Tuesday, October 09, 2007

malam tujuh likur

Hari nih 27 Ramadhan 1428 Hijrah

Hari nih aku start berpuasa balik setelah 4 hari 'bercuti'.. hehe. Alhamdullilah tader lah banyak hari nak mengganti. Sebenarnya kan ada cerita disebalik aku 'bercuti' nih. Masa hari Khamis rituh aku pressure sangat. Tekanan yang amat nihh.. plus penat kehulu kehilir nak memikirkan cara menyelesaikan masalah family. So, sampai satu tahap tu aku mmg flat gila. Even waktu berbuka aku just menghadap air sampai tga pat jenis tanpa makanan coz aku taim tu aku rasa haus yg amatt sampai pandang makanan pun tak selera. Serious nih, tak penah aku rasa camtu sepanjang bulan puasa nih. Taim tu aku mintak sangat pada Tuhan supaya dipermudahkan semuanya. Dan esoknya.. Tuhan makbulkan.. 'bercuti' lah aku (ntahaperhaper permintaan aku kan?)

Sepanjang wiken lepas, kesabaran aku bebtul tercabar. Nasib baik tak puasa, kalau tak kurang pahala. Kagum aku dgn diri sendiri, aku sendiri tataw mcm mana aku boleh jadi kuat camnih. Lelebih lagi untuk berdepan dengan 2 masalah besar yg datang serentak. Tak payahlah aku list dgn detail, yang penting semuanya berjalan lancar, alhamdullilah. Satu masalah selesai, tinggal lagi satu je. InsyaAllah aku akan cuba yg terbaik tolong semua adik-bradik. Aku tak sanggup tengok derang bersedih.

Khamis lepas aku keluar awal dari opis - settlekan apa pe patut kat KL sebelum bertolak balik Melaka dgn Mamoru~kun. Nasib baik kami plan nak gerak lewat. Dapat lah tolong adik lelaki no. 5 yg terkandas kat Bangi - motor dia rosak. Menunda balik umah lah kejenya. Ekceli dia on the way balik Melaka. Sebelum tu aku dgn Mamoru dah ajak naik keta gegamai. Tapi tu lah, ngengada. Lepas tinggalkan motor dia kat umah, kami bertolak ke Melaka. Dekat kul 3.00 pagi baru sampai AG. Singgah umah adik lelaki no. 2 - tido sana je lah.

Jumaat, kami terus gi Masjid Tanah. Adik no. 2 pun ikut sama. Wife dia menyusul kemudian sebab dia ada kelas hari tu (adik ipar aku nih lecturer kat universiti xxx). Meriah jugak lah umah bapak. Lewat petang, lepas sessi perbincangan beramai-ramai, kami keluar pegi jenjalan kat bazar Ramadhan MT beli juadah berbuka.

Sabtu, just spent masa dgn lepak dan lepak lagi. Aunt Shi buat kuih raya pagi nih. Ada dua jenis.. kuih samperit & kuih lidah buaya. Aku just tolong tengok je. Mana reti nak buat kuih tradisi nih. Kuih moden boleh lah (sambil tengok resepi hehe). Petang pulak, pegi shopping.. sempat beli pelita plastik & minyak tanah - mender wajib yg kena ada tiap kali raya. Mamoru lah orang yg bertungkus lumus menyiapkan pelita tu. Riuh dengar suara dia kat laman umah.. sampai aku yg masak kat dapur pun boleh dengar. Malam, lepas berbuka, bakar satay pulak.. fuhh.. makan je lah kejenya bila dah berkumpul nih. Lepas bakar satay, tolong Aunt Shi buat kuih raya lagi. Kali nih buat biskut coklat. Part kelakar tu, punyer lah beria buat kuih, tapi dapat separuh balang je.. separuh lagi adik-adik aku telan masuk perut. Risau aku.. ntah sempat ntah tak nak simpan kuih untuk raya..

Ahad, hari yg paling memenatkan. Ntah berapa kali kami ulang alik pegi KL - Melaka semata-mata nak settlekan problem kedua. Tapi syukur, setakat nih, 50% boleh dianggap selesai. Selebihnya.. nih lah aku tengah ikhtiarkan. Harap sebelum raya nih semuanya dapat diselesaikan secara baik.

Sebelum balik KL, sempat Aunt Shi cakap, dia dah siapkan sejenis kuih lagi - rempeyek. Wahh rajin mak aku nih. Aku ada janji dgn dia nak buat kuih sarang semut. Khamis nnih aku start cuti, boleh lah buat. 'Askar' pun ramai kat kampung tu, boleh kerah mana patut.

Tahun nih confirmed pakcik & pak ngah tak dapat balik raya pertama. Jadinya sekarang nih terpulang pada aku sama ada nak teruskan urusan memasak lemang & dodol. Orang kuat aku (adik no. 2) pun takde (beraya di Kedah). Tinggal bapak & adik-adik yg lain je. InsyaAllah aku usahakan. Tak meriah lah raya kalau tader juadah yg dua nih, ye tak. Nak beli memang senang tapi tak best lah.. feel tu lain sikit. Ikutkan bukan susah mana nak prepare bebahan untuk lemang & dodol. Yang penting, kederat tu. Kalau ramai menolong, senang lah keje. Nak harap aku sorang.. matilah wey. Mana nak buat kuih, mana nak masak rendang.. Hm, nanti lah aku re-arrange balik saki-baki askar yg tinggal kat kampung - nak buat kerahan tenaga secara besar-besaran!

Semlm berbuka tepi jalan dgn Mamoru~kun. Makan satay dgn minum air. Sadis sangat, tapi kira bersyukur lah tu. Dapat jugak makan. Lately nih mmg dah jarang sangat aku berbuka secara proper (duduk makan kat meja). Semua asal boleh je.. dalam keta ke.. kat opis ke.. kat highway ke.. asal ada mender nak dimakan dah cukup - nak kejar masa punya pasal.

Hmm.. tinggal tiga hari lagi sebelum kita menyambut hari raya.. ya Allah permudahkan lah.

*mamoru yg pasang pelita nih*

No comments: