KENGKAWAN

Friday, November 30, 2007

Trans Bintang versi gambar

Baru aku perasan, aku tak penah upload gambar masa aku pegi xpdc Trans Bintang. Dunno why. Maybe sebab aku dah publish kat multiply kut (anyways, my multiply tu restricted only for my networks) So here goes, trip Trans Bintang selama 6 hari. Empat buah gunung yang terletak di sepadan Perak-Kedah berjaya ditawan!

1. Gunung Bintang False
2. Gunung Bintang South
3. Gunung Bintang
4. Gunung Bintang North

Cerita tentang xpdc nih boleh dibaca di SINI


Hari pertama: Perjalanan almost 4 jam. Halangan pertama, 4wd sangkut. Kemsait kat Bukit Sempadan

Hari kedua: Kami berjaya tawan puncak Gunung Bintang False

Hari ketiga: Puncak Gunung Bintang South berjaya ditawan (kemsait emergency sbb dah tengah malam baru sampai puncak)

Hari keempat: Puncak Gunung Bintang pula berjaya ditawan


Hari kelima: puncak gunung terakhir iaitu Gunung Bintang North berjaya ditawan.. dan mission accomplished

Hari Keenam: Berkampung di Kemsait Sg. Kupang (kemsait emergency sebab tak sempat keluar ke kawasan perkampungan terdekat)

Gambar sampingan semasa trip:

Reward untuk diri di hari terakhir! Bersihkan diri dari lumpur & pacat..

Soru taim.. tak pandang kiri kanan dah.. lapar beb!

Tengah pulun roti gardenia lepas turun dari puncak gunung False

Cik Pisang sedang senyum dalam derita sebab terpaksa meredah hutan buluh menuju ke puncak Gunung North

Skem & Mawi basah lencun - its so windy, drizzly & damn cold oke!

Berhati-hati seimbangkan berat badan + beg sambil meniti dahan pokok yg tumbang.

Tumpukan perhatian anda pada lorong yg terbentuk dari sususan pokok hutan nih. CuNn sangat. Kiri dan kanan pokok ada gaung yg curam. Laluan nih dipanggil permatang.

p/s: credit to Bargading for diz pics

2007 nak habis

Semlm, pukul 2.00 ptg aku dah keluar dari KGPA. Tournament habis awal. Nak masuk opis, rasa macam malas pulak. Terus gerak balik umah. Lagipun aku bajet nak basuh baju yang bertimbun kat umah tu. Bukan baju aku, tapi baju adik-adik aku yang ramai kat umah tu. Sekarang nih kan musim cuti semester / sekolah, tu yang ramai melepak kat umah aku.

Lepas membasuh, mengemas pulak. Aku kerah adik-adik semua mengemas sama. Geremm gak dengan derang nih. Tau lah cuti, kemain lagi enjoynya. Bangun tido, bukan tau kemas bantal selimut, terus bukak tv. Tengahari sampai ke malam pulak menghadap internet. Cari citer Naruto la.. cari lagu la.. bukak youtube la.. cemacam lagi.

Malam tadi tak masak. Lauk tom yam banyak lagi. Lagipun lauk pauk yang aku tapau dari KGPA dah terlebih banyak pulak; ada ayam masak gajus, filet ikan masak sos, daging masak halia dengan sayur campur. Banyak kan? Alhamdullilah, rezeki adik-adik aku.

Aku demam kekura sekejap malam tadi. Sebenarnya aku tak boleh tidur bawah kipas yg dipasang dengan laju (kipas siling). Nanti tetiba je selsema & susah nak bernafas. Nasib baik aku terjaga. Bangun jap slowkan kipas, pastu pegi bilik adik lelaki aku - amik selimut. Masa tengah teraba-raba dalam gelam cari selimut, adik lelaki aku tegur. Tak tido lagi rupanya. Dia panggil aku duduk sebelah dia - cerita tentang problem dia. Kesian adik no.3 nih. Layan berbual sekejap.. tup tup.. aku tertido terus sebelah dia sampai subuh. Mesti adik aku bercakap sengsorang malam tadi. Kesiannyaaa... Bangun pagi tadi aku tengok dia dah terhimpit ke dinding.. huhuhu.. dah lah tilam bujang, tido sampai dua orang.. isk.

Esok dah start bulan last (Disember) untuk tahun 2007 nih. Kejap betul kan masa berlalu sekarang nih. Biasanya bila sampai bulan Disember setiap tahun, aku akan fikir balik apa benda yang aku dah buat untuk sepanjang tahun tu. Memang susah nak ingat, tapi nasib baik ada blogspot nih. Boleh aku belek baca semua perkara yg jadi kat aku. Kira macam tengok flashback drama live kita sendiri lah. Alhamdullilah, sekurang-kurangnya, tahun nih aku tak habiskan dengan perkara yang sia-sia. Ada jugak improvement dari segi taraf hidup, personal live & income. Korang sendiri macam mana? Still kat takuk lama atau dah ada peningkatan? Hahh jawab.

Perasan tak untuk tahun 2008 nanti, kita akan sambut tahun baru sebanyak TIGA kali dalam setahun? Pertama, 1 Januari. Kedua, Maal Hijrah 1429. Dan yang ketiga, Maal Hijrah 1430. Menarik kan? Merasalah korang buat azam tahun baru sebanyak tiga kali dalam setahun! Kan?

Hm.. nak ajak mamoru pegi lunch, tapi lupa pulak hari nih hari Jumaat. Hik.

Wednesday, November 28, 2007

Menu for tonite



Terlebih rajin aku malam nih sampai tiga jenis lauk aku masak.. ada baby kailan masak ikan masin + tom yam campur + ikan kembung masak pedas.. Cuma lauk gulai lemak nenas dgn su'un goreng tu adik pompuan no.6 masak siang tadi.. Alhamdulillah, kenyang perut kamu adik-beradik.

Oh btw, gambar kat atas nih di amik selepas makan.. hehe. Tak nyempat nak amik gambar sebelum makan, akak penat malam nih dik nonn!

Santai di opis

Bz semlm. Bz dengan personal work.

Pagi tadi sempat breakfast dgn Mamoru. Dia kata, Zin tanya bila kami free. Zin nak ajak pegi mendaki kat area Kuala Kubu Baru. Menarik juga plan dia, lagipun trek kat situ agak santai & ada air terjun yg cuNn. Boleh lah bawak adik-beradik aku sekali. Adik pompuan no. 6 dah banyak kali tanya bila aku nak bawak dia pegi mandi air terjun lagi. Hik. Aku suka kalau adik-beradik aku suka masuk hutan. Biar derang tau macam mana best-nya dapat join xtvt outdoor nih. Anyways, date tak confirm lagi, maybe minggu depan kut sebab minggu ni kena pegi Teluk Intan - ada family matters.

Esok ada golf tourney kat golf club area opis nih. Tak ramai pun yang join, just 10 flights je. Rasa macam malas nak pegi pun ada. Hmm.. kalau tak pasal keje, tak kuasa aku.

Sekarang nih tak banyak sgt keje kat opis. Tunggu AGM bulan depan je lah. Pastu baru start dgn projek baru untuk tahun depan. Sejak kebelakangan nih kan, aku makin bosan dgn keje aku sekarang. Terlalu banyak masa lapang. Sampai aku sendiri dah tak tau nak buat apa. Cuba rekemen sikit xtvt yang aku boleh buat kat opis nih? Nak surf internet? Tak yah lah, dah naik muntah aku menghadap pc nih. Even access internet kat umah pun aku dah jarang guna.

Ok, siapa tak suka keje goyang kaki kan? Tapi kalau dah selalu sangat.. bosan sey.. otak jadi krem. Tapi, in second thought, aku patut berterima kasih jugak pada kompeni nih sebab masa lapang yg terlalu banyak nih lah mendorong aku start buat bisnes sendiri. Bukan bisnes buat taik mata ok. Bisnes kecik je. Aku just silent partner. Yang tukang manage-nya, Nazry. Bukan tu je, sebab masa lapang yg banyak nih jugak lah aku terdorong nak sambung study lagi. Even now pun aku dah start isi borang untuk sambung belajar balik. Sure korang dapat bayangkan cemana 'free' nya aku kat kompeni nih kan? Kalau tak, takdelah aku update blog sampai berkali-kali dalam sehari!

Cerita lain pulak:

Aku dah siapkan design untuk invitation kad. Aku buat kaler hitam.. haha gothic sungguh! Simple je design dia sebab aku tak suka kad yang crowded dan penuh dgn tulisan or hiasan. Yang best tu, Mamoru cakap cantik. Adik-beradik aku pun cakap cantik.. tapi maybe aku akan tukar warna kad tu kut. Takut nanti bapak aku komplen - kang dia cakap macam kad nak ajak pegi funeral pulak. Hik. Apa pun aku puas hati jugak lah. Bangga sey dapat buat kad untuk wedding sendiri.

Sebut pasal bapak, sekarang nih bapak tengah bz dgn projek dengan Pertubuhan Perusahaan Peladang. Kata bapak, tanah sawah terbiar kat depan umah kami tu sedang dibersihkan. Parit untuk salurkan air dari sungai pun dalam pembinaan. Seronoknya. Tak sabar pulak nak balik kampung tengok perkembangan projek nih.

Hm.. bilanya aku nak balik kampung? Minggu nih pegi Teluk Intan, minggu depan pulak nak masuk hutan.. minggu laaagi depan pun nak masuk hutan.. Susahnya nak buat pilihan antara kampung & hutan. Susah sangat, aku berkampung dlam hutan je lah!

p/s: (to my sis-in-law) Ida, nak join pi Air Terjun Sg Chilling tak? (port hari tu). Tapi kali nih kita camping kat area jambatan gantung (entrance). Malamnya kita BBQ ikan bakaq dgn ayaq asam :) - Ada brani?

Monday, November 26, 2007

Perhimpunan haram

Lately makin ramai pulak orang buat memender camnih ek? Best ke? Dapat apa? Ada perubahan apa-apa ke?

Baru beberapa minggu aritu orang Melayu buat..

Semalam, orang India pula..

Lepas nih.. Cina?

*mari duduk cangkung tepi jalan dan fikirkan masa depan Malaysia kita*

Sejujurnya, aku antara individu yang tak suka campur hal-hal macam nih. Lantak lah orang nak buat apa pun. Yang penting, aku, family aku, orang-orang yang aku sayang selamat. Selfish sangat kan? Haha.

Fikirlah kawan. Banyak cara lain nak express ketidakpuashatian tu. Banyakkkk lagi tempat lain yang boleh dipilih untuk buat perhimpunan nih tanpa ganggu orang lain semua. Nih pegi mengamuk rosakkan harta benda orang apa pekdahnya? Kut ye pun marah, pi la buat perhimpunan kat pulau yang tak berpenghuni. Pastu lepaskan marah dengan baling batu ke dalam laut. Baling lah sampai sengal tangan tu..

Fikirlah kawan. Dalam dunia kita sekarang nih tak ada seorang pun yg sempurna tingkah laku, baik budi bicaranya. Tak payah lah susahkan diri menuding sana sini. Kenapa tak letakkan je jari tu kat batang hidung sendiri? Susah ke? Tuhan takkan ubah nasib seseorang itu kalau kita tak usaha mengubah diri sendiri. Dan sekali lagi, cara nak ubah nasib diri tu bukanlah dengan menyertai mana-mana perhimpunan yang menyusahkan orang lain (seksa ok kalau jalan jem or harta benda rosak disebabkan mender-mender camnih!)

Sekali lagi kengkawan semua, kalau rasa nak join jugak perhimpunan camnih, sila inform awal-awal supaya anda semua boleh diberi peluang melawat dan tinggal di Iraq untuk beberapa hari sambil mengutip pengalaman yang penuh bermakna untuk perhimpunan yg bakal anda sertai. Rasalah camner orang sana gulingkan pemerintah derang secara membabi buta dan akhirnya.. tak dapat gak negara makmur, maju, aman yang derang hajati.. tau pulak sedih & nangis bila Saddam kena hukum gantung di pagi raya.. aperdaa..

*Me pungut adik-beradik, kaum keluarga, orang tersayang bawak berlindung.. err.. tataw kemana.. sedihnya*

dey thambi.. allo apek.. salam pak mat.. jom ngeteh.

Tok Nenek again

It is confirmed. Aku akan pegi xpdc Gunung Tok Nenek atau nama lainnya Table & Chair. Tak pasti pula kenapa gunung nih dipanggil Tok Nenek, tapi kalau nama Table & Chair tu memang make sense la jugak sebab batu kat puncak gunung nih berbentuk seperti sebuah kerusi & meja kalau dipandang dari jauh.. Aku penah conquered puncak gunung nih masa trip Trans V2 tahun lepas. Memang best. View sgt menarik - boleh nampak 360°!

View dari puncak gunung Tok Nenek.. baru lepas hujan taim nih. See what I mean by 360°? Boleh nampak sekeliling laa! Puncak gunung nih tak besar. Boleh muat dalam 10 orang je dalam satu masa. Tak boleh buat kemsait atas tu - kiri kanan tebing curam maa. Angin pulak, laju semacam, berdiri pun rasa goyang. Gayat akak masa kat puncak Tok Nenek nih tau.


Nih view keseluruhan puncak Tok Nenek. Close up dari puncak gunung Kayong. Nampak tak akak kat dalam gambar tu? Masa nih dgn Arman & Beckham tengah nyanyi lagu patriotik.

Dulu, bukan senang nak jejak kaki kat puncak Tok Nenek nih. Kena naik tiga empat gunung baru sampai gunung nih. Makan masa tiga empat hari jugak lah. Hazabb sangat. Tapi sejak otai-otai gunung berjaya buka trek baru ke sana, maka bertambah mudah lah perjalanan pendaki-pendaki lain (terima kasih kepada teknologi GPS & kepakaran membaca peta topografi - canggih tau orang gunung sekarang. Mendaki guna GPS gituu)

Untuk trip nih, kami akan masuk melalui Pos Brooke. Kat mana tempat nih or macam mana trek kat sini aku tak tau. Tunggu je lah nahh. Balik dari xpdc nanti boleh cerita.

p/s: credit to Bargading for these pics

Saturday, November 24, 2007

How do I look?




Baru balik dari Masjid India, temankan adik lelaki no.3 & bakal adik ipar aku beli baju nikah. Aku pun shopping sekali. Penat tp seronok sebab ada orang tolong bayarkan.. hik (thanks Mamoru!)

Friday, November 23, 2007

MBA - UM

Dapat email dari UM pagi tadi. Baru semalam aku request borang, hari nih dah sampai dalam inbox.. cepat sungguh! (terima kasih Puan Juliana). Ada 3 attachement dlm email tu: Borang permohonan, jumlah yuran & syarat kemasukkan. Pihak UM siap hantar dua salinan evaluation form untuk diisi oleh dua referee dari kompeni aku bekerja sekarang nih. Hmm.. setakat nih takde problem. Untuk referee tu, rasanya aku pass kat DO & TSG je. Boss aku semua confirm support niat suci murni aku nih.

Ekceli tarikh untuk apply program nih belum dibuka secara rasmi. Macam aku ckp semlm, advertisement mungkin keluar awal tahun depan. Tapi Puan Juliana cakap, aku boleh submit borang lebih awal.

So, UM.. here I come.



Sudirman - Anak Dagang

Selain Alleycats, aku jugak peminat setia lagu-lagu allahyarham Sudirman. Fanatik nih sampai ada pasang niat nak melawat kubur allahyarham satu hari nanti, haha (sebelum tu, al-fatihah untuk arwah). Aku membesar dengan lagu-lagu Sudirman. Hampir semua lirik lagu dia aku boleh ingat dan nyanyikan dengan lancar (tanpa ambil kira pitching yg lari sini sana laa, ok). Banyak lagu dia yg bagi semangat, nasihat dan secara tak langsung membantu aku sedikit sebanyak secara psikologi (wahh ayat apa aku buat nih?).

Nih antara lagu peberet aku. Ekceli nih lagu orang lain cuma dinyanyikan semula oleh allahyarham Sudirman. Try arr dengar.. confirm korang suka. Sweet sangat.

Anak dagang di rantau orang
Biar pandai membawa diri
Anak dagang di rantau orang
Biar pandai membawa diri

Jaga tutur kata
Jaga cermat peribahasa
Selalu berbudi tinggi

Biar merendah
Kata orang jangan dibantah
Fikir dahulu sebelum berkata
Biar merendah
Kata orang jangan dibantah
Fikir dahulu sebelum berkata

Anak dagang negeri orang
Jika selalu meninggikan diri
Anak dagang negeri orang
Jika selalu meninggikan diri
Sombong dan iri hati
Mementingkan kemahuan sendiri
Akhirnya mendapat keji

Peribahasa manis jangan terus ditelan
Pahit jangan terus dibuang
Peribahasa manis jangan terus ditelan
Pahit jangan terus dibuang

p/s: Salam & selamat berhujung minggu!

Thursday, November 22, 2007

Further study

Dah lama aku pasang niat nak sambung study. Dulu ada gak buat azam nak dapatkan Master sebelum usia aku mencecah 30 tahun. Hm.. sekarang dah 28.. ada masa lagi 2 tahun.

Banyak benda yang aku kena pertimbangkan sebelum aku proceed dgn cita-cita aku yang suci lagi murni nih: Tentang Mamoru, tentang life aku lepas berkahwin, tentang adik-adik yg masih memerlukan financial support (terutama yg masih study), tentang kerja & tentang xtvt outdoor yang dah sebati dgn diri aku nih.

  • Mamoru - Aku ada cakap kat dia tentang nih. Dia seperti biasa memang tak pernah menghalang apa yg aku nak buat. Bagi dia, kalau perkara tu mendatangkan kebaikan, apa salahnya. Senang nak bincang dgn dia nih. Alhamdullilah, selesai satu cerita.
  • Life lepas kahwin - Confirm aku akan semakin bz. Mana nak settlekan hal rumah, kerja, study. Aku perlukan sekurang-kurangnya 2 tahun untuk habiskan study. Berkemungkinan aku kena rancang family yg bakal aku bina - plus dapat lah honeymoon sampai 2 tahun! Tapi.. kalau Tuhan nak bagi ‘rezeki’ aku terima je.
  • Adik-adik - InsyaAllah, aku takkan abaikan derang. Malah aku rasa, ini pun salah satu cara untuk motivate adik-adik supaya lebih rajin belajar. Tak gitu?
  • Kerja - Tak ada masalah sangat kut. Lagipun, aku pilih untuk buat part time study.
  • XTVT Oudoor - Oh, jangan sesekali fikir aku akan tinggalkan hobi yang satu nih. Lagipun kelas start pukul 6.30 ptg - 9.30 malam on weekdays sahaja. Weekend boleh lah masuk hutan :)

Anyways, advertisement untuk July intake 2008 keluar awal tahun depan. Aku pilih Universiti Malaya. Dekat & senang nak ulang alik dari rumah-office-campus-rumah. So, kalau takde aral, bermula July 2008 nanti, aku akan kembali bergelar student (isteri & pekerja). Doakan semua dipermudahkan ye kengkawan.

Menu seharian

Malam tadi Mamoru tanya mcm mana dgn perkembangan Food Program Ape-ke-nama-ntah yg aku kena buat. Err.. jap aku nak ingatkan..

Rabu
Breakfast - Buah jambu potong
Lunch - Muruku
Tea - Skip (Lum biasa lagi nak spend masa minum petang nih)
Dinner - Nasi putih + ketam goreng bercili
Supper - Skip (dah tertido)

Selasa
Breakfast - Terlupa nak makan
Lunch - Coklat bar Vochelle (tak sempat nak beli mender lain)
Tea - Skip
Dinner - Nasi putih + sotong blackpaper
Supper - Skip (sebab kenyang lagik)

Isnin
Breakfast - Malas nk turun makan
Lunch - Roti canai sekeping (nih pun mamak tu siap hantar sampai depan pintu opis)
Tea - Coklat bar Vochelle
Dinner - Nasi + sayur campur + sambal ikan bawal
Suppper - Skip (dah tertido)

Hahaha.. angin je dia bila dengar menu aku sepanjang tiga hari nih. Tapi, kira ok la tu kan. At least dalam sehari, sekali aku makan nasi. Sebelum nih jangan harap.. nak jamah nasi seminggu sekali pun susah tau.

Ok.. ok.. jangan marah lagi. Dengan ini, saya berjanji akan melipatgandakan usaha saya untuk makan.. hahaha. Errkk, ok ok, saya serious.

Wednesday, November 21, 2007

Trip gunung lagi

Chua (housemate Mamoru) call aku malam tadi. Inform tentang xpdc ke Gunung Batu Putih yang dia organize bulan depan. Macam hampeh.. saja la tu nak jeleskan aku. Dia tak bagi aku join sama.. 'darah manis' katanya. Alah, percaya sangat lah memender tahyul nih. Mana ada darah manis.. semua darah masin lah (ops pecah lubang aku penah 'rasa' darah).

Geremm! Aku tak kira, aku nak jugak masuk hutan. Aku nak jugak pegi mendaki.

Aku ada beberapa pilihan untuk trip bulan Disember nih. sama ada pergi xpdc Gunung Benum atau:

XDPC Gunung Tok Nenek (Table & Chair)
Lokasi: Gua Musang via Pos Brooke
Date: 15 - 16 Disember 2007
Fee: Tak sure
Organizer: (trip underground, so tak boleh kasi contact number)

XPDC Transtitiwangsa V2
Lokasi: Dari Lasah, Perak ke sempadan Pahang - Kelantan dan keluar kat Blue Valley, Cameron
Date: 23 - 31 Disember 2007 (9 hari)
Fee: Tak sure (RM 200 ++)
Organizer: Mat Wei 017-2895097
(Note: Trip Trans V2 nih confirm Mamoru tak bagi pegi, lama sangat masa yang diambil - dia tanak aku calar-balar bila wedding nanti)

XPDC Gunung Pulai & Gunung Helang
Lokasi: Baling, Kedah
Date: 7 - 8 Disember 2007
Fee: Tak sure
Organizer: Kak Melati (trip personal nih, aku tak berani letak contact number. Kalau ada yg berminat, email je nanti aku kasi detail)

p/s: bagi yang mungkin tertanya naper sampai 3 entry hari nih.. aku free lah - tadak keje. Masuk opis dari pagi tadi sampai laaa nih goyang kaki. Siapa suruh TV3 kansel event aku untuk hari nih kan?

Butet

Butet: Ko duk dendiam jap, aku nak amik gambo nih
Aku: Jap.. aku nak kontrol ayu.


Nih member aku dari sekolah menengah. Kami duk sekelas (meja sentiasa sebelah menyebelah) dari form 2 sampai lah kami form 6 kat SMSA. Paling tak dijangka bila kami dapat tawaran masuk universiti yang sama sedangkan masa apply tu kami decided tanak mintak tempat yang sama. Lebih menarik lagi bila course yang kami ambil pun sama.. even kolej kediaman kami pun bersebelahan (dia Pernas, aku Proton). Masuk tahun nih, dah 15 tahun kami berkawan. Aku panggil dia Butet. Nama sebenar, tak leh cakap arr.

Aku grad lebih awal dari Butet sebab aku suka ambil credit hours melebihi jumlah maksimum setiap semester. Lepas grad, aku lost contact dgn dia sekejap. Maklum lah masa tu aku tengah struggle nak bina life kat KL nih. Butet pun bz dgn final semester dia.

Setahun lepas tu aku contact dia balik. Dia dah jadi cikgu. Mengajar budak sekolah rendah kat MT. Alhamdullilah.

Teringat zaman sekolah dulu, masa first time aku tegur Butet kat padang perhimpunan SMSA. We didnt really get along masa tu, even sampai sekarang aku tataw macam mana kami boleh rapat. Padahal kalau nak dibandingkan dgn Butet, aku jauh lebih agresif & suka melawan. Butet pulak jenis pemalu & skema.

Masa form 2, baru kami duduk sekelas. Itupun lepas aku kena tendang dari kelas A ke kelas B sebab result aku teruk.. haha (masa nih banyak family problem). Form 2 aku selalu ponteng sekolah. Masa nih life agak teruk sebab kena pikul tanggungjawab besar sejak bapak bawak kami adik-bradik pindah umah. Aku kena jadi mak - masak, basuh baju, kemas umah untuk adik-adik. Tambah pulak bila aku berkawan dgn member yg memang tak minat belajar. Lepas kenal dgn Butet baru aku jadi rajin ke sekolah.

Masa form 3, Butet selalu cerita tentang abang dia yang belajar kat UKM masa tu. Dia selalu cakap betapa dia bangga dgn pencapaian abang dia dan dia nak berusaha keras untuk pastikan dia lulus dalam pelajaran dan masuk universiti. Dia siap tampal gambar konvokesyen abang dia kat meja sekolah. Semangat Butet buat aku kagum. Dalam diam aku turut simpan cita-cita nak masuk universiti jugak.

Form 4, bila result PMR keluar, cikgu suruh semua student pegi kantin - ada briefing tentang pembahagian kelas untuk masuk form 4. Kata cikgu, kami boleh pilih nak masuk mana-mana kelas ikut keputusan PMR kami. Masa tu ada empat kelas - sains tulen, sains teknologi, ekonomi dan last sekali sastera. Result aku membolehkan aku masuk kelas sains. Result Butet tak berapa ok. Dia terpaksa masuk kelas ekonomi. Sedih Butet bila kami berlainan kelas. Aku pulak tak sampai hati nak tinggalkan dia.. aku mintak cikgu tukarkan aku supaya sekelas dgn Butet.

Form 5, ada krisis antara aku dgn Butet. Semua bermula dgn kedatangan student baru dari Perak ke kelas kami. Tak ingat nama dia, tapi rupa dia aku ingat sampai sekarang. Biar aku namakan Haida. Haida nih anak tunggal. Tinggal dgn mak dia je sebab parent dia dah bercerai. Sejak Haida ada, Butet jarang bercakap dgn aku. Study pun dah tak sesama. Even meja aku yg sepatutnya sebelah meja dia ditukar dgn meja Haida. Sedih sey taim nih. Aku marah sangat kat Haida. Marah dalam hati je lah. Masa first day SPM start, Haida ajak aku pegi rumah dia sementara nak tunggu paper seterusnya yg start sebelah petang. Aku setuju. Teringin pulak nak tengok kenapa Butet lebih pentingkan Haida dari aku. Bila sampai rumah sewa Haida, terkejut aku tengok mak Haida yg lumpuh seluruh badan. Haida lah yang prepare makan minum dan tukar pampers mak dia. Kata Haida, mak dia lumpuh sebab nak selamatkan dia yang still baby lagi masa eksiden - Bapak dia yg drive keta tu, mak dia duduk kat belakang dukung Haida. Tulang belakang mak dia patah dan terus lumpuh sampai sekarang. Lepas eksiden, bapak Haida ceraikan mak Haida & kahwin lain. Nenek Haida pulak selalu marah dan cakap Haida nih pembawa malang sebab buat anak dia (mak Haida) lumpuh. Sedih aku dengar cerita Haida. Start dari hari tu aku dah tak kisah kalau Butet tak berkawan dgn aku sebab Haida. Biarlah, bagi aku, Haida lebih memerlukan kawan dari aku.

Form 6 (Lower), result SPM keluar. Aku dapat 1st Grade 20 Agrd. Alhamdullilah. Bangga lah jugak walaupun agregat tu hampir sampai ke hujung. At least aku berjaya gak dapatkan Gred 1 walaupun tahun tu aku dilanda dugaan yang sangat berat (aku kehilangan arwah mak untuk selamanya). Aku dapat offer buat Diploma TESL kat UPM. Butet? Dia dapat Gred 2. Tak pasti mana silapnya sampai result dia jadi mcm tu. Aku pujuk Butet masuk form 6, tapi dia malu (zaman aku dulu orang selalu pandang rendah mereka yg masuk form 6). Aku cakap kat dia form 6 tu satu-satunya cara terakhir untuk dia capai impian dia. Aku siap janji nak stay dan temankan dia masuk form 6 sesama. Aku tolak tawaran UPM dgn alasan TESL tak boleh bawak aku pergi jauh. Masa tu mind set aku duk fikir kalau amik TESL, bidang kerja aku hanya dalam bidang pendidikan je lah. Aku tak minat.

Form 6 (upper), aku dgn Butet buat studygroup. Ada tiga orang kawan lain turut join study group kami setiap malam (Nazry, Khidir & Ronny dari sekolah SGB). Sebelah siang, pulak lebih ramai lagi student for 6 yang join sama. Lebih 10 orang! Seronok gila. Aku tak penah rasa enjoy sampai mcm tu bila study. Yang paling membanggakan, bila result STPM keluar, semua pelajar yang join study group kami berjaya masuk universiti! Rasanya nih kenangan paling manis masa zaman sekolah dulu.

UUM pulak.. err.. panjang pulak cerita aku kali nih. Sambung lain kali lah. Aku cuma nak cerita tentang Butet je. Tentang macam mana dia ubah persepsi aku terhadap cita-cita dan pelajaran.

Sotong masak blackpaper

Nih resepi cincai yang aku cipta malam tadi.. pedas gila hahaha.. tapi aku suka! Apa barang jadi orang Melaka kalau tak boleh tahan pedas, ye tak? Ok, tanpa berlengah lagi, lets berkenalan bahan-bahan yang aku guna untuk mencipta resepi nih.



Bahan-bahan yg diperlukan: sotong, cili kering, cili padi, bawang merah & bawang putih (bagi yg tak tahan pedas tu, korang abaikan lah penggunaan cilipadi & cili kering oke) Sila bersihkan dan potong ikut gambar di atas.. nak potong ikut suka pun boleh. Takde hal.



Tapi sebelum tu, sediakan ramuan lain seperti: sedikit lada hitam, halia, bawang putih & bawang merah dan tumbuk sampai lumat dgn menggunakan lesung. Nak blend pun boleh, tapi hazab lah sebab bahan nih seciput je. Lepas siap semua, kita tumis bebahan yg dah lumat nih dalam kuali sampai kekuningan.


Kemudian, masukkan cilipadi, cili kering & hirisan bawang merah tadi (bagi yang tak suka pedas, skip part nih dan terus masukkan hirisan bawang dan sotong tau).. goreng dalam dua tiga minit dan last sekali, masukkan sotong. Kacau selama 10 minit, pastu bubuh garam secukup rasa dan hidangkan.. senang & simple kan?


Tadaaaa...!

Tuesday, November 20, 2007

Tercekik

Semlm ada satu cerita serious tapi kelakar. Akak tercekik biji ciku dik nonnn! Haa apa lagik, gelak lah.. gelak kekuat. Akak tak kisah pong.. sebab semalam akak dah puas digelakkan oleh para nurse & doctor. Merasa akak dihantar ke wad kecemasan ENT.

Ok, setakat tu je boleh cerita. Apa pun alhamdullilah, biji ciku yg tersangkut kat tekak dah berjaya ditelan.. hik. Ekceli, masa on the way ke hospital aku dah tertelan biji tu. Mungkin luka akibat terguris kat tekak buat aku rasa macam biji tu still tersangkut lagi. Tak pepasal aku buat semua orang kelam kabut, esp, Mamoru & doctor kat emergency room tu.. hahaha.. ops, sorry.

Moral of the story, jangan buat keje sambil makan.

Sebut pasal makan, aku sekarang nih under Food Program aper-ke-nama-ntah. Tak ingat apa Mamoru cakap rituh. Yang aku tau, program nih untuk forced aku makan. Kata Mamoru dalam sehari dia nak aku mkan 5 kali sehari (breakfast, lunch, tea, dinner, supper) – suruh tambah berat katanya. Masa memula dia cakap rituh, aku bantai gelak je lah. Tapi bila fikir balik, ada gak betulnya. Berat aku sekarang = 38 kg dan semakin menurun. Sebelum puasa, berat aku = 43 kg. Pertengahan tahun 2007 = 45 kg (see, makin kurang kan) Nak kata aku diet, takde lah pulak. Hari-hari aku pulun choc bar vochelle yang besar kat opis. Tapi err.. hehe.. bila dah makan choc perut cepat kenyang. Selera nak makan nasik pun kurang.

Anyways, mission aku sekarang nak tambah paling kurang 5 kg lagi supaya tak nampak terlalu ‘sekeping’ masa sanding nanti. Ada lagi 2 bulan, insyaAllah sempat...

Balik dari hospital semlm, aku terus ajak Mamoru gi butik yang kami booked tu. Tengok baju lagi. Over kan.. hehe, terus sihat nih. Habis semua baju aku melaram. Siap bergambar lagi (tapi tak leh upload sini lah, Mamoru tak bagi). Ekceli, sabtu lepas dah pegi outlet butik tu kat Taman Dagang. Spent seharian kat sana. Dah jumpa pun apa yang di cari. Petang semlm tu just sesaja je menghabiskan masa.

Monday, November 19, 2007

Kerana nila setitik

Kalau pengurusan tak professional.. alamat, lingkup lah kompeni. Tapi kan, nasib baiklah TV3 tak banyak pesaing.. kalau tak, jangan harap.

Masuk kali nih dah 2 kali management TV3 postpone corporate visit yg aku organize. Kalau inform awal-awal, takpe lah.. nih tarikh visit tu lusa (21/11/07). Diulang, LUSA ok! Gila apa kansel last minit? Guests yang aku bawak nih bukan lah budak sekolah menengah yg nak buat lawatan sambil belajar, tapi ex-student dari Harvard yang mana semuanya corporate leaders & ada 'title'. Alasan apa aku nak explain kat guests aku nanti. Kalau first time orang TV3 tu kansel program aku nih takper lah.. nih dua kali. Diulang DUA kali! Mana aku nak letak muka aku nanti? For sure the blame goes to me lah kan. Confirm aku yg dilabel tak cekap.. tak pandai pilih tarikh.

First time TV3 confirm bagi tarikh untuk event nih masa 2 Ogos lepas. Last minit derang postponed due to urgent management meeting katanya. Ok, that was acceptable. Pastu lama gila nak tunggu derang bagi tarikh baru. Bila dapat tarikh baru (21/11/07), person in charge kat TV3, Mohamad Bahadon (Senior Exec) called kak Bunga pagi tadi inform program kami terpaksa dipostponed disebabkan derang ada lawatan dari Kementerian aperntah. Sungguh tak professional. Pelik lah aku dgn management macam nih. Boleh jadi dia tukar program kami sesuka hati.

Person in charge tu pun satu hal. Nak contact sikit punya payah mengalahkan CEO TV3 tu sendiri. Menyedihkan kan lah management TV3 ada staff camnih.

Sunday, November 18, 2007

Sinchan?


"No lah... its Ayumi lah.. I'm just sleepy.. Apa lah Mak Long nih!"


Haha.. confirm Ayumi marah bila dia tengok aku publish gambar nih bila dah besar nanti..

Bahagian muka yg sexy?

Haha merasa jawab soalah ala-ala artis gituu..

Ok, first, my eyes.

Second, my lips.

How do I know? Most people said so. Hik.

Masa aku sekolah menengah dulu, ada sorang cikgu lelaki nih, nama dia Ishak. Sgt sporting & understanding orangnya. Dia panggil aku Edy (tataw naper ada dua tiga orang cikgu suka panggil aku Edy. Pelik kan? Mungkin sebab singkatan dari Adly or mungkin sebutan huruf A dan D (A.D). Tak kisah lah, lagipun aku mcm suka pulak bila dipanggil camtu. Macam macho je bunyiknya.. haha. Off record: dulu aku a bit boyish la jugak.. hehe.

Cikgu Ishak: Edy boyfriend kamu mesti suka tgk mata kamu kan?
Aku: Hisyy..saya manader boyfriend
Cikgu Ishak: Alah, jangan nak tipu sayalah.
Aku: Betul.. seriyes! (Memang aku tak penah cintan citun sampailah aku form 6)
Cikgu Ishak: Saya pun serious nih.. boyfriend kamu mesti suka tgk mata kamu masa dating kan?

Cikgu Ishak orang first yg tegur pasal mata aku. Taim tu aku form 3.

Pastu bila aku start berdating masa kat kampus, aku tanya la exboyfriend aku:

Aku: Part mana yg awak suka tengok kat muka saya nih?
Exboyfriend: Hrmm... semuanya lah.
Aku: Pilih satu je lahh!
Exboyfriend: Bibir.

There u go.. mata & bibir. Oh, ada satu lagi pujian yg aku dapat dari sorang teman dulu. She said, bentuk badan aku kalau pandang dari belakang memang mengancam.. hahahahahaha (poyo je).. the truth is, tu kalau pandang dari belakang je lahh kann. Kalau dari tepi confirm hancusss... sekeping macam plywood. Ops, nih dah lari topik. Soalan just tanya pasal muka kan? Hik

Its real oke. I dont need fake eyelash. A lil bit of mascara is more than enough.

p/s: bersyukur dgn apa kita ada

Friday, November 16, 2007

Unpublish photo

Kinabalu

Mersilau Park - First time jumpa Mamoru - Sesi suaikenal

Kat puncak Gunung Kinabalu dgn Mamoru - Sejuk gila taim nih - Kami antara yg terawal sampai kat puncak nih - 5.30 pagi

Transtitiwangsa V2

Kat Stesen Ketapi Sg. Siput.. sebelum bertolak masuk hutan untuk 8 hari

Dengan memember yang gila-gila kat puncak salah satu puncak gunung yang berjaya kami tawan dalam trip Trans V2

Dengan Mamoru kat tengah hutan - Raincover beg aku koyak sebab beg terlebih muatan - Besar gila beg aku kan? Deuter 50+10 liter - Sama besar dgn beg Mamoru.

Kawan lama

Demam ler.. sekarang nih ujan manjang kat KL. Habis semua adik-bradik aku ikut demam sekali :(

Semalam antara hari-hari yg best dalam hidup aku. Sorang lagi kawan yang dah lama lost contact tetiba muncul kat dunia internet nih (to him, tak sangka kan.. dah 10 tahun). Apa pun alhamdullilah, betul lah kata orang, kalau kita treat kawan kita baik, tak kira berapa lama hilang pun satu hari nanti dia akan cari kita semula. Syukur sangat, bukan dia je, malah satu demi satu kengkawan lama aku muncul semula. Baik dikalangan straight atau plu.

Malam tadi aku masak ketam goreng bercili. Dekat nak pukul 10 malam baru start masak.. haha. Sebelum tu, leka sangat berjalan kat Mid Valley. Lama dah tak masak ketam nih. Adik-adik aku kat umah tu bukan semuanya suka seafood. Kalau aku masak lauk ketam, udang, sotong.. alamatnya aku makan sengsorang lah. Lagi tu, kalau masak lauk berasaskan ikan, memacam pulak karenahnya. Ada yang suka ikan tu digoreng dulu sebelum dimasukkan dalam gulai (asam pedas / gulai lemak), ada yang prefer masukkan mentah-mentah.. eyy cemacam lah. Kengkadang tu kalau aku geremm sangat, aku masak je ikut selera aku. Ikut suka lah nak makan atau tak.

Aiyohh makin menjadi-jadi pulak batuk kokol nih.. uhuk ..huk ..huk

Tak larat arr nak nulih lagi.. ok lah kengkawan, selamat berhujung minggu.



Thursday, November 15, 2007

Access internet dari kg

Ada orang remind aku update blog.. hehe. Jgn risau, aku takkan lupa punya. Memang dah rutin maa.

Ingat tak rituh aku ada cerita pasal Maxis Broadband. Tak sangka berguna gak guna mender alah nih. Memula tu, aku ingat nak terminate servis nih lepas free trial selama tujuh hari. Tapi hari tu, masa balik Melaka, aku try pasang kat kampung.. walaweii.. ada connection lah! Serious tak sangka boleh surf internet dari umah kampung. Almaklum lah, kampung aku tu dah masuk kategori ceruk pedalaman. Macam tak percaya je!

Tapi connection agak slow lah sebab guna GPRS. Aku nih sebenarnya bukan faham pun jenis-jenis connection untuk internet nih. Nasib baik Mamoru tu expert IT. Dia lah yg explain hal-hal camnih kat aku. Kata Mamoru kat kampung aku nun cuma ada GPRS.. kalau ada EDGE atau 3G, sure laju sikit connectionnya. Err.. dah lah tayah cakap pasal memender teknikal nih, kang kalau tersilap explain, jadi ajaran sesat pulak. Macam aku cakap tadi, aku bukan reti pun, yang aku tau, janji ada internet connection untuk aku update blog nih. Bab yang lelain, biar Mamoru uruskan. Hik.

Point aku sebenarnya.. since aku dah ada portable internet access nih, boleh lah aku hapdet segala mender yang aku lalui setiap kali aku bercuti kat kampung. Esp, bulan february nanti. Fyi, taim tu nanti aku akan bercuti selama 10 hari. Merasalah aku duduk menghadap laptop sambil pakai inai kat jari.. hehehe.. habis lah laptopku berinai sekaliii..

Oh.. Mamoru called - dia ajak lunch. Ok lah, daaa..

Wednesday, November 14, 2007

Nak masuk hutan

Ho yehh.. aku baru dapat tahu tentang trip ke Gunung Benum yg bebudak outdoor buat untuk penutup xpdc hujung tahun nih.

Tapiiii... tak boleh nak hepi lelebih sebab aku tataw lagi sama ada Mamoru dapat join atau tak. Maklum lah, dia baru je start keje kat tempat baru. Prestasi nak kena jaga beb. Kang kalau amik cuti awal sangat, apa pulak kata boss dia.

Kalau ikut aku, memang teringin nak pegi sesangat. Sangap dah nih.. lama sangat tak masuk hutan. Rindu betul nak pikul haversack berat-berat bawak panjat gunung. Rasanya, aku takde masalah kalau nak pegi sengsorang tanpa Mamoru.. dan Mamoru pun takde masalah nak lepaskan aku pegi. Lagipun tanak lah nanti orang kata aku nih manja sangat asyik nk berkepit je 24 jam. Tapi, tu lah kan.. macam tak best pulak nak pegi enjoy while Mamoru menghadap keje sengsorang.. Kecian dia..

Tengok lah camner. Apa pun.. kepala aku dah terbayang-bayang puncak Gunung Benum yang dah lama aku idam untuk di tawan!

Sesiapa yg berminat nak join xpdc nih sila contact person in charge kat bawah. Kalau 'tuah' ada kat aku, insyaAllah dapat lah kita trekking sesama dlm trip nih. Maju lah sukan untuk negaraaaaa!!

XPDC Gunung Benum
Location: Raub, Pahang
Date: 29 - 31 Disember 2007
Bayaran: RM 143 (termasuk transport dari KL-Raub-KL, rations, guide, 4wd & permit)
Contact person: Adik 012-7059747 (protege Muz SOS)

p/s: To my adik-beradik & adik ipar.. rahsiakan trip nih dari bapak & nenek tau.. kang tak lepas Along masuk hutan.. kang memacam dalil tentang 'darah manis' keluar.. hehe.

p/p/s: To Muz SOS, kata nak buat Trans.. nih naper gi Benum je?

Berbaju kurung

Sampai melaka semalam dekat nak pukul 11 malam. Tak sempat pun jumpa arwah. Kata bapak, jenazah dah selamat dikebumikan sebelum maghrib. Takpe lah. Sekurang-kurangnya aku patut bersyukur sebab urusan pengebumian berjalan lancar.

Aunt Shi nampak tenang malam tadi. Tapi bila aku salam & peluk dia, dia jadi sebak. Kata Aunt Shi, hampir semua adik-beradik dia sempat berada disisi arwah masa arwah hembuskan nafas terakhir. Alhamdullilah.

Subuh tadi, aku gerak semula ke KL. Tak dapat nak cuti lama.. lagipun bukan ada apa yg aku boleh buat kat kampung. Urusan kenduri kendara semua dibuat di AG. InsyaAllah, kalau takde aral, hujung minggu nih aku balik lagi ke Melaka, tolong apa patut.

Pagi nih pukul 10.30 baru masuk opis. Saja masuk lewat sikit. Ikutkan sebelum pukul 8.00 pagi aku dah sampai KL. Tapi melencong jap pegi sarapan.. hantar adik-adik balik umah.. pastu bersiap lagi.. tu yang lambat.

***********************************

Semlm borak (on the phone) dgn Nazry. Pasal projek yang tertunda. Aku cakap kat dia, aku malas nak tangguh lelama. Kalau boleh, hujung bulan February tahun depan, aku nak semuanya 'start'. Lagipun kalau takut nak labur modal, takut nak tanggung risiko, sampai bila-bila pun kita takkan berjaya, ye tak? Pasal nak cari pekerja tu, aku dah ada calon-calon yg sesuai. Part yang lain-lain pun aku tengah usahakan.. InsyaAllah. Biarlah susah sekarang, biarlah aku pening kepala nak buat dua tiga keje dalam satu masa, yang penting projek nih jalan. Mamoru pun dah nyatakan kesanggupan dia nak hulur kederat untuk mender nih.. siap bagi moral support lagi.. Nih yang buat semangat aku melonjak ke angkasaraya!

Tuesday, November 13, 2007

Al-fatihah

Innalillahiwainnailahiroji'un..

Baru sekejap tadi bapak called. Nenek tiri aku meninggal dunia tengahari tadi (al-fatihah). Kesian Aunt Shi.. sure dia tengah sedih sekarang nih. Sekejap lagi nak balik Melaka. Mungkin pegi keje dari kampung esok. Semoga roh arwah nenek dicucuri rahmat & ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Amin.

Surah Al-Fatihah:

Terjemahannya:

  1. Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
  2. Segala puji-pujian bagi Allah, Tuhan semesta alam,
  3. Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,
  4. Yang menguasai hari pembalasan,
  5. Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya kepada Engkaulah kami memohon pertolongan,
  6. Tunjukkanlah kepada kami jalan yang lurus,
  7. (iaitu) jalan orang-orang yang telah Engkau anugerahkan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) mereka yang dimurkai dan bukan (pula jalan) mereka yang sesat.

Monday, November 12, 2007

Model wannabe

Tengahari semlm, aku minta izin bapak nak keluar pi pekan MT dgn Mamoru - Nak ronda cari butik mak andam. (hehe.. taim kat KL takde lak aku nak mintak izin keluar dating ek? aiyak.. tutup muka - malu!)

Butik first yang aku pegi, not bad jugak lah koleksi baju yg dia ada. Sesuai untuk saiz badan 'xs' mcm aku nih. Tapi.. pakej yg dia offer kurang menyakinkan lah.

Butik kedua pulak, lebih kepada butik kecantikan.. pakej buang jerawat.. mandi lulur.. etc. Tak minat aku.

Butik ketiga.. hazabbb.. baju semua besar-besar belaka. Kebetulan masa aku sampai butik tu, ada sorang minah nih tengah try salah satu dari baju kat situ. Siap bersemat pin sebesar alam kat belakang nihh.. hazabb.. macam pakai kostum sarkas gamaknya. Yang aku pelik tu minah tu still cakap 'ok' bila tukang andam tanya 'ok tak pakai baju nih?'.. Dia tak perasan ke bahu baju tu terlondeh sampai ke tepi.. kalau salah pandang macam rupa orang pakai baju nak main rugby. Ikutkan hati, aku nak pangkah terus je butik tu tapi budak lelaki yg keje situ kenal aku pulak. Bertegur-sapa lah sekejap. Rupanya dia kawan kepada adik pompuan aku. Borak sekejap je. Nak amik hati dia, aku mintaklah brochure, tanya sikit lebih kurang tentang pakej yang dia ada. Pastu aku gerak gi tempat lain.

Butik keempat yg aku pegi.. hm.. tutup lah pulak.

Butik kelima & keenam.. kat bandar AG. Lepak jap kat situ tengok baju dan gambar-gambar pengantin. Tapi mak andam kat situ bz solek kan muka customer dia. Malas la pulak kami nak tunggu lelama.

Butik ketujuh aku tak pegi. Jauh tempatnya.. sampai ke Segamat nunn! Ikutkan hati, nak je aku pegi. Tapi takut pulak kalau apa yang ada kat butik tu tak memenuhi kehendak aku. Kang penat je drive jejauh. Sudahnya kami pegi jenjalan kat Bandar Melaka - dengan harapan jumpa lah memana butik yg berkenan dihati.. tapi takdok pung..

Pukul 5.15 petang, kami patah balik ke MT. Try pegi butik keempat yang tutup tu.. Call no yang ada kat pintu. Akak tu cakap dia MC, pasal tu lah tak bukak kedai. Taim nih aku dah give up.. yelah, mungkin bukan rezeki aku nak jumpa butik pilihan hati. Tetiba akak tu tukar fikiran. Sanggup lak dia dgn kaki terhincut-hincut datang bukakkan pintu kedai untuk kami.. waahhh terharu aku.

Kedai akak nih kat tingkat dua. Sebelum masuk ke butik dia, aku dah set fikiran aku kemungkinan butik nih mcm yang lain-lain jugak. Tanak berharap sangat. Lagipun aku masih ada masa nak carik butik lain. Tapi bila langkah masukk je.. wahh.. rasanya Mamoru pun sependapat dgn aku. Tak banyak soal, aku terus confirm booking! Senang keje aku, syukur sangat.

Yang bestnya, butik akak nih ada 3 cawangan. Selain MT akak tu ada butik lain kat Ampang Point & Taman Dagang. Butik kat dua tempat lain nih dijaga oleh adik & akak dia. Dia siap suruh pilih baju-baju yg aku suka kat dedua tempat nih untuk dibawak ke Melaka without any additional cost ok.. Merasa lah aku menerai semua baju kat semua tempat nih sampai pingsan.. haha.

Hear this, setiap butik yang aku nak pegi nih ada lebih 500 pasang baju.. dua butik means lebih 1000 pasang baju dik nonn.. pehh, tak sabarnya nak tunggu wiken! Mula lah aku berangan nak jadi model.. hik.

Oh, buat masa nih, aku prefer diamkan dulu nama butik & lokasi dia. Tunggu hari langsung nanti, aku promote habis-habisan ok? Tapi kalau ada sesiapa nak ikut sama 'bina masjid' dlm masa terdekat nih, meh email aku. Kita pegi shopping sesama!

Mak andam


Akhirnya, kerja yg paling penting dah selesai! Dapat jugak aku booked baju kat butik nih. Oh well, I'm not gonna wear that dress for my wedding. Mamoru tak bagi upload baju yang kami pilih. Nanti tak exclusive katanya.. hik. Fyi, untuk reception, aku akan pakai baju baru!

Last open house

We're among the first yg sampai umah Pakcik Wan. Suprisingly, Bapak, Aunt Shi & Nenek sampai tak lama lepas tu. Derang datang dari Melaka dgn Busu Bakri & Busu Zana.


Acara bakar satay kat luar umah.


Me & nenek

Saturday, November 10, 2007

Henna

oh.. belum lagi.. tarikhnya jauh lagi.. nih sekadar percubaan.. haha. Semlm jenjalan kat Masjid India, tengok ramai pompuan berkerumun kat gerai sorang abang nih. Ingatkan ada apa.. rupanya memasing tengah pakai inai. Aku pun haper lagi, merengek kat Mamoru nak menyelit sekali.. hik.

He knows I'm going to post this in the blog so he requested me pose with his favourite miniature :)

Aku yang berinai, Mamoru pulak yang paling sibuk 'menjaga' inai tu. Bukan main bising lagi suruh aku angkat tangan tetinggi lah.. jangan gegoyang lah.. jangan langgar itu ini.. hik. Comel je dia nih. Macam mana lah kalau aku bebetul berinai untuk majlis kami nanti. Boleh pengsan dia agaknya kalau kena jaga aku taim tu.. kui kui kui.

Ok lah, nak bersiap gi open house yang terakhir dlm bulan Syawal nih.. pastu gerak blk Melaka.. daa..

Friday, November 09, 2007

Take five sekejap

Bz kat opis arinih.. bz apa tataw. Hik.

Esok ada open house kat umah Pakcik Wan (adik bapak) kat Bandar Botanik, Klang sempena Deepavali Raya. Tengah dilema nih sama ada nak pegi atau tak.

Ekceli aku dah plan nak balik Melaka. Bukan balik sesajer, ada banyak mender yang aku dah list untuk dibuat kat Melaka nanti. Harap tu, kalau tak dapat settle kan semua, dapat settlekan separuh pun jadi lah. Aku tak suka bertangguh. Biar cepat selesai. Malas nak pening-pening kepala.

Oh, sekarang nih umah aku pakai Maxis Broadband. Bunyik macam gempak tapi connection dia slow jugak. Maxis buat promotion rituh. Dia bagi free trial untuk seminggu. Lepas tu kalau nak subscribe, monthly fee rm 78 inggit. Yang tak best tu, modem dia besar lah jugak walaupun portable. Kata mamat yg pasang modem tu, kalau nak yang kecik, memang ada, tapi monthly fee dia rm 130++ lah. Hmm, tak payah lah. Buat apa membazir untuk mender camnih. Aku bukannya keje guna internet. Guna pun untuk suka-suka. So, buat apa membazir untuk mender yg sekadar 'suka-suka'. Setakat nak update blog je. Kan?

Err.. korang percaya ke dlm dunia nih ada hantu?.. *ada yang kena gelak sat lagi*..

Ok lah selamat berhujung minggu, aku nak balik awal.. nak kemas umah. Petang nih Mamoru ajak pegi 'open office' kat Pejabat Tanah dot dot dot.. Ada acara makan-makan.. seronotttnyaaa

Wednesday, November 07, 2007

Truth & Fact

Few things yang orang tak tau tentang aku & Mamoru sebelum kami bertunang:
  • Kami sendiri tak tau bila kami jatuh cinta. Selama nih kitaorang just berkawan baik je. Kalau ada pun timbul rasa 'kuch kuch hota hai' tu, kami prefer untuk diamkan diri. Kira macam sendiri-sendiri faham je lah.
  • Mamoru tak penah officially lafaz those '3 words' (lepas enggaged of course banyakk kali lah kan). Maybe sebelum tu dia takut dgn aku kut. Sebab aku penah cakap, aku tak suka nak jatuh cinta lagi.. dan kalau aku jatuh cinta sekalipun, aku nak make sure org tu bebtul serious dgn aku.
  • He called me 'sayang'.. Tak ingat sejak bila dia panggil aku mcm tu.. rasanya sejak first jumpa masa kat gunung Kinabalu kut. But take note yer, panggilan tu tak membawa makna apa-apa masa tu sebab kami berdua tahu tu hanya sekadar panggilan. Lagipun, mungkin dia tak suka nama aku yg berbunyi mcm nama lelaki nih. Anyways, hes not the only person yg panggil aku 'sayang' di kalangan memember aku.
  • Aku mula buka pintu hati ni untuk Mamoru start dari bulan April tahun nih. But again, we're not really an item, yet.
  • Empat bulan lepas tu, precisely dalam bulan Ogos (masa aku outstation), Mamoru proposed aku (thru phone ok). Simple gila ayat dia:

Mamoru: Hujung bulan Ogos nih family syg pegi memana tak?
Aku: 31 Ogos.. tak kut. Public Holiday kan.. semua ada kat umah. Naper?
Mamoru: Zie nak bawak family zie jumpa family syg hujung bulan nih.. kalau boleh.. bla.. bla.. bla.. (
aku dah tak boleh kosentret apa yg dia ckp lepas tu.. nak pitam rasanya.. terkejut & speechless)

  • Sepatutnya, aku bertunang masa Hari Raya Aidilfitri, tapi nenek aku suruh sekalikan majlis merisik & bertunang masa 31 Ogos rituh (thats why aku dapat 2 bentuk cincin)
  • Ekceli aku memang tak ready untuk kahwin awal. Aku suruh Mamoru inform family dia suruh 'ikat' pertunangan nih untuk setahun, kononnya aku ada masa setahun untuk sesuaikan diri dgn semua nih. Tapi disebabkan majlis merisik ditukar kepada majlis pertunangan, kami jadi kelam kabut sampai Mamoru tak sempat nak inform family dia.. and there u go.. masa majlis pertunangan berlansung, derang terus tetapkan hari pernikahan aku. Terkejut beruk aku dengar pemilihan tarikh tu.. tapi alhamdullilah, sekarang aku pulak yg mcm eksaited terlebih nak tunggu tarikh nih.. hik.

Hm.. bunyik mcm tak romentik je kan.. Takper lah. Aku sendiri dah melalui zaman cinta-cintun yg kononya terlalu romentik sampai mencabar sungguh jalan ceritanya. Tapi apa yg aku dapat? Habuk pun tarak.

Kali nih aku nak live a simple life.. hidup yg sentiasa diredhai-Nya.. yang penuh dengan restu & kasih sayang dari kedua belah keluarga.. *wink*

My niece

*Ayuni & bakal Pak Long dia*

Semalam berebut dgn Mamoru nak dukung Ayuni.. geremmnya! Tapi last-last tu dapat jugak.. Teruja sangat bila tengok Ayuni tidur atas riba aku.. comei! Aku suka!

Jom pegi mendaki

Esok cuti. Aku ingat nak buat daypack ke gunung Nuang mcm aritu. Tapiii.. asyik ke Nuang je boring gak kan. Kalau dikira sampai hari nih, dah 5 kali aku tawan puncak Nuang! Hmm, nak buat camner.. tu je gunung yang paling dekat dgn KL nih.

Semalam, try kenen-kenen Mamoru ajak ke Nuang, as expected, dia suruh cari port lain. Dia suggested kami pegi mendaki Bukit Tabur kat area Taman Melawati (dekat dgn Gombak)

Aku penah naik Bukit Tabur nih dulu. Tapi taim tu mendaki waktu malam lah. Bukit nih takdelah tinggi sangat. Pendakian pun amik masa dalam dua, tiga jam je, cuma bahaya sikitlah sebab kat bukit nih banyak batu & tanah dia agak peroi. Memandangkan tempoh pendakian tu ssangat singkat, bukit nih sesuai untuk mereka yang baru belajar mendaki.

Err.. seingat aku, belum penah lagi aku tulis log pasal Bukit Tabur nih kan? Nanti lah.. kalau jadi mendaki kat tempat nih esok, aku hantar log kat sini.

Nih gambar masa mendaki Bukit Tabur tahun lepas (seminggu sebelum kami pergi trip Trans V2)


*pose gegamai kat starting point Bukit Tabur*

*walaupun tak se-hardcore mana, ada gak yang pewai mlm tu*

*aku dgn aksi 'konon-macho'.. err.. abaikan gambar mamat tak berbaju kat sebelah tu*


Bagi korang yang tader apa-apa aktiviti nak dibuat sempena cuti Deepavali esok, moh la kita layan mendaki kat Bukit Tabur nih. Sesiapa yang nak join, sila email aku kat adlyana1979@yahoo.com sebelum pukul 5.00 ptg nanti. Boleh kita trekking sesama. Tader bayaran dikenakan.. just suka-suka je. Tapi rations (makanan + minuman) sila bawak sendiri lah nahh (bubuh dlm beg kecik je)

Detail tentang daypack Bukit Tabur esok:

6.45 pagi berkumpul kat Taman Melawati
7.00 pagi start mendaki
9.00 pagi sampai puncak (sarapan + bergambar : fyi, view mmg cuNnn - sila bawak camera)
10.00 pagi start turun & bersurai

p/s: Sila datang dgn pakaian yang sesuai.. jangan lak pakai sari ke baju kurung ke.. kita bukan nak pi beraya ok dik nonn.. :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...