KENGKAWAN

Friday, November 16, 2007

Kawan lama

Demam ler.. sekarang nih ujan manjang kat KL. Habis semua adik-bradik aku ikut demam sekali :(

Semalam antara hari-hari yg best dalam hidup aku. Sorang lagi kawan yang dah lama lost contact tetiba muncul kat dunia internet nih (to him, tak sangka kan.. dah 10 tahun). Apa pun alhamdullilah, betul lah kata orang, kalau kita treat kawan kita baik, tak kira berapa lama hilang pun satu hari nanti dia akan cari kita semula. Syukur sangat, bukan dia je, malah satu demi satu kengkawan lama aku muncul semula. Baik dikalangan straight atau plu.

Malam tadi aku masak ketam goreng bercili. Dekat nak pukul 10 malam baru start masak.. haha. Sebelum tu, leka sangat berjalan kat Mid Valley. Lama dah tak masak ketam nih. Adik-adik aku kat umah tu bukan semuanya suka seafood. Kalau aku masak lauk ketam, udang, sotong.. alamatnya aku makan sengsorang lah. Lagi tu, kalau masak lauk berasaskan ikan, memacam pulak karenahnya. Ada yang suka ikan tu digoreng dulu sebelum dimasukkan dalam gulai (asam pedas / gulai lemak), ada yang prefer masukkan mentah-mentah.. eyy cemacam lah. Kengkadang tu kalau aku geremm sangat, aku masak je ikut selera aku. Ikut suka lah nak makan atau tak.

Aiyohh makin menjadi-jadi pulak batuk kokol nih.. uhuk ..huk ..huk

Tak larat arr nak nulih lagi.. ok lah kengkawan, selamat berhujung minggu.



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...