Semua insan sedang gembira
Di hari ini sayang
Hari yang mulia
Marilah bersama berhari raya
Hilangkan duka

Lupakan saja kisah yang lalu
Gantikan cerita baru
Agar hatimu waspada selalu
Jangan kau kesalkan
Jangan engkau tangiskan

Pada mereka yang tak mengerti
Menuduh dirimu
Di jurang kesalahan saja
Ku tak sampai hati
Biarkan engkau sendiri

Tetapi diriku dan juga temanmu
Yang tahu kisah derita
Dan luka di dada, hanya kuharapkan
Kau harus bersabar
Dan bertenang selalu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...