Monday, October 01, 2007

pulanglah..

Hari nih 19 Ramadhan 1428 Hijrah

Kata orang, malam lailatuqadar terjadi mula dari 20 Ramadhan. Ada juga yg kata malam penuh berkat tu hanya terjadi mada malam-malam ganjil (21, 23, 25 ... Ramadhan). Tak kira lah bila malam lailatulqadar nih akan muncul, yang penting kita kena sentiasa bersedia dan sentiasa penuhkan malam-malam terakhir dalam bulan Ramadhan nih dgn solat, doa & bacaan al-Quran.

Peringatan untuk diri sendiri: Jgn tinggalkan tarawikh selagi boleh, jangan lupa baca al-Quran, berdoa dan yg paling penting, jangan lupa spend masa untuk bertakbir pada malam aidilfitri.. *insyaAllah*

Jumaat lepas, gerak ke Kelantan. Pegi naik keta. Berbekalkan alamat & peta yg meng-confused-kan, kami gagah kan hati menuju ke destinasi yg dituju. Mamoru lead dari KL ke Gua Musang. Pastu adik lelaki aku sambung dari sana sampai KB. Penat toksah cakap lah, ngantuk lagi. Aku sampai serak-serak itik jadinya duk terpekik-pekik layan lagu raya sepanjang jalan - semata-mata tanak Mamoru ter-mengantuk masa drive.Bertolak pukul 12.00 tengah malam, sampai Kota Bharu dalam pukul 8.00 pagi.

Sabtu - Dari KB kami ke Pantai Cahaya Bulan. Sewa satu chalet semata-mata untuk mandi & bersihkan diri. Lepas tu gerak ke destinasi kami - Tumpat. Alhamdullilah, Tuhan permudahkan jalan kami, jumpa jugak apa yg dicari. Spend masa seharian kat sana. Sempat shopping kat Pasar Siti Khadijah & Pengkalan Kubur. Malamnya, lepas berbuka kami bertolak balik - sampai KL almost pukul 4.00 pagi - sahur kat mamak, pastu balik umah - tidur.

Ahad, spent masa dgn rehat. Adik lelaki aku dgn wife dia berbuka sesama kami arinih. Seronok. Banyak giler juadah berbuka. Ada KFC, gulai siput sedut, sambal sorong, tembikai, epal, oren, kuih sampai 3 jenis, air pun 3 jenis.. lepas berbuka, pekena buah mangga cicah kicap.. fuhh.. mengancam!

Malam pulak, gerak ke Melaka - sampaikan report pada bapak. Pastu gerak semula ke KL. So, there goes my wiken. Habiskan masa travel dari utara sampai selatan. Tho masalah masih belum selesai, at least aku boleh tarik nafas lega - ringan sikit separuh dari beban yg aku pikul sekarang nih.

Subuh tadi, hampir terlepas sahur. Nasib baik tersedar. Sempat makan roti cekelat & sambung makan mangga cicah kicap.. ngilu perut makan mangga pepagi buta. Sampai sekarang lak tu terasa.. adeih..

Lagu raya for today.. Aman Shah - Kepulangan Anakku

No comments: