KENGKAWAN

Monday, November 12, 2007

Model wannabe

Tengahari semlm, aku minta izin bapak nak keluar pi pekan MT dgn Mamoru - Nak ronda cari butik mak andam. (hehe.. taim kat KL takde lak aku nak mintak izin keluar dating ek? aiyak.. tutup muka - malu!)

Butik first yang aku pegi, not bad jugak lah koleksi baju yg dia ada. Sesuai untuk saiz badan 'xs' mcm aku nih. Tapi.. pakej yg dia offer kurang menyakinkan lah.

Butik kedua pulak, lebih kepada butik kecantikan.. pakej buang jerawat.. mandi lulur.. etc. Tak minat aku.

Butik ketiga.. hazabbb.. baju semua besar-besar belaka. Kebetulan masa aku sampai butik tu, ada sorang minah nih tengah try salah satu dari baju kat situ. Siap bersemat pin sebesar alam kat belakang nihh.. hazabb.. macam pakai kostum sarkas gamaknya. Yang aku pelik tu minah tu still cakap 'ok' bila tukang andam tanya 'ok tak pakai baju nih?'.. Dia tak perasan ke bahu baju tu terlondeh sampai ke tepi.. kalau salah pandang macam rupa orang pakai baju nak main rugby. Ikutkan hati, aku nak pangkah terus je butik tu tapi budak lelaki yg keje situ kenal aku pulak. Bertegur-sapa lah sekejap. Rupanya dia kawan kepada adik pompuan aku. Borak sekejap je. Nak amik hati dia, aku mintaklah brochure, tanya sikit lebih kurang tentang pakej yang dia ada. Pastu aku gerak gi tempat lain.

Butik keempat yg aku pegi.. hm.. tutup lah pulak.

Butik kelima & keenam.. kat bandar AG. Lepak jap kat situ tengok baju dan gambar-gambar pengantin. Tapi mak andam kat situ bz solek kan muka customer dia. Malas la pulak kami nak tunggu lelama.

Butik ketujuh aku tak pegi. Jauh tempatnya.. sampai ke Segamat nunn! Ikutkan hati, nak je aku pegi. Tapi takut pulak kalau apa yang ada kat butik tu tak memenuhi kehendak aku. Kang penat je drive jejauh. Sudahnya kami pegi jenjalan kat Bandar Melaka - dengan harapan jumpa lah memana butik yg berkenan dihati.. tapi takdok pung..

Pukul 5.15 petang, kami patah balik ke MT. Try pegi butik keempat yang tutup tu.. Call no yang ada kat pintu. Akak tu cakap dia MC, pasal tu lah tak bukak kedai. Taim nih aku dah give up.. yelah, mungkin bukan rezeki aku nak jumpa butik pilihan hati. Tetiba akak tu tukar fikiran. Sanggup lak dia dgn kaki terhincut-hincut datang bukakkan pintu kedai untuk kami.. waahhh terharu aku.

Kedai akak nih kat tingkat dua. Sebelum masuk ke butik dia, aku dah set fikiran aku kemungkinan butik nih mcm yang lain-lain jugak. Tanak berharap sangat. Lagipun aku masih ada masa nak carik butik lain. Tapi bila langkah masukk je.. wahh.. rasanya Mamoru pun sependapat dgn aku. Tak banyak soal, aku terus confirm booking! Senang keje aku, syukur sangat.

Yang bestnya, butik akak nih ada 3 cawangan. Selain MT akak tu ada butik lain kat Ampang Point & Taman Dagang. Butik kat dua tempat lain nih dijaga oleh adik & akak dia. Dia siap suruh pilih baju-baju yg aku suka kat dedua tempat nih untuk dibawak ke Melaka without any additional cost ok.. Merasa lah aku menerai semua baju kat semua tempat nih sampai pingsan.. haha.

Hear this, setiap butik yang aku nak pegi nih ada lebih 500 pasang baju.. dua butik means lebih 1000 pasang baju dik nonn.. pehh, tak sabarnya nak tunggu wiken! Mula lah aku berangan nak jadi model.. hik.

Oh, buat masa nih, aku prefer diamkan dulu nama butik & lokasi dia. Tunggu hari langsung nanti, aku promote habis-habisan ok? Tapi kalau ada sesiapa nak ikut sama 'bina masjid' dlm masa terdekat nih, meh email aku. Kita pegi shopping sesama!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...