Thursday, November 22, 2007

Further study

Dah lama aku pasang niat nak sambung study. Dulu ada gak buat azam nak dapatkan Master sebelum usia aku mencecah 30 tahun. Hm.. sekarang dah 28.. ada masa lagi 2 tahun.

Banyak benda yang aku kena pertimbangkan sebelum aku proceed dgn cita-cita aku yang suci lagi murni nih: Tentang Mamoru, tentang life aku lepas berkahwin, tentang adik-adik yg masih memerlukan financial support (terutama yg masih study), tentang kerja & tentang xtvt outdoor yang dah sebati dgn diri aku nih.

  • Mamoru - Aku ada cakap kat dia tentang nih. Dia seperti biasa memang tak pernah menghalang apa yg aku nak buat. Bagi dia, kalau perkara tu mendatangkan kebaikan, apa salahnya. Senang nak bincang dgn dia nih. Alhamdullilah, selesai satu cerita.
  • Life lepas kahwin - Confirm aku akan semakin bz. Mana nak settlekan hal rumah, kerja, study. Aku perlukan sekurang-kurangnya 2 tahun untuk habiskan study. Berkemungkinan aku kena rancang family yg bakal aku bina - plus dapat lah honeymoon sampai 2 tahun! Tapi.. kalau Tuhan nak bagi ‘rezeki’ aku terima je.
  • Adik-adik - InsyaAllah, aku takkan abaikan derang. Malah aku rasa, ini pun salah satu cara untuk motivate adik-adik supaya lebih rajin belajar. Tak gitu?
  • Kerja - Tak ada masalah sangat kut. Lagipun, aku pilih untuk buat part time study.
  • XTVT Oudoor - Oh, jangan sesekali fikir aku akan tinggalkan hobi yang satu nih. Lagipun kelas start pukul 6.30 ptg - 9.30 malam on weekdays sahaja. Weekend boleh lah masuk hutan :)

Anyways, advertisement untuk July intake 2008 keluar awal tahun depan. Aku pilih Universiti Malaya. Dekat & senang nak ulang alik dari rumah-office-campus-rumah. So, kalau takde aral, bermula July 2008 nanti, aku akan kembali bergelar student (isteri & pekerja). Doakan semua dipermudahkan ye kengkawan.

No comments: