Thursday, October 18, 2007

Selamat Hari Raya

Dah habis puasa sebulan.. raya pun dah 5 hari berlalu.. syukur alhamdullilah.

Ada dua mender buat aku lega sangat, first tentang 2 prob besar yg melanda family aku. Alhamdullilah sangat. Semuanya dapat ditangani dgn baik. Boleh kata 90% selesai. Selebihnya insyaAllah hujung bulan nih settle.

Yang kedua cum yg paling penting sekali of course lah Hari Raya itself. Syukur sangat raya tahun nih macam tahun-tahun sebelumnya - meriah! Tak dapat bayangkan mcm mana hepinya aku tahun nih. Sekali lagi syukur alhamdullilah!

Lets summarize apa yg aku buat sebelum & semasa raya nih:

28 Ramadhan - Sepatutnya aku masih bekerja lagi hari nih. Tapi terpaksa amik cuti last minit sbb nak hantar Sue ke Kepong. Nasib baik ada Kak Jah. Dia lah yg offer diri nak tolong. Tapi bukan tolong free lah. Seratus gak lah masuk poket dia. Takpe lah.. janji ada orang nak tolong. Petang tu berbuka tepi jalan lagi. Kedai makan semua penuh. Lagipun tak banyak kedai yg buka. Tokey kedai dah balik kampung. Malam plak gerak ke Kepong. Kelam kabut. Tapi nasib baik lah semua ok. Berkat bulan Ramadhan. Balik umah dalam keadaan letih yg amat. Adik lelaki no. 2 & wife janji nak singgah umah sebelum bertolak ke Kedah. Sampai tertidur aku tunggu derang. Terjaga bila jam dah pukul 2.30 pagi. Cecepat aku capai handphone - risau derang tak sampai lagi. Call adik aku nih, sekali dengar bunyik handphone kat sebelah. Toleh tepi, rupanya adik aku dgn wife dia tengah syok tido. Laaa.. dah sampai rupanya.

29 Ramadhan - Pepagi buta dah bersiap. Adik ipar aku nak shopping kat Masjid India. kebetulan pulak aku ada dua tiga barang lagi yg belum di beli, molek sangat lah tu. Awal kami sampai Jalan TAR. Baru satu dua kedai yang bukak. Tapi enjoyyy.. takde lah crowded sangat. Banyak gila aku memborong: sepasang baju melayu untuk bapak, sepasang baju kurung untuk Aunt Shi, sepasang baju melayu untuk adik lelaki no.8, baju kurung untuk adik pompuan no.6, seluar untuk adik lelaki dua helai, kain sampin selai, blouse untuk adik pompuan no.4, blouse untuk aku, brooch, butang baju melayu.. fuhh.. banyak arr. Lebih lima ratus ringgit abis kat situ je. Tu belum termasuk baju-baju yg aku beli sebelum nih.. Takper lah, rezeki adik-adik aku. Pukul 3.30 petang, adik lelaki no.2 & wife dia bertolak ke Kedah. Lepas tu aku keluar dgn Mamoru pulak, beli dua karton air botol mirinda untuk hari raya. Oh ye, hari nih Mamoru ajak berbuka kat hotel - best sgt. Malam pulak, sebelum gerak balik Melaka, aku gi Kepong sekali lagi. Dekat kul 1.30 pagi baru bertolak ke Melaka dgn Mamoru. Kul 3.30 pagi baru sampai kampung. Unload barang pastu zZzzZ.. ops lupa nak citer, aku terkejut beruk tgk Nazry ada kat umah sewa aku mlm nih. Dia tengah melepak dgn adik-adik lelaki aku yg no.3 & no.6. Bila aku tanya, dia tersenyum-senyum mcm senbunyikan something.. hmm ada lah yg tak kena tu. Kelakar lah dia nih. Aku hanya mampu geleng kepala..

30 Ramadhan - Mamoru awal lagi dah bertolak ke Kuala Selangor. Sedih tapi tak terasa sangat. Tahun depan mmg dah confirmed dia beraya dgn aku, so apa nak risau. Pagi nih aku ke rumah nenek. Bapak tak bagi masak kat umah sendiri. Dia suruh tolong nenek sebab tahun nih umah nenek tak ramai yg dapat balik. Banyak sungguh lauk-pauk yg kami prepare, dari rendang daging, rendang ayam kampung, sup tulang, ketupat pulut, nasi impit.. yang pelik tu, langsung tak terasa penat walaupun aku tak jamah apa-apa masa sahur. Tengahari pulak, kacau dodol. First time aku mengacau dodol taim tengahari buta. Hazabbbb.. panas! Kebetulan masa nak mengacau tu sumer bebudak lelaki takde kat umah (memasing bz buat preparation lain), terpaksalah aku turun padang mengacau sama. Malam nih last berbuka. Sebak pulak bila nak jamah nasi malam tu. Sedih beb Ramadhan dah sampai ke penghujungnya. Lepas maghrib orang dah start bertakbir raya. Sayu dengar takbir dari surau, masjid, rumah ke rumah.. tu tak termasuk bunyi mercun yg memekakkan telinga - meriah!

1 Syawal - Allahhuakbar.. dah raya! Awal aku bangun pagi nih. Siap kunci jam dari malam tadi - takut terlajak. Lepas mandi sunat aidilfitri, aku ajak adik-adik gi kubur arwah mak. Pastu balik umah salam bapak, Aunt Shi & adik-adik. Aku tak gi sembahyang raya tahun nih. Adik-adik je pegi. Rumah aku ada orang sakit. Mak kepada Aunt Shi sakit (mak mertua bapak cum nenek aku jugak lah). Nenek nih dah lama sakit (strok sebelah badan) tapi sebelum nih dia duduk kat AG. Tapi since takder siapa nak jaga dia kat sana, bapak volunteer jaga dia & bwk balik ke umah. Ada sejarah sebenarnya, dulu taim nenek nih sihat, nenek nih tak suka bapak, mcm citer ibu mertuaku tu. Tapi see.. bapak letak tepi mender nih semua. Bagi bapak, yang lepas biarkan lepas. Aku bangga dgn bapak.. alhamdullilah. Ok, sambung cerita, lepas org balik sembahyang raya, semua sepupu aku datang ke umah. Memang tetiap tahun camtu. Derang datang nak ajak pegi jalan raya sesama. Ikutkan aku tamau gi jalan memana.. segan lah dah bebesar nih. Selalunya adik lelaki no.2 yg lead rombongan beraya nih. Bila dia tader semua mcm blurred. Tapi disebabkan aku tanak tradisi nih terhapus camtu je, aku kumpulkan derang nih, lead derang dari rumah ke rumah. Best jugak jadi ketua bebudak... "Nexttt kita serbu umah sana pulak!"

2 Syawal - Habiskan masa melepak kat umah layan tetamu. Fuhh.. tahun nih umah aku paling ramai tetamu. Sekali datang je sampai 6 kereta - gila nak melayan. Kebanyakan tetamu nih anak-cucu nenek yg kena strok. Derang datang melawat. Tak menang tangan aku dibuatnya. Lewat petang baru boleh escape sekejap - pegi beraya kat umah Sarah. Dia buat open house jemput memember rapat zaman memuda dulu. Ina, Nin & Faizah pun ada sama. Seronok! Malam pulak, sambung melayan tetamu kat umah.. ramainya orang.

3 Syawal - Hari nih Mamoru datang umah. Hik. Comel je berbaju melayu siap bersampin sumer. Tak pegi mana pun. Duduk umah je. Tengahari, Mamoru mengadu lapar nak nasik lemak katanya. Mana nak carik? Manader kedai bukak. Aku ajak bapak & adik-adik lelaki sembelih ayam kampung. Aku suruh sembelih sekor tapi bapak sembelih sampai empat ekor. Mamoru siap tukar baju join cabut bulu ayam. Kesian tengok dia kena gelak dgn adik-adik aku sebab tataw siang ayam - nak makan nasik punyer pasal. Sesambil yg lelaki siang ayam, aku prepare bebahan nak buat rendang & masak sambal. Buat dua jenis lauk je. Nak kejar masa sbb petang tu aku nak bawak Mamoru gi beraya. Lewat petang pegi umah Faridah (member aku taim study dulu). Pegi dgn Mamoru, Wan, baby Nina & adik aku no.3 & no.6. Malam pulak, satu family pegi umah Datuk saudara aku kat Klebang.

4 Syawal - Bertolak balik KL. Sepatutnya aku dgn Mamoru masuk opis hari nih. Tapi kami tambah cuti sehari lagi. Pegi tengok movie - citer Otai. Tengok preview citer nih cam best.. tapi aisey taderlah best mana pun. Malamnya, bapak, Aunt Shi & pakcik sekeluarga datang KL. Kami gi Kepong gegamai pastu gi Segambut - beraya. Bapak tak spend malam kat KL, dia direct balik Melaka.

5 Syawal - (Semalam) Keje lah beb. Nak hapdet blog semlm tp tader masa. Ekceli bukan tader masa.. mood raya tu kuat sangat sampai 'bercinta' nak pegang keybod nih hah. Malam tadi gi habiskan masa main bowling dgn Mamoru & adik-adik. Tengah malam baru balik umah sampai terlajak tido pagi nih.

Hari nih plan nak balik awal. Baju yg belum dibasuh berlambak kat umah. Esok, insyaAllah nak buat puasa enam (cum puasa ganti). Mamoru pun dah setuju nak puasa sama. Ada lah geng nak berbuka nanti.

Lepas nih, boleh lah kosentret untuk life aku pulak. Banyak preparation nak kena buat untuk wedding nih. Tingal lagi 3 bulan dik nonn.. akak ketaq.

3 comments:

Anonymous said...

hmm.. mcm tak pecaya je kn wak...

Selamat Hari Raya.. dgn ingatan tulus ikhlas, mohon maaf atas segala keterlanjuran sepanjang p'kenalan.. (mcm kata2 dlm kad raya plak) heheee.. :)

Anonymous said...

yatt, kann?.. cepat sgt masa berlalu. selamat hari raya wak, maaf zahir & batin :)

Anonymous said...

iyer la.. saper lagi.. (prasan glamer) hehee..