Tuesday, November 20, 2007

Tercekik

Semlm ada satu cerita serious tapi kelakar. Akak tercekik biji ciku dik nonnn! Haa apa lagik, gelak lah.. gelak kekuat. Akak tak kisah pong.. sebab semalam akak dah puas digelakkan oleh para nurse & doctor. Merasa akak dihantar ke wad kecemasan ENT.

Ok, setakat tu je boleh cerita. Apa pun alhamdullilah, biji ciku yg tersangkut kat tekak dah berjaya ditelan.. hik. Ekceli, masa on the way ke hospital aku dah tertelan biji tu. Mungkin luka akibat terguris kat tekak buat aku rasa macam biji tu still tersangkut lagi. Tak pepasal aku buat semua orang kelam kabut, esp, Mamoru & doctor kat emergency room tu.. hahaha.. ops, sorry.

Moral of the story, jangan buat keje sambil makan.

Sebut pasal makan, aku sekarang nih under Food Program aper-ke-nama-ntah. Tak ingat apa Mamoru cakap rituh. Yang aku tau, program nih untuk forced aku makan. Kata Mamoru dalam sehari dia nak aku mkan 5 kali sehari (breakfast, lunch, tea, dinner, supper) – suruh tambah berat katanya. Masa memula dia cakap rituh, aku bantai gelak je lah. Tapi bila fikir balik, ada gak betulnya. Berat aku sekarang = 38 kg dan semakin menurun. Sebelum puasa, berat aku = 43 kg. Pertengahan tahun 2007 = 45 kg (see, makin kurang kan) Nak kata aku diet, takde lah pulak. Hari-hari aku pulun choc bar vochelle yang besar kat opis. Tapi err.. hehe.. bila dah makan choc perut cepat kenyang. Selera nak makan nasik pun kurang.

Anyways, mission aku sekarang nak tambah paling kurang 5 kg lagi supaya tak nampak terlalu ‘sekeping’ masa sanding nanti. Ada lagi 2 bulan, insyaAllah sempat...

Balik dari hospital semlm, aku terus ajak Mamoru gi butik yang kami booked tu. Tengok baju lagi. Over kan.. hehe, terus sihat nih. Habis semua baju aku melaram. Siap bergambar lagi (tapi tak leh upload sini lah, Mamoru tak bagi). Ekceli, sabtu lepas dah pegi outlet butik tu kat Taman Dagang. Spent seharian kat sana. Dah jumpa pun apa yang di cari. Petang semlm tu just sesaja je menghabiskan masa.

No comments: