KENGKAWAN

Thursday, November 01, 2007

Design kad sendiri

Minggu lepas aku dapat kad jemputan dari Gee. Dia hantar by pos ke alamat umah sewa aku. Hujung bulan Disember nih dia nikah. Alhamdullilah & tahniah in advance untuk Gee & bakal suami. Gee nih satu 'kapal' dgn aku dulu. Peramah orangnya dan sangat suka ketawa. Kenal dia sejak tahun 2004 thru Reez. Kami rapat jugak lah tapi lost contact bila aku break dgn ex aku dulu. Cuma baru-baru nih start berhubung balik.

Seronok borak dgn dia. Macam aku jugak, dia sekarang nih kosentret 100% dgn life yang dia ada sekarang. Tergelak-gelak kami bila bercerita tentang memender lepas, esp tentang perkara-perkara yang kami buat dulu.. Dulu nak buat apa semua ikut hati. Pandangan, nasihat orang semua letak tepi, konon diri sendiri betul. Bila dah terhantuk, baru nak terbukak bijik mata. Baru tau mana kawan, mana lawan. Baru sedar diri banyak terleka. Masa depan ntahapehaper.. *ops melalut pulak*.. Hik.

Arinih aku bizi men-design kad jemputan.. haha. Macam kat opis nih takde keje je bunyinya kan? Ada keje sebenarnya tapi takdelah banyak mana pun. Buat sekejap dah siap. Kang kalau buat semua, cepat lak siapnya. Kang takde apa lak nak dibuat kat sini. Better aku buat mender lain dulu. Setuju? Tak setuju? Lantok.. Ekceli, semua kad nih kena ready sebelum penghujung bulan depan. Aku nak start distribute awal January nanti. Lagipun DO dah sibuk tanya. Dia suruh aku bagi semua jemputan kat Exco masa first meeting awal tahun depan. Risau aku dibuatnya, habislah kalau semua Exco turun masa wedding tu nanti. Yelah, aku bukan buat resepsi kat dewan yang ada sediakan meja-meja VIP. Matilah aku dgn berkain songket bagai kena singsing lengan melayan depa!

Bercakap pasal kad nih, aku takdelah nak buat design yang vass sangat. Yang penting simple dan kemas. Aku tak suka baca kad jemputan yg sarat dan penuh dgn tulisan yang berpintal-pintal. Tunggu jelah camner final layout nanti..

Tadi aku check GO. Check senarai xpdc yang derang buat. Adalah dua tiga trip. Tapi semuanya aku dah penah pegi. Kalau boleh, aku prefer gunung yang aku belum panjat lagi. Pegi tempat yang sama dua tiga kali dah tak mencabar pulak rasanya (cewaahh ayatt tak hingat) Dah lama tak naik gunung nih. Last hari tu pegi mendaki gunung Nuang berdua dgn Mamoru. Tu pun buat daypack je. Kaki nih dah gatal nak mendaki lagi. Camner ek? Mamoru sure tak bagi punya. Dia suruh tangguh sampai lepas kahwin. Maklum lah, bak kata nenek aku, darah kami nih 'manis' (bukan masin ke?).

Aku ada plan dgn Mamoru nak bersanding atas gunung. Serious nih geng. Tapi takde lah sampai berkompang segala. Just bawak persalinan songket dalam haversack. Pastu tukar baju bila dah sampai atas nun. Aku teringin sangat nak amik gambar sanding berlatarbelakangkan view dari puncak gunung.. Baru betul orang kata kami nih berjiwa outdoor.. kan?

Untuk honeymoon pun rasanya sure sumer kengkawan aku dah boleh predict aku nak ke mana.. betulllll, mana lagi kalau bukan gunung.. hahaha. Nak pegi Paris, London, Australia, etc, nenantilah dulu.. tunggu aku kaya.Hik. Aku plan nak mendaki Gunung Mulu & Gunung Api kat Sarawak untuk honeymoon. Yelah, sempena meraikan pertemuan kali pertama antara aku & Mamoru kat puncak Kinabalu tahun lepas (romentik tak? hehe). Tentatif program dah dapat. Trip nih amik masa selama 11 hari dari 26 Jun - 6 Julai 2008 nanti. Mamoru pun ada bagi pilihan jugak. Dia ada suggest pegi Bali untuk honeymoon tapi akan dipertimbangkan dulu. Aku kureng sikit kalau layan pantai nih. Pluss aku risau keselamatan diri kat negara orang (mintak simpangg!).

Eh, lately nih aku asyik cakap pasal kahwin je ek? Ntah lah.. macam terlebih eksaited pulak.. (malunya!!)

Oh ye, kat sini macam biasalah, aku promote kan upcoming xpdc untuk bulan November nih. Kalau berminat, sila contact nombor yang tertera nih okeh:

XPDC Gunung Bubu
Location: Kuala Kangsar, Perak
Date: 17 - 18 November 2007 (dua hari)
Fee: RM 35 (including rations, permit & guide) Transportation ke Kuala Kangsar sdn bhd ok.
Contact person: Brother Ngai 012-3419608

XPDC Gunung Chamah
Location: Simpang Pulai, Perak (via Gua Musang)
Date: 8 -10 November (tiga hari)
Fee: RM 130 (rations, permit, guide, 4wd)
Contact person: Sharul Penang 012-5621564

Setakat nih tu je lah trip yang aku tau. Kalau ada lain nanti aku 'up' sini lagik. GoOoo Outdoor!!

2 comments:

kumb@ng said...

salam ziarah...

wah! hebat awak ni...byk gunung dah tawan...

saya?hehe...setakat ni gunung ledang,gunung pulai and gunung lambak je dah 'daki'...itukan bukan ngan kaki..tapi ngan 4WD...hehe...buat keje kat atas gunung tu... :D

aD said...

kumbang, ws. saya pun baru setahun jagung dlm area pergunungan nih.. hehe. awak berkeje atas gunung? menarik tu. 4wd pun salah satu sukan outdoor yg mencabar gak aper. bagus.. bagus.. majulah outdoor utk kite :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...