Monday, October 22, 2007

Iklan

Perasan tak sejak seminggu yang lepas ada ruang iklan kat blog aku yang comel nih? Akak suka dik nonn! Try la klik kat iklan-iklan yang dipaparkan tu.. klik bebanyak kali pun takper.. hik.

Setakat hari nih aku perasan ada empat iklan yang berbeza dipaparkan.. memula rituh, iklan dari TGI Friday, pastu dari 88DB, kemudian dari Allyhunt dan bebaru nih dari Tune Hotel.. wahh meriah kan blog aku.. hik.

Nak tau sebab-musabab aku letak ruang advert nih? Ada sebabnya dik nonn.. bukan letak pree ok. Untuk setiap 'klik' kat iklan yg diletak kat blog nih, aku akan dapat komisen. Jadi, lebih banyak korang klik kat iklan tu, lebih banyak lah komisen yg aku dapat. Kata orang sambil menyelam kita minum air.. jadi aku pun amik lah kesempatan make money thru blogging gitu.

Ekceli, aku teruja tengok total collection yg ada dalam akaun aku untuk minggu lepas. Ada RM 1.70 in total (pelik aku nih, tengok singgit tujuh posen pun boleh teruja.. hahaha). Ikutkan tader lah banyak mana duit yg boleh di-generate dari iklan nih. Nak beli lisptik pun tak lepas. Tapi takper lah kan.. janji ado.

Jadi kengkawan, meh lah klik kat iklan yg dipaparkan tu.. nak klik pat ratus lima ploh juta kali dalam sehari pun takpe. Lagipun, iklan tu semuanya best-best belaka!

p/s: meroyan aku nih duk hapdet blog sampai 3 kali dalam sehari.. <<-- kes takde keje kat opis

No comments: