KENGKAWAN

Friday, November 23, 2007

Sudirman - Anak Dagang

Selain Alleycats, aku jugak peminat setia lagu-lagu allahyarham Sudirman. Fanatik nih sampai ada pasang niat nak melawat kubur allahyarham satu hari nanti, haha (sebelum tu, al-fatihah untuk arwah). Aku membesar dengan lagu-lagu Sudirman. Hampir semua lirik lagu dia aku boleh ingat dan nyanyikan dengan lancar (tanpa ambil kira pitching yg lari sini sana laa, ok). Banyak lagu dia yg bagi semangat, nasihat dan secara tak langsung membantu aku sedikit sebanyak secara psikologi (wahh ayat apa aku buat nih?).

Nih antara lagu peberet aku. Ekceli nih lagu orang lain cuma dinyanyikan semula oleh allahyarham Sudirman. Try arr dengar.. confirm korang suka. Sweet sangat.

Anak dagang di rantau orang
Biar pandai membawa diri
Anak dagang di rantau orang
Biar pandai membawa diri

Jaga tutur kata
Jaga cermat peribahasa
Selalu berbudi tinggi

Biar merendah
Kata orang jangan dibantah
Fikir dahulu sebelum berkata
Biar merendah
Kata orang jangan dibantah
Fikir dahulu sebelum berkata

Anak dagang negeri orang
Jika selalu meninggikan diri
Anak dagang negeri orang
Jika selalu meninggikan diri
Sombong dan iri hati
Mementingkan kemahuan sendiri
Akhirnya mendapat keji

Peribahasa manis jangan terus ditelan
Pahit jangan terus dibuang
Peribahasa manis jangan terus ditelan
Pahit jangan terus dibuang

p/s: Salam & selamat berhujung minggu!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...