KENGKAWAN

Wednesday, November 14, 2007

Berbaju kurung

Sampai melaka semalam dekat nak pukul 11 malam. Tak sempat pun jumpa arwah. Kata bapak, jenazah dah selamat dikebumikan sebelum maghrib. Takpe lah. Sekurang-kurangnya aku patut bersyukur sebab urusan pengebumian berjalan lancar.

Aunt Shi nampak tenang malam tadi. Tapi bila aku salam & peluk dia, dia jadi sebak. Kata Aunt Shi, hampir semua adik-beradik dia sempat berada disisi arwah masa arwah hembuskan nafas terakhir. Alhamdullilah.

Subuh tadi, aku gerak semula ke KL. Tak dapat nak cuti lama.. lagipun bukan ada apa yg aku boleh buat kat kampung. Urusan kenduri kendara semua dibuat di AG. InsyaAllah, kalau takde aral, hujung minggu nih aku balik lagi ke Melaka, tolong apa patut.

Pagi nih pukul 10.30 baru masuk opis. Saja masuk lewat sikit. Ikutkan sebelum pukul 8.00 pagi aku dah sampai KL. Tapi melencong jap pegi sarapan.. hantar adik-adik balik umah.. pastu bersiap lagi.. tu yang lambat.

***********************************

Semlm borak (on the phone) dgn Nazry. Pasal projek yang tertunda. Aku cakap kat dia, aku malas nak tangguh lelama. Kalau boleh, hujung bulan February tahun depan, aku nak semuanya 'start'. Lagipun kalau takut nak labur modal, takut nak tanggung risiko, sampai bila-bila pun kita takkan berjaya, ye tak? Pasal nak cari pekerja tu, aku dah ada calon-calon yg sesuai. Part yang lain-lain pun aku tengah usahakan.. InsyaAllah. Biarlah susah sekarang, biarlah aku pening kepala nak buat dua tiga keje dalam satu masa, yang penting projek nih jalan. Mamoru pun dah nyatakan kesanggupan dia nak hulur kederat untuk mender nih.. siap bagi moral support lagi.. Nih yang buat semangat aku melonjak ke angkasaraya!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...