KENGKAWAN

Monday, December 31, 2007

Babai 2007

Selamattt.. selesai dah kursus kahwin. Aku dapat sorang kawan. Orang pahang. Comel je orangnya. Kebetulan tarikh nikah kitaorg dekat-dekat. Tak dapat lah nak attend.

Aku kursus kat Wisma Kraftangan (bebtul depan LRT Masjid Jamek). Last minit dapat tempat kat sana. Tu pun lepas dua buah tempat yang aku redah takde kekosongan. Ramai gila yg attend kursus kahwin minggu nih ek.

Kursus tu biasa-biasa je.. Takde pon sampai tahap nak soal-soal peserta. Ceramah sepanjang masa. Ada penceramah yg best, ada yg tak best, lumrah lah tu. Tapi alhamdullilah, aku takde lah sampai tersengguk-sengguk tahan ngantuk dalam dewan tu. Aku ingatkan kursus nih bebtul makan masa dua hari. Rupanya sehari setengah je. Sabtu derang start pukul 2.30 - 6.30 ptg. Ahad pulak dari 8.30 pagi - 6.30 ptg. Kejap je. Eh, dengar cerita tak lama lagi derang nak tambah lagi satu sesi Qiamulail untuk kursus nih. Hahaha.. masaklah sesiapa yg tak pegi lagi.

Sabtu petang rituh, lepas kursus aku dgn Mamoru pegi shopping kat area Sogo. Nak pegi tempat lain cam malas. Since Sogo yg paling dekat, belasah je lah. Punyerlah banyak memborong.. sampai tiga kali buat trip hantar barang yg dah dibeli ke kereta. Enjoy gila dapat shopping camtu. Siap buat Sogo kad untuk collect point lagik. Lama gak arr kami duk pilih & beli barang.. sampai Sogo dah dua kali buat announcement nak tutup kedai baru kami terhegeh-hegeh angkut barang pegi basement. Punyalah excited memasing. Ramai woo umat kat sana aritu.. year end sale katakan..

Setakat nih alhamdullilah, persiapan boleh lah dikatakan 75% siap. Tinggal part kenduri kat kampung & part Mamoru menyiapkan dokumen kat pejabat agama je lah.

Esok cuti tahun baru. Takde sambut-sambut tahun baru der. Lagipun negeri kelahiran aku (Melaka) dah tak bagi buat sambutan tahun baru nih. Ketua Menteri Melaka suruh penduduknya sambut tahun baru dengan buat sembahyang hajat & mengimarahkan masjid/surau. Menarik gila idea nih kan? Alasannya, nak mohon pada Tuhan supaya hidup penduduknya sentiasa dalam keadaan aman tanpa perbalahan kaum dan sebagainya. Bangga aku jadi anak jati Melaka (walaupun orang sering cakap kami orang Melaka nih kurang hajar). Dengar cerita negeri Sembilan pun dah mula ikut jejak langkah yg sama. Negeri lain mcm mana pulak ek? Bak kata ustaz yang bagi ceramah semlm, harapan dia kalau boleh, tepat jam 12.00 tengah malam tu disambut dgn laungan azan dari setiap masjid/surau diseluruh negara. Konpem meremang bulu roma!

Malam tadi adik lelaki no.5 cakap dia nak stayback kat opis sebab nak tengok bunga api tengah malam nanti. Aduii risau aku... Nak halang, dia beria-ria pulak. Nak tanak aku terpaksa benarkan. Itupun nasib baik dia lelaki. Kalau adik pompuan, NO WAY! Aku kalau boleh lebih suka semua adik-adik aku duduk kat umah taim-taim camtu. Aku sendiri tak suka join orang gegamai berasak kat tempat crowded bila ada celebration yg disambut tetaim tengah malam. Kalau siang lain citer lah kan. Bukan apa, kita mana tau bahaya yg akan jadi. Hissshh.. nauzubillah. Mintak dijauhkan Tuhan.

Malam nih adik lelaki no.2 & adik ipar aku nak datang KL. Esok kami ada family trip ke Kuala Selangor. Derang nak sangat pegi memancing ikan. Ikutkan je lah walaupun memancing nih tak serasi dgn jiwa aku. Mungkin kami singgah rumah nenek Mamoru & lunch kat sana. Petang pulak ada meeting KREP. Tengok lah camna aku nak bagi-bagi masa antara meeting dgn adik-adik. Susah sangat aku biar Mamoru pegi sorang je. Family comes first. Bab outdoor nih bolehh tunggu.. tak lari gunung dikejar.

Tadi tipun bapak. Borak-borak pasal persiapan kenduri. Kata bapak jemputan kali nih mungkin lebih ramai. Oh lupa nak cerita, kenduri aku tak guna katering. Masak gegamai je. Maklumlah kawasan kampung. Jimat sikit belanja. Lagipun gerun aku dengar belanja yg memember aku habiskan untuk katering nih.

Iklan: Semalam masa aku gi jumpa Gee (ex-plu), kata dia untuk katering je dia terpaksa keluarkan RM 24k. Gila ahh. Total expenses kat umah pengantin pompuan je (Wangsa Maju) dah RM 60k.. fuhhh.. boleh bayar cash sebijik keta tu. Tapi ok lah, orang berkemampuan. Orang cam aku nih just buat sekadar termampu je lah..

Best dengar cerita Gee. Kata dia, dia broke-off dgn ex-peng dia disebabkan H. Tak sangka teruk sungguh perangai H masa tu. H pegi bagitau family Gee tentang relation Gee dgn ex-peng dia. Porak peranda gak life Gee jadinya. Tak lama lepas dia break dgn ex-peng dia, terus dia dapat keje tetap yg dia nak. Rezeki dia murah sangat. Hubungan dia dgn family pun jadi baik. Beberapa bulan lepas tu, dia jumpa sorang mamat nih. Kenal tak sampai dua bulan terus bertunang. Derang kahwin setahun lepas bertunang (wiken aritu lah). Selamat Pengantin Baru buat Gee & Suami, semoga berkekalan hingga ke akhir hayat.

Sambung balik.

Err.. nak sambung apa ek? Perut aku lapau nih. Lunch hour kang aku nak blah balik umah. Apa barang stay kat opis nih lelama.. esok cuti maa!

Friday, December 28, 2007

Review

Lately, makin jarang pulak aku nak update cerita kat sini. Bukan malas, cuma takde masa. Banyak mender yang nak disiapkan untuk wedding aku nih. Penat + pening dibuatnya.. tapi apa pun, akak still enjoy.. nak kahwin of coz lah kan. Seronok dik nonn buat wedding preparation nih.. hehe.

Kejap je kan masa berlalu. Lagi sehari dua, dah masuk tahun 2008. Biasanya bila dah hujung-hujung taun nih aku suka nak spend masa sikit untuk review segala mender baik / buruk yg jadi kat aku sepanjang tahun 2007 nih.

Yang best
  • Sorang demi sorang adik-adik aku stay dgn aku kat KL nih. Setakat nih alhamdullilah, aku hepi dgn pencapaian derang.
  • 3 orang adik aku kahwin dlm tahun nih.. maknanya, aku orang kempat yg akan menamatkan zaman bujang dlm family walhal aku anak yang sulung.. hehe
  • Aku jumpa cinta hati (ewahhh) & bertunang
  • Court case aku menang - dua tahun tau aku amik masa tunggu result nih.

Yang tak best

  • Aku dah kurang mendaki gunung.. komitmen berlambak beb. Dulu boleh lah aktif mcm orang gila sebab taim tu aku menyewa sengsorang.
  • Ada 2 problem besar dlm family aku.. tapi alhamdullilah dah selesai
  • Aku delete dari memory otak aku beberapa nama yg sungguh tak perlu. Nama orang yg hidupnya sentiasa menyusahkan orang. e.g. orang yg mengaku berpelajaran tinggi, konon live a sophisticated life tapi sebenarnya pengecut, tak berpendirian.. and even worst, dia berusaha keras menipu diri sendiri.. *chuckles*.. ops melebih pulak aku nih. Hik
Rasanya tu je kut yang penting. Kut ada yang tertinggal tu, nasib le. Nih pun main ingat-ingat je. Takde maknanya aku nak godek balik segala entry kat blog nih semata-mata nak buat review. Akak takde masa lah!

Untuk 2008 pulak, ada dua perkara besar yg akan jadi dlm life aku.

First, aku akan bergelar isteri kepada encik Mamoru
Second, aku sambung belajar pada usia yg menginjak 29 nih. InsyaAllah by time umur aku 30 nanti, grad lah akak.

Untuk adik-adik yg masih stay dgn aku.. "dont worry sayang-sayang Along sekalian, Along takkan tinggalkan korang. Bakal Abang Long korang pun tak sanggup nak pisahkan kita. Maybe lepas majlis nanti, kita cari rumah yg lebih besar. Kesian tengok korang tidur kat ruang tamu bila semuanya datang berkumpul aritu. Doakan supa Tuhan murahkan rezeki kita. Boleh beli landed property, boleh buat bilik bebanyak untuk korang"

True. Makin hari aku tengok relation Mamoru dgn adik-beradik aku bertambah rapat. Sampai kengkadang tu kalau sehari tak jumpa Mamoru, bising mulut adik aku tanya kenapa Mamoru tak datang ke rumah. Aku ingat lagi aritu masa aku gaduh lite-lite dgn Mamoru, adik pompuan aku siap sound.. "Orang tanak abang ipar lain selain abg Mamoru".. Kemain lagi adik aku tu.. tergelak aku dibuatnya.

Bukan tu je, even bapak pun siap call dan tegur aku direct je kalau hal-hal berkaitan Mamoru. Maklum lah, aku kan kasar. Takut lah tu aku sakitkan hati bakal menantu dia.

Yang paling kelakar, bila Nina yang baru nak masuk dua tahun pun reti sebut nama Mamoru. Aritu aku tanya Nina.. "Nina sayang Along tak?"... dia cakap.. "Nina sayang Along"... pastu dia sambung.. "..dan abang Fazi"... terkejut beruk aku dengar. Banyak kali aku suruh dia ulang. Confirm aku tak silap dengar. Sebutan dia jelas sebab Nina bukannya pelat pun. Nih confirm kalau bukan bapak punya keje, mesti Aunt Shi yg ajar dia. Comel je. Gereemmm.

***********************************************************

Oh lupa nak inform, aku tak pegi pun trip ke Gunung Tok nenek aritu. Antara sebab musababnya.. Mamoru kena keje & aku kena admitted masuk spital.. sedih.

Tapi not to worry.. next weekend, aku masuk hutan jugak. Ikut Chua & the gang pegi xpdc mendaki Gunung Kutu & sesi BBQ kat puncak. Giler kan aku? Lagi beberapa minggu nak kahwin pun still nak ke hutan. Alahaii minat..

Cuti wiken esok, tak boleh pegi memana, aku ada kursus kahwin.

Cuti tahun baru pulak, aku ada annual general meeeting dgn Kelab Rekreasi Erat Pesona (KREP) kat Kuala Selangor (Outdoor lagik?)


Wednesday, December 26, 2007

Mana cheq pegi?

Dua minggu aku tak hapdet blog kan. Nak cerita mana aku pegi & apa aku buat, kang panjang sangat pulak entrynya. Aku jot down point penting aje lah..

15 / 12 Aku start sakit tekak
16 / 12 Aku pegi Hospital Alor Gajah sebab asthma.. tataw camne doc ckp asthma aku teruk so kena angkut naik ambulan gi Hospital Melaka.. nenonenonenoneno.. tapi aku force doc tu lepaskan aku balik.. seriau kena injek sana sini.. uuuu cakit.
17 / 12 Aku kat KL - cuti sakit lepak umah
18 / 12 Masih cuti sakit
19 / 12 Aku balik Melaka.. bapak gerem suruh aku habiskan cuti kat kampung
20 / 12 Raya Haji.. demam lagi
21 / 12 Kenduri arwah Mak Aunt Shi kat AG
22 / 12 Demam dah kebah tapi bapak tak bagi balik KL lagi.. risau sangat dia kat aku nih
23 / 12 Balik KL.. yeaa aku bebas dari cengkaman bapak yg asyik paksa makan ubat.. uwek..
24 / 12 Keje tapi belum tengahari aku dah blah dari opis.. pegi buat treatment rambut.. hehe
25 / 12 Pegi tempah baju nikah (lagi 10 hari siapp).. pastu gi beraya kat kampung Mamoru

Tu je.. ada banyak mender nak hapdet nih tapi nanti jap.. karang sambung balik. Oh, btw dah tengok kad jemputan kahwin aku? Sila refer entry kat bawah nih.. hehe

Walimatul urus

Nih final layout kad jemputan perkahwinan yg aku design sendiri. Simple je tapi nak membuatnya.. memang banyak amik masa jugak lah.. maklum lah, aku mana ada basic guna sofware untuk editing nih. Semua trial & error. Tapi alhamdullilah, menjadi jugak. Apa pun aku puas hati sebab dapat rekabentuk kad kahwin sendiri.

Nih front page

Nih pulak page kedua & ketiga

Page keempat ada peta. Tapi maaflah tak dapat bubuh kat sini. Kang kalau satu dunia datang majlis aku, tak cukup pulak lauk kenduri tu nanti. Aku dah start email kad nih kat kengkawan. Sesiapa yg bertuah tu dapat lah kad beserta peta sekali. Jemputlah datang nahh..

Apa? kad nih kecik sangat. Lahaulawala.. apa susah, klik je kat kad tu kalau nak besorkan


Friday, December 14, 2007

Kelam kabut

Alhamdullilah, court case pasal aku belasah budak pengkid tu dah ditutup secara rasminya semlm. Lawyer cakap, kalau budak pengkid tu tak puas hati dan berhajat nak buka kes tu balik, dia akan berhadapan dgn kes dia mencuri & membelasah adik aku - which is, kompem sampai mati pun dia takkan berani bersuara punya.

Adik pompuan aku orang yg paling gumbira sekali. Dari dulu lagi dia duk risaukan aku. Yelah, pasal dia, aku pecah tradisi belasah orang. Sampai masuk court ngko - ala artis gitu. Apa pun, syukurlah semua dah selesai.

Semlm aku jumpa H. In case kalau aku tak penah cerita, H turut terbabit secara tak langsung dalam kes court nih, sebab dia berada di tempat kejadian masa aku belasah budak pengkid tu. Anyways, dia berada kat situ pun atas kerelaan sendiri. Tak boleh lah nak salahkan aku bulat-bulat. Kira ok lah tu sebab lawyer fees dia pun aku yg bayarkan.

H semakin sihat. Syukurlah. Harap itu kali terakhir aku jumpa dia. Kes nih pun dah selesai, jadi dia dah takde apa-apa urusan dgn aku lagi. Fullstop. Kalau dia tergerak nak datang Melaka masa wedding aku nanti, aku takde masalah. Tapi, better dont sebab setiap kali dia nak berbaik dgn aku, setiap kali tu jugak aku terheret ke dalam masalah peribadi dia yang seterusnya jadi masalah aku. Cthnya, kes Princess ITBK & konco-konco nya. Nak menolong dia punya pasal, sampai aku yg tak berkaitan nih terpaksa bergaduh bertegang urat tekak dgn Princess ITBK. Soal siapa salah tu wallahualam. H burukkan Princess ITBK, yang si ITBK pun burukkan H. Macam dah jadi adat dalam dunia PLU nih asal gaduh / broke off, mula lah memasing kutuk gila babi ex-sendiri. Expose kat blog tentang perangai ex dia macam tu, macam ni. Keluar segala ayat 18 SX. Konon diri tu sorang je lah tak bersalah, dianiaya, innoncence.. cheittt.

Btw, dengar cerita Princess ITBK sekarang nih dah kahwin. Rupanya dalam masa dia syiok bercinta dgn H, dia duk rancak buat persiapan perkahwinan dgn bapa kepada anak luar nikah dia.. ahahah, orang macam nih pun ada ek. Kena sangat lah tu (ops tak baik gelakkan orang). Anyways, baguslah Princess ITBK nih dah kawen. Tapi beringat lah sikit ye cik adik, dah jadi bini orang tu jangan nak menggedik cari pengkid. Layan laki tu bebaik.

Alright enough with diz two. Wish I dont have to write their names in here anymore unless derang nih mendatangkan kemurkaan di hati beta (cewahh).

Ok, now sesi mengeluh kesah pasal persiapan untuk wedding aku pulak. Aku tengah risau nih. Banyak yang tak prepare lagi.
  • Kad belum pi hantar kedai - walhal, layout dah berkurun aku siapkan, tinggal nak suruh orang kedai tu print je.
  • Baju nikah belum berhantor pi jahit - walhal kain dah berbulan dipilih.
  • Bunga manggar - arituh, aku suruh bapak rautkan lidi. Aku nak buat sendiri bunga manggar nih sebab bunga manggar yg dijual siap kat kedai semuanya pendek-pendek dan tak memuaskan hati - maklumlah, aku kan cerewet sikit.
  • Gelang belum dibeli lagik - Oh, kitaorang (aku & Mamoru) memang cari gelang sesama. Maklum lah, Mamoru anak yatim piatu. Urusan perkahwinan nih aku dgn dia lah yg uruskan. Bunyik macam sedih kan? (memanglah), tapi bonus untuk aku sebab tak perlu lalui hidup ber-mertua nih - Mamoru dah setuju tanak belikan cincin masa upacara (upacara??) batalkan air sembahyang. Akak dah ada dua bentuk cincin dik nonn. Kang tambah lagi satu, ghuper anak mami lak jari aku nanti - sarat dgn cincin. Gelang idea yg paling baik. Senang nak dipakaikan. Kalau rantai kang, jenuh lah pulak aku nak tertunduk-tunduk hulur leher.. rosak rambut palsu akak nanti (kalau pakai rambut palsu lahh). Anw, sebut pasal batalkan air sembahyang nih, aku harap sangat wudhu aku tak terbatal during makeup session yg tentunya amik masa agak lama nanti. Buatnya aku terkentut.. penat je Mamoru sentuh jari aku.. hehe.

Apa lagi yang tak siap ek? Rasanya tu je kut.. Aik tadi yer-yer macam banyak yang tak siap.. *garuk paler*.. Oh yer,

  • Kursus kawen - astaga.. aku belum pegi lagi..
  • Amik darah untuk cek HIV pun tak buat lagi.. aiyoo.. tu lah asyik fikir nak masuk hutan je sampai perkara penting camnih pun boleh terlupa.

Gasakkk..

Ada satu mender lagi yg aku duk fikir sekarang nih. Pasal souvenir untuk tetamu. Korang rasa perlu ke? Honestly lah kan, dalam list guest aku, takde yang special. Kalau ada pun, DO, DR dan boss aku yg lelain (yang boleh dikira dgn jari). My big boss, TS tak mungkin datang. Takkan dia nak jejak kat umah kampung aku kut. Lain lah kalau aku kaya-raya buat mejelis kat dewan, baru lah tersembul muka dia. Jadi, berbalik pada persoalan aku tadi, perlu ke aku siapkan souvenir nih? Bukan apa, cuba bayangkan kalau aku dah siapkan souvenir berkotak-kotak untuk di bagi pada tetamu yang tertentu, masalahnya kat sini, siapa pulak yg aku nak lantik untuk mengenalpasti dan mem-bagi souvenir kat tetamu tu? Takkan aku yang tengah bersanding atas pelamin nih nak tuding jari sini-sana mengarah supaya barang tu di bagi pada orang tu / orang nih ???? Gilo? Koser tau. Aku takde masa nak fikir mender tak perlu macam nih. Aku juz nak pose chantek je hari tu nanti ok!

Dengan ini, aku tanpa perlu mengambil kira pendapat sesiapa, meletak tepi dulu bab nak beli souvenir nih dari buku budget planner aku yg comel tu.. sehinggalah ada sesiapa yg mampu mengubah pendapat aku tentang mender nih atau sehingga aku jumpa souvenir yang aku rasa sesuai dan mampu menaikkan nafsu membeli nya.. hua hua hua.

Esok aku balik Melaka lagi. Kali nih, Mamoru pun ikut sama. Banyak mender nak dibincangkan nih. Memintak, jangan lah bapak tanya pasal kursus kahwin. Memang kena bebel kalau dia tau kami tak pegi lagi.. hik.

Thursday, December 13, 2007

Projek tani bapak

Nih keje sampingan yg aku buat masa kat kampung semalam.. snappy-snappy projek yg bapak buat..


Kereta impian adik aku.. yea, sebuah bulldozer.. haha



Kat jembatan depan umah. Dlm guni tu kapur yg akan diguna untuk neutralkan asid dalam tanah. Maklumlah, projek tani bapak dibuat kat bekas tanah sawah terbiar.



Sayup mata memandang.. luas kan tanah nih.. hepinya bebudak dlm gambar tu.

Wednesday, December 12, 2007

Ada keje

Rushing.

Rasanya aku tak dapat attend corpt visit kat TV3 hari nih. Dah suruh kak Bunga ganti aku. Harap dia boleh manage & harap semuanya under control. Ok lah. Nak gerak ke Melaka sekejap lagi.

Oh, btw, esok aku amik cuti.. hehe cuti lagik.

Tuesday, December 11, 2007

Bunga pahar


Harga per pcs. Cuba darab dgn 100 pcs. Mahal dik nonn, sib baik ada diskaun. Tapi still harga lepas diskaun masih RM 2.00. Anyway, berkenan punya pasal, akak beli jugak. Err.. akak beli je, yang bayarkan encik Mamoru. Tak boleh tunjuk la cemana rupa bunga pahar nih. Nak tengok datang la Melaka


Ada satu kad kecik kat setiap bunga pahar nih. Ekcited punya pasal, balik je umah tadi teruss akak tulis nama atas kad kecik nih.. hik.

Monday, December 10, 2007

Bila esok cuti

Malasnya nak bangun pagi nih. Rasa macam nak amik cuti je. Bukan apa, esok kan public holiday (untuk negeri Selangor). Tu yang mood bekerja agak suram-muram. Kalau tak kenangkan corpt visit TV3 hari rabu nih, konpem aku dlm selimut lagi.

Oh btw, remember staff TV3 yg ntahapehaper arituh? Aku dah bambu manager bahagian corprt communication directly sampai akhirnya mender nih naik jugak ke telinga CEO derang, DF. Puas hati aku. Now, kelam kabut exec derang buat keje. Tu lah, kecik jangan disangka budak (cewahh, peribahasa lagik).

Iklan: Esok, start 1 Zulhijjah.. jom lah kengkawan, kita berpuasa sampai hari raya Aidiladha khamis depan. Boleh kuruskan sihatkan badan (Tulis kurus kang mati aku kena marah. Aku kan still under Food Development Program.. ahahah)

Semalam ada Pertandingan Bowling Kelab Rekreasi Erat Pesona (KREP) dekat Plaza Alam Sentral, Shah Alam. Rasanya nih bowling tourney yg first derang organized. Selalu tu kalau tak buat program motivasi untuk bebudak sekolah, derang buat trip kayak & panjat gunung je.

Memula tu aku ingat nak datang tengok je sebab Mamoru one of the committee yg anjurkan. Tapi dipaksa join jadi peserta oleh encik Mamoru. Seriously, I'm not into bowling (or ping pong) - semua nih peberet games Mamoru (apart from masuk hutan naik gunung lah). Tapi, demi nak menunjukkan support yang tak berbelah bahagi kat tunang terchenta, aku join lah jugak. Yang best tu, macam tak percaya je team aku boleh dapat tempat ke tiga.. hua hua hua.. Tapi hadiah hanya untuk mereka yg dapat tempat pertama & kedua je. Ok lah tu kan. Yang penting, kemeriahan bermain sesama kengkawan petang semalam :)

Nih nak cerita pasal trip ke Sarawak. Alhamdullilah, rasanya dah cukup orang untuk trip nih. Aku hanya perlukan 5 orang saja. Yang berminat ada 6 orang. Jadi sekarang nih, base on first come first serve basis.

Sebenarnya, untuk trip ke Sarawak, aku sepatutnya ikut team Castello (a.k.a Syam Godong). Tapi bila kira balik costing untuk trip nih, rasanya jauh lebih murah kalau aku organize sendiri. Lagipun, bilangan peserta yg Castello bawak ramai sangat (15 orang). Personally aku rasa, untuk trip hardcore & ber-costing tinggi mcm nih tak sesuai bawak gegamai - susah nak manage plussss confirm banyak songeh punyerlah

Aku decided nak tarik diri dari join team Castello minggu lepas, itupun lepas dia cabar aku buat trip sendiri kalau tak setuju dgn bayaran yg dia kenakan. Aku nih memang pantang dicabar. Jam-jam tu jugak aku bukak internet, geledah segala berkaitan dgn gunung Mulu & gunung Api - buat reservation flight, accomodation, transportation, segala mak nenek. Rasanya melambung jugak lah bill telefon aku kompeni sebab aku bergayut lebih sejam dgn orang kat Taman Negara Mulu semata-mata nak full detail tentang jarak & jangkamasa trail / trek kat dedua gunung nih.

Lepas settle bab booking-membooking, jenuh lah pulak nak cari participant. Bayaran guide untuk ke gunung Mulu antara yg termahal kat Me'sia nih. Untuk maksimum 5 orang pendaki, pihak Taman Negara charge RM 1000 ok. Tak kira lah kalau korang pegi sorang atau berdua, bayarannya tetap RM 1000. Mahal nak mampus. Bak kata sorang trekker tu, biasanya mat saleh je yang conquer Mulu / Murud nih. Orang-orang Me'sia setakat layan gua kat bawah je. Maklum lah kos guide mahal sampai tahap menfakirkan kita. Tu baru kos ke gunung Mulu, belum masuk guide ke gunung Api, dua bijik flights, boat, accomodation, etc.. *fuhh*

Ekceli, lepas kena cabar dgn Castello, aku plan nak pegi berdua je dgn Mamoru. Trip honeymoon katakan. Tapi bila fikirkan faktor keselamatan, aku jadi cuak. Cuba bayangkan aku & Mamoru beserta dua orang guide selama 5 hari 4 malam dalam hutan. Kut kalau guide tu pedajalkan kami? (nauzubillah). Tak ke naya nanti. Jadi untuk mengelakkan dari perkara yg tak diingini, dan untuk memberi peluang kat kengkawan lain join sama, aku dgn Mamoru decided open 3 seats lagi.

Sekali lagi alhamdullilah, walaupun perancangan trip nih dibuat last minit, menjadi jugak nampaknya. Berkat pengalaman aku keje buat event.. hik.

Banyak lagi nak dicerita nih, tapi aku nak gi 'melabur' dulu. Saper nak ikut, jom!

Friday, December 07, 2007

For you Mamoru~kun

Lagu yg berkumandang dlm blog nih aku tujukan khas buat tunang tersayang... bz sangat dia sekarang.. (eh, macam permintaan kat redio pulak ek)

Bila Wajahmu Aku Bayangkan - Sudirman

Bila wajahmu aku bayangkan
Terasa sayang ku rasa rindu
Terasa sayang mengenangkanmu

Bila kasihmu engkau curahkan
Ku rasa hairan rasa terharu
Ku rasa hairan mengenangkanmu

Pernah.. dulu pernah ku di cinta
Berkasih bermanja
Tiada.. tiada pernah ku alami
Di cinta begini

Bila wajahmu aku bayangkan
Terasa sayang ku rasa rindu
Terasa sayang mengenangkanmu

Bila kasihmu engkau curahkan
Ku rasa hairan rasa terharu
Ku rasa hairan mengenangkanmu

Pernah.. dulu pernah ku bercinta
Berkasih bermanja
Tiada.. tiada pernah ku alami
Bercinta begini

Jumaat yg relax

Esok cuti. Ikut hati nak duduk rumah je - malas nak kemana-mana. Tapi dah berjanji. Tak sedap pulak nak hampakan hati adik-adik. Malam nih kena lah prepare makanan untuk dibuat bekal esok.

Semalam pegi Uitm. Ada mou signing dgn contribution dari kompeni aku. Nak cerita lebih tentang nih pun macam malas je. Cara Uitm organize event tak professional langsung. Di bawah expectation. Padahal, yg attend majlis tu bukan orang lain, VC dia jugak. Menyedihkan. Dah la campur aduk program kami dgn forum apentah. Pastu masa signing, boleh pulak tertukar document. Sudahnya memasing terpaksalah sain jugak. Kontrol muka depan 250 guests / reporters / pgotographers yang ada dalam ballroom tu. Amount yg kami contribute pun derang tak announce. Buka sikit duit ok. Pastu nak menanti mou tu ditandatangan, terpaksa lah pulak mendengar forum yg tak berkaitan. Apa barangg? Buang masa.

Part menarik semlm bila aku sorang pompuan yg join group vip. Semua orang berkot kecuali aku yang pakai baju ala punjabi.. wakakaka. Blame it to kak Bunga. Aku dah tanya program nih official ke tak, dia jawab separa official. Aku pun belasah lah pakai baju tu. Lagipun buat kat Uitm kan. In second thought, ok lah tu. At least baju tu buat semua orang kenal aku. Glamer akak tau. Ada je orang yg ajak borak, inlcdng VC. Takde lah aku keras macam beruk mak yeh.

Iklan 1: Mamoru cakap aku nampak macam Preity Zinta bila pakai baju tu.. Kelas kan? Ahahaha.. mula lah aku berangan chantek ala bollywood pasnih. Jangan jeles dik non!

Iklan 2: Untuk trip ke Gunung Mulu & Gunung Api.. tinggal satu seat lagi je. First come first serve.. hot! hot! hot!

Ok sambung balik, nak cerita pasal rambut pulak. Nak kata panjang takde lah sangat. Paras bahu je. Tapi aku dah start rimas. Nak gunting pulak satu hal lagi. Aritu, mak sedara aku tak kasi gunting. Taim sanding senang nanti nak ikat katanya. Kalau gunting pendek, susah mak andam nak uruskan (unless aku bertudung). Another one and a half months to go.. *titakkk*.. Aku rimass.

Aku sebenarnya teringin nak berambut pendek. NoOoo lah, bukan pendek macam lelaki. Pendek ala feminin gitu. Sure muka aku nampak muda kalau berambut pendek kan? (macam lah sekarang nih tua sangat). Tapi buat masa nih, aku kena ikut nasihat mak sedara aku. Maybe ganti dengan buat treatment ke.. rebonding ke.. takde lah rimas sangat. Lepas sanding nanti, boleh lah sambung niat asal. Kan?

Style rambut yang aku selalu buat sekarang: ponytail (bila duduk rumah) & sanggul / siput / french twist (bila pegi keje).. bosan kan? Nak jugak buat style lain, baru berubah sikit penampilan. Kita orang pompuan, kenalah pandai mencantikkan diri dik non. Bukan untuk orang lain. Untuk diri sendiri jugak. Pelaburan masa depan nih tau. Kalau diri kemas / chantek, confirm semua orang suka.

Thursday, December 06, 2007

Jom pegi Sarawak

Kengkawan, ada berita gumbira. Siapa nak join panjat gunung angkat keyboard! Ok, trip kali nih special sangat. Nak tau kenapa? Sebab trip nih aku yang organize.. yesss.. untuk julung kalinya. Sesiapa yang berminat nak join sila email atau tinggalkan message kat blog nih a.s.a.p. Limited seat oke. Tinggal lagi 2 kekosongan. Tentatif program ada kat bawah nih. Bayaran adalah tersangatttttt murah. Kalau korang tengok bayaran group outdoor lain untuk trip nih, paling koman derang charge RM 1200 - seriyes beb. Aku letak harga RM 850 je.. all in.. termasuk tiket flight (Airasia & MasWings), transportation (kereta & boat), rations, guide & accomodation (Mulu Park). Aku takde amik untung pun. Nih trip nak suka-suka. Buat apa bayar lebih kalau kita boleh dapat yang lagi murah & memuaskan, betui dak? Lets go outdoor!

XPDC Gunung Mulu & Gunung Api

Date : 21 - 28 Jun 2008 (8 hari)
Location : Mulu National Park, Sarawak
Fee : RM 850 (all in)

Tentative Program

21 Jun 2008 (Saturday)

7.25 am - Depart LCCT via AK5254
9.40 am - Arrive Miri Airport
2.35 pm - Depart Miri via MH3640 (F50)
3.05 pm - Arrive Mulu Airport
- Take ‘prebet sapu’ to HQ Park (15 minutes only to reach HQ Park)
- Dinner at HQ Park Cafe
- Overnight

22 Jun 2008 (Sunday)

6.00 am - Solat& Breakfast.
- Leave unnecessary stuff at HQ lobby store (No charges).
- Bring only suitable cloths, rations & gas (cooking utensils, plate, cup, spoon provided at the campsite)
8.00 am - Start trekking for about 12km
5.00 am - Arrive Camp 3
- Meals provided (but have to cook la kan)
- Prepare meals for ‘tapau’ for the next day
- Overnight


23 Jun 2008 (Monday)

5.00 am - Solat & Breakfast
7.00 am - Start trekking for about 6.5km
12.00 pm - Arrive Camp 4
- Quick lunch
- Leave haversack at Camp 4
- Bring only waterbag & snacks
12.30 pm - Continue trekking for another 5.5km
4.30 pm - Reached Mulu’s summit
- Rest for half an hour before heading back to Camp 4
6.30pm - Arrive Camp 4
- Dinner
- Overnight


24 June 2008 (Tuesday)

6.00 am - Solat & Breakfast
7.00 am - Descent to HQ Park
5.00 pm - Arrive HQ Park
- Dinner at HQ Park Café
- Overnight


25 June 2008 (Wednesday)

6.00 am - Solat & Breakfast
9.00 am - Take boat to Kuala Litut
915 am - Visit Penan Village
10.30 am - Caving at Gua Angin & Gua Air
1.00 pm - Start trekking
4.00 pm - Arrive Camp 5
- Overnight


26 June 2008 (Thursday)

6.00 am - Solat & Breakfast
7.00 am - Continue trekking for another 2.4km
10.30 am - Arrive Gunung Api’s peak
11.30 am - Heading back to Camp 5
2.30 pm - Arrive Camp 5
- Free activities (Trekking at Headhunter’s Trail, etc)
- Overnight


27 June 2008 (Friday)

6.00 am - Solat & Breakfast
7.00 am - Descent to Kuala Litut
- Take boat to HQ Park
12.00 pm - Arrive HQ Park
- Caving at Gua Rusa & Gua Lang
- Dinner
- Overnight


28 June 2008 (Saturday)

6.00 am - Solat & Berakfast
7.00 am - Take ‘prebet sapu’ to Mulu Airport
10.10 am - Depart to Miri via MH3631(F50)
11.40 am - Arrive Miri Airport (Free activities - shopping!)
7.00 pm - Depart via AK5257
9.10 pm - Arrive LCCT

Wednesday, December 05, 2007

Seriyes tapi kelakar

Semalam aku bukak friendster. Ada sorang umat nih hantar komen kat aku.

Oh nak iklan dulu, sebenarnya aku dah dua kali create account friendster. first dulu masa tahun 2003 kut. Ramai gak member aku dlm tu.. sampai dua ratus lebih. Pastu tataw kenapa aku rasa bosan. Macam takde faedah ada mender alah tu, so aku delete. Setahun lepas tu, memember aku cakap dia dapat jumpa ramai kengkawan masa zaman sekolah dari friendster nih. Kebetulan pulak, aku memang teringin sangat carik memember zaman muda-muda dulu. Tahun 2005 aku create balik. Kali nih baru aku tau kegunaannya.. betul laa.. ramai gak kengkawan zaman tok-kaduk yang aku jumpa semula.

Kita sambung balik.

Umat yang aku maksudkan nih plu. Dulu dia dgn awek dia berkawan baik dgn ex aku. Kira kawan aku la jugak kan. Satu hari tu (tahun 2004), tak tau hujung pangkal umat nih buat cerita aku yang tergila-gilakan dia sampai relation dia dgn awek dia kucar-kacir. Apa kejadahnya aku nak ngurat dia. Macam lah 'hensem' sangat. Tak puas hati sungguh aku taim tu. Aku ajak jumpa berempat (dia dgn awek dia, aku dgn Ex aku). Kata orang berani kerana benar. Sebab aku tau aku tak salah la aku ajak jumpa.

Ekceli sebelum kami berempat berjumpa untuk settlekan problem nih, aku tak tahu menahu pun apa masalah yang terjadi. Aku ingat awek dia yang jadi punca semua nih jadi. Manalah tau member tu jeles ke apa. Aku sebenarnya tak penah jumpa dan tak penah kenal siapa awek dia. Jadi mati-mati aku ingat umat nih tak bersalah. Yelah, dia depan aku sikit punya baik, sopan, etc.. aku tak penah terfikir pun dia ada split personality.

Masa bertentang lapan mata tu, awek dia yang control conversation. Nih menguatkan andaian aku lagi yang awek dia nih salah faham. Sekalik, bila keadaan dah makin tegang, umat tu pun demi menjaga air muka dia, terus cakap aku terhegeh-hegeh meroyan nak kan dia. Apa harraamm!!.. menyirap darah aku kat situ. Taim tu aku memang tak terkata apa dah. Terkejut siut dgn statement umat tu. Taim tu aku terbayang semua kebaikan yg aku bagi macam tak berbaloi sungguh. Masa tu aku tak tunggu lama, cukup lah aku tau perangai dia yang sebenar. Aku bangun terus tinggalkan derang kat situ. Apa barang nak berbincang dgn manusia lidah bercabang. Dah tentu lah dia akan mempergunakan apa je cara nak menutup lubang **** dia. Please lah, apa lah yang buat umat nih rasa dia bagus sangat sampai konfiden je cakap aku suka kat dia? Nak kata 'hensem', hisshh, so not my taste. Nak kata gaji umat nih banyak, gaji aku triple dari gaji umat nih (dia baru grad taim tu - muda dari aku - koser!). Anyways, mampu ke nak jaga maintenance aku? Ke nak harap aku support hidup ko? Choii.

Aku nih jenis kalau setakat orang ajak lawan mulut or ajak bergaduh, aku prefer diamkan diri je. Buat lah cerita apa ko nak buat. Kutuk lah sebanyak mana yang boleh. Bukannya luak pun. Tak menjejaskan walau sebesar zarah pun kat aku nih. Buat apa aku jadi bodoh melayan orang camnih, betul tak? Unless mender nih melibatkan family atau periuk nasik aku, baru aku 'memetir' kan diri. Aku kalau sentuh dua perkara nih, memang boleh bergaduh sampai ke court.

Iklan lagi: Contohnya kes tahun 2005 - ada sorang budak pengkid dgn awek dia pegi curi henpon adik pompuan no.6. Masa tu adik aku nih belum belajar kat Unisel lagi. Dia baru habis SPM. Masa tu dia buat keje part time jadi operator kilang. Dia keje pun sebab nak beli henpon yg ada kamera. Aku memang takde lah nak belikan henpon memahal untuk adik-adik. Setakat henpon biasa boleh lah aku bagi. Lagi pun dia skolah lagi. Tiga bulan adik adku kumpul duit gaji dia nak beli henpon tu. Baru je seminggu pakai henpon baru, dah kena curi. Kejadian nih jadi masa dalam van kilang. Dalam van tu ada 4 orang semuanya termasuk adik aku. Tukang diver (duduk kat seat driver) adik aku (duduk kat seat tengah), pengkid dgn awek dia (duduk seat belakang adik aku). Adik aku taim nih baru lepas bergayut dan tetak henpon atas seat sambil kemas barang nak turun dari van. Bila adik aku turun, dia terlupa bawak henpon nih sekali. Tapi nasib baik baru berapa langkah keluar van dia teringat dan patah balik. Tapi henpon tu dah takde. Hahh korang rasa siapa yang ambik? Driver van? Tak mungkin. Dia still kat seat driver - ready nak gerak. Yang jadi suspek budak pengkid nih dgn awek dia lah kan. Adik aku tanya derang tanak mengaku, so adik aku pegi lah buat report polis.

Budak pengkid nih jadi tak puas hati (or maybe takut). Esoknya kat kantin kilang, dia ugut adik aku tarik balik report. Adik aku refused. Budak pengkid nih boleh histeria hentak adik aku kat dinding kantin pastu tumbuk muka adik aku. Apa harrrammm!! Aku sendiri nak letak tangan kat muka adik aku pun pikir pat lima kali. Kurang ajar! Ramai saksi yang nampak kejadian nih. Maklumlah, kat kantin. Derang berjaya tarik pengkid nih ke tepi. Lepas adengan gaduh tu, adik aku pegi toilet nak betulkan baju yg serabai & cuci muka sambil ditemani sorang akak nih. Tak sangka pengkid tu ikut adik aku sampai ke dalam toilet pastu rentap rambut adik aku ke lantai tandas (memang babi la budak pengkid tu) Adik aku nih dah lah kecik, katik lak tu. Tak reti melawan. Kesian dia kena hentak kepala berkali-kali ke lantai sampai kakak yang teman adik aku terjerit-jerit panggil orang suruh tolong adik aku. Lepas orang ramai tarik pengkid nih, derang bawak adik aku buat report kat leader kilang. Pastu adik aku called bapak suruh datang amik dia dan buat medical check-up & police report kat balai polis ******. Aku ingat lagi kejadian nih jadi dalam pukul 1.30 pagi (adik aku shif malam). Aku dapat sms tentang nih dalam pukul 2.00 pagi.

Esoknya aku amil EL - balik kampung. Sampai rumah aku tengok condition adik aku teruk sangat. Kepala bengkak-bengkak. Dia trauma - asyik nangis je. Aku nekad pegi rumah pengkid tu. Aku bukan pegi sorang, semua family & jiran aku pun ikut sama. Bapak suruh settle cara baik. Aku pun niat nak suruh budak tu mita maaf kat adik aku. Sampai je rumah budak tu, family dia jemput masuk. Budak pengkid tu baru bangun tido. Muka sememeh je. Aku tanya dia persal belasah adik aku macam orang hilang akal. Dia buat donno je. Banyak kali aku tanya dia boleh buat bodoh. Mendidih darah aku taim tu. Aku rentap rambut dia dgn tangan kiri, tangan kanan aku hayun penumbuk. Bertubi-tubi aku bagi. Sampai satu family dia terjerit-jerit nak leraikan aku tapi tak boleh sebab tangan aku genggam rambut dia sekuat hati. Hilang akal aku sekejap. Aku cuma berhenti belasah dia bila bapak datang tarik aku. Tapi sempat gak aku bagi penerajang sedas kat dada dia. Kes nih berlarutan sampai ke court. Kononnya derang nak accused aku belasah pengkid tu, tapi aku lebih dulu accused anak derang mencuri & belasah adik aku. Bukti banyak berpihak kat aku sebab aku ada dua police report yg adik aku buat masa henpon tu dicuri & masa adik aku kena belasah.. terdiam ko.

Mesti ada yang terkejut nanti dengar cerita nih. Lama aku tahan diri dari expose kat orang. Mostly sebab kes nih jadi kes mahkamah. Jadi, aku tak boleh tulis kat public sebab nih semua bahan bukti. Kang kalau pengkid jahanam tu terbaca, ada point la dia nak guna stetment aku untuk escape. Apa pun, jangan memain tau, boleh tahan garang aku nih. Hik.

Sambung cerita umat kat friendster nih. Lepas kejadian bodoh-baghal dulu, kami terus putus kawan. Beberapa tahun lepas tu, awek kepada umat nih contact aku. Rupanya, awek dia memang tak salah. Disebabkan umat yg satu nih lah aku dgn awek dia berlaga. See, kalau kita tak salah, lambat laun kebenaran tu datang jugak. Alhamdullilah aku dgn awek dia sekarang nih boleh dikatakan baik jugak lah.

Cuma yang pelik bin ajaib tu, si umat nih, dengan takde 'mintak maaf' tetiba semlm boleh hantar message kat friendster aku tulis.. "Hi, gal. Lama kita tak jumpa aite? Wow, tak sangka you dah bertunang. Buat kat Melaka ke?"... Macam tahi lah!! Apa harramm tulis camtu? Pastu ingat aku nak jemput ko dtg wedding aku ke.. boleh jalannn!! Tak tau malu langsung.

Kut kalau umat nih terbaca apa yg aku tulis, nih aku nak tanya.. ko dah kenapa? Hilang ingatan?

Tuesday, December 04, 2007

Bila diri dikasihi

Tak lama lagi masuk bulan Zulhijjah. Bulan terakhir dalam tahun hijrah. Aku ada suggested kat Mamoru & adik-adik supaya kami semua berpuasa sampai lah Hari Raya Aidiladha nanti. Baru lah terasa kemeriahan hari raya. Lagipun bukan ke mereka yg tak menunaikan ibadah haji digalakkan berpuasa.

Anyways, nak cakap nih, aku ada masa lebih kurang dua bulan lagi sebelum tiba 'hari besar'.. Banyak gak duit nak pakai ek? Risau aku. Gaji banyak pun bukan guna untuk aku sorang. Mana nak tolak yuran semester / beli buku sekolah adik-adik, nak bagi derang belanja lagi, pastu nak bayar sana.. bayar sini.. beli itu.. beli ini.. tolak iyu.. tolak ini.. aiyo tinggal berapa je? Besar budget kali nih. Harap cukup lah nak spend untuk kenduri-kendara nanti. Fyi, dalam family aku, kalau nak kahwin, kena guna duit sendiri 100% ok. Takdenya nak harap mak bapak tolong back up / sponsor macam korang semua. Tu pasal lah aku tengah pening kepala sekarang nih.. hehe. Tapi camnerpun alhamdullilah, aku patut bersyukur sebab memender camnih lah yang buat adik-beradik aku menjadi 'orang', pandai berdikari dan tak menyusahkan orang lain

Iklan: Sebut pasal "Tak Suka Menyusahkan" orang nih buat aku teringat kat adik lelaki aku no.7 nih (yang study under scholarship KBS). Aritu dia balik umah (dia duk hostel), dia cakap dia nak start keje part time kat Jaya Jusco. Memula tu aku macam marah lah jugak. Persal nak keje masa tengah study kan. Tapi bila dia cakap dia nak tolong abang dia (adik lelaki no.5) bayar duit motor yang hilang kena curi (next time aku cerita pasal ni), terus aku terdiam. Terharu aku dengar. Dan-dan tu jugak rasa marah aku bertukar jadi bangga sebab dlm diri adik aku nih dah ada rasa prihatin & tanggungjawab nak tolong sesama adik-beradik. Pastu tu petang tu aku tengok dia duduk sengsorang dalam bilik sampai petang. Diam je. Pelik jugak, kata nak pegi keje petang tu. Aku masuk lah bilik tanya naper. Kata dia, dia takde duit tambang nak pegi keje.. lailahailallah.. gerem aku, persal tak mintak? Kes tanak menyusahkan jugak lah tu kononnya (Takperlah dik, tak keje pun takpe, Along ko nih mampu lagi. Kalau nak merasa susah senang berkeje jugak, nanti Along carikan keje part time dekat kawasan yg dekat dgn umah kita ok?). Bukan dia je, adik pompuan aku kat Unisel tu pun sama. Kalau ada buku nak dibeli ke, duit belanja dah habis ke, bukan tau nak inform aku. Tunggu aku bukak mulur bertanya "ada duit lagi tak?".. barulah nak bercakap. Kalau tak, sanggup ikat perut tahan lapar. Hishhh gerem aku tau. Aku admit, kenkadang tu memang lah aku berdepan dgn masalah duit. Tapi pada aku, belum masanya untuk adik-adik risaukan masalah camnih. Selagi derang semua masih di bawah tanggungjawab aku, selagi tu aku akan jalankan amanah nih. Lagipun, aku kan kakak!

Ops, panjang pulak iklan nih. Ok, sambung balik:

Selama aku bekerja nih (even since aku study lagi), aku tak penah nak harap duit bapak, apa tah lagi orang lain. Belum penah lah seumur hidup aku ada orang bagi duit suruh aku belanja sesuka hati. Selalunya aku je yang bagi duit kat adik-adik even 'Ex' aku dulu pun aku yang support hidup dia kat KL nih. Tapi bila Mamoru start bagi aku duit suruh buat belanja aritu, aku macam terkejut. Macam blur pulak. Memula hari tu dia bagi, aku tolak. Yelah, lagi pun duit aku ada. Kenapa nak bagi duit lagi? Semalam dia bagi lagi. Aku nak tolak, tapi bila dia bertegas, aku ambik jugak lah.

Seriyes, aku rasa pelik bila terima duit dari dia. Tapi bila fikikan balik, dia kan bakal suami aku. Mungkin dia rasa dah tanggungjawab dia untuk bagi belanja kat aku. Its funny at first, I tell you. Taappiii I likeee (wah, tiba-tiba jadi mata duitan.. haha). Seriously, I never know that getting married will makes your life much more easier!

Tentang persiapan setakat nih, ntah lah, dah berapa minggu aku dgn Mamoru bz dgn keje / family / kengkawan / outdoor xtvts sampai memasing tak ada masa nak concerntrate kat wedding. Plan nak siapkan memender kecik macam bunga manggar, souvenir untuk tetamu, bekas telur, etc pun tak buat lagi. Risau jugak. Aku nih kan, mulut je cakap risau, tapi bila ada masa, suka sangat buat memender lain dulu. Macam sekarang nih lah, dalam sibuk buat persiapan nak kahwin, sempat lagi aku menyelinap masuk hutan. Lepas tu mula lah stress / tension bila itu ini tak siap lagi. Nasib baik lah Mamoru jenis penyabar. Dia lah yg selalu cool kan aku. Banyak kali aku cakap kat diri sendiri (even bapak pun cakap mender yang sama).. beruntung aku dapat Mamoru. Tersangat penyabar orangnya.

Sabtu nih nak masuk hutan lagi (tengok tu, tak habis-habis dengan hutan!). Alaa, pegi kawasan air terjun kat Kuala Kubu Baru dgn adik-adik. Dah janji nak derang pegi situ. Ahad pulak ada tournament bowling dgn memember Kelab Outdoor. Nasib baik Selasa depan public holiday (birthday Sultan Selangor - hepi birthday Tuanku), boleh lah spend hari selasa cari barang - barang wedding.

Harap semuanya berjalan lancar dannnn harap aku boleh tahan sikit godaan nak masuk hutan nih. Betul gak kata Mamoru, takkan aku nak sanding dgn tangan / betis / muka yang calar-balar kan.. iskk..

Monday, December 03, 2007

Mengandam




Oh.. nih bukan gambar aku. Nih my sis yg belajar kat Unisel. Sabtu arituh aku paksa dia jadi model untuk aku make-up-kan. Ekceli aku kena jadi mak andam 'terjun' untuk bakal adik ipar aku masa majlis pernikahan dia semlm (majlis persandingan dibuat kemudian). Tu yang duk test kat muka adik aku dulu.

So, amacam? Agak-agak, boleh ke aku bukak kedai mengandam? .. hik.

Fyi, she's taken ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...