KENGKAWAN

Wednesday, November 28, 2007

Santai di opis

Bz semlm. Bz dengan personal work.

Pagi tadi sempat breakfast dgn Mamoru. Dia kata, Zin tanya bila kami free. Zin nak ajak pegi mendaki kat area Kuala Kubu Baru. Menarik juga plan dia, lagipun trek kat situ agak santai & ada air terjun yg cuNn. Boleh lah bawak adik-beradik aku sekali. Adik pompuan no. 6 dah banyak kali tanya bila aku nak bawak dia pegi mandi air terjun lagi. Hik. Aku suka kalau adik-beradik aku suka masuk hutan. Biar derang tau macam mana best-nya dapat join xtvt outdoor nih. Anyways, date tak confirm lagi, maybe minggu depan kut sebab minggu ni kena pegi Teluk Intan - ada family matters.

Esok ada golf tourney kat golf club area opis nih. Tak ramai pun yang join, just 10 flights je. Rasa macam malas nak pegi pun ada. Hmm.. kalau tak pasal keje, tak kuasa aku.

Sekarang nih tak banyak sgt keje kat opis. Tunggu AGM bulan depan je lah. Pastu baru start dgn projek baru untuk tahun depan. Sejak kebelakangan nih kan, aku makin bosan dgn keje aku sekarang. Terlalu banyak masa lapang. Sampai aku sendiri dah tak tau nak buat apa. Cuba rekemen sikit xtvt yang aku boleh buat kat opis nih? Nak surf internet? Tak yah lah, dah naik muntah aku menghadap pc nih. Even access internet kat umah pun aku dah jarang guna.

Ok, siapa tak suka keje goyang kaki kan? Tapi kalau dah selalu sangat.. bosan sey.. otak jadi krem. Tapi, in second thought, aku patut berterima kasih jugak pada kompeni nih sebab masa lapang yg terlalu banyak nih lah mendorong aku start buat bisnes sendiri. Bukan bisnes buat taik mata ok. Bisnes kecik je. Aku just silent partner. Yang tukang manage-nya, Nazry. Bukan tu je, sebab masa lapang yg banyak nih jugak lah aku terdorong nak sambung study lagi. Even now pun aku dah start isi borang untuk sambung belajar balik. Sure korang dapat bayangkan cemana 'free' nya aku kat kompeni nih kan? Kalau tak, takdelah aku update blog sampai berkali-kali dalam sehari!

Cerita lain pulak:

Aku dah siapkan design untuk invitation kad. Aku buat kaler hitam.. haha gothic sungguh! Simple je design dia sebab aku tak suka kad yang crowded dan penuh dgn tulisan or hiasan. Yang best tu, Mamoru cakap cantik. Adik-beradik aku pun cakap cantik.. tapi maybe aku akan tukar warna kad tu kut. Takut nanti bapak aku komplen - kang dia cakap macam kad nak ajak pegi funeral pulak. Hik. Apa pun aku puas hati jugak lah. Bangga sey dapat buat kad untuk wedding sendiri.

Sebut pasal bapak, sekarang nih bapak tengah bz dgn projek dengan Pertubuhan Perusahaan Peladang. Kata bapak, tanah sawah terbiar kat depan umah kami tu sedang dibersihkan. Parit untuk salurkan air dari sungai pun dalam pembinaan. Seronoknya. Tak sabar pulak nak balik kampung tengok perkembangan projek nih.

Hm.. bilanya aku nak balik kampung? Minggu nih pegi Teluk Intan, minggu depan pulak nak masuk hutan.. minggu laaagi depan pun nak masuk hutan.. Susahnya nak buat pilihan antara kampung & hutan. Susah sangat, aku berkampung dlam hutan je lah!

p/s: (to my sis-in-law) Ida, nak join pi Air Terjun Sg Chilling tak? (port hari tu). Tapi kali nih kita camping kat area jambatan gantung (entrance). Malamnya kita BBQ ikan bakaq dgn ayaq asam :) - Ada brani?

2 comments:

Anonymous said...

wah2...nak masuk hutan plak...habislaa bakal pengantin nie...langsung tak ikut pantang larang...hahahah:)...bila nak pegi Air Terjun Sg. Chilling tu?? apsal minggu nie nak pegi Teluk Intan?? bukan hujung bln 12 ka??

aD said...

pengantin brutal acamnih la..hehe. kita pegi maybe 8 & 9 hb dec. amacam free tak arituh nanti? teluk intan tu dah konpem hari ahad malam. camne ek?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...