KENGKAWAN

Monday, January 28, 2008

10 hari lagi

Penat. Wiken yg memenatkan sampai sakit tekak aku dibuatnya. Risau jugak kalau badan mula sakit-sakit. Antibodi aku nih bukannya kuat sangat. Asal sakit sikit, terussss tumbang. Nasib baik pagi nih semuanya ok.

Sabtu aritu ada ‘berkampung’ (kenduri) kat Melaka. Yang datang mostly sedara mara terdekat je. Bincang pasal pembahagian keje & barang-barang yg nak digunakan masa kenduri. Ingatkan meeting sekejap je rupanya sampai pukul 11 malam baru habis ok! Lepas tetamu balik pun still ada meting lagi - pasal budget pulak. Pukul doblas lebih baru aku masuk tido.. ngantuk gila.

Yang aku segan tu, semua tetamu (sedara-mara) start panggil aku dgn panggilan ‘pengantin’;

“Pengantin dah sampai”
“Pengantin sihat?”
“Pengantin dah makan?”

Walhal, ada seminggu lebih lagi sebelum tarikh aku sanding. Malu akak tauuu… (tapi suka sebenarnya! hehehe)

Alhamdullilah, setakat nih persiapan kenduri berjalan lancar. Takde apa nak dirisaukan lagi kut.. Cuma berharap cuaca pada hari tu cerah lah hendaknya. Amin.

Fyi, majlis pernikahan akan dijalankan di rumah. Senang sikit nak jamu tetamu nanti. Takde lah kena berulang alik ke masjid ke rumah. Lagipun, ramai yg boleh datang tengok.

Pagi Ahad pulak, Team KREP ada xtvt jogging kat Bukit Melawati Kuala Selangor. Cadang nak gerak ke sana pukul 5.00 pagi. Tapi maybe sebab letih sangat dgn kenduri segala, pukul 6.00 baru memasing terjaga. Kelam kabut drive dari Melaka ke Kuala Selangor.

Kami sampai Bukit Melawati dalam pukul 8.30 pagi. Jumpa Team KREP kat puncak bukit. Derang baru habis jogging. Lepak sambil beborak tentang xtvt kelab. Zin cadang nak buat aktiviti perkhemahan jatidiri untuk 80 student. Paperwork dah siap, Cuma sekarang tunggu nak dapatkan sponsor dari kerajaan negeri.

Tengahari, pegi kenduri kahwin Man. Rupanya dia dah nikah sejak Hari Raya Haji tahun lepas kat rumah pihak perempuan. Baru semalam buat majlis sanding. Ekceli, ramai member terkejut dgn berita perkahwinan Man. Aku pun macam tak percaya zaman sekarang nih masih wujud lagi perkahwinan secara paksaan nih. Apatah lagi kalau yg kena paksa tu si lelaki. Apa pun, aku harap Man banyak bersabar. Harap, perkahwinan dia kekal & bahagia selalu. Amin.

Anw, minggu nih, minggu last aku keje sebelum bercuti untuk melangsungkan perkahwinan dgn encik Mamoru terchenta! Ya Allah, berdebarnya!!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...